HALAMAN UTAMA

Putrajaya untuk BELIA?

Assalamualaikum, baru-baru ini, telah diadakan sambutan hari belia di Putrajaya selama 3 hari dari 27 Mei 2011 sehingga 29 Mei 2011. Juga telah diumumkan Perdana Menteri Malaysia bahawa akan diwujudkan Parlimen untuk belia yang mana akan diwakili oleh belia-belia di Malaysia. Namun, masih belum ditentukan maklumat lanjut mengenainya. Aku juga berharap jika dapat dilaksanakan, diharapkan ianya dapat betul-betul menjana pembangunan kepada negara dan memberikan peluang suara-suara belia diambil kira untuk kepentingan semua belia di Malaysia tanpa ada apa-apa karenah lain.

Sempena Hari Belia, aku ingin berkongsikan beberapa perkara menarik yang sempat disertai dan dilihat. Secara ringkaslah aku ceritakan dengan beberapa moment menarik yang sempat diambil daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan. Aku menceritakan mengikut pandangan dan pendapat peribadi aku sendiri daripada berjuta belia di Malaysia.


Lokasi kedudukan SASUKE Malaysia.

SASUKE Malaysia sedang berlangsung.

Salah sebuah kereta pameran daripada PROTON.

Satu lagi kereta dalam pameran kereta oleh PROTON.

Salah satu booth yang menawarkan mata kepada pengguna MyKad di kedai-kedai terpilih.

Kereta-kereta mewah juga ada dipamerkan di Putrajaya.

Kerja-kerja kosong yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran kerjaya.

Sebuah agensi syarikat yang menawarkan pemeriksaan berat badan berserta komposisi tubuh dan minuman kesihatan secara percuma untuk pengujung.

Pengunjung berdekatan salah satu pentas persembahan.

Peserta yang menyertai program di Masjid besi Putrajaya untuk "1 Ayat 1 Quran 1 Belia".

Antara satu ayat yang perlu dibacakan serentak selepas program bermula.

Ayat yang diberikan kepada peserta perlu dibaca sejurus Perdana Menteri menyebut Al-Fatihah.

Para peserta menunggu lebih satu jam sebelum program bermula.

Peserta yang bangun untuk melihat demonstrasi yang ditunjukkan bersebelahan dengan masjid oleh Pasukan Tentera Diraja Malaysia.

Antara aksi yang ditunjukkan oleh pasukan tentera di kawasan tasik berdekatan dengan masjid.

Peserta yang menunggu ketibaan Perdana Menteri Malaysia tidak melepaskan peluang untuk melihat demonstrasi tersebut.

Peserta telah kembali tenang dan bersedia menanti ketibaan Perdana Menteri Malaysia.

Antara booth yang dibuka di perkarangan masjid.

Ketibaan Perdana Menteri dan menteri-menteri ke program yang dijalankan di Masjid Besi.

Peserta sedang bersedia memulakan program.

Salah satu booth yang terdapat di sekitar masjid untuk dikunjungi.

Komposisi tembok bersebelahan dengan masjid besi.

Pameran kereta-kereta antik di kawasan ruang legar bersebelahan padang.

Pasukan gendang yang bersedia untuk melakukan persembahan.

Pengunjung sedang menantikan aksi yang akan dilakukan oleh peserta SASUKE Malaysia.

Antara gelagat yang dijumpai di sekitar Hari Belia di Putrajaya.

Putrajaya dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung daripada seluruh negara.

Pengunjung sedang menyaksikan satu demonstrasi yang dilakukan oleh sebuah booth.

Pengunjung yang ramai seperti di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Salah satu peralatan yang dipamerkan oleh Pasukan Tentera Darat Diraja Malaysia.

Salah satu bilik pembedahan yang terdapat dalam pameran yang dimiliki pihak tentera. 

Bilik pembedahan dengan peralatan yang disediakan.

Pemandangan bilik pembedahan bergerak daripada luar.

Salah satu kereta kebal yang dipamerkan.

Orang ramai menyaksikan rekod peserta gamelan yang ingin mencipta rekod bermain gamelan tanpa henti.

Lagi kereta kebal yang dipamerkan.

Pameran yang dibuat oleh pasukan CSI di bawah Polis Diraja Malaysia.

Antara barang-barang yang dipamerkan.

Peralatan digunakan untuk mengesan had laju pemandu dalam operasi perangkap had laju.

Bahagian yang ditunjukkan dalam bom Grenade.

Antara bom yang dipamerkan.

Tidak ketinggalan penjual ais krim yang mencari pendapatan lebih sempena hari belia.

PROGRAM 1 AYAT 1 QURAN  BELIA
Berdasarkan gambaran yang ditunjukkan dalam beberapa gambar tersebut, pelbagai komen boleh dibuat dan boleh diperbaiki pada masa yang akan datang. Antaranya ialah program ""1 Ayat 1 Quran 1 Belia" yang mana aku juga berada di masjid tersebut lebih kurang pukul 2.15pm yang mana telah kelihatan ramai peserta yang majoritinya ialah peserta PLKN. Apa yang dapat dilihat, mereka terpaksa menunggu lebih daripada satu jam dan hanya bermula kira-kira pukul 3.55pm selepas Perdana Menteri tiba.

Apa yang paling mengejutkan aku, inilah kali pertama yang aku lihat program besar yang dilakukan tidak sampai 10 minit. Yang mana, aku lihat PM tiba, majlis dimulakan, PM menyebut al-fatihah, semua peserta mula membaca ayat yang diperolehi serentak dan selepas 3-4 minit, bacaan ditamatkan dan PM terus meninggalkan majlis apabila telah selesai bacaan.

Apa yang dapat diulas mengenainya. Program ini sangat baik penganjurannya kerana mendekatkan kita kepada al-quran. Namun, sejauh mana keberkesanannya dalam perlaksanaannya. Ada beberapa persoalan yang ingin aku kemukakan dan sering tertanya-tanya, antaranya :-
1. Apakah semua ayat dalam al-quran itu habis dibaca dengan lengkap?
2. Siapa pula yang akan mendengar dan menyemak bacaan para peserta jika semuanya membaca dengan serentak?
3. Bagaimana program ini dapat membentuk belia yang lebih bersifat cintakan al-quran?
4. Adakah program ini dibuat sekadar mengisi kekosongan program berbentuk kerohanian belia tanpa memikirkan kerasionalannya?

Itu antara yang aku fikirkan perlu dititik beratkan dalam perlaksanaannya pada masa yang akan datang kerana apa yang dapat dilihat juga, kurang penyertaan daripada badan-badan atau persatuan belia-belia yang terdapat di Malaysia. Apakah program ini yang sesuai untuk perserta dalam lingkungan 25 tahun dan ke bawah? Itulah apa yang dapat aku lihat. Sasarannya mungkin tidak tercapai pada pendapat aku sendiri.

Jadi, pada aku program ini berjaya dilaksanakan. Namun, sasarannya tidak berjaya, hasil perlaksanaannya juga tidak berkualiti, penyertaan tidak memberangsangkan dan tiada ketepatan waktu program.

PAMERAN-PAMERAN
Untuk pameran-pameran, aku rasa tiada masalah kerana terlalu banyak tempat yang kita boleh dapatkan pelbagai maklumat daripada pelbagai agensi yang mengambil bahagian sempena Hari Belia tersebut. Tidak kira daripada agensi kerajaan, NGO, badan-badan berkanun dan sebagainya amat baik sekali kerana banyak pendedahan dapat diberikan kepada belia itu sendiri.

Banyak juga perkara yang kita jarang dapat tahu boleh diketahui di pameran-pameras seperti ini. Macam hari bertemu pelangganlah lebih kurang. Lebih dekat dengan pengguna dan rakyat supaya mereka lebih memahami mengenai perkara yang mereka lakukan di belakang tabir. Oleh itu, ianya boleh dipertingkatkan lagi di masa yang akan datang.

JUALAN
Aku amat terkejut apabila menjumpai sebahagian peniaga sanggup menjual air yang biasanya dijual RM1 telah dijual dengan harga RM2. Apa yang aku ingin katakan ialah mengapalah mereka sanggup menjualnya semahal itu? Pengunjung di sini bukanlah datang melancong atau pun terdiri daripada golongan-golongan berpendapatan tinggi. Aku pun faham jugalah, mungkin sudah sikap peniaga yang ghairah mencari untung berlipat kali ganda. Tetapi, yang rasa teraniaya pengguna juga. Cuba buat kira-kira berapa bajet kita datang menyokong program Hari Belia untuk sehari?

Minum = RM2
Makan = RM5
Tambang = RM5
JUMLAH= RM12/orang (Mesti lebih daripada ini)
*Anggaran sahaja untuk aku sebagai pelajar yang tiada pendapatan. Ini rasanya belum cukup lagi. Datang dari jauh, apa je boleh beli, takkanlah tak nak minum. Rasanya mana cukup satu air minuman. Minyak lagi, tambang lagi, makan, minum, beli barang dan sebagainya. Biasalah kena keluar duitkan. Tak kisahlah, cuma melampaulah bagi aku mungkin tidak bagi orang lain. Sepatutnya kenalah bagi keistimewaan kepada belia sebagai pengunjung. Kata Hari Belia kan.

Baiklah, berbalik kepada tadi. Mengapa aku kata teraniaya? Aku ingin menyampaikan mesej kepada peniaga-peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga. Jika anda berniaga dengan cara yang begini, bermakna anda mahu mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan cara yang salah. Apa yang aku tahu, hak pengguna ialah untuk mengetahui harga barangan yang ingin dibeli.

Jadi, nasihat aku kepada pengguna di luar sana, jika kita tidak puas hati, kita tak payah beli. Aku lihat ada sahaja peniaga yang menjual dengan harga RM1. Aku rasa bukan alasan untuk menjual dengan harga semahal itu. Sudahlah saiz bekas airnya yang paling kecil, ais diletakkan pula banyak, airnya sedikit sahaja. Memang hauslah lagi kalau habis diminum, lebih baik beli air mineral. Ingat, KUASA MEMBELI DITANGAN PENGGUNA SEPERTI ANDA, jangan biarkan kita menjadi mangsa keadaan.

Aku rasa setakat ini dahulu komen untuk Hari Belia 2011. Banyak lagi yang ingin aku kongsikan, tetapi nanti aku akan tuliskan lagi sebagai rujukan aku pada masa akan datang. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang