HALAMAN UTAMA

Radio Online alternatif? (kemasikini)

Salam kepada sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, dewasa ini banyak stesen-stesen radio yang memberikan hiburan kepada kita untuk pelbagai kumpulan sasaran. Tidak ketinggalan juga pendengar-pendengar radio yang inginkan kelainan untuk halwa telinga mereka. Saya ingin mencadangkan kepada peminat-peminat nasyid, anda bolehlah mencuba untuk menggunakan salah satu siaran radio alternatif yang boleh diakses dimana-mana sahaja, tetapi ianya hanya hanya boleh didengari di atas talian sahaja (online).



Anda pernah mendengar radio NasyidFm? saya pasti ramai di antara kita pernah mendengar Radio NasyidFM. Oleh itu, secara ringkas, saya petik latar belakang NasyidFM daripada Sumber Nasyid FM.


---------------------Maklumat ini DIKEMASKINI pada 19 April 2011 ---------------------


Sebelum itu, pernah dengar lagu atau lirik ini :-

LIRIK LAGU TEMA NASYIDFM

Kita Berkumpul Disini
Wadah Hiburan Terkini
Quran Sunnah Jadikan Panduan
Akhlak Budi Ikutan

**Ya Allah Satukan Hati Kami
Menyirami Nur Cahaya Illahi
Agar Subur Tumbuh Mekar Mewangi
Segar Disirami
Ya Allah Berkati Usaha Kami
Dalam Menempuh Onak Berduri
Biarkan Kami Hidup Berjuang
Dan Mati Sebagai Syahid (ulang**)


Lirik Lagu Tema Nasyifm. Bermakna juga liriknya. Kalau mahu dengarkan lagunya, silalah ke
Radio Online NasyidFm


Maklumat Terbaru yang dikemaskini dan malumat diambil daripada Facebook RadioNasyidFM :- 

NasyidFM merupakan sebuah Stesen Radio Online Islamik No. 1 di Malaysia yang dibangunkan mulai 1 December 2006. NasyidFM bernaung dibawah naungan syarikat NasyidFM Media Network yg menjadi tunjang dalam setiap urusan dan aktiviti yang dianjurkan oleh NasyidFM.

NasyidFM yg menggunakan slogan "Wadah Hiburan Terkini" bermula dari bawah dan kini mengorak langkah dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti komuniti dan juga terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan industri hiburan nasyid tanah air.

NasyidFM juga bukan hanya boleh di dengari di Malaysia sahaja, tetapi NasyidFM boleh di dengari di seluruh pelusuk dunia, yang mana rata-rata pendengar NasyidFM adalah datangnya dari ;-

- Malaysia
- Indonesia
- Brunei
- Singapura
- Mesir
- Jordan
- Korea
- India
- Thailand
- Russia
- Ireland

dan banyak lagi negara yg mendengarkan NasyidFM.

Dengan berlandaskan syariat Islam, NasyidFM menggunakan teknologi dan kepakaran yang ada dalam menyampaikan mesej dakwah dalam bentuk hiburan dan teknologi. Selain itu NasyidFM juga giat dalam bekerjasama dengan penasyid-penasyid tanah air dalam menghasilkan album dan membantu mereka dalam bidang pemasaran.

NasyidFM juga giat menganjurkan aktiviti-aktiviti bersama pendengar dan peminat nasyid tanah air, antara aktiviti yang telah berjaya di jayakan oleh NasyidFM ialah ;-

- Gathering SantaiBowl NasyidFM
- Bowling Persahabatan NasyidFM Zon Utara
- Jom Ifthar Ramadhan NasyidFM
- Ziarah Aidilfitri NasyidFM ke Utara
- Sambutan Aidilfitri Bersama NasyidFM

NasyidFM juga turut bekerjasama dengan badan-badan organisasi dalam menjayakan konsert nasyid yg dianjurkan sama ada di IPT-IPT atau di mana sahaja. Antara konsert yg telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama NasyidFM ialah ;-

- Konsert Untukmu Palestin ( UKM )
- Konsert Malar Segar 2010 ( USIM )
- Konsert Amal Nur Kasih Al-Quds ( KUIS )
- Konsert Amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz ( KUIS )
- Konsert Antara Dunia ( GAMIS )

Selangkah demi selangkah akhirnya NasyidFM kini mula bergiat aktif dalam membantu perkembangan ekonomi muslim dalam mewujudkan eBazaar NasyidFM yg bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan muslim dalam memasarkan produk secara global dan online dan sekaligus dpt membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Semoga dengan kehadiran NasyidFM di industri hiburan berbentuk dakwah dan berlandaskan syariat islam ini dapat menyemarakkan cabang dakwah yg pada dahulunya telah diperjuangkan oleh Rasulullah SAW dan kini diteruskan dan diamanahkan kepada kita dalam menyampaikan dakwah islam ke serata dunia.

Salam ukhuwah dari NasyidFM

NasyidFM ~ "Wadah Hiburan Terkini"

---------------------Maklumat ini  Dikemaskini pada 19 April 2011 ---------------------

--------------MAKLUMAT DI BAWAH DIAMBIL PADA 10 MEI 2010--------------

Latar Belakang NasyidFM :

NasyidFM, sebuah organisasi virtual yang ditubuhkan pada 1 Disember 2006 oleh saudara Mohd Yusrin Saparin dan Muhammad Firdaus Zamri. Organisasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penubuhan sebuah Badan Komuniti Internet oleh saudara Mohd Yusrin Saparin dan penubuhan Medium Dakwah Menerusi Radio oleh saudara Muhammad Firdaus Zamri. Pada awalnya, penubuhan organisasi radio bermula dengan perkataan "Nasyeed" atau "Nasyid" kemudian disusuli dengan FM sebagai sebuah ikon radio. Digabungkan "Nasyid" dan "FM" maka tertubuhlah sebuah nama organisasi "NasyidFM".

Matlamat utama penubuhan organisasi ini ialah, sebagai peranan mewujudkan sebuah "Perlabuhan Utama" untuk pendakwah yang datang dari golongan pendakwah Islam, sama ada dari pihak artis nasyid, mahupun ilmuan yang berpendidikan agama Islam bertaraf professional dengan niat yang ikhlas untuk berdakwah dan juga mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain.

Berdasarkan tema "Wadah Hiburan Terkini" yang membawa maksud, sebuah saluran dan landasan baru kepada pihak pendakwah media elektronik dalam menyampaikan peringatan berbentuk nasihat keagamaan dan kerohanian, secara tidak langsung dapat membimbing dan mendidik masyarakat. Tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, kewujudan organisasi ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum, warganegara, mahupun agama yang mana sedikit sebanyak dapat membuka ruang kepada masyarakat yang bukan beragama Islam untuk mengenali agama Islam.

Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh organisasi ini tidak tertumpu pada medium "maya" semata-mata bahkan juga menjalankan aktiviti tersebut secara realiti seperti saluran hiburan berbentuk konsert, ceramah di surau atau masjid, perbincangan menerusi forum dan diskusi, pertemuan di antara para penggiat seni menerusi perjumpaan tahunan yang mana secara tidak langsung,segala aktiviti yang diadakan dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang sudah sedia terjalin di alam maya.

Setelah setahun penubuhan NasyidFM, organisasi ini terus mengorak langkah dengan menubuhkan portal komuniti "Nasyid & Friends". Matlamat utama penubuhan portal komuniti ini selaras dengan matlamat utama organisasi NasyidFM iaitu mengeratkan ukhuwah disamping meningkatkan lagi aktiviti keagamaan dan kerohanian di alam maya. Servis interaktif yang disediakan di dalam portal tersebut adalah percuma seperti ruangan sembang, diskusi, forum, blog, peti undian, galeri gambar, aturcara aktiviti dan juga perkembangan terkini artis nasyid samada di Malaysia mahupun luar Negara.
Selain itu, siapakah staf-staf NAsyidFM?

Kesemua staff NasyidFM berkhidmat secara sukarela dan masing-masing berada di tempat yang berlainan seperti Perlis, Selangor, Singapura, Mesir dan lain-lain. Konsep bekerja jarak jauh yang diamalkan ini seperti saling berkomunikasi, berbincang dalam melaksanakan sebarang tugas dan juga menyelesaikan masalah dapat membentuk satu hubungan kekeluargaan dan kerja berpasukan yang dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka. Setiap staff memiliki ciri-ciri yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kreativiti masing-masing.
SEJARAH DAN FAKTA RINGKAS NASYIDFM :-

1. Permulaannya, saudara Mohd Yusrin Saparin mencari seorang yang berkepimpinan dan berbakat dalam mengendalikan organisasi juga mempunyai minat untuk menyalurkan sumbangan ke arah kebaikan dan mempunyai usaha membentuk komuniti kemasyarakatan di rangkaian internet.

2. Saudara Muhammad Firdaus Zamri mencetuskan idea membentuk komuniti Radio berunsurkan ketuhanan dan kerohanian melalui “Nasyid" maka terhasil lah NasyidFM dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

4. Bergerak dengan beberapa orang tenaga “Disk-Jockey” atau “DJ” dari semenanjung, seperti DJ Firdausz selaku ketua, DJ Hazwan dan beberapa orang DJ lain yang terlibat termasuk penglibatan sukarelawan lain mengikut bahagian tertentu yang disediakan dalam organisasi NasyidFM.

5. NasyidFM ditubuhkan pada 31 disember 2006 secara tidak rasmi dengan jumlah pendengar dari 10 orang sehingga mencecah 100 orang.

6. Disember 2007, secara rasminya NasyidFM Entertainment didaftarkan secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

7. 13 Disember 2008, laman komuniti “Nasyid & friends” dirasmikan sempena majlis gathering NasyidFM yang pertama di Shah Alam.

Siapakah Tulang Belakang NasyidFM?

1. Yong Bahitah Enterprise (Disember 2006 hingga Disember 2008)
Pembekal utama web rasmi NasyidFM dan badan utama dalam menyelenggara segala keperluan teknikal NasyidFM dalam bahagian pembangunan Web dan Perlabuhan Web.

2. NasyidFM (Disember 2006 hingga kini)
Pembekal utama, kawalan maklumat, aktiviti program dan menyelenggara Radio NasyidFM.

3. Rawanaz Studiosz (Ogos 2008 hingga Januari 2010)
Penaja rasmi NasyidFM yang pertama untuk bahagian radio, termasuk penyelenggaraan sepenuhnya, kawalan maklumat dan aktiviti program oleh NasyidFM.

4. Exstudios Enterprise (Disember 2008 hingga kini)
Pembekal utama web rasmi NasyidFM, dan menyelenggara sepenuhnya bahagian-bahagian teknikal web NasyidFM.

Maka, berikut adalah websites rasmi NAsyidFM yang boleh diakses :-

http://www.nasyidfm.net {24 Disember 2006}
http://www.nasyidfm.net.my {27 Disember 2007}
http://www.nasyidfm.my {7 Julai 2008} dilancarkan {4 Disember 2008}
http://www.nasyid.fm {26 September 2009}





--------------MAKLUMAT DI ATAS DIAMBIL PADA 10 MEI 2010--------------

Laman Rasmi NasyidFM yang terkini (Updates 19 April 2011) :- NasyidFM Online

Facebook NasyidFM (Updates 19 April 2011) :- NasyidFM

UNTUK MENDAPATKAN KOD BAR RADIO NASYID FM, 

SILA DAPATKAN (Updates 19 April 2011) DISINI

Semoga perkongsian ini, dapat memberi hiburan alternatif kepada para pembaca yang budiman, Insya-Allah.

Sekian, MINDA INSAN,
INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH. =)

Tiada ulasan:

Nuffnang