HALAMAN UTAMA

Kisah BR1M di MYDIN?

Assalamualaikum, sebentar tadi, di MYDIN Selayang. Sedang membuat bayaran di kaunter, tiba-tiba ternampaklah sepasang suami isteri yang sedang membayar barangan dan ditanganya ada sampul BR1M dan juga Mykad. Nampaknya macam ada masalah. Tapi, bila diperhatikan, betullah jangkaan aku, rupa-rupanya memang ada masalah. Terfikir juga aku bahawa masih ada juga yang belum tahu gunakan BR1M. 

Bagi mereka dan anggapan meraka, dengan BR1M, mereka boleh datang membeli-belah di MYDIN. Masalah timbul apabila nak bayar di kaunter tetapi tak boleh pula nak guna BR1M ni. Apalagi, beranglah si isteri, dan berkata "Sepatutnya tulis besar-besarlah BR1M tak boleh guna terus di MYDIN, barulah orang tahu." Itu katanya sebab alasan yang diberitahu, beliau tak tahu pula kena tukar di Bank dulu baru boleh dapat wang tunai. Kesian juga bila mereka tidak tahu kena tukar dulu di bank.

Mungkin mereka ingat seperti BB1M, Voucer buku tu, boleh bayar terus ke kedai tanpa perlu ke bank. Sebab kebetulan di MYDIN boleh guna BB1M tu. Tapi, mesti kita fikir macam tak logik situasi ini berlaku kan? Tetapi, itulah yang berlaku di depan mata saya sendiri.



Ada kalanya betul juga kata pelanggan tersebut. Tapi, kadang-kala benda mudah ni jadi susah pula. Pelanggan yang nak bayar guna BR1M tu pun sudah berkahwin siap datang bersama anak lagi. Sudahnya, bayar sahaja apa yang perlu, tinggallah barang yang tak perlu macam itu sahaja. Ya lah, siapa tak berang kalau dah masa terbuang nak datang tapi akhirnya kecewa tak boleh beli guna BR1M tu kan.

Bantuan ini pun satu halnya juga bila melibatkan banyak pihak. Antaranya:- 
  • Pihak pemberi bantuan (Voucer) > Penerima bantuan (Voucer) > Pergi Bank Untuk (Tunai)  Dapat Duit
Lagi mudah jika:-
  • Pemberi bantuan > Bank >Penerima bantuan
Atau lagi mudah:-
  • Pemberi bantuan (Tunai) > Penerima
Jadi, mana pilihan kita? Mana yang memudahkan? Mana yang mengurangkan urusan kerja? Mana yang menjimatkan masa? Mana yang lebih praktikal? Mana yang lebih selamat? Jika tidak, apa yang boleh terjadi? Antaranya:-

**Timbul pula masalah penerangan antara 'casher' dan pembeli... Yang pelanggan marah sebab tak tahu tak boleh guna Voucer tu terus. Sebabnya ambil direct voucer tu ditempat dia perlu ambil tanpa ada penerangan. Masa dah buang banyak dengan kos datang lagi...

**Casher pula pening kepala nak jawab kenapa tak boleh guna. Nak dengar pelanggan marah lagi. Padahal, BR1M memang tak boleh guna terus...

**Kalau tak salah, pemberian BR1M ini ada yang beri tunai terus dan ada juga yang bagi voucer terus. Mungkin yang bagi voucer tu dalam majlis atau pun nak orang berkumpul tu, adalah sesuatu nak diucapkan kepada penerima bantuan. Takkan la nak bagi sesaja kan? Biasalah tu, serampang dua mata katanya. Sambil menyelam minum airlah ibaratnya... Hehee...

Rasanya, kesilapan yang berlaku juga adalah pada voucer itu sendiri yang mana perlu dituliskan, perlu ditunaikan melalui bank sahaja. Baru betul, kalau tidak, macam inilah jadinya. Nak salahkan penerima pun tak boleh juga kan? 

Moralnya, kalau kita nak beri bantuan kadang-kala lebih mudah buat satu kerja sahaja. Kalau tidak, nak amik voucer kena beratur. Nak ambil tunai di bank pun kena beratur lagi. Mungkin boleh, diperbaiki lagi pada masa akan datang dengan memudahkan pemberian bantuan.

Benda baik tak ada siapa akan tolak. Tapi kalau dah jadi menyusahkan, tak berbaloi juga. Cuma perkemaskan lagi dari segi kaedah pemberian dan penggunaannya agar lagi efisyen. Kita dah semakin maju ke hadapan. Teknologi sudah berkembang dengan pantas. Mykad kita pun antara kad pintar yang terbaik.

Tapi, kalau kita pun tak nak memajukan kaedah pekhidmatan kepada masyarakat. Sampai bila pun tak akan ada pembaharuan dalam sistem perkhidmatan kita.

**Kadang-kadang kesian juga bagi pihak pelanggan dan juga kedai, kita tak boleh anggap semua orang tahu benda yang mudah bagi kita. Kadang-kala benda itulah yang paling sukar bagi orang lain yang tidak mengetahui...

**Apa-apa pun, baikilah cara pemberian bantuan, agar masyarakat lebih selesa dan seronok. Minimakan aduan, tingkatkan sokongan... Itu yang sepatutnya...

Sekadar perkongsian di Hujung Minggu...

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang