HALAMAN UTAMA

Tambang KTMB KL - IPOH RM 1?

Apabila membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, 2 Disember 2008, aku terkejut apabila dinyatakan bermula semalam 1 Disember 2008 sehingga 31 Disember 2008, perjalanan daripada KL-IPOH dan IPOH-KL hanya RM1. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad kepada 400 tiket sahaja sehari. Perjalanan pertama bermula dari pukul 5 pagi dan terakhir pukul 9 malam daripada kedua-dua hala. Tiket hanya ditawarkan 100 keping setiap perjalanan dan hanya boleh didapati di kaunter Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Ipoh sahaja. Promosi yang dikatakan percubaan untuk perjalanan tersebut hanya boleh diguna pakai untuk kelas ekonomi sahaja.

Ini adalah suatu usaha yang boleh diberikan pujian kerana usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna yang berkerja di Kuala Lumpur tetapi tinggal di Ipoh atau pun sebaliknya. Hal ini sebenarnya dapat meningkatkan jumlah pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam terutamanya yang berkerja pada jarak yang jauh.



Namun begitu, tempoh percubaan ini sepatutnya pihak KTMB dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan dapat memastikan perancangan perjalanan adalah sistematik dan efisyen dengan waktu pengguna perkhidmatan. Tidak sepatutnya perkhidmatan yang disediakan sekadar ala kadar sahaja kerana masih dalam tempoh percubaan. Oleh sebab itu, pihak KTMB perlu memanfaatkan segala komen dan cadangan pengguna perkhidmatan dengan sebaiknya.

Pada pandangan saya waktu dan tempoh perjalanan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan selain kemudahan asas ketika menggunakan kemudahan tersebut. Sebarang kelewatan atau pun masalah perlulah dimaklumkan segera kepada pengguna dengan segera. Hal ini kerana kita boleh melihat sendiri perkhidmatan KTMB Komuter yang sangat tidak menepati masa dan sering berlaku keterlewatan yang tidak dimaklumkan kepada penumpang. Hal ini menyukarkan penumpang untuk menyusun jadual waktu mereka yang sememangnya padat dengan urusan masing-masing.

Perkara ini sepatutnya menjadi perkara utama untuk menjadi pertimbangan pihak KTMB dalam memastikan ianya disusun semula secara sistematik. Mutu perkhidmatan yang sedia ada juga perlu kepada pembaikan yang menyeluruh agar jadual ketibaan dan pelepasan tren menepati masa dan tidak berlaku kelewatan. Oleh itu, saya menyarankan kepada pengguna perkhidmatan ini perlulah menjadi mata kepada pihak KTMB agar segala kekurangan dan masalah untuk perkhidmatan tren KL-IPOH dan IPOH-KL nanti dapat disuarakan dan diberikan cadangan untuk memantapkan lagi sistem perkhidmatan pengangkutan yang sedia ada khususnya perkhidmatan kereta api di Malaysia.

Info ditambah Minda bercambah.

Suka makan 'mee segera'? :)

Adakah anda tahu bagaimana cara yang betul untuk menyediakan mee segera? Perkara ini bukanlah suatu gurauan, tetapi satu info yang perlu kita ketahui bersama demi kesihatan kita. Para pembaca sendiri boleh menilai apakah sebabnya saya katakan begitu. Di sini hanya akan diberitahu cara-cara yang betul untuk menyediakan mee segera tanpa membahayakan kesihatan kita.

Kebiasaannya, kita akan memasak mee di dalam air dan terus mencampurkannya dengan perencah atau perasa dan biarkan sehingga ia masak dan siap sedia untuk dimakan.


INI BUKANLAH CARA YANG BETUL UNTUK MENYEDIAKAN MEE SEGERA TANPA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

MENGAPA dikatakan ianya tidak betul? Antara sebab-sebabnya ialah :-

1. Air yang mendidih bersama-sama serbuk perencah yang biasanya mengandungi MSG (perasa tambahan), ini akan menyebabkan perubahan kepada struktur molekulnya dan menjadikannya toksik.

2. Perkara lain yang tidak disedari kita ialah mee segera sebenarnya disaluti dengan lilin dan ia akan mengambil masa dalam 4 hingga 5 hari untuk badan membuang lilin tersebut selepas kita mengambilnya.

Oleh sebab itu, CARA-CARA YANG BETUL UNTUK MENGHINDARKAN LILIN TERSEBUT, ialah :-

1. Didihkan mee tersebut dalam air.
2. Apabila masak, buangkan air didihan tersebut yang mengandungi lilin.
3. Didihkan air yang lain dan masukkan semula mee ke dalam air panas tersebut.
4. Ketika mee masih panas, masukkan serbuk perencah ke dalamnya.
5. Jika tidak perlukan kuah, masukkan perencah tersebut selepas mee tersebut ditoskan.

Oleh itu, kita perlulah tahu bagaimana untuk mencegah sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan kita. Sebarkanlah kaedah untuk memasak mee segera ini kepada sesiapa sahaja yang sering makan mee segera terutamanya kepada pelajar-pelajar khususnya yang tinggal di asrama atau kolej atau rumah sewa atau di mana sahaja. Cubalah kita amalkan cara-cara tersebut setiap kali untuk mengambil mee segera. Walaupun kita tahu mee segera mempunyai keburukkannya, tetapi perlulah mencari alternatif untuk mengurangkan risiko tersebut.

Disini bukanlah untuk mencari keburukkan ataupun salah kepada makanan tersebut, tetapi sebagai pengguna perlulah kita bijak untuk mengetahui semua langkah-langkah atau tindakan yang disarankan kepada kita untuk menimbang segala bentuk tindakan di dalam mengambil sesuatu sajian makanan.

Pada pendapat saya berpada-padalah untuk mengambil apa sahaja makanan segera asalkan kita tahu risiko baik dan buruk makanan tersebut kepada diri sendiri. Wallahualam.
Sekian, Info ditambah, Minda bercambah.

'Kebaikan' CocaCola? Fikir-fikirkan

Artikel dipetik sepenuhnya daripada email yang dihantar kepada saya :-

Cubalah try dan buktikan secara saintifik.
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikan air Coke Cola satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

____________ _________ _________ _________ _______


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
____________ _________ _________ _________ _______
____________ _________ _________ _________ _______

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah. Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak?

Wang? Sampah? Kitar Semula?

Sudah lama saya terfikir akan perkara ini, wang? sampah? kitar semula? Apakah yang para pembaca fikirkan jika ditanya mengenai sampah. Mungkin ada yang mengatakan bahawa sampah itu adalah sesuatu yang kotor, jijik dan boleh mengganggu kehidupan kita seharian. Walaubagaimanapun, sedarkah kita bahawa tindakan membuang sampah dengan tidak sistematik adalah punca utama masalah pelupusan sampah yang semakin kritikal kini. Apakah kita tiada jalan untuk mengatasi masalah ini? Pada pandangan saya, ini bukanlah sesuatu yang sukar bagi sesebuah masyarakat untuk bertindak apabila terdapatnya kesedaran mengenai kepentingannya.

Sampah itu wang, sampah itu alam sekitar, adakah kita sedar akan kenyataan ini?
Namun, disinilah pertimbangannya. Sampah itu akan jadi apa yang kita fikirkan. Bagaimana? Kita sebagai ahli masyarakat perlu sedar akan hakikat ini. Para pembaca yang budiman, kitar semula adalah jawapannya. Mengapa? anda perlu faham bahawa apa yang kita buang adalah sesuatu yang sudah tidak berguna lagi bagi kita. Tetapi ingat, ini bukan bermaksud ia tidak boleh diguna pakai lagi. Betul ke? para pembaca sekalian, kita di Malaysia menghasilkan sampah 30 000 tan sampah sehari yang mana sampah yang kita buang mempunyai pelbagai kategori. Untuk pengetahuan, hanya 5% sampah yang dikitar semula dan 95% dilupus begitu sahaja. 


Oleh yang demikian, banyak perkara yang perlu dinilai, walaubagaimanapun secara ringkas dan mudah difahami, ada beberapa kategori utama sampah seperti kertas, plastik, tin, kaca dan sebagainya. Jika diamati jenis-jenis ini adalah sesuatu yang biasa kita lihat terutamanya kertas dan plastik. Kita tidak boleh lari dari menggunakan bahan-bahan ini. Hal ini kerana ia sudah menjadi sesuatu keperluan dalam kehidupan kita.

Oleh yang demikian, beberapa pengalaman saya bolehlah dijadikan panduan para pembaca untuk berfikir dan menilai. Pada saya, kesedaran ini sudah bermula sejak dari sekolah rendah lagi, yang mana saya mula untuk mengitar semula bahan-bahan utama ini seperti surat khabar, botol-botol kaca dan tin aluminium. Ini kerana pada ketika itu, dilihat dari konteks untuk mendapatkan wang. Walaubagaimanapun, tidaklah memikirkan kepentingan kitar semula dari sudut saintifik. Namun, ia berterusanlah sehingga ke sekolah menengah yang mana kebetulan di SMK Segambut Jaya juga telah memulakan kempen untuk mengitar semula bahan-bahan utama yangboelh dikitar semula seperti tin, kertas, botol-botol kaca dan plastik. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membina pentas. Namun bukan mudah untuk dilaksanakn dan tidak mustahil untuk berjaya dalam kempen ini. Saya yang tinggal berhampiran sekolah merasakan adalah amat mudah untuk menyumbangkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula memandangkan ia adalah sesuatu yang amat mudah untuk dilaksanakan di rumah, kerana hanya perlu mengasingkan ia mengikut jenis.


Walaubagaimanapun, kempen ini sepatutnya tidak berakhir walaupun selepas mencapai matlamat yang disasarkan. hal ini kerana ia adalah usaha yang berterusan yang sepatutnya dipupuk kepada generasi sekarang bukan sekadar untuk mencapai matlamat sahaja. Namun ia perlu diteruskan disamping dapat dijanakan ke dalam tabung pembangunan sekolah. Walaupun ianya tidak memberikan keuntungan yang lumayan, tetapi bukan itu yang kita kejarkan, apa yang perlu adalah untuk mendidik paradigma masyarakat mengenai keperluan kitar semula agar menjadi budaya masyarakat negara kita yang masih menuju ke arah mencapai negara maju.

Namun, saya amat tidak menyokong jika ia hanya dilakukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja dan hangat-hangat tahi ayam. Bukan kerana usaha itu tidak bagus, tetapi perlulah dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab bagi menerapkan budaya ini dijiwa masyarakat. Bukanlah tong-tong kitar semula yang disediakan diisikan dengan pelbagai sampah yang tidak diasingkan mengikut jenis. Ini adalah sesuatu yang gejala yang timbul dan boleh membantutkan usaha ini. Mengapa usaha ini disambut dingin oleh masyarakat?

Saya juga ingin menyarankan agar semua sekolah wajib untuk mempunyai tong-tong kitar semula dan memanfaatkannya seratus peratus tanpa mengabaikan fungsi-fungsi tong tersebut. Pada saya yang pernah bersekolah di SBPI Selandar Melaka boleh melihat sendiri perkara ini yang mana sekolah perlulah memanfaatkan sampah yang dihasilkan oleh para pelajar. Hal ini kerana, khususnya pada akhir tahun ataupun cuti-cuti umum, para pelajar boleh menyumbangkan barang-barang yang boleh dikitar semula kepada sekolah disamping dapat mengumpul dana yang boleh digunakan untuk pembangunan pelajar sendiri atau sekolah.

Selepas tamat persekolahan, terutamanya pada setiap akhir tahun, sudah pasti banyak buku-buku dan kertas-kertas dibuang oleh pelajar. Pada pengalaman saya, apakah berbaloi untuk saya mengumpul dan mengutip semua kertas-kertas dan buku-buku yang terbuang untuk dibawa pulang bersama ke Kuala Lumpur. namun, itulah yang saya lakukan kerana tidak mahu berlaku pembaziran yang kita tidak nampak ianya berlaku jelas dipandangan mata. Pada saya, kebanyakan orang berpendirian bahawa ianya tidak berbaloi sama sekali untuk berbuat demikian kerana tidak memberikan apa-apa keuntungan dan hanya meletihkan.


Pandangan ini biasa didengari daripada mereka yang belum sedar akan kepentingan kita untuk memelihara alam sekitar secara tidak langsung dalam mengitar semula bahan-bahan tersebut. Ini kerana pendidikan dalam pembudayaan kitar semula hanya dilaung-laungkan kempennya di media massa dan merata tempat. Namun tempat yang sepatutnya pendidikan ini berlaku tidak bertindak dengan serius dan menganggap ia perkara yang tidak ada kena mengena dengan aspek akademik pelajar. Amat malanglah generasi negara Malaysia akan datang kerana mempunyai keturunan yang tidak mahu mengambil kesah akan kesan budaya kitar semula yang tidak dipupuk sejak awal lagi kepada mereka.

Mengapakah ini berlaku? Sukarkah untuk dilaksanakan?
Fikir-fikirkanlah. Antara wang? sampah? Kitar semula? Pilihlah yang mana untuk dijadikann landasan dalam membina budaya masyarakat negara maju. Alam sekitar adalah perkara paling pokok untuk dibicarakan dan memerlukan usaha yang berterusan tanpa ada tolak ansur untuk memelihara khazanah alam yang seimbang daripada sebarang kemusnahan dan kerosakan seterusnya kepupusan. Terpulanglah kepada kita untuk menilai.


Apa yang dapat saya dirumuskan :-

1. Sampah adalah apa yang kita fikirkan.
2. Sampah adalah wang jika tahu untuk mengitar semula.
3. Sampah yang diuruskan dengan baik dapat mengurangkan longgokan sampah.
4. Jangan jadikan alam kita sebagai sampah semata-mata.
5. Semua sekolah perlu diwajibkan untuk melaksanakan kempen kitar semula secara
berterusan dan bertanggungjawab.
6. Budaya kitar semula perlu dipupuk untuk menjadi sebuah negara maju.



Antara Info menarik mengenai kitar semula :-

1. 1 tan KACA yang dikitar semula menjimatkan 9 Gallon bahan bakar.

2. Setiap BOTOL KACA yang dikitar semula menjimatkan tenaga yang cukup untuk
menghidupkan sebiji mentol berkuasa 100watt untuk 4 JAM.

3. 1 tan kertas yang dikitar semula menjimatkan:-
> 17 batang POKOK
> 6953 GALLON AIR
> 463 GALLON PETROLEUM
> 587 PAUN pencemaran UDARA
> 3.06 unit padu TAPAK PERLUPUSAN
> 4 077 Kilowatt tenaga SEJAM

4. Keluli yang dikitar semula dapat :-
> Menjimatkan 4 KALI tenaga yang digunakan.
> Mengurangkan pencemaran dan sisa gailan sebanyak 70%.
> Menjimatkan tenaga untuk hampir 18 JUTA pemilik rumah setahun dalam
pengitaran semula oleh industri keluli.

Untuk keterangan dan infomasi bagi lokasi dan syarikat yang boleh menguruskan mengenai kitar semula boleh rujuk di laman :-

http://web.kpkt.gov.my/recycle/

Sekian, Info ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang