Salam kepada pembaca yang berinformasi. Pernah makan lobak atau carrot? Rasa-rasa anda, apa yang anda makan? Adakah ianya benar-benar lobak? Sudah tentulah lobak kan. Sebelum itu, bagaimana saudara pembaca memilih untuk membeli lobak? Cari yang besar? atau cari yang kecil? Kadang-kadang harga lobak pun berbeza mengikut saiz kan? (tak tau la klau sama jer). Tapi saudara pembaca tahu tak. Jika lagi besar lobak itu, maka lebih banyaklah kayu di dalam lobak tersebut.

Jadi, untuk memastikan kita mendapat kandungan vitamin pada lobak tersebut yang optimum dengan kandungan kayu yang paling minimum, pilihlah lobak yang tidak terlalu besar kerana bahagian kayu yang terbentuk adalah sedikit. Kira tips membeli lobak la nie kan. Sekadar info sahaja. Tiada masalah untuk beli yang besar-besar pun, bukan tak boleh makan pon, cuma secara saintifik je dipanggil kayu. Tapi still boleh makan, cuma keras sikit la.

P/s : Sekadar berkongsi info, jika terdapat info yang salah, harap diperbetulkan.
Sekian, terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan