Assalamualaikum, sejak hujung tahun 2013 lebih kurang, banyak dijual pendrive yang terlalu murah kebanyakkannya di pasar-pasar malam, saya pernah lihat ianya dijual di pasar Jumaat di Masjid Negara, di pasar malam di kawasan rumah saya juga ada dijual pendrive ini dengan harganya yang tersangat murah.
Dalam fikiran aku mula bermain persoalan "kenapa mahal sangat ni? Mesti ada sesuatu tak kena ni, jadi saya kata pada diri sendiri, jangan beli la benda yang jual macam ni, nanti sia-sia je kalau tak boleh guna dan kalau tiba-tiba rosak sebab diorang yang jual nie mesti tak ada dah lepas ni, nak minta ganti rugi kat sapa plak nanti kan? haha..." Jadi, sebelum apa-apa yang tak sedap berlaku, saya dah tolak awal-awal niat nak beli benda ini.
Namun demikian, diharapkan dan dinasihatkan agar anda semua lebih berhati-hati dengan barangan ini kerana harganya sudah pasti lebih murah dan sememangnya menjadi sinonim dengan rakyat Malaysia yang suka dengan harga murah tanpa menghiraukan kualiti barangan tersebut telah menjadi punca ianya boleh dijual di pasar malam.
Maklumat yang diperolehi daripada perkongsian di laman sosial telah dikongsikan seperti berikut:-
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT: Pada ahli-ahli group. Ambo nok pesan pada hok mano suko gi jale pasar pagi, pasar malam, pasar Wakaf Che Yeh. Kalu ado ternampok ado ore lelong PanDrive dan Memori Kad tu, tulung jauh kan diri deh. Biasanya sep dio jual PenDrive dan Memori bersaiz besar sehingga 64GB dengan harga RM10 sahaja sedangkan harga pasaran sebenar boleh mancecah RM1++. Size sebenar PanDrive dan Memori ini hanyalah 256MB atau 512MB sahaja, Tapi telah di HACK untuk menunjukkan size yang besar. Tiada masalah untuk menyimpan file yang kecil, tetapi apabila pengunaan melebihi size sebenar, file akan korup dan drive tidak boleh di gunakan lagi. Taktik pengeluar menggunakan packing dan cop barangan berjenama SanDisk dan Samsung untuk mengaburi mata pembeli. JAGA-JAGA, JANGAN TERTIPU. Sekian Gambar di snap kat Pasar Pagi Kampung Badang. Minggu lepas ada 5 gerai, minggu ni hanya tinggal 1. Hok lain lari cak perak habis doh.
Maklumat ini sudah memberitahu kita bahawa ianya adalah satu tektikal mereka untuk mengaut keuntungan yang besar dengan menjual barangan yang tidak berkualiti.
Oleh yang demikian, dinasihatkan kepada anda semua agar lebih mementingkan kualiti daripada harga kerana ianya lebih penting jika anda gunakan barangan tersebut untuk menyimpan data atau pun dokumen penting anda.
Saya nak tanya, mana lagi penting? Data anda atau pun duit anda? Data sukar diganti jika hanya ada satu softcopy kerana ianya adalah sesuatu yang unik untuk setiap individu, tetapi wang ringgit kalau hilang boleh cari semula dengan nilai yang sama. Jadi, fikir-fikirkanlah sebelum anda rasa menyesal dan marah bila maklumat dan data anda hilang kerana folder corrupt.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan