Assalamualaikum, wabak denggi yang kian meningkat membimbangkan masyarakat jika tidak ada tindakan yang boleh membantu mengurangkan penyebarannya oleh nyamuk aedes.
Namun, adakah anda tahu bahawa daun betik mampu memulihkan pesakit denggi selain daripada sup ketam yang juga dikatakan mampu membantu pesakit denggi.
Namun, adakah anda tahu bahawa daun betik mampu memulihkan pesakit denggi selain daripada sup ketam yang juga dikatakan mampu membantu pesakit denggi.
Saya kongsikan satu surat yang dikongsikan di media sosial yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 19 September 2014 untuk panduan dan rujukan kita. Saya juga akan kongsikan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan jus daun betik ini yang dipetik atas perkongsian di laman sosial.
SURAT INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN YANG MENGESAHKAN JUS DAUN BETIK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI RAWATAN SAMPINGAN BAGI PESAKIT DENGGI.
Ramai mengetahui buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C.
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa daun betik juga boleh digunakan dalam merawat demam denggi.
Satu kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.
Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah.
Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.
Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platelet darah pesakit-pesakit telah diambil selama dua hari. Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.
Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah.
Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul ‘Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever’ terbitan jurnal ‘Evidence Based Complementary and Alternative Medicine’.
Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang.
Semoga tips ini membantu pesakit-pesakit demam denggi segera pulih dengan penambahan platlet darah mereka. InshaAllah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan