Assalamualaikum, gerhana bulan pada 8 Oktober 2014 kali ini bermula pukul 7 malam tadi. Beberapa tempat di seluruh Malaysia sedang menjalankan pengisian termasuk solat sunat khusyuf ketika berlakunya gerhana bulan ini.
Untuk fenomena gerhana yang dapat dilihat di Kuala Lumpur jika cuaca mengizikan adalah seperti yang berikut,
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Sumber: FalakOnline
Anda yang terlepas mendapat info bolehlah lihat di beberapa tempat rujukan berikut:
Langsung juga dari Lautan Pasifik:
http://live.slooh.com/stadium/live/slooh-covers-the-total-lunar-eclipse-of-october-2014-as-it-slides-across-the-pacific-ocean
Berikut adalah langsung daripada NASA
Kaifiat Solat Sunat Gerhana:
"Usholli sunnatan khusyuf rak'ataini lillahitaala"
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat sunat gerhana dilaksanakan sebanyak 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 ruku’ dan 4 sujud. Cara-cara solat adalah seperti berikut:
Rakaat pertama:
Takbir (niat solat sunat gerhana).
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua:
Sama seperti rakaat pertama.
Disediakan oleh:
Cawangan Falak
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Walaubagaimanapun, terdapat juga masjid-masjid lain yang turut menganjurkan majlis solat sunat gerhana ini di kawasan masing-masing.Oleh yang demikian, saya juga menyeru kepada sesiapa yang berkesempatan agar dapatlah bersama-sama untuk mengikuti majlis solat sunat gerhana tidak kira di mana anda berada. Walaupun sering berlaku gerhana, kadang-kala kita tidak berkesempatan untuk mengikuti majlis tersebut. Namun, seharusnyalah kita mengambil kesempatan untuk melihat kebesaran Allah yang akan dapat dirasai oleh orang-orang yang beriman dan bertaqwa sahaja. Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut. Insya-Allah.
Anda boleh juga mendownload maklumat berguna berikut :-
p/s: niat diatas diedit ke bahasa melayu atas sebab tiada font arab.
Semoga fenomena gerhana ini sentiasa mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah dan kebesarannya dan lebih mendekati Yang Maha Esa. InshaAllah mendapat manfaat kepada kita semua.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan