HALAMAN UTAMA

Besarnya Hidayah Allah!

Assalamualaikum, Sekadar renungan kita bersama. Saya kongsikan bersama pembaca sekalian mengenai beberapa orang yang dahulunya berada di bidang hiburan telah berhijrah ke dalam bidang dakwah Islam. Alhamdulillah. Kita tidak boleh memberikan hidayah kepada sesiapa pun melainkan Allah. Tetapi,  ingat jugalah bahawa kita perlu sentiasa mencari hidayah Allah melalui usaha seharian kita.

Allah telah berfirman di dalam kitab suci A-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 272 yang petikan ayatnya adalah :-

ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa jua harta yang halal yang dibelanjakan maka (pahalanya) adalah untukmu sendiri. Dan tidaklah kamu dermakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (pahalanya) kepada kamu, dan kamu tidak dianiaya. (Ayat 272)

Yang paling penting adalah "Bukan di mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir." Dan lihatlah antara mereka yang beruntung telah berhijrah kepada yang lebih baik.





Mereka semua telah pun berhijrah....kita???
1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer
2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'
3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB
4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'
5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'
6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut
7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E
8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'
9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'
(sekadar menampilkan beberapa wajah)
:: Hidayah itu milik Allah ::

Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripada-Nya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya -melainkan apa yang dikehendaki-Nya- walau kunci pernah berada di tangannya —  (Dipetik daripada FBMohd Hakim bin Lokman di Albumnya)


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang