Assalamualaikum, saya mahu kongsikan mengenai hujan meteor atau pun orang panggil tahi bintang atau pun pancuran meteor yang akan berlaku pada masa puncaknya pada malam 12 dan 13 Ogos 2013, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan antara pancuran meteor yang paling menarik sepanjang tahun ini iaitu pancuran meteor Perseid. Pancuran meteor Perseid lebih menarik berbanding pancuran meteor lain kerana kadar peratusan yang tinggi ia akan menghasilkan pancuran yang terang dengan bilangan meteor yang banyak pada setiap tahun. Dijangkakan sebanyak 100 pancuran meteor dapat disaksikan dalam masa 1 jam pada tahun ini.
Pancuran meteor berlaku kerana Bumi melintasi laluan komet dan debu-debu komet ini terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi. Pancuran meteor Perseid berlaku kerana Bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleusl ebih kurang 26 km. Apabila komet ini semakin menghampiri Matahari, ia juga turut melintasi orbit Bumi dan meninggalkan debu-debu komet tersebut sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang memasuki atmosfera Bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat pada malam-malam tersebut.
Waktu terbaik untuk melihat hujan meteor ini adalah selepas bulan terbenam pada jam 11:00 malam pada 12 Ogos dan jam 12:00 tengah malam pada 13 Ogos sehingga waktu subuh. Pemilihan lokasi mencerap juga penting seperti jauh dari kawasan yang diterangi lampu serta lapang dengan pemandangan langit yang luas. Walaupun hujan meteor ini seperti datang dari buruj Persues, ia boleh berlaku dimana-mana pada kawasan langit.
Lokasi pusat pancuran meteor Perseid bagi pencerap di Hemisfera Utara.
Zuhrah akan bersinar terang pada ufuk Baratselepas matahari terbenam pada kedua-dua hari tersebut. Dan jika anda mempunyaiteleskop, ambil juga peluang untuk mencerap Zuhal & Bulan sementaramenunggu keduanya terbenam sekitar jam 12:00 tengah malam. Pada jam 5:00 pagi pula, anda akan dapat melihat Marikh dan Musytari terbit dari ufuk Timur.
Bagi yang mahu lihat secara langsung Pancuran Meteor ini, anda boleh saksikan di sini bemula 12 Ogos 2013 (Sekarang). KLIK METEOR SECARA LANGSUNG DI SINI.
Bagi yang mahu lihat secara langsung Pancuran Meteor ini, anda boleh saksikan di sini bemula 12 Ogos 2013 (Sekarang). KLIK METEOR SECARA LANGSUNG DI SINI.
Sumber di bawah di petik daripada FalakOnline.
Sebelum itu, ini sedikit penerangan mengenai Apakah itu "Meteor Shower".
LIVE KEMUNCULAN METEOR (NASA)
Persoalan Mengenai Kemunculan METEOR PERSEIDS
TARIKH YANG SESUAI
Anda tidak perlu menunggu sehingga tarikh 11,12 dan 13 Ogos untuk mencuba memerhatikan kemunculan meteor Perseids ini. Anda sebenarnya sudah boleh mula mencerapnya seminggu lebih awal.
Rekod menunjukkan jumlah meteor yang akan muncul ini, bertambah secara perlahan-lahan menuju ke tarikh puncak 11,12,13 Ogos itu, dan selepas itu jumlahnya akan jatuh dengan mendadak.
WAKTU YANG SESUAI
Secara amnya, cuba mulakan cerapan anda selepas tengah malam. Jumlah meteor yang muncul pada waktu sebelum tengah malam selalunya sedikit. Ia akan mula bertambah dan semakin rancak apabila menjelang ke waktu Subuh.
RADIANT
Radiant atau titik asal munculnya meteor-meteor Perseids ini ialah daripada sebuah buruj bernama Perseus, yang terletak di langit sebelah utara.
Buruj Perseus akan terbit di ufuk sebelah Timur Laut, sekitar jam 2 pagi. Menjelang Subuh ia semakin tinggi dan mudah kelihatan.
(Rajah di bawah menunjukkan kedudukan dan rupabentuk buruj Perseus pada sekitar jam 5 pagi)
CARA
Anda hanya perlu gunakan MATA sahaja untuk melihat meteor-meteor ini, kerana anda perlukan ruang atau medan penglihatan yang luas.
Simpanlah teleskop atau binokular di dalam rumah!
ARAH
Anda tidak perlu tumpukan pandangan ke arah buruj Perseus, kerana meteor-meteor ini akan muncul secara tiba-tiba dan di merata kawasan langit. Anda boleh tahu jika ia adalah sebenarnya asal daripada juraian Meteor Perseids, dengan mengunjurkan kembali laluan meteor yang dilihat itu ke ‘belakang’. Jika ia menunjukkan ke arah kawasan buruj Perseus, maka sahlah ia termasuk dalam kumpulan meteor tersebut.
Seeloknya, cuba fokus kepada satu kawasan langit sahaja. Anda tidak perlu kelam kabut mencari-cari meteor ini di seluruh langit, kerana ia cukup memenatkan! Tumpukan perhatian, contoh di kawasan langit barat, dan jangan hiraukan kawasan lain.
LOKASI MENCERAP
Mana-mana pun di Malaysia masih OK.
Anda perlu mencari kawasan yang lapang, seperti padang bola, untuk melihat meteor-meteor ini. Peluang untuk anda berjaya menjejak lintasan Perseids lebih tinggi di kawasan lapang, berbanding di beranda rumah!
Cuba cari kawasan yang tidak ada gangguan cahaya. Silauan lampu jalan atau dari rumah-rumah jiran akan mengganggu penglihatan meteor ini. Pastikan juga anda berada berjauhan dari kawasan bandar-bandar besar. Anda perlukan langit yang kelihatan gelap atau hitam kerana meteor-meteor yang akan muncul ini majoritinya agak kelam.
(Foto di bawah merupakan contoh langit yang terlampau cerah dan tidak sesuai untuk mencerap meteor. Sumber)
BEZA
Ramai yang mungkin keliru bagaimana rupa bentuk meteor berbanding dengan objek lain di langit.
- Meteor akan muncul sekelip mata, kadang-kadang 1/2 saat sahaja. Namun, ada juga yang bernasib baik dan dapat dilihat selama 2-3 saat.
- Kapal terbang akan kelihatan bergerak perlahan-lahan dengan kerlipan lampu berwarna merah.
- Kunang-kunang atau kelip-kelip paling kerap dikatakan meteor. Selalunya ia akan berwarna kuning kehijauan, dan laluannya di langit tidak akan lurus (pasti akan bengkok ke sana sini).
ASTROFOTO
Jika anda berazam untuk merakam foto meteor Perseids ini, saya cadangkan gunalah lensa yang paling ‘wide’ yang anda miliki. Halakan ke kawasan langit yang paling gelap (tiada gangguan cahaya). Kemudian set waktu dedahan selama yang mungkin (contoh 30 saat). Gunalah intervalometer untuk merakamnya secara berulang-ulang kali.
Tidak ada jaminan anda akan dapat merakam kesemua meteor yang dapat dilihat dengan mata. Merakam meteor menerusi kamera agak mencabar. Namun, anda patut bersyukur jika di antara beribu-ribu keping foto yang dirakam sepanjang malam itu, adalah sekeping dua yang mempunyai meteor di dalamnya!
Doa lebih sikit!
Boleh rujuk artikel-artikel di bawah untuk cara merakam juraian meteor
(Foto di bawah merupakan contoh sebuah jurai meteor yang berjaya dirakam)
ASAL
Asal juraian meteor Perseids ini adalah dari saki baki habuk laluan sebuah komet yang bernama Komet Swift-Tuttle.
Apabila komet ini bergerak di angkasa lepas, ia akan meninggalkan banyak habuk dan debu di sepanjang laluannya. Setiap tahun bermula 17 Julai hingga 24 Ogos, Bumi akan bergerak melintasi kawasan yang berhabuk ini. Apabila habuk-habuk ini berlanggar dengan atmosfera bumi pada kelajuan 210,000 km sejam, ia akan terbakar dan menyala terang. Nyalaan inilah yang kita kenali sebagai meteor atau tahi bintang.
HARI RAYA
Ditakdirkan tarikh munculnya meteor Perseids ini selang beberapa hari sahaja selepas AidilFitri. Dijangkakan ramai yang berada di kampung halaman jauh dari bandar-bandar. Maka, gunalah peluang ini untuk berkongsi dan mencerap bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai.
Namun, apa yang pasti, jangan keliru meteor asli dengan meteor tiruan (mercun) !!
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan