HALAMAN UTAMA

Permohonan BR1M dilanjut ke 15 Mac 2013

Assalamualaikum, ada beberapa orang rakan yang memberitahu bahawa mereka terlepas memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Ditanya mengapa, ada yang menjawab tak tahu mereka layak dan ada juga yang tidak pasti macam mana nak memohon kerana mungkin tiada info atau maklumat. Mungkin juga kekangan talian internet untuk memohon secara online.

Apa pun, saya mendapat tahu permohonan BR1M dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013. Jadi, saya ingin kongsikan semula laman web untuk permohonan dalam talian ini diisi.



 
Jadi segera mohon dalam talian di sini. Saya sudah kongsikan laman web yang perlu anda isi di bawah:-


Semoga anda mendapat manfaat daripada pemberian BR1M ini. Apa pun pegangan politik anda, ambil BR1M ini kerana ianya daripada kerajaan Malaysia bukan daripada parti politik tertentu. Mereka hanya menguruskan sahaja. Jadi, pada saya tiada isu ianya duit parti dan kita mesti memilih parti tersebut.



Terpulang kepada anda, peluang sudah diberi, kita yang akan menentukan nanti. Prestasi pemerintahan bukan daripada pemberian bantuan semata-mata, malah merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk pembangunan teknologi, ilmu, ekonomi, sahsiah dan juga keseluruhan kehidupan rakyat.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang