HALAMAN UTAMA

[BLACKOUT505] Realiti Seorang Banduan Penjara Sg Buloh (Siri 5)

Sambungan kelima daripada kisah Realiti seorang banduan di Penjara Sg Buloh oleh Safwan Anang.

Akhirnya dapat juga baring sekejap merehatkan tulang empat kerat yang betul-betul cukup letih setelah seharian melalui macam-macam perkara. Sambil-sambil baring aku masih menyambung cerita bersama dengan Jai. Macam-macam soalan jugak yang dia tanya mengenai perkembangan keputusan PRU baru-baru ni. Maklumlah semua banduan ni mana sumber maklumat selama duk dalam penjara. Kalau ada pun biasanya hanya Cikgu-cikgu yang duk bercerita kepada diorang. Tu pun belum tentu sahih ataupun tidak. Sumber biasa Utusan, Rtm dan Tv3 jelah. Panjanglah perbualan mengenai isu blackout malam tu. Tapi agaknya selang dalam setengah jam macam tu datang cikgu menjengah kami berdua, “ Ni yang mana satu Safwan?” Tanya cikgu dengan nada tegas.

Aku terus bangun dari pembaringan sambil menjawab, “ Ya, saya cikgu.” Jai pun turut bangun berdiri serentak waktu tu. “ Ya cikgu, ada apa?” Spontan Jai dengan nada slumber bersahaja. “ Ni ha, sebab kau lah rupanya yang diorang duk berhimpun buat demonstrasi kat depan penjara Sg Buloh ni. Pasang lilin lah, buat khemah la…” Aku hanya diam tersengih. Aku tahu mereka buat tu semata-mata nak bersolidariti bersama aku. Dalam hati aku, ni kalau aku menjawab ni aku jugak yang kena. “ Ni, Safwan kau tahu ke tak ni?” Cikgu tanya aku lagi. Kali ni aku jawab, “ Tak, tak tahu pulak cikgu.” Ringkas aku jawab. “ Ish, sebab kau lah diorang duk buat macam ni. Kenapa sebenarnya kau nak masuk sangat penjara ni? Cuba kau cerita apa masalah kau ni..” Sergah cikgu lagi. Dalam kepala aku, ni mesti cikgu nak soal siasat aku. Dah macam soalan polis pulak yang dia tanya. Maklumlah sudah beberapa kali aku ditahan polis dan itulah antara soalan biasa dalam proses soal siasat.

Kali ni aku cuba memberanikan diri, “ Saya buat semua ni hanya kerana mempertahan prinsip saya. Pendirian saya, saya lawan segala bentuk penyelewengan dalam PRU dan akhirnya saya dituduh menghasut pula.” Cikgu pula macam biasa tetap akan menyalahkan saya dengan alasan, “ Yelah, kau kan boleh di ikat jamin. Kenapa kau tolak? ”. Aku tegas, “ Saya nekad untuk lawan. Dan niat saya masuk ke Sg Buloh adalah kerana protes terhadap tuduhan kepada saya. Hanya tu cikgu..” Aku cuba membiasakan diri dengan cikgu, walaupun nadanya agak keras dan tinggi. Waktu tu Jai hanya tercengang memerhatikan dialog antara aku dengan cikgu, macam ada rupa terkejut jugak pada riak wajahnya. Tapi dia tetap memerhati. Sesekali aku terpandang mukanya, dia tersenyum.

Panjang juga cikgu duk bertanya soalan-soalan berbaur politik kepadaku. Aku agak, cikgu ni cuma nak korek input-input penting dari aku. Jadi, aku hanya menjawab dengan bersahaja. Dengan maklumat-maklumat asas. Mana tidaknya, sehingga cuba nak tanya apa pendirian politik aku. So, macam biasa jawapanku, “ Saya lawan mana yang tidak adil. Mana yang menipu. Kami hanya bersama prinsip kebenaran.” Hanya setakat itu jawapanku. Lebih kurang setengah jam juga aku terpaksa melayan soalan-soalan dari cikgu. Usai soal jawab tu cikgu terus beredar. Dan Jai pula yang bertubi-tubi bertanya soalan kepadaku.. “ Apasal cikgu duk tanya macam-macam pulak kat kau ni..?” Aku terdiam. Ya, waktu tu Jai belum mengenali aku sebagai seorang ketua bagi gerakan mahasiswa memandangkan aku hanya cerita maklumat-maklumat biasa kepada Jai. Sifat berhati-hati tu tetap ada dan aku reserve terutama bila bertemu orang-orang baru.

Selang beberapa minit sahaja, datang pula seorang lagi cikgu. “ Mana Safwan? ” Tanya cikgu kepada Jai yang berdiri di hadapan pintu sel sambil aku pula sudah terbaring di sudut sel sehingga tak kelihatan. “ Ada cikgu, tu ha dia duk baring dah.” Jawan Jai. Aku pun terus bingkas bangun seperti biasa, “Ya, ada apa cikgu?”. Cikgu kali ni lain pula caranya, “ Takda apa, saja nak kenal kamu..Macam mana setakat ni? Semua ok?” Tanya cikgu tu pula. Aku agak cikgu ni agak ok la berbanding yang mula-mula tadi. “ Setakat ni semua ok cikgu.” Dan cikgu tu hanya tersenyum lebar memandang riak wajah ku yang agak kepenatan waktu tu. “ Takpe, kamu teruskan. Ada apa-apa masalah bagitahu je kat cikgu…” Wah, kali ni badan aku yang kepenatan tadi seolah-olah dah dapat tenaga yang baru. Mana tidaknya, cikgu beri sokongan kat aku! Fuhhh, lega rasanya waktu tu…selamat aku, kurang-kurang ada la jugak yang sokong perjuangan aku ni walaupun dia bertugas dalam penjara. Ya, itu realitinya!



“Takpe, kamu rehatlah. Nampak macam penat tu…Askar, jaga si Safwan ni. Kalau ada apa-apa bagitahu..” kata cikgu ringkas sebelum meninggalkan kami. Apa lagi Jai time tu sempat lagi mencelah, “Cikgu, ade lighter tak? Lama tak berasap ni..” Cikgu geleng kepala, “ Kamu ni tak habis-habis..mana boleh merokok dalam ni…cikgu nak merokok pun kena keluar penjara baru boleh ”. Cikgu beredar terus meninggalkan kami. Aku terus mengambil tempat untuk lelapkan mata. Jai sebut kat aku, “ Kau tido la dulu…” Kali ni memang betul-betul penat. Kali ni memang betul baru dapat lelap.

Nikmatnya dapat tido sekejap waktu tu. Seperti yang aku sudah jangka, datang lagi cikgu menyapa kami berdua. Jai kejutkan aku yang cikgu datang. Kali ni dua orang cikgu datang dan membawa seorang tahanan baru untuk ditempatkan bersama kami. Tambah lagi seorang penghuni dalam sel kami. Seperti keadaan aku juga sewaktu sampai ke sel petang tadi, bekas rambut baru sahaja dipotong masih jelas kelihatan pada tubuh banduan baru yang tak berbaju ini. “ Ni, tambah lagi seorang cukup tiga..” pesan cikgu. Sebab sebelum ni Jai dah cerita kat aku, kalau dalam sel kat blok Damai ni biasanya banduan tak boleh duk seorang atau berdua. Mesti diletak bertiga. Maka cukuplah kami bertiga dalam satu sel bernombor 15! Cikgu meninggalkan kami dengan tergesa-gesa tanpa memberitahu identiti banduan yang baru sahaja masuk sel kami ni. Apa lagi Jai mula bertanya, “ Datang dari mana? Kes apa?” Mamat tu hanya berdiam diri tak menjawab soalan kami. Rupa-rupanya tak paham bahasa Melayu. Kami pun berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris rojak campur-campur.

Bila tanya dalam Bahasa Melayu. “Sikit-sikit bole faham..” Kata mamat tu. Dia datang dari Sri Lanka. Kes masuk penjara sebab datang Malaysia takde passport. Datang secara haram dan nak bekerja sebagai buruh binaan. Itulah kebiasaan kes pendatang tanpa izin, datang nak cari rezeki tapi tak ikut saluran undang-undang yang sah. Simpati pun ada. Tapi aku agak biasalah kes-kes macam tu, kadang-kadang ada jugak yang kena tipu dan kelentong oleh sindiket-sindiket haram ni. Bila di tanya nama, punyalah panjang sampai aku dengan Jai pun tak boleh nak sebut nama dia. Dan kami hanya panggil dia Toley. Aku agak dia bukan beragama Islam memandangkan ada tatu di bahu kirinya. Tapi kami pun tak pernah tanya dia agama apa. Cuma memang jelas la dia tak solat sekali waktu kami solat isya’ sebelum tido. 

Sambil-sambil baring dah nak lelap datang pula cikgu berpangkat Koperal ke sel kami. Alahai, nasib aku lah kena melayan lagi koperal ni pulak datang. “ Selamat malam. Mana budak baru tu?” Tanya Koperal kepada Jai. Jai memanggil aku dengan cepat, agaknya Jai pun dah kenal sangat dengan perangai Koperal ni. Cuma kali ni Koperal ni agak bertegas dengan aku dan siap dengan perkataan yang agak sinis. “ Ish, apa la nak jadi dengan anak Melayu ni. Orang suruh belajar dia nak masuk penjara…kau dapat apa la kau buat macam ni…” Kata-kata tu sebenarnya aku dah hadam sangat. Lagi-lagi dengan polis. Maaf aku cakap. Dan aku tahu bukan semua pun macam tu. Ayah mertua aku pun sebenarnya bekas polis. Cuma sudah bersara. 

Aku hanya diam senyum tersipu-sipu. Diam bukan bermakna setuju. Dah ruang tu yang Koperal tu guna untuk brainwash aku lagi malam tu. Nasib aku lah. Tahan telinga jelah walaupun dah agak panas. Malam tu sahaja dah 4 orang cikgu yang datang ke sel aku dan aku agak diorang ni bukan datang saja-saja tapi mungkin nak brainwash. Nasib baiklah yang sorang tu pulak sokong dan bersama aku. Tu niat positif aku jelah, manalah tahu kot-kot tu juga antara cara diorang nak dapatkan maklumat. Guna taktik memujuk. Ada yang keras, ada yang neutral dan ada yang simpati. Semuanya aku masih ambil sikap berhati-hati sebenarnya.

Aku agak waktu dah cecah lebih pukul 12 tengah malam sebab suasana sel pun dah agak seram-seram sejuk. Lampu ditutup. Jai berceloteh dengan aku. “ Fuhh, dah macam orang famous kau ni. Asyik ada je yang datang melawat. Dah 14 hari aku kat sini takdelah pulak cikgu-cikgu ni datang menyembang tanya-tanya soalan macam tu kat aku. Dah lah aku ni kuat menyembang..” Dalam hati aku, kalau lah kau tahu apa yang aku buat kat luar tu barulah kau tahu aku ni berdepan dengan risiko apa. Perjuangan ni sememangnya bermain dengan macam-macam risiko dan kemungkinan. Dan risiko ini pastinya akan perlukan pengorbanan. Perjuangan tanpa pengorbanan tiada apa-apa makna. Aku yakin dengan perjuangan ni akan menghasilkan perubahan. Dan perubahan itu adalah satu kepastian! Aku pegang prinsip tu dengan yakin! 

Usai bersembang, dapatlah juga aku lelap malam pertama di penjara...

bersambung…
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang