HALAMAN UTAMA

Gerhana lagi pada 26 Jun 2010

Salam sejahtera. Kepada semua pembaca, sebagai informasi mengenai alam semesta yang kita singgah ini, Bumi kita akan mengalami gerhana bulan pada 26 Jun 2010 nanti. Walaubagaimanapun, di Malaysia, kita hanya dapat melihat gerhana separa sahaja. Berikut adalah artikel yang disiarkan pada laman web Portal Falak Online. dan beberapa rujukan laman web yang berkaitan.

Foto kredit: aziz 
[DISKUS] Pada 26 Jun 2010 nanti, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.
Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.



Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.

Circumstances of the Eclipse
Moon enters penumbra: 2010 Jun 26  16:55:22 (4.55 PM)
Moon enters umbra: 2010 Jun 26  18:16:20 (6.16 PM)
Maximum eclipse: 2010 Jun 26  19:38:16 (7.38 PM)
Moon leaves umbra: 2010 Jun 26  21:00:04 (9.00 PM)
Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26  22:21:11 (10.21 PM)

Siap sedia kamera DSLR anda. Fenomena gerhana merupakan satu kejadian langit yang amat mudah untuk dirakam. Poskan foto anda ke forum Falak Online, manalah tahu jika ia cukup menarik, saya akan paparkannya di muka hadapan Falak Online.
Apa lagi, jom teropong!

Nota tambahan:
1. Kiraan dibuat oleh perisian Skymap Pro dari lokasi Kuala Lumpur.
2. Gerhana bulan seterusnya yang boleh dilihat di Malaysia ialah 15 Jun 2011, gerhana bulan penuh.
Sumber : Portal Falak Online.

 Sumber Rajah 1 dan rajah 2 dan Jadual 1 : Siaran Media ANGKASA


Itulah antara informasi yang saya perolehi daripada portal tersebut. Walaubagaiamanapun, anda juga boleh melihat sendiri fenomena ini di Planetarium Negara pada 26 Jun 2010 bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Beberapa teleskop juga disediakan untuk orang ramai yang mengunjunginya. Terdapat juga cenderahati daripada pihak penaja untuk 300 pengunjung terawal.

Anda juga boleh merujuk laman web berikut untuk mendapatkan informasi mengenai fenomena 26 Jun 2010 :-
1. Planetarium Negara
2. Shadow and Substance (masih valid pada 21 Jun 2010)
3. Persatuan Falak Syar'ie Malaysia

Di SUNATkan Juga untuk Solat sunat Khusuf padawaktu tersebut. Cara solatnya boleh rujuk di SINI.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang