HALAMAN UTAMA

Nak Laptop tak? Utk student jer...

Salam pembaca budiman sekalian, Nak laptop tak? tapi kali nie bukan bisness aku atau pun berkepentingan... hahaha... kali nie bukan main-main ye... tapi untuk student ipt je la... tak kira la politeknik ker, universiti ker, asalkan memenuhi terma dan syarat-syaratnya. Kali nie, bukan artikel la. Cume menulis sebagai rasa tanggungjawab untuk membantu rakan-rakan pelajar di luar sana. Aku harap sangatlah anda semua yang berhak dapat memohon untuk laptop ini.  
 Bajet 2010: PM berkata "Kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar akan diberikan, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk dua tahun,"
Kiranya ni peruntukan masa bajet dulu la kan. Sebelum aku memberikan pandangan mengenainya, diharap dapat menimbangkan faedah dan keperluan anda sendiri sebagai pelajar ye.


Jadi pernah dengar Stremyx Cool Uni Pack? Aku tak tahulah ramai atau pun tidak yang pernah dengar. Yang penting tak sama dengan UniFi. Aku tahu bende nie pun lepas seorang member aku nie Mohd Nizaruddin Sumeri yang cadangkan kat aku. Tapi masa tu dia kata UniFi. Jadi aku pun try la cari-cari info pasal nie. Tapi aku pun tak paham sangat. So, aku pun fikir balik, baik aku terus gi ke TM point. Sebab boleh dapat penjelasan lanjut kalau tak faham kan.

Aku pun gi la ke TM Point menara Telekom. Gi sana aku mintak nak UniFi untuk student... Heheheee... Dia kata mana ada UniFi untuk student, yang ada Uni Pack la untuk student sekali dengan laptop. Aku pun mana la tau kan... mintak la borang permohonan. Then, step-step dia :-

1. Isikan borang permohonan.
2. Dapatkan Cop Pengesahan pada borang permohonan daripada HEP (pejabat Jabatan atau Fakulti boleh)
3. Dapatkan Surat Pengesahan Pelajar daripada Universiti (atau tempat belajar)
4. Dapatkan Salinan I/C dan tanda tangan pemilik nombor talian tetap pada borang permohonan.
    (Tertakluk la pada anda punya talian tetap, sama ada dah ada atau belum-aku dah ada talian tetap)
5. Dapatkan Salinan Kad Pelajar anda.

Itu sahaja, kemudian pergi semula ke TM Point, hantarkan borang. Dia ada 5 pakej. Aku amik yang paling murahlah. RM38 sebulan (tapi boleh upgrade lepas tu) kalau nak la. Kemudian, tunggulah dalam seminggu dua untuk pemasangan streamyx. Aku dalam tiga hari bekerja die dah datang pasang. Cuma sekarang tunggu penghantaran Laptop je la. Jadi sekarang dia dah pasang modem yang boleh aku guna wireless dirumah dan nak guna kabel pun boleh gak. Nanti aku akan updates sepenuhnya sampai dapat laptop tu jenis apa plak ye. Penghantaran laptop lak dalam masa dua ke tiga minggu lepas pemasangan katanya la. Insya-Allah.

Untuk Pengetahuan, yang aku dapat makluman, tiada lagi bayaran sewa dikenakan RM26 sebulan tetapi tiap-tiap bulan akan dikenakan RM38.00 sahaja. Bulan pertama aku tak tahu lagi. Nanti aku infokan kalau dah dapat bil. Jadi, dalam masa dua tahun bayar RM38.00 = RM912.00 kalau tak salahlah kiraan aku. Jadi fikir-fikirkanlah. Daripada membayar sewa talian tetap tanpa dapat apa-apa (broadband dan laptop) sebanyak dua tahun RM624.00. Manfaatkan penggunaan laptop dan internet untuk kemudan diri sebagai pelajar dan keluarga (seperti bayar cukai pendapatan, permohonan online, mengakses email, berhubung dengan kawan-kawan dengan video call dan sebagainya). 

Jadi, seruan aku pada pelajar :-
1. Dapatkan laptop dan broadband di rumah dengan bayaran bulanan sebanyak RM38 sekurang-kurangnya.
2. Milikilah laptop dengan harga yang sangat murah kurang daripada RM1 000.
3. Dapatkan kelajuan internet yang boleh diupgrade mengikut keperluan atau kehendak sendiri.
4. Jika dah ada, bagi tahu kawan-kawan yang tak ada lagi, pakej yang ditawarkan untuk pelajar.
5. Dapatkan permohonan yang sangat mudah.
6. Tambahkan RM288 untuk dua tahun dah dapat sebuah laptop (kalau apply la).

Jadi untuk rujukan dan maklumat lanjut, sila ke laman web Telekom Malaysia bahagian Cool Uni Pack sekarang.


Lihat juga : Jenis Laptop Yang diberi.


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN- Info Ditambah, Minda Bercambah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahh, murah kot kalo rn38 sbulan..speed dia brape eyh? laju tak? heee :D

Farid berkata...

speed die.. ada 5 pilihan.
paling murah 385kbps... blh upgrade sampai 4mbps klau nak.. n harganya pon mahal la sket... layak apply ker? :)

arifcools berkata...

Terima kasih atas info berguna ini...hope maju jaya,,;)

Farid berkata...

Sama-sama.... :)

Nuffnang