HALAMAN UTAMA

Pendirian Imam Muda Astro OASIS Mengenai Isu Mesir dan Syria

Assalamualaikum, pada 27 Ogos 2013 lalu, para Imam Muda Astro Oasis Musim 1, 2 dan 3 telah membuat usrah dan membincangkan mengenai isu Mesir dan Syria. Dalam perbincangan mereka dalam usrah tersebut, maka beberapa pendirian telah disepakati dalam usrah tersebut. Maka satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan untuk menyatakan pendirian mereka berkaitan isu tersebut.


Kenyataan berikut dipetik daripada Facebook Suara Imam Muda yang dikeluarkan pada 8 malam 29 Ogos 2013. Boleh rujuk di bawah kenyataan yang dipetik:


KENYATAAN RASMI DAN PENDIRIAN PARA IMAM MUDA ASTRO OASIS DALAM ISU MESIR DAN SYRIA


Setelah perbincangan para Imam Muda Astro Oasis Musim 1, 2 dan 3 dalam usrah Imam Muda yang bertarikh 27 Ogos 2013 dalam isu Mesir dan Syria. Maka kami berpendirian bahawa:

1. Rasulullah SAW telah menegaskan didalam hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “ Tolonglah saudara-saudara kamu yang menzalimi ataupun yang dizalimi. Maka seorang sahabat bertanya , kami akan menolong sekiranya dia dizalimi. Jika dia yang menzalimi bagaimana pula kami mahu menolongnya?. Jawab Rasulullah SAW, kamu menghalangnya dari melakukan kezaliman. Yang demikian adalah pertolongan kamu kepadanya. (Hadith riwayat Bukhari).


Oleh sebab itu dalam isu Mesir dan Syria ini, mempertahankan orang yang dizalimi adalah wajib kerana itu adalah hak mereka. Manakala menghenti, menghalang dan menegah kezaliman orang yang menzalimi juga wajib kerana membuat kezaliman bukanlah hak mereka.



2. Kami berpendirian bahawa General As Sisi, golongan perampas kuasa dan yang seangkatan dengannya tidak boleh diiktiraf sebagai kerajaan, Sultan, hakim, amir dan pemerintah yang sah dari sudut pandangan syarak kerana ianya belum dibentuk secara majoriti rakyat dalam pilihanraya yang sah dan ianya masih lagi dan proses penggulingan. 



Oleh sebab itu sebarang hujah dan hukum pemerintah atau sultan didalam Islam tidak boleh dikaitkan kepada As Sisi dan kuncu-kuncunya. Manakala mereka yang keluar menentang golongan ini tidak boleh dianggap sebagai golongan khawarij pada pandangan syarak kerana mereka mempertahankan Presiden Mursi iaitu sultan dan pemerintah yang sah pada syarak.


3. Kebangkitan rakyat di Mesir adalah suatu yang sah dari sudut syarak kerana kebangkitan mempertahankan hak dan menghentikan kezaliman. Manakala kebangkitan rakyat di Syria juga adalah sah dari sudut syarak kerana pertembungan akidah antara hak (Islam) dan batil (syiah nusairiah baathiniyyah ) dalam negara majoriti umat Islam, mempertahankan hak dan menghentikan kezaliman. Maka gerakan dan tindakan mereka adalah jihad yang membolehkan mereka mendapat anugerah syahid di jalan Allah SWT.

4. Pertembungan yang berlaku akhir-akhir ini adalah pertembungan antara Islam dan golongan yang sempurna pada mereka ciri-ciri munafik. Ia juga adalah pertembungan antara Islam dan kufur. Ianya adalah fitrah sunnatullah yang berlaku sejak zaman para nabi-nabi yang terdahulu walaupun berbeza plot episod ceritanya dan berlainan watak utamanya.

5. Teruskan berdoa untuk adik beradik dan saudara mara kita di Palestin, Syria, Mesir, Arakan Myanmar dan lain-lain negara umat Islam serta pastikan keterlibatan kita dalam program bantuan kepada negara-negara ini semampu yang boleh. InsyaAllah ada jawapan kita di hadapan Allah SWT kelak insyaAllah.

Sekian..Segala yang hak itu hanya pada Allah SWT.

Suara Imam Muda Astro Oasis 
Musim 1, 2 dan 3



Selain itu, dipetik juga kenyataan beberapa Imam Muda di dalam Facebook mereka seperti yang di bawah:

Statement IM Azhar:
Sahabat kita ramai terkorban di Mesir. Ada yang berkata, "itulah akibat kebodohan lawan pemimpin." Bodohkah kalau ikut cakap nabi kita? Bodohkah kalau lawan orang yang zalim? Bodohkah kalau menyokong pemimpin adil yang sah dipilih secara demokrasi?

Lebih teruk, ada ilmuan yang sanggup melabel rakyat Mesir sebagai Khawarij. Nasihat saya, tak payah lah mencari publisiti dengan kemarahan orang.

Saya mengajak teman2 utk terus menyokong rakyat Mesir dan Dr Morsi. Mereka orang yang benar. Mereka ikhlas. Sekarang mereka teraniaya. Bantulah mereka. Dengan apa saja. Sekurang-kurangnya DOA. - Imam Muda Azhar.





Sekadar berkongsi, apa pandangan mereka mengenai isu Mesir dan Syria yang kini mempunyai pelbagai pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengikut kata mata diri mereka sendiri.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

49 Kongsi Gelap Haram Di Malaysia Ogos 2013

Assalamualaikum, rupa-rupanya terdapat 49 kumpulan kongsi gelap yang wujud di Malaysia mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh KDN. Berikut senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh Malaysia yang telah dilaporkan PDRM dalam kenyataan akhbarnya.

Senarai yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia diambil daripada sumber PDRM. Sumber sini.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan laman web KDN. Sumber sini.

***************
 SENARAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP


  1. Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  2. Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  3. Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  4. Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
  5. Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  6. Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  7. Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)
  8. Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)
  9. Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  10. Gee Ah Eng
  11. Loh Kuan
  12. Tiang Yee Tong
  13. Geng 21
  14. Ang Soon Thong
  15. Wah Kee
  16. Sio Sam Ong
  17. PNEH
  18. Hong Hong San
  19. Hai San
  20. Sin Ang Bin
  21. New Cell 20
  22. Jit It Hai
  23. Sio Koon Tong
  24. Gee Lam Kor
  25. Geng Leng Hor
  26. Geng 35
  27. Geng 303
  28. Geng Satu Hati
  29. Sabah ATAP (SABAH) 
  30. Hung Ann (SABAH) 
  31. Sui Yuk (SABAH) 
  32. Otai (SABAH) 
  33. Borneo Red EMP (SABAH) 
  34. Sarawak Ah Ngau (SARAWAK)
  35. Batu Tiga (SARAWAK)
  36. Ah Feng (SARAWAK)
  37. Batu 10 (SARAWAK)
  38. Sibu T (SARAWAK)
  39. Ah Seng (SARAWAK)
  40. Ah Chin (SARAWAK)
  41. Lee Lung (SARAWAK)
  42. Lo Han (SARAWAK)
  43. Sg Merah (SARAWAK)
  44. Sg Badut (SARAWAK)
  45. Ting Ching Lee (SARAWAK)
  46. Tua Cak Lee (SARAWAK)
  47. Teksi Station (SARAWAK)
  48. Pintu Merah (SARAWAK)
  49. Krokop (SARAWAK)

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI: PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

(29 August 2013 - Kenyataan Media/Akhbar)

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI :
PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

1.    YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan 49 buah Pertubuhan Kongsi Gelap di seluruh negara sebagai pertubuhan- pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui Pewartaan P.U. (A) 272/2013.

2.    Pertubuhan-Pertubuhan Kongsi Gelap ini merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, huru-hara dan melakukan pembunuhan dengan cara menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya.



3.    Peruntukan di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], adalah berkaitan kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang.

“Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak”.

4.    Dari segi implikasi pengisytiharan 49 pertubuhan kongsi gelap sebagai pertubuhan menyalahi undang- undang di bawah seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966:
  • a) Tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama Pertubuhan yang menyalahi undang- undang untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.
  • b) Segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; dan
  • c) Tiada seseorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap. Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, seksyen 6 (2) dan 6 (3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.
  • d) Tiada sesiapa pun boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota- anggota, panji- panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang- undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52 (3), Akta Pertubuhan 1966;

5.    KDN dan agensi- agensinya iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran dan Pertubuhan Malaysia, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan- kegiatan kongsi gelap dan jenis- jenis jenayah berat yang lain demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. KDN juga bekerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk semua pihak yang berkaitan bagi memperlihatkan keseriusan KDN dan PDRM untuk membanteras jenayah.

6.    Saya juga menyeru agar masyarakat turut memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk membanteras jenayah dan pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Semoga maklumat ini memberikan kita pengetahuan mengenai kewujudan kongsi gelap dan nama serta simbol yang digunakan di kawasan dan negara kita.

Sekian, Terima kasih.


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gambar Kemalangan Bas Genting 21 Ogos 2013

Assalamualaikum, berikutan kejadian kemalangan ngeri bas Genting 21 Ogos 2013 lalu, bas yang telah terjunam ketika menuruni Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur sudah dapat dikeluarkan daripada lokasi kejadian oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan  beberapa agensi yang lain pada pukul 12:51 tengah hari 23 Ogos 2013. 

Berikut antara gambar Ops Genting Highland yang dikongsikan pihak Jabatan Bomba Penyelamat dan Penyelamat Malaysia di dalam halaman Facebook mereka. Diharapkan gambar-gambar yang dipaparkan ini akan memberikan peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di jalan raya terutamanya di tempat keadaan jalan yang berselekoh dan mempunyai cerun.



Gambar yang dikongsikan oleh pihak Jabatan Bomba:
















Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua. Takziah juga kepada keluarga mangsa.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kemalangan Genting Highlands Ragut 37 Nyawa

Assalamualaikum, terkini satu kemalangan maut melibatkan bas berhenti-henti Genting telah meragut 37 nyawa penumpang iaitu 24 lelaki dan 13 perempuan; 16 orang yang lain cedera 11 lelaki 5 wanita daripada 53 penumpang yang dikatakan menaiki bas yang hanya sepatutnya berkapasiti 44 orang sahaja berlaku pada 2:46 petang 21 Ogos 2013 mengikut sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri SelangorTheStar dan MyMetro selepas operasi menyelamatkan mangsa dihentikan setakat malam tadi. Lokasi kemalangan maut dari Genting Highlands terhumban ke dalam gaung di kilometer 3 Jalan Karak-Genting.

Dikatakan bas terjunam ke dalam gaung sejauh 200 kaki dan tersangkut di atas pokok dengan seorang mangsa pertama berusia 20an berjaya dibawa keluar kira-kira 3:30 petang. Sehingga kini kesemua mayat mangsa telah dihantar ke beberapa buah hospital antaranya Hospital Selayang, Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur.

Beberapa senarai nama mangsa tidak rasmi daripada Hospital Selayang antaranya seperti dibawah:

Hospital Selayang:

Separa kritikal:
1. Raawnok Arefin (he), 14 (Bangladesh)
2. Nur Syamimi Ja'afar, 25 (Malaysia)
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 (Malaysia)
4. Rashidah Buyah, 50 (Bangladesh)
5. Andri Purwadi (he), 25 (Indonesia)

Kritikal:
1. Nurul Quraitul Aini, 19 (Malaysia)
2. Rezyan Arefin (he), 24 (Bangladesh)
3. Nur Fridil Gusman (he), 23, (Indonesia)

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
1. Wong Teraphong, 63 (Thailand) 
2. Ali Haider Syed Haider , 46 (Bangladesh)
3. Saidah, 19 (Malaysia) 
4. Razif, 26 (Malaysia)
5. Tan Ming Shing, 26 (Malaysia)



Beberapa gambar daripada pelbagai sumber saya kongsikan dan segala kemasikin terkini juga boleh didapati daripada beberapa sumber yang disediakan untuk liputan. Setakat ini pihak penyelamat masih lagi memantau di kawasan sekitar bagi memastikan tiada mangsa yang tercampak keluar daripada bas tersebut ketika kejadian dengan bantuan anjing pengesan.




Sila lihat beberapa sumber di bawah untuk maklumat selanjutnya:
  1. Sumber Utusan Kemaskini secara LIVE gambar dan Video
  2. Gambar koleksi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  3. Sumber MyMetro Video menyelamat
  4. Sumber TheStar Video dan laporan
  5. Sumber Laporan TheMalayMailOnline

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban ekoran nahas ini.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang