HALAMAN UTAMA

Makan Lobak tak?

Salam kepada pembaca yang berinformasi. Pernah makan lobak atau carrot? Rasa-rasa anda, apa yang anda makan? Adakah ianya benar-benar lobak? Sudah tentulah lobak kan. Sebelum itu, bagaimana saudara pembaca memilih untuk membeli lobak? Cari yang besar? atau cari yang kecil? Kadang-kadang harga lobak pun berbeza mengikut saiz kan? (tak tau la klau sama jer). Tapi saudara pembaca tahu tak. Jika lagi besar lobak itu, maka lebih banyaklah kayu di dalam lobak tersebut.

Percaya tak? Di sini ingin saya berkongsi kepada anda semua. Sebenarnya bahagian tengah itulah yang membentuk bahagian kayu di dalam lobak. Tapi janganlah risau pula. Lobak yang bersaiz kecil tu mungkin tiada bahagian kayu ataupun sedikit sahaja kayunya. Kerana apa tau tak? Kalau dari segi saintifiknya, bahagian tengah itu akan menjadi sel yang keras dan mati menjadi floem apabila terbentuknya sel baru. Kira ringkasnya jadi kayu la. Kalau tak percaya, cuba tengok lobak yang besar-besar pastu potong.. keras tak berbanding dengan yg saiz kecil. Cubalah ok?




Jadi, untuk memastikan kita mendapat kandungan vitamin pada lobak tersebut yang optimum dengan kandungan kayu yang paling minimum, pilihlah lobak yang tidak terlalu besar kerana bahagian kayu yang terbentuk adalah sedikit. Kira tips membeli lobak la nie kan. Sekadar info sahaja. Tiada masalah untuk beli yang besar-besar pun, bukan tak boleh makan pon, cuma secara saintifik je dipanggil kayu. Tapi still boleh makan, cuma keras sikit la.

Saya mendapat ilmu ini pun daripada Prof. Datin Dr. Lim Ah Lan kerana memberikan informasi mengenainya di dalam kelas struktur dan fungsi tumbuhan.

P/s : Sekadar berkongsi info, jika terdapat info yang salah, harap diperbetulkan. 

Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang