HALAMAN UTAMA

Suspek Amuk di LRT Taman Melati

Assalamualaikum, 24/10/2013 satu kejadian amuk atau pun bunuh berlaku di LRT Taman Melati yang dikatakan telah meragut nyawa 2 orang awam dan telah menyebabkan kecederaan kepada 2 orang yang lain. Dikatakan suspek telah menikam 2 orang sehingga maut dan 2 orang lagi cedera.

Saya kongsikan satu laporan polis dan juga video suspek yang ditangkap orang ramai dan sedikit perbualan dengan suspek dan orang ramai yang telah menangkap beliau.

Perkongsian ini bertujuan untuk menyatakan kebimbangan kepada keselamatan kita sama ada semasa menjalankan tugas dan juga semasa berada di tempat awam.


Berikut Video dan laporan polis dan juga video suspek ditangkap. Sumber.



Pada 24/10/2013 jam lebih kurang 1200hrs mangsa satu perempuan cina ( butir2 belum diperolehi ) dan satu perempuan indonesia ( butir2 belum diperolehi ) telah didatangi oleh Saspek satu lelaki melayu.


Butir-butir Saspek : Muhammad Zamri Bin Yusof
870905-23-5875. Kerja : Pemandu van syarikat rokok.
No.114, Blok 4 Felda Pemanis 1, 85009 Segamat Johor.

Kejadian ini berlaku di LRT Gombak. Saspek telah tikam kedua-dua mangsa, walau bagaimanapun mangsa dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital.

Setengah jam kemudiannya , Saspek telah menaiki Van Daihatsu No Pendaftaran WXE 6695 milik syarikat rokok yg dipandunya. Saspek kemudiannya berhenti berhampiran LRT Taman Melati dan terus kejar seorang lagi mangsa satu lelaki cina bernama 

Nama : Lee Kah Ghee KP : 651104-04-5035. Lelaki cina. Alamat : No 18 Jalan 2/46 Taman Segambut Indah. 

Mangsa ini telah mati dibunuh Saspek dengan kesan 3 tikaman dibahagian dada dengan menggunakan senjata pisau rambo.

Selepas menikam mangsa tersebut Saspek menaiki van yg sama dan kejar serta langgar belakang sebuah kereta jenis Toyota Hybrid No WYE 5767, yg dipandu oleh mangsa kedua satu lelaki cina. 

Nama : Kuan Chun Thai KP:880223-14-5767. Lelaki cina. Pelajar TAR Kolej Wangsa Maju.

Sebaik sahaja kereta mangsa kedua dilanggar, mangsa terus keluar dari kereta untuk lihat apa yg berlaku. Saspek kemudiannya keluar dari Van dan kejar mangsa. 

Kejadian kedua ini jarak lebih kurang 200meter dari Stesen LRT Taman Melati. Kejadian kedua berlaku di Jalan Tumbuhan, dimana Mangsa mati ditilam oleh saspek menggunakan pisau rambo yg sama dengan 5 kesan tikaman dibahagian dada.

Orang ramai yg melihat kejadian tersebut dan secara kebetulannya ada seorang anggota polis D7 Dang Wangi telah membuat tangkapan keatas Saspek.

Saspek berjaya ditangkap dan telah hantar ke HKL untuk dapatkan rawatan akibat kecederaan dibahagian kepala. Manakala senjata yg digunakan oleh Saspek iaitu sebilah pisau ramboo berjaya dirampas ditempat kejadian.

Motif kejadian, masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun dipercayai Saspek mengalami masalah "kejiwaan".


Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 
Syukur Malaysia masih aman. Namun, bila-bila masa sahaja keamanan yang kita kecapi ini ditarik semula nikmatnya oleh Allah s.w.t. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang