HALAMAN UTAMA

PC : YM tak keluar mesej? Kembalikan semula.

Assalamualaikum, hari ini saya telah mengalami masalah pada Yahoo! Messenger (YM), jadi, alhamdulillah saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan mencuba pelbagai cara. Namun, saya ingin berkongsikan dengan sesiapa yang mempunyai masalah yang sama. Mungkin ianya boleh digunakan pada semua jenis Windows dan mungkin tidak. Tetapi boleh cubalah jika mahu.

Saya menggunakan Windows 7 dan YM Version 11 Beta. Jadi, masalahnya YM saya mula tidak muncul perkataan atau pun mesej yang ditaip dan dihantar oleh orang lain sejak semalam. Apa yang berlaku? seperti yang ditunjukkan di bawah. Jadi, apakah tindakkan yang perlu diambil?

Langkah-langkahnya :-
1. Klik pada "START".
2. Pilih "RUN".
3. Taip "regedit".
4. Kemudian ENTER.

Akan muncul "Registry Editor". 
Kemudian, Carikan File dan klik mengikut turutan berikut untuk membukanya :-

1. HKEY_CURRENT_USER ,
2. Software ,
3. Microsoft ,
4. CurrentVersion ,
5. Internet Settings ,
6.*** Klik sebelah KANAN, Kemudian pilih "DELETE" untuk membuang kesemua file "Zones".
7. Tutup "RegEdit" dan buka semula Yahoo Messenger! anda.
 

1- Masalah pada YM seperti di bawah, tiada teks atau mesej yang keluar sama ada selepas ENTER atau pun mesej yang dihantar pada kita.

2- Selepas anda buka "RUN", masukkan "regedit" dan akan keluar tetingkap di bawah, pilih "Zones" dan delete kesemua file Zones.



3- Kemudian, buka kembali YM dan anda akan dapat lihat, ia telah kembali seperti biasa. Seperti yang tertera di bawah ini.
4- Namun, jangan bimbang kerana file yang ada "DELETE" sebentar tadi, akan kembali secara automatik. Jadi tidak perlu buat apa-apa.

Hasilnya, anda akan lihat ia sudah kembali pulih. Insya-Allah.

Rujukan lain: 
http://wiki.answers.com/Q/Your_Yahoo_Messenger_does_not_display_text_when_you_chat_or_send_Instant_messages_it_does_not_allow_you_to_enter_chat_rooms_you_cannot_see_what_you_write_installed_back_many_times#ixzz1P9whe9gZ
http://www.tutorialepc.ro/nu-vad-ce-scriu-si-ce-mi-se-scrie-pe-messenger-solutie.html
http://wiki.answers.com/Q/Your_Yahoo_Messenger_does_not_display_text_when_you_chat_or_send_Instant_messages_it_does_not_allow_you_to_enter_chat_rooms_you_cannot_see_what_you_write_installed_back_many_times

Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang