HALAMAN UTAMA

Rungkaian Hadith Ramadhan...

Assalamualaikum, sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1430 Hijrah, sedikit perkongsian ilmu untuk saudara pembaca sekalian. Seringkali disampaikan kepada kita pelbagai jenis tazkirah, nasihat dan hadith. Di sini ingin dikongsikan sesuatu yang pada saya amat penting untuk diketahui saudara muslimin dan muslimat sekalian. Memetik artikel daripada sebuah forum yang sedikit sebanyak merungkai persoalan dan kemusykilan umat Muslimin sekalian.

Bukan tidak pernah terfikir untuk mencari sumber asal, namun apakan daya, kelemasan dengan urusan dunia menyebabkan kadang-kala diri kita tidak mampu untuk menguraikan simpulan yang dibuat oleh mereka yang sama ada sedar atau tidak telah mendustakan kata-kata Rasulullah s.a.w. Malah kita beri pula kepada orang lain untuk menggunakan simpulan itu yang jelas mereka tidak tahu untuk menguraikannya. Na'uzubillahiminzalik. Oleh itu, silalah fahami huraian simpulan berikut dengan artikel yang dipetik daripada sebuah forum :-




Syeikh Masri/abu usamah dah jawab pjg lebar..juga ade contoh kepelbagaian matan yg mana org ramai x berapa peduli nak amik tau kesahihannya

ana tlg paste kat cni:

Assalammualaikum

Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah warga Friendster sebarkan!!!!

Hadis yang disebarkan berbunyi bergini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]

Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]
Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini...... Wassalam...

(petikan daripada :-http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1077/highlight=puasa.html)

-Minda Insan :- Pointnya jangan kita mendustakan sesuatu itu kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. walaupun ianya difikirkan logik. Namun, pastikanlah sumber asalnya sebelum diberikan atau disampaikan kepada orang lain. Berilah simpulan yang telah diuraikan sama ada kita sendiri yang menguraikannya atau pun yang mahir dan arif (ulama') dengan mengikut kaedah yang betul agar dapat dimanfaatkan bersama. Salam Ramadhan untuk semua. Info ditambah, Minda Bercambah...

Lirik, Terasa or what :-?

Tiga hari lepas, agak sedih juga selepas membaca laporan sebuah akhbar (20 Disember 2008) yang mana RTM telah mengharamkan penyiaran lagu yang ditulis liriknya oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin sendiri. Akhbar tersebut melaporkan bahawa RTM mengharamkan lagu tersebut disiarkan kerana liriknya yang kasar dan tidak sesuai. Amatlah pelik apabila hanya liriknya dijadikan alasan. Pada fikiran saya, ia tidaklah seperti yang didakwa. Mengapa? adakah anda telah melihat liriknya yang dikatakan tidak sesuai itu? Lagu yang bertajuk 'Aku Bukan Musuh Harta' yang ditulis liriknya oleh bekas mufti Perlis yang kini berada di United Kingdom adalah salah satu daripada 8 lagu yang terdapat di dalam album 'Yang Benar Tetap Benar' nyanyian kumpulan Kopratasa. Antara liriknya yang dikatakan tidak sesuai ialah "Ya, telah kaya para pendusta, syarat mereka, lupa Yang Esa, harta rakyat, semua disebat, harta awam, semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan,".

Apalah yang ada pada lirik tersebut, melainkan makna yang begitu mendalam bagi semua pemimpin amnya dan pemimpin-pemimpin di negara Malaysia khususnya. Tidak lain, ia hanya memberikan peringatan kepada semua agar apa yang terkandung dalam lirik tersebut dapat dijadikan panduan mereka yang memegang title sebagai seorang pemimpin yang mentadbir sesuatu organisasi atau negara. Tetapi jika tidak, samalah mereka yang mendtadbir itu seperti apa yang dimaksudkan di dalam lirik tersebut. Para pembaca yang budiman, sepatutnya RTM yang mana adalah medium kerajaan patut malu dan memikirkan semula tindakan mereka. Mengapa? Kerana jika hendak dibandingkan, banyak lagi lirik-lirik lagu yang sepatutnya diharamkan terlebih dahulu kerana liriknya yang bersifat hiburan semata-mata dan mengandungi pula unsur-unsur negatif yang ditulis oleh orang yang tidak kita tidak tahu latar belakang mereka.



Namun, lirik yang sepatutnya kita cari ini, yang ditulis oleh ulama yang arif tentang agama diketepikan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengingati tuhan dan cara menegur pemimpin melalui lagu. Tidak salah, kerana bukan lirik lagu tersebut menyatakan mana-mana individu yang terlibat. Pada saya mungkin pihak RTM mahu menjaga hati sesetengah para pemimpin sekarang dan meredhakan perkara-perkara yang mungkar yang berlaku di dalam kepimpinan negara. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah media kerajaan yang dikatakan membawa nama ISLAM.
Mengapakah teguran-teguran yang disampaikan melalui lagu-lagu diHARAMKAN? Apakah mereka mencari kebenaran atau kebebasan? Jika mencari kebebasan, saya tidak hairanlah ini berlaku kerana sudah tentu tidak ada prinsip kebenaran dalam memperjuangkan kebebasan. Namun, jika kebenaran yang dicari, mereka sepatutnya malu dengan tindakan sendiri yang mengaku sebagai seorang ISLAM yang BERIMAN yang mentadbir dan memegang tanggungjawab yang besar dalam mempengaruhi rakyat. Hiburan yang melampau dibiarkan disiarkan dicorong-corong radio dan ditayangkan di kaca televisyen, mereka langsung tidak ada perasaan malu, malah bangga dengan menghebah-hebahkannya di dalam televisyen dan di dada akhbar-akhbar. Adakah mereka sedar, akan kesannya hiburan yang melampau? Membuka aurat, aksi-aksi yang memualkan dan budaya-budaya barat. Adakah ini yang kita mahu bentuk untuk generasi Malaysia yang akan datang? Perlukah hiburan yang sebegini rupa di dalam sebuah negara Islam?

Saya teramat sedih, di kala pemimpin negara kita, Perdana Menteri Malaysia melaung-laungkan untuk membanteras rasuah di dalam kepimpinan negara, tetapi masih ada yang tidak menyokong, yang mana telah mengHARAMKAN salah satu promosi yang dapat membantu kita menjauhi dan membanteras rasuah melalui lagu. Apakah alasan mereka yang kukuh untuk mengHARAMkannya? Adakah lirik lagu tersebut tidak sesuai? Jika kita lihat lirik lagu tersebut, sedikit sebanyak boleh memberikan kesedaran secara tidak langsung dan jika ada rezeki kita akan mendapat hidayah daripada Allah, Insya-Allah.

Tetapi, jika mereka sendiri pihak RTM tidak sedar, amat rugilah kita sebagai rakyat Negara Islam Malaysia dengan jelas mempunyai penentang dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Apakah kita disuruh membuat amal sahaja, tetapi tidak perlu mencegah kemungkaran? Jika ia, ia telah menyimpang daripada ajaran al-quran dan hadith yang mana menjadi pokok ajaran ISLAM. Kita disuruh untuk menyeru kebenaran dan mencegah kemungkaran. Bukan menyeru kebaikkan sahaja tanpa menghalang kemungkaran daripada berlaku. Ajaran apakah ini?

Jadi, di mana yang dikatakan ISLAM dalam negara MALAYSIA? Sudah tentulah banyak, tetapi mengapakah mengikut sebahagian sahaja ajaran Islam? Adakah yang amar makruf sahaja cukup untuk kita memegang label sebagai negara ISLAM? Jika ia, adakah kita berpegang dengan ajaran ISLAM sepenuhnya? Jadi di mana nahi mungkarnya? sedangkan lirik yang mencegah kemungkaran telah diHARAMKAN, di mana lagi yang kita boleh harapkan? Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Untuk mendengar lagu ini (perlu pause atau stop player Radio nasyidfm di bahagian bawah sekali terlebih dahulu) :-





Aku Bukan Musuh Harta.wma - Kopratasa

Untuk lirik penuh lagu:-



Oleh itu, renung-renungkan, Jika ulama telah ditolak mentah-mentah dan digunapakai sebagai boneka. Apakah yang fungsi mereka dalam negara? Adakah mereka diperlukan sekadar mahu menyokong tindakan mereka sebagai pemimpin sahaja. Dan apabila ditegur ulama-ulama, para pemimpin memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan tidak mengambil kira taraf ilmu agama mereka miliki yang sepatutnya menjadi panduan kepada para pemimpin dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam SEPENUHNYA. Berani sungguh mereka menolak pandangan ulama. Semoga Allah memberkati dan menyelamatkan kita sebagai umat Islam di negara ini dari segala musibah dan bala. Amin ya Rabbal alamin. Insya-Allah.

Berikut petikan berita berkaitan :-

Sumber:- mStar Online.
RTM gam lagu puisi Dr Asri 'Aku Bukan Musuh Harta'?
Oleh ZIEMAN

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.
Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.
Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.
Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.
“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.
Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.
Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’
Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(’Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).
Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.
“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.
“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.
“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.
Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”
Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.
“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.
Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.
Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.
Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’
Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.




Sekian, "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Rujukan :-
http://drmaza.com/home/?p=520
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/17/mstar_hiburan/20081216201229&sec=mstar_hiburan
http://ais-kosong.net/audio/aku-bukan-musuh-harta-kopratasa

Warna penutup dan kandungan air?

Biasa sekali kita melihat botol-botol air minuman di dalam banyak aktiviti luar seperti acara sukan, lawatan-lawatan, gotong-royong atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan air sebagai penghilang dahaga. Walau bagaimanapun, berapa perihatinkah kita dengan isi kandungan di dalam air tersebut? Mungkin kita biasa mendengar persoalan-persoalan yang biasa dilemparkan mengenai air tersebut kepada yang berkaitan hatta kadang-kala kita sendiri, dan jawapan yang biasa diberikan "Syukurlah air ini pun orang dah bagi", atau "Asalkan dahaga aku hilang, sudahlah". Jawapan ini amat tepat sekali, dan bukan itu pointnya. Tetapi, sejauh manakah pengetahuan kita mengenai air botol ini. Sebagai pengguna kita wajib tahu apa yang kita gunakan, tidak banyak pun sedikit.

Tahukah saudara para pembaca sekalian, Pernahkan anda melihat penutup botol yang berwarna putih, biru, hijau dan sebagainya? Sudah tentu pernah bukan. Bagaimanakah kita dapat membezakan jenis air minuman yang kita beli? Khususnya untuk minuman sebagai penghilang dahaga. Apakah perbezaan yeng terdapat dalam minuman ini? Para pembaca yang dihormati, jangan tidak tahu pula air yang terdapat di dalam botol tersebut sebenarnya juga mempunyai identitinya yang tersendiri. Bagaimanakah kita dapat membezakan kandungannya melalui tutup botol tersebut?


Selepas pencarian yang saya telah buat melalui beberapa websites, pelbagai infomasi berkaitan perkara ini telah diperolehi. Oleh yang demikian secara ringkas pengguna harus tahu mengenal pasti perbezaan diantara air mineral semulajadi dan air minuman yang dibotolkan.

Air Mineral Semulajadi ialah air bawah tanah yang dikeluarkan untuk kegunaan minuman. Ia mengandungi pelbagai mineral seperti magnesium, kalsium, florida, sodium dan sulfat. Oleh yang demikian, air mineral semulajadi tersebut harus mematuhi standard yang disarankan oleh Bahagian 26, (Perintah 360A (7)), Akta Makanan 1985 (oleh Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan).

Air minuman yang dibotol pula merupakan sumbaer bekalan air yang telah dirawat dan dibotolkan untuk kegunaan minuman. Sumber tersebut adalah daripada bekalan air paip, air larian permukaan atau air bawah tanah.

Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air di dalam botol tersebut ialah:

• Penutup botol air bagi Air Mineral Semulajadi adalah penutup berwarna.
• Penutup bagi air botol bagi Air Minuman di dalam botol ialah penutup berwarna putih sahaja.

Selain warna penutup botol, pengguna juga harus membaca dan memahami label pada botol tersebut dengan teliti.

Perbezaan Air Mineral Semulajadi (AMS) dengan Air Minuman Berbungkus (AMB)

Air Mineral Semulajadi (AMS)

☺ AMS hendaklah air tanah yang diperolehi untuk makanan manusia daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar, dengan atau tanpa tambahan karbon dioksida

☺ Punca Air Mineral Semulajadi

Air tanah sahaja
Standard air mineral semulajadi mestilah mematuhi jadual Ke Dua Puluh Enam (Peraturan 360A (7) )dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Air mineral semulajadi mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium, fluorida, natrium, sulfat dan sebagainya.
 
Air Minuman Berbungkus (AMB)

☺ AMB hendaklah air minuman diperlakukan selain dari pada air mineral semulajadi yang terkedap dalam botol atau
bungkusan-bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia. Air minuman jenis ini hampir tidak mempunyai sebarang bahan mineral di dalamnya.
☺Punca Air Minuman Berbungkus
Air dari sistem bekalan air awam Air permukaan (sungai, kolam, tasik)Air tanah (telaga tiub, mata air)
Berikut adalah jenis-jenis rawatan ke atas air yang Hendak dijadikan air minuman :-
• Menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik atau klorin – penurasan
• Membuang / mengurangkan mineral – penyulingan,osmosis songsang, elektrodialisis, penukaran ion.
• Disinfeksi – menggunakan ozon atau sinaran ultraviolet.
• Menurunkan keliatan air- pelembut air, penukaran ion, osmosis songsang, penyulingan
Penurasan
Air akan melalui beberapa lapisan bahan yang akan menyebabkan bendasing tertapis dan meninggalkan air yang telah ditapis yang hampir 99.5% bebas kontaminasi.
Walaubagaimana pun masih ada kontaminasi yang mungkin wujud seperti agen yang mudah
untuk meluwap (volatile agents). Lapisan turasan yang tidak digunakan atau tidak diganti boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan alga.
Penuras karbon teraktif sering digunakan untuk menghilangkan rasa dan bau disamping menyerap lebihan klorin.
Osmosis balikan
Osmosis adalah pergerakan air dari kawasan berkepekatan rendah ( banyak air) ke kawasan berkepekatan tinggi (kurang air) melalui membran separa telap. Osmosis balikan adalah proses yang sebaliknya
dengan tenaga diperlukan untuk memindahkan air dari kawasan berpekatan tinggi ke kawasan yang rendah kepekatannya. Air yang melalui proses ini hampir tidak mempunyai sebarang kandungan mineral.
Penyulingan
Air suling dihasilkan dengan cara pendidihan air dan wap yang terhasil melalui proses pemeluwapan disejukkan. Proses ini boleh membunuh kuman dan bendasing dalam air. Air yang disuling hampir tidak mempunyai sebarang kandungan mineral atau kontaminasi dan mempunyai rasa “bland taste” kerana kandungan mineral terlarut yang memberi rasa telah tiada. Ia sesuai untuk golongan yang memerlukan air tanpa garam dalam sebarang rawatan perubatan yang diperlukan ( free sodium regime water).
Ozon
Secara semulajadi ozon terjadi apabila molekul oksigen bergabung melalui bantuan sinaran ultraviolet daripada matahari. Penggunaannya dalam rawatan bagi penghasilan air minuman berbungkus telah diluluskan semenjak 1982 oleh FDA. Ozon akan dilalukan ke atas air dan menghasilkan kekuatan lebih 3000 kali untuk membunuh kuman berbanding
klorin. Walaubagaimana pun ia boleh menerbitkan satu produk akhir yang agak bahaya iaitu bromoform sekiranya air mentah yang digunakan mengandungi banyak bromida seperti didalam sesetengah air tanah.
Sinaran ultraviolet
Sinaran UV juga dapat membunuh kuman dengan efektif. Sinaran ini boleh dihasilkan oleh lampu berwap merkuri atau berwap antimoni atau lampu UV yang dibalut oleh lapisan kuartza atau melalukan air melalui tiub teflon.
Keliatan air
Kebanyakan sumber air di Malaysia adalah lembut dan tidak perlu ditambah dengan bahan kimia lain untuk tujuan melembutkannya.
NASIHAT KEPADA PENGGUNA
Pengguna dinasihatkan supaya MENGAMALKAN MEMBACA LABEL ;
i. Untuk membezakan antara Air Mineral Semulajadi dengan Air Minuman Berbungkus
ii. Memastikan nombor kelulusan KKM tercatat pada label (contohnya (KKM-163/24/A/1)untuk AMS dan (KKM-163/52/A/1) untuk AMB) sebelum membeli mana-mana air minuman berbungkus.
SEKIAN, "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"




Rujukan web:
http://fsq.moh.gov.my/uploads/AMS0511.pdf
http://www.fomca.org.my/bmalay/tips.php?id=28
http://jknkl.moh.gov.my/uploads/risalahamsamb.pdf




'Karpal' dan 'Tangan' ?

'Karpal' dan 'Tangan'? Hahaha... Tahukah anda? Apa yang saya nak bawakan pada kali ini? Kali ini bukan pasal Karpal Sigh tau. Baiklah, para pembaca yang budiman, saya ingin berkongsi berkaitan dengan Sindrom Karpal / Sindrom Terowong Karpal. Sebenarnya, Sindrom ini berkait rapat dengan tangan kita. Tetapi, tahukah anda bagaimana seseorang itu boleh mendapat sindrom ini. Ingat sindrom ini boleh menyerang ANDA. Mengapa saya kata begitu. Pasti anda tahu mengapa, saya jangkakan para pembaca sudah sedia maklum akan perkara ini. Walaubagaimanapun, di sini saya akan bawakan dengan lebih lanjut perkara yang berkaitan dengan sindrom ini. 

Antara sebab yang saya katakan ANDA BERISIKO TINGGI adalah kerana ia biasanya menyerang mereka yang banyak melakukan kerja menggunakan tangan seperti komputer, menjahit, dan menulis.Oleh yang demikian, kesakitan biasanya bermula dari pergelangan tangan dan rasa kebas menular pada jari telunjuk, tengah dan ibu jari. Bagaimanapun, ada yang berasa kebas hingga ke lengan. Berikut adalah artikel penuh dan fakta yang berkaitan :-
Apa itu terowong karpal?

Ia sebenarnya satu ‘terowong’ yang terletak di pergelangan tangan kita. Lantai terowong ini membabitkan tulang kecil dan ligamen yang merentasi pergelangan tangan. Ligamen otot dari lengan yang menggerakkan jari akan melalui terowong ini dan dalam terowong ini juga ada saraf tengah yang memberi deria sentuh dan membolehkan tangan bergerak. Apabila saraf besar tertekan dalam pergelangan tangan masalah akan berlaku. Ini kerana saraf itu mengawal deria sentuh pada ibu jari, jari telunjuk dan hantu. Malah, ia juga mengawal otot pada pangkal ibu jari.


Terowong ini sebenarnya hanya muat-muat untuk menempatkan saraf median dan beberapa tendon. Sebarang aktiviti atau masalah (seperti artritis) yang menyempitkan terowong ini akan menyebabkan edaran darah ke saraf. Ini sebabnya kita akan berasa kebas dan sakit pada jari.Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua orang tanpa peringkat umur, tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kaum wanita dengan nisbah 3:1 berbanding lelaki. Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, anda perlu merehatkan tangan anda apabila berasa kebas. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan pekara nyata, tetapi lama kelamaan pergelangan tangan boleh membengkak, hilang sensitiviti terhadap sentuhan, kebas dan terasa seperti dicucuk-cucuk.



Faktor risiko

Walaupun punca sebenar sindrom ini tidak diketahui, saintis percaya beberapa faktor risiko boleh menyebabkannya seperti:-

* Jantina dan Umur
* Obesiti
* Genetik
* Merokok

Antara cara yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom ini ialah:-

* Elak melakukan pergerakan seperti menggenggam tangan terlalu kuat.
* Memakai kain pembalut pergelangan tangan untuk mengekalkan kedudukan asalnya ketika berehat, terutama pada waktu malam.
* Orang yang mengalami masalah retensi air dalam badan (termasuk pesakit kencing manis) boleh mengambil ubat diuretik jika pergelangan tangan menjadi bengkak.


Antara simptom Sindrom Terowong Karpal ialah:-

* Kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan tengah.
* Rasa kebas dan sakit boleh menular hingga ke lengan, terutama jika tanda awal tidak dihiraukan.
* Biasanya ia hanya berlaku pada sebelah tangan, terutama tangan yang banyak membuat kerja.
* Ia bukan masalah serius, kecuali jika sukar memegang barang.
BERIKUT adalah Gambaran untuk rawatan Sindrom ini







Cara-cara yang betul menggunakan keyboard dan kedudukan di depan komputer







Senaman ringkas untuk PERGELANGAN TANGAN










"INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Rujukan web :-
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/
http://health-tipz.blogspot.com/2008/11/beware-of-karpal-sindrom-for-computer.html
http://www.minclinic.ru

Nuffnang