HALAMAN UTAMA

28.85 Juta Populasi Malaysia Tahun 2011?



Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsikan satu statistik terkini jumlah populasi rakyat Malaysia sehingga hujung tahun 2011. Untuk informasi saudara pembaca sekalian, jumlah penduduk Malaysia kini adalah sebanyak 28.85 Juta orang yang mana data ini diperolehi daripada UNDP. Ini adalah peningkatan yang daripada tahun ke tahun yang dibantu juga dengan paras kelahiran yang telah berkurangan serta purata umur rakyat Malaysia yang telah meningkat kepada 74 tahun.

Ini adalah informasi yang kita perlu ketahui agar tidak ketinggalan dengan data terkini mengenai negara kita. Saya telah melihat statistik tersebut sebagai rujukan terkini mengenai data terkini tersebut.

Berikut adalah graf bilangan penduduk di Malaysia daripada tahun 1980 sehingga 2011. Di mana menunjukkan populasi rakyat Malaysia yang semakin meningkat dan pada tahun 2011 ianya telah meningkat kepada 28.85 Juta orang.


Namun, dalam kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali pada Persidangan Kependudukan Antarabangsa 2011 dahulu menyatakan populasi Malaysia dijangka mencecah 35 juta orang menjelang tahun 2020, jika mengambil kira trend keluarga nukleus generasi kini.



Malaysia juga mempunyai Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk yang mana matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.

Itulah antara sasaran populasi untuk Malaysia dalam dasar yang telah dirancangkan. Apa pun ianya bergantung kepada peratusan kadar pertumbuhan pertambahan penduduk setiap tahun di Malaysia. 

Semoga informasi ini dapat memberikan info terkini kepada anda semua.

Sumber : UNDP


Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang