Assalamualaikum, 'potongan bawang berbahaya?' apabila terbaca satu kenyataan yang menyatakan bahawa jika memotong bawang dan membiarkannya akan menjadikan bawang tersebut bertoksik dan berbahaya kepada perut. Adakah ini benar? Saya terus mendapatkan maklumat untuk mendapatkan kesahihan perkara ini. Untuk mengelakkan perkongsian tanpa fakta kajian saintifik, saya membuat sedikit pencarian sumber yang berautoriti.
Selepas melihat beberapa sumber berkaitan kenyataan tersebut, ianya didapati tidak benar sama sekali kerana tiada satu pun kajian yang telah membuktikan akan perkara ini. Malah ianya telah dijawab oleh Dr Ruth MacDonald, Pengerusi dan Profesor Jabatan Sains Makanan & Pemakanan Manusia, Iowa State University. Menurut beliau, ianya adalah suatu yang tidak benar, namun terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitan dengan persoalan ini.
Saya kongsikan apa yang beliau perkatakan mengenai pertanyaan berkaitan isu ini.
Isu pertama ialah apa-apa makanan berkaitan tumbuhan semula jadi akan mempunyai bakteria di dalamnya, melainkan jika ia telah diproses menggunakan haba atau penyinaran. Bakteria boleh datang daripada tempat penanamannya dan semasa pengendaliannya di kedai atau rumah anda. Jika anda menyimpan sayur-sayuran pada suhu bilik ia akhirnya akan rosak dan reput akibat daripada proses gabungan pertumbuhan bakteria dan pecahan dinding sel. Keadaan ini akan memungkinkan kelihatan seperti sayur-sayuran ini 'menarik' bakteria tetapi sebenarnya bakteria telah menggandakan bilangannya dalam proses pereputan yang berlaku. Kadar kerosakan akan bergantung kepada tahap kehadiran bakteria, jenis bakteria, suhu, oksigen dan cahaya, serta struktur sayuran tersebut.
Isu kedua adalah berkenaan bawang yang telah dipotong akan menarik bakteria. Apabila anda memotong sayuran ianya menyebabkan dinding sel terganggu, air dan cecair yang dikeluarkan ini mungkin mengandungi nutrien yang akan meningkatkan pertumbuhan bakteria. Jadi, jika terdapat bakteria hadir pada permukaan yang dipotong akan menyediakan persekitaran sesuai untuk pembiakkannya. Meletakkan bawang atau sayur-sayuran di dalam peti sejuk biasanya akan melambatkan pertumbuhan bakteria, tetapi ianya tidak menghalang sesetengahnya daripada berlaku (dan sesetengah bakteria sebenarnya tumbuh dengan baik pada suhu penyejukan). Jadi mana-mana sayur-sayuran, yang dipotong atau tidak, mungkin mempunyai bakteria yang akan menyebabkan kerosakan akhirnya, walaupun disimpan dalam peti sejuk.
Bakteria biasanya tidak 'bergerak' dengan sendiri - mereka tidak terbang atau merangkak dari satu tempat ke tempat lain. Ianya dibawa melalui sentuhan - apabila anda mengambil sayur-sayuran, bakteria dari tangan anda akan dipindahkan ke permukaan sayuran. Atau apabila anda meletakkannya di atas kaunter atau memotongnya dengan pisau, bakteria boleh dipindahkan dari kaunter atau pisau ke atas sayur-sayuran.
Sesetengah bakteria boleh menjadi bawaan udara tetapi ia tidak boleh mengarahkan penerbangannya dalam apa jua cara - ianya hanya boleh berada pada sayur-sayuran jika udara yang membawanya kepada sayur-sayuran. Jadi kenyataan bahawa bawang 'menarik' bakteria tidak benar dan tiada kajian saintifik.
Isu ketiga ialah sama ada bawang yang dipotong akan menarik jenis tertentu bakteria patogenik. Sekali lagi, bakteria tidak dapat memilih di mana ianya akan mendarat. Walau bagaimanapun persekitaran tersebut akan menentukan sama ada ianya dapat hidup atau tidak. Jadi, pada permukaan apa pun jika mengandungi nutrien yang cukup, suhu dan tahap oksigen yang diperlukan untuk ia berkembang, maka ia akan berkembang. Jika mana-mana daripada keperluan tersebut itu tidak mencukupi, maka ia tidak akan berkembang. Oleh itu, jika bakteria patogenik yang hadir pada sayur-sayuran, dan syarat-syarat untuk pertumbuhan mencukupi maka bakteria akan dapat membiak.
Jadi apakah yang perlu dilakukan untuk mencegah penyakit daripada sayur-sayuran?
Di kedai:
- Pilihlah sayur-sayuran yang masih segar dan tidak mempunyai tempat lembut atau lebam dan hendaklah mengendalikan mereka dengan cermat.
Di rumah:
- Cucilah sayur-sayuran dengan air sejuk, gunakan berus lembut jika anda mahu - dan kering.
- Menyimpannya di tempat sejuk dan kering, atau dalam peti sejuk.
- Apabila anda mengendalikan sayur-sayuran, basuh tangan anda terlebih dahulu, menggunakan peralatan yang bersih dan papan memotong, dan mengelakkan pencemaran silang terutama dengan daging mentah atau telur.
- Segera membungkus dengan plastik atau dimasukkan ke dalam bekas tertutup untuk mengelakkan kehilangan kelembapan dan menyimpan di dalam peti sejuk - Penggunaan dalam masa 2-3 hari.
- Jika terdapat lebam, mempunyai cecair keruh di sekeliling mereka, berlendir atau mempunyai bau - buangkan sahaja.
Semoga perkongsian ini menjawab segala persoalan yang diutarakan dan kemusyikan akan kesahihan berkaitan kenyataan tersebut.
Sumber:
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan