HALAMAN UTAMA

Kalam Allah dengan Terjemahan?

Assalamualaikum, bulan Ramadhan kali ini, marilah kita isikan masa-masa kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Namun, kadang-kala kita berada di hadapan laptop atau komputer sambil membuat kerja, terkadang tidak terfikir bahawa kita boleh membaca Al-quran berserta maknanya. Hari ini telah banyak laman web yang menyediakan dan memberikan paparan ayat-ayat suci ini. Saya mengingatkan diri sendiri dan juga sahabat pembaca juga untuk kita meluangkan masa yang ada bagi mendapatkan keberkatan daripada Allah dengan membaca dan memahami maknanya. Lagi-lagi jika kita berada dalam bulan mulia yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan.

Di sini, saya memberikan satu laman daripada Laman ISLAM GRID yang mana memberikan satu perkhidmatan audio bacaan al-quran berserta maknanya sekali. Sangat bermanfaat dan memberikan kita kemudahan untuk mengaksesnya dimana sahaja. Nampak mudah, tapi perlulah kita ringan-ringankan diri dan meluangkan masa membacanya juga. Silalah lihat di laman di bawah ini.












Jadi, silalah ke laman web DI SINI. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua. Insya-Allah. Amin.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

[LIVE] MALAYSIA VS SINGAPURA ( 28 Julai 2011) - Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014

Assalamualaikum, perlawanan di antara Malaysia dengan Singapura pada malam ini di Stadium Bukit Jalil bakal menyaksikan satu perlawanan timbal balik yang sangat penting bagi Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya. Malaysia pada perlawanan pertama menentang Singapura telah ketinggalan 2 jaringan gol dengan Malaysia 3, dan Singapura 5. Jadi, untuk melihat sama ada Malaysia mampu untuk meneruskan perjalanannya ke peringkat seterusnya dalam perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014 nanti, jika anda tiada televisyen, bolehlah saksikannya secara online di dalam Streaming di bawah.




atau pun saksikan di bawah

KLIK SINI

atau pun di bawah

KLIK SINI

Semoga perlawanan ini akan menunjukkan permainan yang menarik dan memberikan kepuasan kepada peminat bola sepak tempatan. Insya-Allah.




Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Doa Mudah Untuk Semua Majlis

Assalamualaikum, sering kali kita ke majlis-majlis atau pun program-program. Namun, kadang-kala kitalah antara orang yang perlu memainkan peranan penting dalam majlis tersebut. Mungkin kita akan diminta untuk membacakan doa bagi majlis tersebut. Kerana mungkin juga untuk memuliakan kita bagi mengetuai bacaan doa. Jadi, kadang-kala kita sering memikirkan apakah doa yang sesuai untuk majlis tersebut? Biasalah kadang-kadang tiada orang yang berani memikul tanggungjawab ini walaupun nampak mudah. Jadi, sebagai persediaan, saya juga ingin berkongsikan doa mudah yang boleh dan sesuai digunakan untuk semua majlis yang berbentuk ilmiah mungkin atau pun yang sewaktu dengannya.

Berikut adalah doa tersebut :-
------------------------------------------------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

                                            (Sebutkan majlis anda di sini)                                           

yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .


------------------------------------------------------------------------------------

Jika tidak dapat mengopykan doa tersebut, bolehlah downloadkan filenya di SINI. Insya-Allah, sama-sama memanfaatkannya dan sama-samalah kita sentiasa berdoa agar setiap program dan majlis yang kita sertai dimulakan dengan doa agar sentiasa mendapat rahmat dan diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Insya-Allah. Amin.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Trick mendownload? Tak perlu akaun premier?

Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya belajar daripada Blog ini, dan saya telah pun cuba. Terbukti ianya berkesan untuk digunakan kepada yang suka sangat mendownload. Mungkin ramai juga yang gemar mencari tempat file sharing yang mudah dan percuma. Pendek cerita, boleh dowloand cepat, tanpa had masa menunggu. Yang paling mudah mediafire. Tapi kali ini, hotfile.com juga boleh digunakan dengan mudah. Bagaimana? Berikut contoh yang telah saya cuba sendiri menggunakan software percuma yang saya kongsikan di bawah. Caranya apabila anda mahu mendownload file daripada hotfile.com :-




1. Pergi pada halaman tersebut, atau apabila anda mahu mendownload sesuatu daripada laman tersebut,

2. Klikan file yang ingin di download, kebiasaanya anda akan lihat paparan seperti di bawah jika anda download untuk kali kedua atau lebih, 



3. Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Downloadkan Software ini, DI SINI

4. Kemudian, Running, Klik sahaja 'RUN'.



5. Sila copykan link URL di halaman hotfile yang ingin anda download,



6. Pastekan pada kawasan di bawah, kemudian Klik pada Get Premiun. Tunggu sehingga keluar Premium Link.

7. Klik pada link tersebut sebanyak 2 kali, anda akan dapati keluarlah arahan untuk download, jika guna IDM, akan dipaparkan seperti di bawah,



8. Jadi, anda bolehlah lakukan ini sebanyak mana yang anda suka tanpa ada had.




Jadi bolehlah downloadkan Software ini, DI SINI

Semoga anda dapat manfaatkan fungsi ini dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang