Assalamualaikum, seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun pada tarikh 28 Mei (pukul 5:16pm atau 17:16 waktu Malaysia) dan 16 Julai (pukul 5:28pm atau 17:28 waktu Malaysia) adalah tarikh dimana matahari akan berada tegak di atas ka'bah (12:16pm pada 28 Mei dan 12:28pm pada Julai waktu Mekah). Jadi hari ini, 28 Mei 2012 marilah kita semua yang mempunyai kelapangan menyemak semula arah kiblat di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja tempat yang biasa kita menunaikan solat. Inilah peluang anda untuk menyemak arah kiblat hari ini dengan kaedah mudah yang diberikan seperti di bawah.
Berikut adalah FAQ yang dipetik daripada Falak-Online.Net untuk panduan saudara-saudari sekalian:-
FAQ Istiwa' A'dzam - For The Non-Techies
Q: Bila ia berlaku ye?
A: Petang ni (28 Mei), jam 5.16 PM ;-)
Q: Masa tu, apa sebenarnya yang berlaku ek?
A: Masa tu, Matahari berada tepat atas Kaabah, maka, boleh guna kedudukan matahari kat langit masa tu untuk periksa arah kiblat kita
Q: Oooo.. ok. Tapi kenapa kena check ye? Arah kiblat berubah pasal gempa hari tu ke?
A: err… sebenarnya, Kaabah tetap ada di situ, arah Kiblat tetap di situ, cuma yang kena periksa balik ialah tandaan arah kiblat di rumah atau pejabat kita tu…
Q: Kenapa kena check?
A: Ye la, dalam masa setahun ni, macam-macam boleh berlaku, sejadah kita tu pun mungkin senget sikit ke, tandaan pensel yang kita letak dulu tu dah hilang ke, etc etc
Q: Begitu ke… ok. Boleh cerita sikit camne nak check?
A: Senang je, cari bayang-bayang objek tegak, contoh dinding rumah atau bangunan ke, atau pacak tiang tegak atas tanah ke, atau gantung tali dengan pemberat di bawah ke… tak kisah la, asalkan tegak. Lepas tu, pada jam 5.16 PM tu, dengan arah bayang-bayang objek tu. Kemudian buat garisan menghala ke ARAH matahari… jadi itulah arah kiblat kita..
Q: Gitu je caranya?
A: Ha'ah la… senang je..
Q:Tapi masa 5.16 tu saya tengah main bola, tak sempat nak check… huhuhuhu
A: Ehem… bukan susah pun nak check, tak sampai seminit dah boleh siap… lalalalala
Q: Ok. ok.. tapi tadi kawan saya kata, pagi tadi jam 5.16 dia check, tapi tak nampak matahari.. camne ye?
A: Siapa suruh check 5.16 Pagi…. saya kata 5.16 Petang!
Q: opsss..kantoi, ingat saja nak provoke… LOL!
A: &*^$#*&#^(@&
Q: Katakan 5.16 tu saya ter-miss, dengan nonton sinetron… baru terperasan jam 5.20 PM, boleh check lagi ke masa tu?
A: Boleh je, dalam 2-3 minit tak akan nampak perbezaan pun dengan mata.
Q: Ehh.. tahun ni kan tahun lompat… so bukan semalam ke check arah kiblat?
A: Beza 1-2 hari pun tak akan nampak beza dengan mata… melainkan kita guna alat macam teodolit yang kerjanya memang ukur pada ketepatan 0.001 darjah… bla bla bla…
Q: But what about other countries? What time will Istiwa' A'dzam occur?
A: pehhh… tiba-tiba speaking english la brader ni…ok, ok, untuk negara lain, ia tetap berlaku waktu yang sama… sebenarnya ia berlaku 28 Mei 2012, jam 12.15 PM WAKTU MEKAH. So, buat lah conversion dengan waktu tempatan. Jika kebetulan masa tu negara tu siang dan nampak matahari, boleh guna cara sama… kalau malam … tak dapek nak nolongnye!
Q: Boleh nampak dengan mata ke Transit Zuhrahni?
A: errr…. ni silap tajuk daaaa…….. kita bukak topik baru…
Anda juga boleh rujuk di FACEBOOK FALAK-ONLINE.NET
Anda juga boleh mendownload panduan menyemak arah Kiblat di sini. Atau lihat panduannya di bawah:-
Apa pun, saya harapkan saudara saudari dapat memanfaatkan panduan ini untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing kerana fenomena ini akan memberikan pandu arah ke ka'bah untuk kita menunaikan kewajipan kita dalam menunaikan solat dan juga dalam urusan-urusan lain Insya-Allah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan