HALAMAN UTAMA

File Pendrive Hilang Sebab Virus?

Assalamualaikum, sebelum ini saya kongsikan macam mana nak dapatkan semula file dalam hard disk atau hard drive yang telah hilang sebab diserang Virus dan digantikan dengan fail shortcut (File telah dihiddenkan atau disembunyikan). Kali ini, saya saja nak kongsikan pula jika berlaku dalam pendrive macam mana pula kan. Tak ada cara lain ke? Mestilah caranya banyak. Tapi, saya kongsikan apa yang saya tahulah.

Baiklah, pernah dengar software "Scan Pendrive"? Ok, software ni ringan saja, boleh diletakkan ke dalam pendrive dan mudah digunakan. Bagaimana rupa aplikasi ini? Ia akan muncul seperti di bawah ini selepas kita klik pada software tersebut :-


Tetapi, bagaimana ianya berfungsi?
1. Selepas diaktifkan/dibuka aplikasi ini, sila klik pada Scan Pendrive.
2. Pilih pendrive atau pun removeable disk untuk discan dan dipulihkan akibat virus.
3. Apabila pendrive tersebut discan, fail-fail yang dihilangkan atau pun dihiddenkan akan kembali dan menjadi warna biru selepas dipulihkan.
4. Jadi, tak perlu risau jika warnanya telah bertukar menjadi biru kerana itu menunjukkan bahawa fail tersebut telah selamat daripada virus.


Jadi, jika anda mahu mencuba software ini, silalh downloadkannya di Scan Pendrive 3.3 secara percuma dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Semoga bermanfaat kepada semua. Insya-Allah.

Sumber Software : Scan Pendrive 3.3
Berkaitan : Trick mendownload? Tak perlu akaun premier?
 



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang