HALAMAN UTAMA

Zoo Negara Kini (part 4)

Jadi, hari kedua di Zoo Negara bersama seorang member bernama Abu Hanifah Zamberi. Aku datang seperti biasa pukul 8 pagi sampai, then terus pergi ke tempat si Abu nie tunggu di Bahagian Pendidikan yang agak jauh dari pintu masuk. Hari itu aku diberi untuk buat volunteer di bahagian reptilia. So, pagi-pagi En Hafis supervisor kat situ kot, bawa la kat tempat tu dan pertama sekali menyapu kawasan pameran reptilia yang berada di bawah bumbung sahaja. Sampailah ke belakang, tempat bilik tikus dan dapur untuk menyediakan makanan reptilia. Dalam pukul 10pagi, rehat sekejap.



Kerja disambung dengan aku membantu untuk memberikan makanan kepada kura-kura yang ada di kawasan tu. Sebelum tu, kenelah sediakan makanan yang diperoleh daripada sayuran dan buahan yang dicincang kecil supaya senang nak makan. Aku pun bantulah mencincang pisang, lobak merah, salad, betik dan yang macam-macam lagi la aku tak ingat... hehe... Aku start bagi makan kat iguana dalam sangkar. Ada dua sangkar iguana nie. Ganas gak iguana nie.. susah nk bagi makan, sebab bro yang bagi makan kat situ kata iguana nie suka cari gaduh.. tak tau la kan... hehee...

So, lepas tu bagi makan kura-kura yang kedua terbesar di dunia. Lapar gak kura-kura nie rupa-rupanya.. hehee... Then, kura-kura kecil lak... pastu kura-kura yang diletakkan di pulau dekat tasik tu... katanya kura-kura tu biasa bawa gi show... Aku pun try la bagi makan kat kura-kura tu... Lepas tu, selesai la bagi makan kat kura-kura. Sebelum tu kat tempat reptilia tu, staf kat situ bagi makan kat buaya jenjulong (kalau tyak salah nama dia) dalam sangkar die... bagi makan ikan jer... tengok la jap camne diorang bagi buaya jenjulung makan.

Lepas tu, habis da bagi makan... aku terus la sambung wat keje bersihkan sangkar ular lak. Kene sembur sabun pencuci dulu baru lap sampai kering. Lama gak la bershkan sangkar-sangkar ular nie... sebab keje dia banyak kan... so lama gak... sampailah rehat tengah hari. Siaplah keje-keje kat tempat ular tu...

Lepas rehat, sambung keje sikit. Isikan air kat tempat minum tikus-tikus putih di rumah tikus tu.... Macam saiz gak tikus kat sini. Dari yang anak sampai yang dah besar-besar... Hamster pon ada gak rupanya.. tapi tak banyak la... untuk makanan ular la tikus-tikus nie... banyak gak sangkar-sangkar yang letak tikus-tikus nie...

Ada yang mati tu habis kene makan dengan member-member tikus... hehee.. ganas nie tikus-tikus nie.. kalau letak jari memang kene gigit aku rasa la... hehee... mau taknya... letak je bekas yang dah isi air, kerumun tikus-tikus tu minum air... penuh keliling bekas tu... pergh... hehee... first time la tengok tikus putih banyak-banyak...

Habis isi air dalam bekas tu, kira dah habis la keje aku kot petang tu.. hehee... apa lagi... naik la aku ke tempat amfibia, yang terletaknya katak-katak pelbagai spesies... masuk la kejap dengan seorang student UMS Mohd Afiq (kalau tak salah namanya) yang dah start praktikal 2 minggu lebih kat situ. Siap tengok ular sawa diberi makan tikus dan ayam. Ular sawa batik besar gak tu dalam sangkar.

Lepas tu, ada gak ular yang diberi makan tikus yang mana tak boleh diganggu sebab akan menyebabkan ular tersebut memuntahkan semula tikus tersebut dan tak akan makan lagi dan boleh sebabkan kematian... So, setakat tu je la kot hari kedua aku kat 'reptile house' heheee... dah pukul 4.00 petang, boleh balik dah...

INFO : Ular akan sentiasa membesar, dan setiap kali membesar ia akan bersalin kulit untuk membolehkan saiznya bertambah.

Sekian. Terima Kasih... Nantikan hari esok pula..

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kenal buah GMO?

Salam pembaca sekalian. Kepesatan pembangunan dunia kini telah banyak memaksa manusia untuk terus mencari jalan dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dalam kehidupan seharian untuk terus hidup. Begitulah yeng menyebabkan para saintis juga berperanan untuk mencari sesuatu yang dianggap dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah seperti dalam bidang pemakanan. Mereka terus berusaha untuk memastikan sumber makanan yang diperolehi betul-betul berkualiti dan memberikan faedah yang optimum kepada manusia.

Oleh yang demikian, pelbagai cara dilakukan untuk memastikan sumber makanan dapat dihasilkan dengan cepat dan mencukupi. Sehinggakan buah-buahan diubah (modified) untuk mendapatkan buah yang lebih besar atau lebih sedap atau cepat membesar atau sebagainya. Maka, terhasilah buah-buahan GMO yang dipasarkan ke seluruh dunia. Antara yang telah dilakukan GMO adalah seperti Kacang soya, Jagung, Kapas, Tomato, Epal dan sebagainya. Anda oleh juga merujuk buku Jeffrey Smith, Seeds of Deception dan Genetic Roulette untuk mengetahui mengenai GMO ini.



Tetapi sebagai info untuk anda. Tahukah anda bagaimana kita boleh mengenali buah-buhan GMO di pasaran? Di sini terdapat beberapa info yang boleh digunakan :- 

1. Buah jenis konvesional (kebiasaan/yang asli la) 
    - ditulis pada label pelekat buah tersebut 4 digit yang bermula dengan nombor 4.

2. Buah jenis organik
    - ditulis pada label pelekat buah tersebut 5 digit yang bermula dengan nombor 9.

3. Buah jenis diubah genetiknya (GMO)
    - ditulis pada label pelekat buah tersebut bermula dengan nombor 9.

Oleh yang demikian, kita boleh mengetahui sumber asal buah tersebut dengan melihat label yang dilekatkan jika ada. Sekurang-kurangnya kita lebih prihatin dan berhati-hati dengan sumber yang kita makan. Pada kita mungkin tiada apa-apa kesan. Tetapi mungkin akan memberikan kesan pada jangka maas yang panjang. Demikianlah yang kita bimbangi. Lebih baik kita memakan daripada sumber yang semulajadi dan tidak tercemar oleh gen-gen yang telah diubah manusia itu sendiri. Wawlaupun kebaikkannya dapat dilihat, tetapi kesannya kepada tubuh kita mungkin juga kepada generasi kita akan terkesan.

Nasihat saya, fikirkanlah impak pada masa akan datang. Jika kita kurang pasti lebih baik kita hindari. Mungkin pada masa yang akan datang, saya akan cuba untuk memberikan contoh gambar yang menunjukkan kod-kod tersebut secara jelas jika berkesempatan untuk menjumpainya. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.

Rujukan boleh dibuat di :
http://www.bionetonline.org/english/content/ff_cont3.htm

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara Kini (part 3)

Akhirnya tibalah aku pada hari Rabu untuk meneruskan niat menjadi volunteer di Zoo Negara. Sampai je di pintu masuk no 3, aku masuk dan mendapati sudah ramai volunteer yang datang secara berkumpulan daripada sebuah IPTS daripada Klang. Aku menunggu sehingga 8.15pagi apabila taklimat untuk mereka dibuat. Aku menunggu berasingan daripada mereka.

Ketika pembahagian kumpulan untuk membuat volunteer, aku dipilih oleh seorang penjaga bahagian Savana bersama 4 yang lain daripada kolej tersebut. Kami dibawa ke tempat Savana di mana haiwan-haiwan yang berada di kawasan Savana terdapat di situ. Di pintu masuk kami melalui kandang badak sumbu berdekatan pintu masuk.

Kemudian, kandang zirafah dan kandang-kandang lain di situ. Terdapat juga antelop, kuda belang, ostrich dan beberapa haiwan lain. Aku seorang saja memulakan kerja dengan membersihkan kandang badak sumbu bersama seorang staf di situ yang mana sedang mengangkat najis-najis badak sumbu tersebut memasukkan dalam beberapa tong sampah hitam. Kemudian, sisa-sisa makanan dibuang dan dibersihkan. Selepas itu, selesailah tugasan pertama di kandang badak sumbu dan sampai waktu rehat pagi.



Selepas rehat, aku sekali lagi berseorangan membantu En. Musa selaku ketua di situ memotong rumput untuk makanan haiwan-haiwan di situ. Rumput-rumput di tepi jalan di belakang zoo itu rupa-rupanya ditanam sebagai 'back up' untuk makanan haiwan tersebut. Ketika itulah aku terlihat satu kandang lama untuk badak air yang telah tidak digunakan lagi kerana badak air yang diletakkan di situ terlalu agresif sehingga dapat merosakkan kandang sebelum dipindahkan ke kandang yang baru yang mana ia sentiasa berendam.

Selesailah tugasan kedua, dan rehat tengah hari. Petang kerjanya sangat mudah apabila memberi makan kepada haiwan-haiwan di kandang itu dengan sukatan yang diberikan. Rupa-rupanya, haiwan-haiwan kat situ pun makan vitamin gak. Baru aku tau, setiap ekor akan diberikan tiga biji vitamin. Pergh... aku masa tu membantu seorang pelajar praktikal daripada UM yang dipanggil Teh seorang berbangsa Cina.

Kerja-kerja pada petang tu siap dengan cepat la sebab hanya bagi makan je. Tapi tak semuanya ada dalam kandang masa bagi makan sebab belum masuk lagi. Terdapat beberapa haiwan je yang ada dalam kandang macam seekor antelop bersama anaknya. Terdapat juga seekor kuda belang jantan yang tidak dilepaskan atas sebab untuk mengelakkan pergaduhan dengan jantan yang lain. Dan sekumpulan oryx kalau tak salah tidak dilepaskan sebab takut keluar daripada kawasan padang yang terdapat kerosakan pagar.

Dua ekor ostrich pun tak dilepaskan sebab terlalu agresif. Ada juga antelop kalau tak salah agresif gak tidak dikeluarkan. Sempat la aku tengok haiwan-haiwan tu yang berada dalam tu. Tak lupa gak zirafah yang bersama anaknya. Dapat gak aku bagi makan daun-daun yang diambil pagi tadi. Pergh... macam-macam haiwan kat sini makan. Ade roti, sayur, buah, jagung, palet, rumput kering dan ada la lagi yang lain. Ikut sukatan la kan masa nak bagi makan...

So, bagi la kat setiap kandang. Kat situ ada lapan kandang. Antelop, ostrich, kuda belang, ape lagi ek.. x igt aku.. heheee... ade yang sakit, ade yang beranak, ade yang ganas sangat, ada yang tak boleh campur... macam-macam ade... So, petang memang keje sikit je la... bagi makan haiwan jer... So lpas tu blh la relax... jalan-jalan kat sekitar zoo... hahaaa...

Tapi kene la balik lepas 4.30pm... tak boleh la balik awal... So, lepas pukul 4.30pm aku pon balik la... ingat nak gak tgk diorng masukkan haiwan tu dlm kandang balik... tapi tak sempat la... Tapi sempatlah  aku berjalan-jalan dulu kat kawasan zoo yang berdekatan seperti tempat serangga yang dikenakan bayaran RM5 untuk masuk.

So, aku pun balik la. Letih gak wt keje sane... tapi boleh la... macam-macam gak dapat belajar kan... tapi nnt leh la wt lagi... So, aku selitkan la beberapa gambar yang sempat aku amik untuk dikongsikan bersama. Sape2 yang nk buat volunteer tu bagi tau la... leh gi sama-sama... Tak tau la aku, korang rasa ape nanti... takut bosan jer... tp aku bagi tau ape yang aku buat je la... yang aku tak buat aku tak tau... hehe..

Aku akan datang semula ke zoo minggu depan, mungkin hari Selasa. Banyak gak benda baru yang aku dapat kat Bahagian Savana tu yang mungkin sukar dapat di tempat lain. :) Nanti aku cite la sket-sket. Yang menarik tu amik la sebagai info anda.

Sekian, Terima Kasih...
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah



Lecehnya berkhidmat di Malaysia?

Salam kepada pembaca budiman, sering kali kita mendengar pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara tidak mahu pulang berkhidamt di Malaysia bukan? Sesekali pernah juga terdengar sembang-sembang mereka yang bergelar doktor atau pun sesiapa sahaja. Apakah yang menyebabkan mereka tidak mahu pulang ke Malaysia? Mungkin antara faktor-faktor ini benar atau pun tidak, tak tahulah. Saya sekadar berkongsikan perbincangan ringkas mereka sahaja.

Bukannya negara kita tak cukup doktor katanya, tapi mereka yang nak berkhidmat dengan hospital kerajaan yang kurang. Betulkah? tak tahulah. Mengapalah jadi macam ni ye... Katanya, doktor-doktor yang dah berkhidmat lama di luar negara sampai ada yang sudah jadi pakar bedah bertahun lamanya pun ingin berkhidmat di tanah air. Tetapi kadang-kala hasrat mereka nie disusahkan di tempat sendiri.

Ye la. katanya, sedangkan kalau berkhidmat di negara orang lain dah bertahun-tahun jadi pakar, lepas tu pulang ke tanah air sebab rindu nk berkhidmat di Malaysia kene pula buat ujian untuk mengesahkan kelayakan mereka sebagai doktor untuk mendapat tauliah. Tapi kalau mereka tidak bertauliah atau tak layak, takkan la boleh jadi pakar di negara orang bertahun-tahun? seperti pakar bedah atau pun pakar-pakar lain. Ye la, mana taknya, kata kekurangan doktor untuk berkhidmat di hospital-hospital kerajaan. Tapi bila panggil mereka balik ke negara sendiri, macam-macam perkara yang melecehkan perlu dibuat. Sedangkan mereka dah diiktiraf oleh negara luar sampai mereka boleh jadi pakar.

Tak kiralah, doktor ke bukan. Tapi mereka nie bincangkan profession kedoktoran la. Betul juga la kan. Mereka kene la berkhidmat di tanah air sendiri. Tapi bila sampai di negara sendiri, seolah-olah mereka baru lagi dalam bidang kedoktoran. Macam mana kan. Tapi tak tau la sejauh mana kebenarannya. Mungkin para pembaca yang lebih mengetahui boleh berkongsi bersama saya. Mungkin juga faktor gaji yang tak setimpal juga jadi faktor. Ye la, dah belajar susah payah dan dalam masa yang lama, tapi gaji masih lagi rendah. Tambahan pula kerjanya banyak kene cover pesakit-pesakit kan.

Tak tahu la sejauh mana doktor-doktor di Malaysia ni mengalami masalah kerja mereka. Sebab saya pun bukanlah tahu sangat, tetapi sekadar terfikir bagaimana jika benar ianya berlaku dan adakah ianya akan berterusan? Tetapi bagaimana pula dengan profession yang lain? Saya juga terfikir mengenai orang-orang yang lebih arif dalam bab agama atau mufti-mufti, ulama'-ulama' yang sudah terkenal dan telah lama dikenali.

Bagaimana pula tugasan mereka dan tanggungjawab mereka untuk meneruskan dakwah ataupun mengajarkan ilmu? Mereka juga bukanlah tidak dikenali. Tetapi sudah terkenal juga saya kira dalam kalangan masyarakat. Bukanlah untuk merujuk kepada Ustaz Asri pensyarah USM yang pernah menjadi mufti perlis semata-mata. Tetapi pendakwah-pendakwah lain yang mungkin telah dikenali lama. Bagaimanakah keberkesanan prosedur ini membantu untuk mengembangkan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui ceramah-ceramah.

Bukanlah untuk mempertikaikan atau menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi sekadar memberikan cetusan minda supaya berfikir, bagaimanakah kita boleh memperhalusi prosedur atau kaedah yang sedia ada supaya lebih logik dan memudahkan usaha-usha dakwah berjalan dengan lebih berkesan dan cantik. Pada pandangan saya, apa yang salah tetap salah jika ianya jelas tertulis. Tetapi, ianya perlu ditegur dengan baik dan dalam masa yang sama memberikan masa dan memudahkan perjalanan dalam usaha yang murni.

Bagaimana juga sesuatu perkara itu kadang-kala dimanipulasikan dengan salah untuk kepentingan sesetengah pihak? Kita kadang-kala memilih dan memerlukan mereka untuk berkhidmat, tetapi dalam masa yang sama, kita menyekat mereka yang lebih layak untuk menggalas tugas tersebut. Sukar juga sebenarnya untuk mendapatkan mereka yang berkhidmat dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab. Jadi bagaimana? adakah benar Malaysia ini suka memperlecehkan sesuatu yang tidak perlu? Hanya mereka yang pernah melaluinya dan mempunyai pengalaman sahaja tahu apakah kebenarannya.

Jadi kepada para pembaca yang sudi perkongsi pengalaman atau pandangan, silalah... Amat dialu-alukan untuk mencari kesahihan situasi ini. Sama ada memang berlaku atau sekadar terlepas pandang.

Sekian... Terima kasih...

MINDA INSAN - INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH...

Nuffnang