Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai baca satu novel sejarah Islam bertajuk Umar Abdul Aziz bayangan Khalifah al-Rasyidin terbitan PTS Litera Utama yang ditulis Abdul Latip Talib. Tergerak hati ingin membaca novel tersebut bukan sahaja kerana wajah kulit tersebut yang menarik, bahkan disebabkan keinginan untuk mengetahui dan mengenali sejarah Tokoh Islam sewaktu ketika dahulu.
Hasil pembacaan memberikan beberapa pengajaran yang sangat bermakna dan perlu dijadikan panduan dan pengajaran dalam setiap individu yang menggalas dan memegang tanggungjawab sebagai pemimpin terutamanya dalam memimpin negara. Subhanallah, bagaimana kita mahu menjadi seorang yang benar-benar bertakwa kepada Allah? Pada saya, kita perlu rasa bimbang jika tiada perasaan yang gerun apabila mendengar balasan daripada Allah.
Diminta agar dijauhkan daripada kegelapan dan kekerasan hati untuk menerima hidayah Allah. Saya amat bimbang apabila menggunakan dan melihat kerakusan teknologi yang wujud pada masa kini yang sedikit sebanyak telah mendorong kepada kealpaan dan kelupaan kita kepada Allah s.w.t. Namun, kita perlu menghadapi dan melaluinya dengan kesedaran yang tinggi bahawa kealpaan dan kelalaian boleh membawa kepada kehanyutan dan kemaksiatan dalam alam maya. Astagfirullaha a'zim.
Berbalik kepada Novel Sejarah Islam tersebut, saya telah mendapat beberapa manfaat selain mengetahui siapakah Umar Abdul Aziz dalam sejarah Islam. Secara ringkas saya kongsikan apa yang diperolehi melalui pembacaan:-
- Beliau adalah cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab.
- Khalifah yang sangat tegas dalam zaman bani Umaiyyah.
- 3 Tahun menjadi khalifah dan mati diracun.
- Sangat mengangkat Baitulmal sebagai suatu yang penting untuk manfaat rakyatnya.
- Selepas mati, hanya meninggalkan 17 dinar untuk 11 anaknya. (5 dinar untuk kain kapan, 2 dinar untuk tanah perkuburan dan 10 dinar untuk 11 anaknya).
- Pelbagai kisah yang menarik sepanjang kehidupannya yang boleh dijadikan panduan hidup.
Walaupun novel ini ditulis dengan olahan semula oleh Abdul Latip Talib, namun boleh memberikan satu pengetahuan yang cukup mengenai kisah hidup Umar Abdul Aziz. Apa pun, ianya perlu dijadikan panduan hidup kita. Insya-Allah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan