Assalamualaikum, berikutan kejadian kemalangan ngeri bas Genting 21 Ogos 2013 lalu, bas yang telah terjunam ketika menuruni Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur sudah dapat dikeluarkan daripada lokasi kejadian oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan beberapa agensi yang lain pada pukul 12:51 tengah hari 23 Ogos 2013.
Berikut antara gambar Ops Genting Highland yang dikongsikan pihak Jabatan Bomba Penyelamat dan Penyelamat Malaysia di dalam halaman Facebook mereka. Diharapkan gambar-gambar yang dipaparkan ini akan memberikan peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di jalan raya terutamanya di tempat keadaan jalan yang berselekoh dan mempunyai cerun.
Gambar yang dikongsikan oleh pihak Jabatan Bomba:
Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua. Takziah juga kepada keluarga mangsa.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan