HALAMAN UTAMA

Pengalaman Guna J&T Express Servis Paling Teruk Dan Buruk Berbanding Kurier Lain


Pengalaman buruk guna servis J&T Express. Charge RM12 untuk penghantaran lebih 7 hari, daripada Kelantan ke Johor. Sangat mengecewakan dengan customer servis J&T Express yang langsung tak membantu dengan serius.

Aku selalu dengar orang ramai suka guna kurier J&T Express. Katanya cepat sampai, senang dan puas hati. Dalam tahun 2020 ni sebelum PKP pun dah biasa dengar pelbagai keluhan, aduan dan pengalaman tidak puas hati pengguna dengan perkhidmatan J&T Express ni.

Pernah juga ada rakan yang suka guna J&T Express katanya dah biasa cepat sampai. Aku pun macam percaya dan tidak percaya je. Sebab pada pandangan aku, lain tempat lain lah servis dia bagi, sebab bergantung kepada perkerja dan pengurusan tempat tersebut. Tapi bagi aku J&T ni lain macam, sangat lain, seolah-olah tak seragam servis diorang.

Jadi, nak dijadikan cerita. Pada 9/10/2020, aku ada seorang pelanggan aku ni nak sangat aku hantarkan barang kepada dia segera. Waktu ketika tu dah pukul 8 malam dah. Nasib baik ada bawa barangnya dekat Kelantan.

Dah hujung minggu ni, banyaklah tempat yang tak bekerja. Kebetulan Kelantan hari Sabtu 10/10/2020, kurier tu beroperasi. Aku pun usahakanlah nak hantar barang kepada pelanggan tu. Apa lagi dalam sistem yang aku selalu guna tu, ada J&T Express. 


Dalam kepala aku, fikir mesti laju punya J&T Express ni. Aku tak buang masa terus booking dan poskan guna J&T, tempat drop off tu dah ok dah servis dia. Mudah je. Semua ok lah. Aku suka sebab memudahkan urusan.

Keesokkan harinya 11/10/2020 aku semak dalam sistem dia di website nampak laju sebab Ahad dah sampai ke Johor, rasa tak mengecewakan lah. Tapi aku pun beranggapan hari Isnin mesti sampai barang tu.

Tiba-tiba aku check Isnin 12/10/2020 petang dia On Hold status penghantaran. Aku dah rasa pelik sebab kenapa pula tak gerak. Aku terus chat di website dia https://www.jtexpress.my/ dan buat aduan, pertama kali buat aduan, aku rasa dia dah remark dan bagi tahu barang tu urgent. Aku pun biasanya legalah sebab diorang dah take noted, dan dah push untuk penghantaran segera.

Pada hari Selasa 13/10/2020 aku check, barang tak gerak lagi, dalam pukul 4 lebih dia updated on Hold lagi, aku buat aduan semula di website, marah sikit sepatutnya ada remark kena hantar segera. Tapi dia kata masih dalam tempoh penghantaran lagi. Aku boleh bersabar lagi, tapi dah tak percaya dengan kata-kata khidmat pelanggan dia. Aku memang ragu-ragu, kalau dia tipu aku pun bukan aku tahu. Cara jawab macam tak serius dan tak membantu langsung. Sakit hati rasa.

Aku tunggu hari Rabu 14/10/2020, aku check, memang masih On Hold lagi, memang aku chat tanya dan bising lah, janji macam mana, alasan yang biasa digunakan barang banyak, padat, terlalu penuh gudang. Ini yang aku tak faham.

Baik, cuba korang fikir :

1. Kurier servis tu wujud sebab nak dapatkan duit daripada perkhidmatan penghantaran barang.

2. Dah tentulah duit masuk bila ada barang, dan lebih banyak barang logiknya mestilah lebih dapatkan duit sebab makin banyak orang bayar nak guna servis hantar barang dia.

3. Kalau dah tahu barang tu banyak, carilah staff lebih, pekerja tambahlah, waktu ni kebetulan ramai orang hilang pekerjaan, kalau pekerja ramai, barang boleh lah bergerak cepat.

4. Tapi, seolah-olah, ambil remeh perkara ni. Alasan barang banyak. Mustahil sungguh.

5. Rate dah lah mahal, sepatutnya boleh sampai cepat, tapi lambat gila sampai, dah lah customer servis pun tak membantu, pada saya sangat biadap sebab dalam masa kita nak buat aduan boleh dia matikan perbualan.

Aku teruskan pada Khamis 15/10/2020, aku malas nak follow up, aku terus buat penghantaran baru barang pelanggan. Aku dah balik KL hari Ahad lagi, maka Khamis tu aku poskan barang tu guna kurier DHL. Aku hantar dalam petang Khamis barang tu, aku check tracking hari Jumaat 16/10/2020, barang tu dah sampai Johor, memang pantaslah DHL buat kerja. Cuma pengalaman dengan DHL ni, ada masa memang barang banyak tu kita faham dan sekarang pun dah ok dah, cepat sampai. Customer servis dia pun ok kalau buat follow up.

Aku jangkakan Jumaat 16/10/2020 barang dah boleh sampai ke penerima, petang tu dalam pukul 4 lebih pelanggan call kata barang dah sampai dah. Alhamdulillah, lega rasa, DHL cepat je hantar, tak ada pula kata poskod salah lah, pending lah. Tak ada. Semua ok dan baik.

Dan Barang yang aku hantarkan melalui J&T Express masih lagi On Hold hari Jumaat tu, aku buat call sekali lagi nak tanya status, macam biasa jawapan sama, report dah buat. Tapi aku marah sebab tak ada apa-apa tindakan langsung. 

Sampai hari ini aku menulis, barang masih tak bergerak. Korang fikir lah, adakah berbaloi untuk meletakkan risiko kepada syarikat kurier J&T Express ni?

Pada 17/10/2020 aku call lagi, saja nak tanya status, jawapan masih sama, akan hantar secepat mungkin.

Ada beberapa perkara yang aku sangat tak berpuas hati. Tapi mungkin korang pun sama, aku tak tahu lah:

1. Aku call nak dapatkan kata putus dan tempoh penghantaran. Jawapan: Tak janji bila selesai.

2. Aku call tanya siapa in charge, nama dan pihak yang bertanggungjawab. Jawapan: Tak ada nama in charge. Hanya email je yang reply. (Korang rasa boleh percaya ke diorang sensitif dengan aduan?)

3. Aku dah keluarkan kos penghantaran kalau daripada Kelantan ke Johor, RM12 satu parcel bawah 1kg. (Mahal gila, dengan harapan parcel sampai cepat dan selamat sebab diorang buka setiap hari, ini aku paling marah, langsung tak berbaloi dengan customer servis di website dan call)

4. Kos aku follow up di telefon total dua panggilan RM20 sebab lama gila tunggu. (Aku tak perasan dia tolak kredit telefon aku, punyalah aku mendidih nak marah ada, nak maki ada)

5. Tiada jaminan rupanya, tempat aduan pun setakat call dan chat je. Aku yakin pihak J&T tak pandang serius masalah aduan ni.

Walaupun barang yang aku hantar tu dalam nilai RM30 sahaja, disebabkan masalah pihak J&T, aku dah rugi:

Barang pelanggan : RM30
Postage J&T : RM12
Call follow up : RM20
Hantar semula barang kali kedua : RM30
Kos penghantaran semula guna DHL : RM8
TOTAL Kesemua kos : RM100

Dalam waktu sekarang 17/10/2020 aku kerugian RM100 disebabkan J&T Express punya masalah yang lepas tangan.

Aku dah tak tahu nak buat aduan dekat mana lagi. Terasa diri di perbodohkan dengan pihak J&T. Bila dah guna servis dia, usah harap pihak J&T nak dengar aduan kita. Boleh lihat gambar tracking barang aku ni. Aku dah give up buat masa ini. 

Tapi aku akan tengok sejauh mana J&T ni boleh pergi.

Aku dah mula Banned J&T dan akan kongsikan pengalaman ini kepada orang lain supaya tak menyesal. Betul, ada kalanya cepat, sekali kau dah tersalah langkah guna J&T, kau akan sakit hati dan memberikan kesan kepada emosi pada masa depan sebab apa, sebab diorang tak nak dengar dah masalah kau lepas kau dah pos guna servis diorang.

Aku dah buktikan. Selamat bertabah.



Tracking Barang aku di website J&T Express.





Aku sempat chat di website untuk 3 hari. Malang sekali, tak ada salinan chat.
Aku call untuk 2 hari. 


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Lazada Buat Jualan Gila Murah Sebulan Sehingga 12 Disember 2016!

Assalamualaikum, Nak diskaun code Lazada tak? Tapi, korang tahu tak dalam tempoh sebulan bermula 11.11.2016 sehingga 12.12.2016 ada jualan murah di Lazada sempena Lazada Online Revolution. Kalau masih ada yang tak tahu, bolehlah segera tengok dekat website Lazada sekarang! Rugi kalau terlepas peluang ni.


Tapi nak kongsilah sikit, tak sangka pula Lazada ada bagi hadiah spesial plak. Hadiahnya ialah Box Of Joy sempena Lazada Online Revolution ni. Memang terujalah sikit. Bukan senang nak jadi bertuah dapat hadiah kan? Korang nak tahu tak apa ada dalam kotak tu?



Takpe, nak kongsikan sikit, dalam tu adalah beberapa barang yang ditaja oleh syarikat-syarikat berjenama yang bersama-sama dengan Lazada untuk memberikan harga yang istimewa kepada sesiapa yang membeli belah di Lazada dalam tempoh masa sebulan bermula 11.11.2016.



Antaranya ialah Lactokid Nestum perisa pisang, Nescafe perasa pandan, Maggi Royale perisa baharu dan Nestle Full Cream Milk pun baru juga ni daripada NESTLE, kemudian ada MamyPoko Gentle baby Wipes daripada Mamy Poko, L'OREAL Professionnel PARIS untuk Shampoo, Dual STYLERS ada 3 jenis termasuk MYTIC OIL, ada juga dia bagi Dual Drive m3.0 daripada SanDisk dan tak lupa juga foodpanda yang bagi panda comel ni.


Eh, ada tambahan lagi, Tefal Manual Chopper dan beg edisi khas Ola Bola daripada NESTLE pun ada tau.




Kalau korang nak cuba produk-produk baru ni, masa nilah yang sangat sesuai korang terus gi shopping di Lazada. Tapi korang tau ke, sebenarnya ada satu kod untuk korang dapatkan lebih diskaun kalau belum pernah lagi shopping dekat Lazada, sini nak kongsi sikit.

Tapi korang kena tahu jadual promosi dia, baru mudah.



Sebelum korang nak checkout masa shopping nanti, boleh guna code ni. "25LAPOR20" untuk 25% diskaun.




Jadi jangan lepaskan peluang, cepat-cepat ke website Lazada untuk dapatkan produk yang korang suka dengan harga yang istimewa. 

Kalau korang pun berminat nak buat review macam ni, boleh emailkan terus ke affiliate@lazada.com.my untuk join Famili Lazada sekarang!

Sekian, Terima kasih.


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rakaman Farah TV Al Hijrah dengan Perwakilan Amerika 3 Nov 2016

Assalamualaikum, memandangkan ramai yang tertanya-tanya, siaran apakah yang Farah pengacara TV Al Hijrah maksudkan dalam mesej voice yang beliau kongsikan. Untuk pengetahuan, beberapa hari lepas kita telah menerima satu pesanan Whatsapp Voice Note daripada Farah TV Al Hijrah (Farrah Adeeba) yang menyampaikan pengalamannya ketika menemubual perwakilan daripada Amerika.

Temubual tersebut yang telah berlangsung lebih kurang 12 minit itu dirakamkan untuk rancangan Assalamualaikum pada 3 November 2016 lepas. Pengacara Farrah Adeeba dilihat tenang ketika menemubual perwakilan Amerika tersebut.

Video ini memaparkan perwakilan Amerika David N Saperstein Ambassador at Large for International Religious Freedom di temubual dan beliau telah menyampaikan mesej yang mana memberikan pandangan dan mesej yang mendatangkan kebimbangan kepada kita jika ianya diguna pakai di Malaysia.


Boleh saksikan rakaman penuh di bawah ini daripada rancangan Assalamualaikum 3 November 2016 lalu.


Semoga rakaman ini dapat memberikan peringatan kepada kita apakah yang mereka telah rancang untuk tindakan mereka.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Pesanan Farah TV Al Hijrah Melalui Whatsapp Voice Note 5 November 2016

Assalamualaikum, pada 5 November 2016, tersebar satu pesanan daripada pengacara TV Al Hijrah yang berdurasi 2 minit 50 saat. Farah yang menyampaikan mesej tersebut selepas sesi bual bicaranya pada pagi hari yang sama. Menurutya beliau telah menemu bual salah seorang penasihat kepada Presiden Amerika dan juga pengamal undang-undang dan juga seorang Rabai agama Yahudi di Amerika Syarikat (US).

Menurut Farah, beliau antara yang mengetuai satu persatuan dalam NGO Yahudi selama 49 tahun yang memperjuangkan hak-hak Yahudi di Amerika Syarikat dan seorang Yahudi yang mungkin Zionis atau pun kita pun tak tahu.

 

Agenda utama mereka ialah masuk ke dalam peringkat yang seterusnya yang mana dia akan datang dalam bentuk kawan untuk menceritakan kenapa kita patut ada kebebasan beragama. Mesej utama mereka, kerajaan dan institusi keagamaan harus dipisahkan. Jika perkara ini berlaku, maka tiadalah JAKIM, JAWI, JAIS dan mahkamah syariah tiada lagi di negara kita.

Bolehlah dengarkan versi penuh di bawah ini pesanan tersebut:



Semoga kita bersedia dan sedar akan perkara ini. InshaAllah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Cara Download Video Youtube Tanpa Apps

Salam, hari ini semua orang suka tengok video lagi-lagi yang berbentuk panduan dan lagu-lagu untuk ditonton. Saya nak kongsikan cara mudah untuk download video daripada Youtube tanpa perlu install aplikasi. 

Di sini saya kongsikan untuk manfaat semua yang mahu download video daripada youtube.

Langkah pertama, buka URL youtube tersebut,
Langkah kedua, masukkan ss di hadapan youtube. Contoh: www.ssyoutube.com/...


Contoh seperti dalam gambar di bawah:


Kemudian akan keluar halaman ini dan klik download ikut pilihan anda:

Selamat mencuba.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Jihad Melawan Perompak Jika Terbunuh

Salam, akhir-akhir ini jenayah di Malaysia agak membimbangkan. Mungkin atas desakan untuk terus hidup dan memerlukan wang ringgit, segelintir masyarakat sanggup melakukan apa sahaja sehinggalah berani untuk melakukan jenayah.

Keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar, ada yang sanggup untuk merampas, merompak dan mengambil harta sehingga memecah premis perniagaan, rumah-rumah orang lain semata-mata untuk mengambil harta dan wang ringgit dengan jalan yang mudah dan cepat walaupun risiko pertumpahan darah itu tinggi.

Jadi, untuk masyarakat sudah pastilah senantiasa berhati-hati dan sering memastikan harta benda kita dalam keadaan yang selamat. Kita juga mesti tertanya-tanya bagaimanakah jika kita mempertahankan harta kita daripada dirampas oleh perompak dan berlaku pembunuhan? Saya suka berkongsikan sedikit ilmu yang saya pun petik daripada Facebook ini.

Hadith:
113. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. lalu bertanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimanakah pendapat Anda jika seseorang datang hendak merampas hartaku?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan diberikan, pertahankan!" Tanya: "Jika dia hendak membunuhku?" Jawab Rasulullah, "Bunuh pula dia!" Tanya, "Bagaimana kalau aku yang terbunuh?" Jawab: "Engkau mati syahid!"* Tanya: "Bagaimana kalau dia yang terbunuh?" Jawab Nabi saw., "Dia masuk neraka!"

(Sahih Muslim Jilid 1, Hadith 113)




Apa pun, tuan puan boleh merujuk kepada yang alim dalam bab ini untuk penjelasan lanjut dan huraian yang lebih lagi.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

PENJELASAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

Salam, di penghujung tahun ini, kita dikejutkan dengan kejadian di mana seorang remaja berumur 14 tahun yang telah diculik dan dilarikan di Klang, Selangor. Hari ini, Polis Kontinjen Selangor telah mengeluarkan kenyataannya melalui Facebook Polis Selangor. Dipetik daripada sumber adalah seperti berikut:

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.


2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu(pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Perangkap Telefon Dari Luar Negara

Salam, pada 11 November 2015 siaran media daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa no telefon +265882615012 dan +265882615017 adalah no telefon yang digunakan untuk memerangkap penerima panggilan. Mereka yang akan menghubungi semula no tersebut akan dikenakan cas yang amat tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit. 




Pihak polis telah mendapati no telefon yang membuat panggilan daripada Malawi serta telah diklasifikasikan sebagai "Harrassment Call Teror" atau "Scam Call" oleh beberapa laman sensawang antarabangsa.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat panggilan semula ke nombor tersebut bagi mengelakkan kerugian.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

TNB Tawarkan Hadiah RM150,000.00 Kepada 7 Orang Bertuah?

Assalamualaikum, dalam keadaan semasa yang ramai orang yang memerlukan duit, dan ekonomi tak stabil, pantang kebanyakkan orang bila ditawarkan dengan tawaran hadiah wang atau pun duit yang lumayan. Satu email yang dihantar oleh pihak yang mendakwa pegawai daripada 'TNB' yang menawarkan hadiah RM 150,000.00 kepada 7 orang yang terpilih.

Berikut antara email yang dihantarkan secara rawak kepada mereka yang mempunyai email.

Email ini mahu memperdayakan orang ramai dengan cara yang sama seperti email dan sms yang biasa dihantar kepada orang ramai secara rawak.


Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia

Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun  dan kami Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu  daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan, TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR 150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah  MYR150,000.00 akan dikeluarkan kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan segera.


Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel: tnbkl.my@outlook.my

Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama  Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari  tarikh 31 Januari, 2015. Apa-apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepada Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
© Copyright 2015 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.


Berikut pula reaksi daripada pihak TNB apa bila diajukan mengenai email tersebut:


Selamat sejahtera En Farid. Berikut adalah pesanan dari pihak pengurusan TNB mengenai emel palsu dan mohon abaikan emel ini.

Pelanggan yang dihormati Berikut adalah maklumbalas oleh Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) mengenai emel seperti di bawah. PERHATIAN! TNB ingin mengesahkan bahawa pihak kami TIADA menjalankan sebarang aktiviti promosi yang menawarkan wang tunai sebagai ganjaran. Ini merujuk kepada email PALSU bertajuk ‘TNB Ekslusif’ yang sedang diedarkan oleh pihak yang tidak dikenalpasti, dimana ia menyatakan bahawa 7 alamat email para pelanggan bertuah telah dipilih sebagai penerima wang tunai bernilai RM150,000. Para pelanggan dinasihati supaya tidak memberi maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenalpasti. Sekiranya anda ingin mendapatkan pengesahan ataupun maklumat lanjut, sila hubungi TNB ditalian telefon 1 300 88 5454.

Sekian, terima kasih menggunakan perkhidmatan FB TNB CareLine. (Neasa, TNB)




Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Topup 24 Jam Guna YM Tanpa Cas

Topup murah, siapa tak nak kan? hari ini semua orang nak cepat dan pantas, kadang-kala nak topup pun tak sempat. Hari ini saya nak kongsikan satu peluang bagi mereka yang mahukan duit sampingan dengan hanya tolong orang topup. Anda tak perlu lagi risau kedai tutup atau pun nak keluar pergi pekan lagi.

Terus jadi DEALER dahulu RM400 kini hanya RM100 tak perlu jadi AGEN dengan yuran hanya RM100 sahaja, anda layak jadi tokey jual Topup. Tinggi diskaun anda dapat.

Macam mana caranya? saya mahu cadangkan satu jalan mudah untuk anda semua. Anda kini mempunyai pilihan sama ada mahu topup menggunakan SMS atau pun menggunakan Yahoo Massenger (YM). Jika mahu jimat hanya gunakan YM sahaja kerana tiada cas penghantaran mesej.

Contoh Topup guna YM di bawah:



Tapi bagaimana? Baiklah jika anda tak sabar lagi nak tahu, silalah ke http://ezreload.my/204




Ini salah satu cara yang membolehkan anda membeli dan menjual Topup Kredit daripada hampir lebih 10 syarikat yang anda boleh jual kredit topup tersebut, antaranya Maxis, Celcom, Digi, Clixster, ALTEL, XOX, Tunetalk, UMobile, Italk, Njoi dan Marchantrade.

Celcom Instant Reload RM5 hingga RM100 
Celcom Airtime Share RM3 & RM4 
Celcom PIN RM5 & RM10 
Maxis Instant Reload RM5 hingga RM100 
DiGi Instant Reload RM5 hingga RM100 
DiGi PIN RM5, RM10, RM15 & RM30 
ALTEL PIN RM5, RM10 & RM30 
clixster PIN RM5, RM10 & RM30 
XOX PIN RM3, RM5, RM10, RM30, RM50 & RM100 
iTalk PIN RM10 & RM20 
uMobile PIN RM5, RM10, RM20, RM30, RM50 & RM100 
TuneTalk PIN RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM50 & RM100 
Merchantrade PIN RM5, RM10 & RM30 
Astro Njoi PIN RM5, RM10 & RM20

Bukan sahaja anda dapat harga murah, anda juga boleh mendapat komisyen dengan setiap jualan yang dibuat.

Saya kongsikan langkah mudah seperti di bawah:

ezReload & AIS® Master Marketing
Khidmat Server ezReload
  • ezReload adalah badan yang menyediakan khidmat server kepada penjual topup yang bernaung di bawah syarikat IBCT Enterprise (TR0087772-V) sejak 2007.
  • Kemuncak prestasi ezReload adalah sekitar tahun 2010 hingga 2013 dengan purata jualan topup sebanyak RM3juta sebulan.
  • ezReload menghentikan sementara lantikan ejen baru bagi proses pemantapan pengurusan.
  • Tahun 2014 merupakan tahun bekerja keras. ezReload memperkukuh tapak, memperkemas sistem pengurusan di samping beberapa pelarasan lain.

Smart Partnership Dengan AIS Master Marketing
  • Bermula 2015 ezReload membuka semula peluang perniagaan kepada peniaga baru.
  • Justeru ezReload melantik syarikat AIS Master Marketing (TR0136839-V) sebagai badan pemasaran ezReload.
  • AIS Master Marketing membuka tawaran peringkat Dealer dengan komitmen tahunan sebanyak RM100 sahaja berbanding RM400 seumur hidup sebelum ini.
  • Dengan sistem rangkaian Dealer pastinya memberi kelebihan yang tinggi kepada para Dealer tanpa perlu fokus kepada jualan topup semata-mata.
Program 'Dealer Get Dealer'
  • Kini menjadi fenomena menjana pendapatan stabil RM2-3k sebulan setiap bulan yang cukup mudah dan pantas untuk direalisasikan!
  • Pastikan anda tidak ketinggalan, daftar PERCUMA & pastikan anda aktifkan dealership untuk pastikan anda juga menjana pendapatan!

Komitmen Tahunan Terendah & Tanpa Kontrak!

  • Untuk mengaktifkan Dealership, anda hanya perlu bayar komitmen serendah RM100 sahaja setahun, tanpa sebarang kontrak.
  • Komitmen yang sangat rendah untuk peluang yang sangat baik dalam membantu ezReload mencapai sasaran jualan.
  • Usaha yang jelas bersih dan suci dari sebarang perkara syubhah..

Insya-Allah berkat!

Bagaimana Cara Menjana Side-Income Mudah Dengan AIS® Master?
  • Daftar AIS® Master percuma.
  • Aktifkan Aplikasi AIS®.
  • Respond pertanyaan bakal Dealer (jika ada).
  • Aktifkan Dealership sebelum bakal Dealer anda 'memotong' anda.
  • Teliti pertumbuhan kumpulan Dealer anda setiap hari (sambil menjual topup untuk mendapat keuntungan runcit kecil seperti biasa)!
  • Teliti penyata bulan semasa, target pendapatan mengikut penyata bulan terdahulu.
  • Tunggu bonus masuk setiap 15 haribulan bulan berikutnya!
  • Berusaha "agak keras" selama satu tahun, kemudian berhenti dengan "wang pencen" setiap bulan!

Daftar atau Login dengan 1 button Facebook yang sama:
...atau...
Isi borang manual untuk daftar guna email:
(lebih rumit kerana perlu sahkan email)


NOTA: Tiada sebarang caj dikenakan, pendaftaran adalah PERCUMA!
POLISI PRIVASI: DATA & MAKLUMAT PENGGUNA ADALAH UNTUK KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA, TIDAK AKAN DISALURKAN KEPADA MANA-MANA PIHAK LUAR SAMADA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK. PRIVASI ANDA AKAN SENTIASA TERPELIHARA.
DEKLARASI: 'SIDE-INCOME' BERMAKSUD TANPA PERLU PENGGUNA MENINGGALKAN KERJA SEDIA ADA UNTUK MENDAPATKAN HASIL SEPERTIMANA YANG TERTERA. SEGALA PENERANGAN AKAN DIBUAT SECARA TERPERINCI BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN.
PENAFIAN: POTENSI PENDAPATAN SAMPINGAN TERTERA ADALAH PURATA PENDAPATAN BIASA BAGI SESEORANG PENGGUNA. ADA YANG LEBIH DAN MUNGKIN JUGA ADA YANG KURANG. TIADA HAD PENDAPATAN BAGI PENGGUNA YANG MEMPUNYAI KEKUATAN DARI SEGI PERANCANGAN, STRATEGI & PEMBANGUNAN PERNIAGAAN. SEBARANG BENTUK PENIPUAN, PERDAYAAN ATAU APA SAHAJA PERBUATAN ATAU PERKARA YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG NEGARA MALAYSIA DAN HUKUM HAKAM AGAMA ISLAM ADALAH DIPANDANG SERIUS & TIDAK AKAN SAMA SEKALI DIBENARKAN BERLAKU DENGAN APA JUA CARA SEKALI PUN.


Kelebihan ini akan Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gerhana Bulan 8 Oktober 2014 di Malaysia

Assalamualaikum, gerhana bulan pada 8 Oktober 2014 kali ini bermula pukul 7 malam tadi. Beberapa tempat di seluruh Malaysia sedang menjalankan pengisian termasuk solat sunat khusyuf ketika berlakunya gerhana bulan ini.

Untuk fenomena gerhana yang dapat dilihat di Kuala Lumpur jika cuaca mengizikan adalah seperti yang berikut,

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.

Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.

4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).


Sumber: FalakOnline

Anda yang terlepas mendapat info bolehlah lihat di beberapa tempat rujukan berikut:





Langsung juga dari Lautan Pasifik:

http://live.slooh.com/stadium/live/slooh-covers-the-total-lunar-eclipse-of-october-2014-as-it-slides-across-the-pacific-ocean

Berikut adalah langsung daripada NASA


Kaifiat Solat Sunat Gerhana:

"Usholli sunnatan khusyuf rak'ataini lillahitaala"
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat sunat gerhana dilaksanakan sebanyak 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 ruku’ dan 4 sujud. Cara-cara solat adalah seperti berikut:

Rakaat pertama:
Takbir (niat solat sunat gerhana).
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua:
Sama seperti rakaat pertama.

Disediakan oleh:
Cawangan Falak
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Walaubagaimanapun, terdapat juga masjid-masjid lain yang turut menganjurkan majlis solat sunat gerhana ini di kawasan masing-masing.Oleh yang demikian, saya juga menyeru kepada sesiapa yang berkesempatan agar dapatlah bersama-sama untuk mengikuti majlis solat sunat gerhana tidak kira di mana anda berada. Walaupun sering berlaku gerhana, kadang-kala kita tidak berkesempatan untuk mengikuti majlis tersebut. Namun, seharusnyalah kita mengambil kesempatan untuk melihat kebesaran Allah yang akan dapat dirasai oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa sahaja. Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut. Insya-Allah.

Anda boleh juga mendownload maklumat berguna berikut :-

p/s: niat diatas diedit ke bahasa melayu atas sebab tiada font arab.

Semoga fenomena gerhana ini sentiasa mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah dan kebesarannya dan lebih mendekati Yang Maha Esa. InshaAllah mendapat manfaat kepada kita semua.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Daun Betik Mampu Pulih Pesakit Denggi

Assalamualaikum, wabak denggi yang kian meningkat membimbangkan masyarakat jika tidak ada tindakan yang boleh membantu mengurangkan penyebarannya oleh nyamuk aedes.

Namun, adakah anda tahu bahawa daun betik mampu memulihkan pesakit denggi selain daripada sup ketam yang juga dikatakan mampu membantu pesakit denggi.

Saya kongsikan satu surat yang dikongsikan di media sosial yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 19 September 2014 untuk panduan dan rujukan kita. Saya juga akan kongsikan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan jus daun betik ini yang dipetik atas perkongsian di laman sosial.


SURAT INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN YANG MENGESAHKAN JUS DAUN BETIK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI RAWATAN SAMPINGAN BAGI PESAKIT DENGGI.




Ramai mengetahui buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa daun betik juga boleh digunakan dalam merawat demam denggi.

Satu kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.

Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah.

Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.

Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platelet darah pesakit-pesakit telah diambil selama dua hari. Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.

Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah.

Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul ‘Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever’ terbitan jurnal ‘Evidence Based Complementary and Alternative Medicine’.

Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang.


Sumber perkongsian di sini.

Semoga tips ini membantu pesakit-pesakit demam denggi segera pulih dengan penambahan platlet darah mereka. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kenapa Payung Petronas Habis Stok?

Assalamualaikum, stesen Petronas kehabisan stok payung? Setiap kali ada sebarang promosi, pasti kebanyakkan rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang yang ada untuk mendapatkannya. Termasuklah saya, di musim perayaan ini pastilah ramai yang bergerak dalam jarak yang jauh dan pasti akan mampu memperolehi payung ini untuk ditebus.

Kenapalah tak bersedia dengan sebarang kemungkinan kehabisan stok ni. Ribu-ribu tu pengguna di Malaysia. Mestilah tak cukup kalau beratus je stoknye setiap stesen.

Sebagai pengguna kita mesti rasa tidak puas hati jika apa yang dijanjikan tidak ditunaikan. Oleh itu saya pun agak tak puas hati juga bila pergi ke beberapa stesen untuk penebusan mendapat jawapan stok tak sampai lagi dan stok dah habis. Jadi, saya mahu mendapatkan penjelasan pihak Petronas melalui Facebook PETRONAS Brands.


Ini jawapan yang diberikan. 

  • Hari Ini ( 4 ) Ogos 2014)
  • PETRONAS Brands
    PETRONAS Brands


    As Salam Farid,

    Maaf di atas kesulitan. Kami amat terharu dengan sambutan yang menggalakan, dan kami sedang berusaha untuk menambah stok payung di stesen-stesen PETRONAS dengan segera. Diharapkan anda terus mencuba dalam minggu ini. Sekali lagi, maaf di atas kesulitan.
    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Mesralink di talian 1300 88 8181.
    FB Admin


Kepada sesiapa yang mahu menebus payung bolehlah cuba dalam minggu ini dan minggu depan. Kalau tak dapat juga, memang nak kena Petronas ni. Apa pun tunggu saya cuba tebus dulu, kalau dapat, saya updated posting ini.

Kemaskini: 24 Ogos 2014

Akhirnya satu kad saya yang cukup 10 cop dapatlah tebus payung di PETRONAS Sri Gombak pada 21 Ogos 2014 lalu, nasib baik kali itu sebab tinggal 4 lagi baki payung masa tu. Waktu tu dalam jam 4 petang macam tu kalau tak salah. Tapi masih ada lagi kad yang saya tak dapat tebus lagi. Masih lagi memburu payung di stesen-stesen Petronas dengan membawa kad tu yang dah lusuh sebab dibawa ke hulu hilir.

Masih ada 3 minggu lagi atau lebih kurang 21 hari lagi ni. Rasanya ada 3 kali restok payung kot sebabnya katanya dalam setiap seminggu dia akan hantar. Kalau tak dapat tebus ni, sesiapa pun geram.


Inilah payungnya di atas ini.

KEMASKINI 1 Oktober 2014
Pelanggan yang dihormati,
Berikutan sambutan hangat yang diberikan, tempoh penebusan bagi promosi “Miliki Payung Edisi Terhad Apabila Anda Berbelanja Di Stesen PETRONAS” telah DILANJUTKAN!
Sekiranya anda telah mengumpul 10 cop setakat 15 September 2014, sila mendaftar di mana-mana stesen PETRONAS pilihan anda untuk penebusan payung. Pendaftaran dibuka dari 1 - 15 Oktober 2014.
Kami akan menghubungi anda apabila payung anda sedia untuk diambil.
Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mymesra.com.my/daftar

Semoga yang tak dapat, ada peluang untuk menebus payung. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang