HALAMAN UTAMA

Memaparkan catatan dengan label Minda Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minda Kesihatan. Papar semua catatan

Rokok Oh Rokok

Isu rokok sudah lama diperkatakan. Banyak juga kempen untuk mengelakkan perokok baru daripada terjebak ke suatu 'tugas' yang tidak perlu. Namun begitu, setiap itu jugalah akan wujud perokok baru yang terdiri daripada anak-anak muda yang masih belum tentu nasib masa depan mereka. Yang menyedihkan, mengapa mereka suka untuk bersama benda yang banyak buruknya daripada baiknya? Sudah semestinya nafsu suka akan benda yang seronok, namun nafsu juga tidak suka kepada benda yang menyusahkan dan menyakitkan diri. Tiada apa yang menarik bagi yang bukan perokok, tetapi segalanya mungkin menarik bagi perokok. Lainlah rokok itu boleh didapati secara percuma.

Zaman sekarang nie, umur tak cukup 18 pun dah pandai merokok. Standart la dah reti merokok. Kebanyakkan perokok pun dah cuba-cuba waktu sekolah lagi. Cuma lebih berani menonjolkan diri sebagai perokok bila dah umur atas 18 tahun la kan. Tapi apa pun, mungkin kita pernah terfikir atau tidak apakah kita juga akan membenarkan anak-anak kita nanti merokok? Jika kita tidak benarkan, bagaimana cara untuk mengelakkan mereka turut terjebak dengan rokok? dan jika kita tidak benarkan, apakah mereka akan turut dan mengikut kata kita? Hurm..




Walaubagaimanapun, berikut dipetik daripada laman Info Sihat untuk direnungkan, apakah rokok ini telah menjadi keprluan manusia sejagat? Adakah kita salah satu ahlinya? Mungkin kita sebagai perokok perlu berbangga...

* Penyakit-penyakit berkaitan rokok membunuh 1 orang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
 
* Setiap 8 saat, 1 orang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
 
* Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok tertinggi, dengan hampir 2/3 lelaki merokok.
 
* Di kalangan remaja seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada 5 orang adalah perokok.

* 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.

* Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
 
* Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.

* Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya 5 minit hayat seseorang.

* 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.

* 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

* Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
 
* Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.

* 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.

* Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.

* Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
 
* Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
* Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Saya pun suka juga bertanya, antara gambar di bawah ini, yang mana satu pilihan kita sebagai perokok? Jom pilih, mana satu yang kita mahu... =)



Antara kandungan di dalam rokok.



Bukanlah mahu menghalang individu daripada merokok. Tetapi, menghalang perokok itu mendatangkan masalah kepada orang lain pula. Sebahagian masalah yang biasa kita dengar dan tahu tetapi dipandang remeh:-

1. Wujud masalah kewangan keluarga dan diri.
2. Masalah kesihatan diri, menyusahkan keluarga, anak-anak dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.
3. Menggangu persekitaran yang terdapat orang lain yang tidak boleh terkena asap rokok yang kuat baunya.
4. Menggangu keselesaan orang lain dengan bau asap rokok yang melekat pada pakaian perokok.

Mesej-mesej menarik untuk Perokok-perokok.










Terima Kasih kepada pembaca budiman.
Sekadar Info Nasihat...

Minda Insan.
-INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH-

'Karpal' dan 'Tangan' ?

'Karpal' dan 'Tangan'? Hahaha... Tahukah anda? Apa yang saya nak bawakan pada kali ini? Kali ini bukan pasal Karpal Sigh tau. Baiklah, para pembaca yang budiman, saya ingin berkongsi berkaitan dengan Sindrom Karpal / Sindrom Terowong Karpal. Sebenarnya, Sindrom ini berkait rapat dengan tangan kita. Tetapi, tahukah anda bagaimana seseorang itu boleh mendapat sindrom ini. Ingat sindrom ini boleh menyerang ANDA. Mengapa saya kata begitu. Pasti anda tahu mengapa, saya jangkakan para pembaca sudah sedia maklum akan perkara ini. Walaubagaimanapun, di sini saya akan bawakan dengan lebih lanjut perkara yang berkaitan dengan sindrom ini. 

Antara sebab yang saya katakan ANDA BERISIKO TINGGI adalah kerana ia biasanya menyerang mereka yang banyak melakukan kerja menggunakan tangan seperti komputer, menjahit, dan menulis.Oleh yang demikian, kesakitan biasanya bermula dari pergelangan tangan dan rasa kebas menular pada jari telunjuk, tengah dan ibu jari. Bagaimanapun, ada yang berasa kebas hingga ke lengan. Berikut adalah artikel penuh dan fakta yang berkaitan :-
Apa itu terowong karpal?

Ia sebenarnya satu ‘terowong’ yang terletak di pergelangan tangan kita. Lantai terowong ini membabitkan tulang kecil dan ligamen yang merentasi pergelangan tangan. Ligamen otot dari lengan yang menggerakkan jari akan melalui terowong ini dan dalam terowong ini juga ada saraf tengah yang memberi deria sentuh dan membolehkan tangan bergerak. Apabila saraf besar tertekan dalam pergelangan tangan masalah akan berlaku. Ini kerana saraf itu mengawal deria sentuh pada ibu jari, jari telunjuk dan hantu. Malah, ia juga mengawal otot pada pangkal ibu jari.


Terowong ini sebenarnya hanya muat-muat untuk menempatkan saraf median dan beberapa tendon. Sebarang aktiviti atau masalah (seperti artritis) yang menyempitkan terowong ini akan menyebabkan edaran darah ke saraf. Ini sebabnya kita akan berasa kebas dan sakit pada jari.Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua orang tanpa peringkat umur, tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kaum wanita dengan nisbah 3:1 berbanding lelaki. Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, anda perlu merehatkan tangan anda apabila berasa kebas. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan pekara nyata, tetapi lama kelamaan pergelangan tangan boleh membengkak, hilang sensitiviti terhadap sentuhan, kebas dan terasa seperti dicucuk-cucuk.



Faktor risiko

Walaupun punca sebenar sindrom ini tidak diketahui, saintis percaya beberapa faktor risiko boleh menyebabkannya seperti:-

* Jantina dan Umur
* Obesiti
* Genetik
* Merokok

Antara cara yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom ini ialah:-

* Elak melakukan pergerakan seperti menggenggam tangan terlalu kuat.
* Memakai kain pembalut pergelangan tangan untuk mengekalkan kedudukan asalnya ketika berehat, terutama pada waktu malam.
* Orang yang mengalami masalah retensi air dalam badan (termasuk pesakit kencing manis) boleh mengambil ubat diuretik jika pergelangan tangan menjadi bengkak.


Antara simptom Sindrom Terowong Karpal ialah:-

* Kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan tengah.
* Rasa kebas dan sakit boleh menular hingga ke lengan, terutama jika tanda awal tidak dihiraukan.
* Biasanya ia hanya berlaku pada sebelah tangan, terutama tangan yang banyak membuat kerja.
* Ia bukan masalah serius, kecuali jika sukar memegang barang.
BERIKUT adalah Gambaran untuk rawatan Sindrom ini







Cara-cara yang betul menggunakan keyboard dan kedudukan di depan komputer







Senaman ringkas untuk PERGELANGAN TANGAN










"INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Rujukan web :-
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/
http://health-tipz.blogspot.com/2008/11/beware-of-karpal-sindrom-for-computer.html
http://www.minclinic.ru

Nuffnang