HALAMAN UTAMA

Tenaga Kerja Sektor Pertanian Malaysia Berkurangan?

Assalamualaikum, saudara pembaca sekalian, bekalan makanan kita tidak sudah tidak mencukupi! Tidak bimbangkah kita jika pada masa akan datang, kenyataan ini akan dikeluarkan dan dipaparkan di dada-dada akhbar? Kita semua akan berkemungkinan dan boleh menghadapi masalah kebuluran pada masa akan datang jika tiada usaha-usaha untuk memperbaiki dan meningkatkan produksi makanan di negara kita Malaysia.

Seperti biasa, saya mahu kongsikan mengenai apakah keadaan dan situasi berkaitan dengan pertanian kita pada tahun lepas berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya untuk panduan dan tindakan kita pada hari ini.

Saya telah mendapatkan data-data daripada sumber-sumber yang mempunyai statistik berkaitan. Di sini saya ingin memfokuskan untuk negara kita supaya kita lebih bersedia jika beremungkinan tiada bekalan makanan daripada luar negara.


Data berikut adalah jadual yang meliputi perubahan bilangan populasi dan jumlah tenaga kerja serta bilangan populasi mereka yang bercimpung dan menyumbang kepada sumber makanan atau pun sumber pertanin (agrikultur) dalam negara kita.


Malaysia: Perubahan populasi dan jumlah tenaga kerja

Jumlah [Juta]
Kadar Pertumbuhan Tahunan[%]
TAHUN
1996
2001
2006
2011
1996-2001
2001-2006
2006-2011
Jumlah Populasi
21.25
23.97
26.59
28.86
2.44
2.1
1.65
Populasi Agrikultur
4.44
4.12
3.76
3.33
-1.48
-1.81
-2.4
Jumlah Tenaga Kerja
8.48
10.10
11.48
12.96
3.56
2.59
2.45
Tenaga Kerja Agrikultur
1.87
1.84
1.72
1.59
-0.32
-1.34
-1.56
Sumber: FAOSTAT, FAO of the UN, Accessed on June 23, 2011. http://faostat.fao.org/site/550/default.aspx#ancor

Jadual 1: Perubahan populasi dan jumlah tenaga kerja.



 
 Graf 1: Kadar Pertumbuhan Tahunan (%) Bagi Populasi Malaysia dan Tenaga Kerja Tahun 1996 - 2011.


Graf 2 : Populasi Penduduk Malaysia dan Tenaga Kerja Tahun 1996 -2011.


Apa yang saya dapat kongsikan bersama ialah, kebanyakkan kita sering memikirkan untuk berkerja dalam bidang yang mempunyai gaji besar atau pun pendapatan yang tinggi. Ramai juga yang memilih kerja yang nampak 'standard' di mata masyarakat. Tetapi kita juga lupa bahawa sektor agrikultur juga adalah bidang yang paling mulia yang juga sama pentingnya seperti sektor pendidikan juga bidang-bidang yang lain dalam pembangunan tamadun masyarakat.

Melihatkan bilangan populasi penduduk yang semakin meningkat saban tahun, tetapi populasi penduduk yang berkecimpung dalam sektor agrikultur semakin berkurangan. Ini pada saya agak membimbangkan kerana bilangannya boleh dikatakan tidak seragam, kerana ianya sangat penting bagi memastikan kesinambungan bekalan dan sumber produksi makanan di negara kita dapat dikekalkan setiap tahun secara optimum.

Walau apa pun, saya akan terus berkongsi data-data yang boleh dijadikan motivasi kepada kita untuk mendidik rakyat Malaysia berusaha lebih kuat dalam memenuhi kewajipan dalam tuntutan fardhu kifayah untuk masyarakat kita khususnya di Malaysia. Insya-Allah.

Semua data diambil dan disunting oleh penulis Minda Insan berdasarkan sumber pada 23 Jun 2011.

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang