HALAMAN UTAMA

RM50 untuk Peminat, 'Hack' untuk FAM?

Assalamualaikum, di hari Jumaat yang mulia ini. Perkara yang tidak sedap didengar oleh FAM dan peminat bola sepak tempatan. Pertama, untuk peminat bola sepak tempatan, FAM berkeras mengekalkan harga tiket RM50, dan yang kedua, Laman Web FAM telah di'hack' atau pun digondam oleh peminat bola sepak tempatan yang tidak berpuas hati dengan tindakan FAM. FAM juga dilihat telah mencabar peminat untuk melakukan apa sahaja. Jadi, inilah akibatnya.

FAM yang telah didesak untuk menurunkan harga perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dikecam hebat peminat bola sepak tanah air. Walaupun turut diminta untuk dikaji semula oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu. Namun, disebabkan keputusan keras FAM untuk mengekal RM50 untuk sekeping tiket, Laman web FAM terima padahnya apabila telah di'hack' seperti di bawah.

Ini adalah untuk tatapan bagi peminat yang tidak berkesempatan untuk melihat laman tersebut selepas digodam, saya kongsikan bersama-sama anda.



Pada saya, FAM perlu lebih memikirkan kesan jangka masa panjang. Mengaut keuntungan lebih dengan alasan terpaksa menanggung kos yang tinggi. Namun, pada pendapat saya itu tidak wajar memandangkan jika peminat bola sepak tempatan terus memboikot, siapa yang rugi? FAM juga rugi sebab tiket tak laku. Jadi, adakah berbaloi keuntungan yang diperolehi dengan jumlah tiket tidak habis dijual? Berbanding dengan jualan tiket habis tetapi dapat menampung keseluruhan kos yang ada?

Sekadar pendapat saja. Apa pun, anda peminat bola sepak tempatan yang boleh membuat keputusan. Lihat saja apa yang akan berlaku seterusnya. Diharapkan ini boleh dijadikan pengajaran di masa yang akan datang kelak.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 21 (Wordless Wednesday) Ficus deltoidea


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.  

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Pisang dalam Alquran?

Assalamualaikum, pernah makan pisang? saya yakin, semua orang pernah makan pisang. Tetapi, tahukan anda bahawa pisang adalah salah satu daripada buah yang telah disebutkan di dalam Al-Quran. Pernah tahu? Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ada yang masih belum tahu. Saya di sini ingin kongsikan apa yang telah saya ketahui kepada seluruh pembaca yang budiman.

Mana mungkin kita tahu jika tidak diberitahu. Saya kongsikan untuk pengenalan dan sebahagian sahaja isi kandungan mengenai pisang ini. Yang selebihnya saya kongsikan secara PDF dan Slide show yang boleh anda download untuk mengetahui lebih lanjut. Insya-Allah. Sekadar yang saya ada, saya akan kongsikan. Tajuk sebenar mengenai artikel ini ialah seperti di bawah :-

PISANG MENURUT AL-QURAN DAN SAINS
PENGENALAN

Di dalam Al-Quran banyak disebutkan mengenai asas untuk pelbagai bidang untuk manusia mengkaji dan memanfaatkannya dalam pembangunan teknologi. Disebaliknya tersimpan pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat. Oleh yang demikian, untuk mendapatkannya perlulah kepada usaha mengkaji dan membongkar rahsianya baik dari bidang sains atau pun bidang-bidang yang lain. Dalam bidang sains, segala penceritaan mengenainya sudah cukup untuk memberikan idea yang boleh membawa tamadun manusia lebih maju dan jauh ke hadapan. Oleh yang demikian, suatu kajian penafsiran dan kajian sains mengenai perkataan pisang dibuat bagi menyahut seruan untuk membawa kembali hikmah yang telah hilang suatu masa dahulu. Walaupun ianya amat sedikit, sekurang-kurangnya boleh menjadi perintis kepada kajian yang seterusnya.


Pisang atau nama saintifiknya dikenali sebagai Musa sp. yang dikenali di dalam pelbagai nama di seluruh dunia. Antara nama yang digunakan untuk merujuk kepada pisang ialah banana, bananier (Perancis), bananen, bananenpisang, bananenstaude (Jerman), banana (Spain, Amerika Latin), chotda banana (Jepun), djantoong, getang, pisang (Indonesia), pisang (Malaysia), saging (Filipina) dan barbaro, zapolete (Mexico). Terdapat lima jenis taksonomi di bawah genus Musa, dua daripadanya ialah pisang yang boleh dimakan. Musa sp. ini adalah daripada Famili Musaceae  Di bawah order Zingiberales. 


PETIKAN AYAT AL-QURAN MENGENAI PISANG

Pisang atau Talhin telah disebut sekali di dalam Al-Quran pada Surah ke 56 iaitu Surah Al-Waqi’ah ayat yang ke 29 :-

ﮍ ﮎ ﮏ

[Ayat : 29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.[1]

Mengikut Tafsir Ibn Kathir yang dimaksudkan Talh ialah “(Talh Mandud) means: "The banana tree.'' And he (Ibn Abi Hatim) said, "Similar is reported from Ibn `Abbas, Abu Hurayrah, Al-Hasan, `Ikrimah, Qasamah bin Zuhayr, Qatadah and Abu Hazrah. '' Mujahid and Ibn Zayd said similalry, Ibn Zayd added, "The people of Yemen call the banana tree, Talh.'' Ibn Jarir mentioned no other explanation for Talh.”[2]

Tafsiran ini membawa maksud Talhin ialah pokok pisang yang mana telah disebutkan juga oleh Ibn ‘Abbas, Abu Hurayrah, Al-Hasan, ‘Ikrimah, Qasamah bin Zuhyr, Qatadah dan Abu Hazrah. Dikatakan juga perkara yang sama oleh Mujahid dan Ibn Zayd menambah bahawa orang Yamen memanggil pokok pisang dengan panggilan Talh. Walaubagaimana pun, Ibn Jarir menyebut tiada penerangan lain mengenai Talh. Tetapi dapat difahami maksud tafsiran ini ialah merujuk kepada pokok pisang.

Menurut Tafsir Al-Jalalayn, ayat tersebut bermaksud and clustered plantains, banana trees, [weighed down] with its load [of fruit] from top to bottom,[3] Tafsiran ini pula menyebut mengenai buah tropika yang bergugusan (banyak), pokok pisang dan sifat buahnya yang bermula daripada atas ke bawah. Dapat difahami juga, tafsiran ini merujuk kepada pisang.



Mengikut Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs maksud ayat tersebut ialah “(And clustered plantains) and clustered banana trees; and it is also said that this means: continuous and uninterrupted,”[4] Tafsiran ini juga menyebutkan talha itu ialah buah tropika yang bergugus (banyak) dan pokok pisang serta juga bermaksud berterusan dan tidak diganggu. Memberikan maksud pisang tersebut dan juga menyebutkan keadaannya pertumbuhannya yang tidak digangu dan berterusan ataupun memberi maksud keadaan tanpa gangguan.

Mengikut Tafsir Filzilali Qur’an, ayat 29 tersebut ditafsirkan dengan maksud, “Dan pokok-pokok talha yang tersusun rapi.” Talha ialah sejenis pokok dari pokok-pokok yang tumbuh di Hijaz dari sejenis pokok-pokok besar yang renek dan berduri, tetapi pokok talha di sini tersusun rapi mudah diambil tanpa penat dan sulit.[5] Tafsiran ini pula tidak menyebut talha itu pokok pisang, tetapi menerangkan sifat pokok itu yang tersusun elok dan mudah untuk diambil. Tafsiran ini difahami merujuk kepada pokok Accacia dengan cara pentafsiran sifat pokok tersebut.

Walaupun terdapat pelbagai tafsiran, pisang adalah tafsiran yang banyak digunakan. Namun, dalam bahasa arab juga menggunakan موز (mauzun) sebagai pisang juga. Dan perkataan itulah yang biasa digunakan mereka untuk merujuk kepada pisang. Ada juga yang menyatakan bahawa طلح (talh) itu adalah pokok yang berduri seperti Acacia dalam Famili Fabaceae.

Untuk pembacaan lebih lanjut, silalah muat turun dokumen di bawah :-
PDF Pisang Menurut Al-quran dan Sains
Slide Show Pisang Menurut A-Quran dan Sains

Diharapkan, perkongsian ini dapat menambah pengetahuan kita kepada ciptaan Allah serta kalam Allah dan mendapat manfaat daripadanya. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Mahu Password Selamat?

Assalamualaikum, pada masa kini majoriti orang mempunyai akaun di dalam alam siber. Namun sejauh mana kita peka dengan keselamatan akaun kita? Kadang-kala tidak semua orang ambil berat mengenai perkara ini. Nampak mudah dan enteng, tetapi jika melibatkan akaun bank, akaun yang mempunyai maklumat penting kita dicerobohi, pasti kita bimbang akan keselamatan akaun dan hak-hak kita.

Oleh yang demikian, saya di sini ingin berkongsikan mengenai beberapa perkara yang mungkin boleh dijadikan panduan kita untuk mempunyai password yang selamat. Jika anda ingin menguji sama ada password anda itu selamat, boleh ke laman CyberSafe Malaysia. Seperti di bawah :-



Adakah anda tahu, untuk anggaran, password anda boleh digondam dalam masa tertentu berdasarkan jadual dan bilangan bentuk yang digunakan [Facebook Cybersafe Malaysia]:-

Untuk makluman anda, pada Januari 2010, Twitter telah menyekat 370 kata laluan atau password yang digunakan terlalu jelas dan biasa digunakan. [Facebook Cybersafe Malaysia]

Dinasihatkan juga, elakkan menggunakan kata laluan anda untuk akaun email sama dengan akaun laman web atau laman sosial atau akaun maya anda yang lain. Ini salah satu langkah mudah untuk menyelamatkan akaun email anda.

Jika mampu, kemaskini password anda setiap 6 bulan dan pastikan ianya adalah kuat (Huruf Besar + Huruf Kecil + Perkataan Unik + Nombor).

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda lebih peka dengan keselamatan akaun anda.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sertai HIMPUN Secara Online?

Assalamualaikum, hari ini perhimpunan HIMPUN di Stadium Shah Alam sedang berlangsung, jadi bagi sesiapa yang tidak dapat menyertainya di Stadium Shah Alam, bolehlah sertainya secara Online. Mudah sahaja, hanya perlu buka Facebook dan Like Halaman asyik.TV, anda boleh saksikan secara dalam talian HIMPUN. Masa Video akan mengambil masa beberapa saat. Jika terdapat masalah anda boleh ikut panduan berikut :- 





PANDUAN PENGGUNAAN
Untuk menonton dan mendengar siaran web ini, anda perlu memuat turun aplikasi di bawah terlebih dahulu:

Pengguna Windows : Klik Di Sini
Pengguna Mac : Klik Di Sini
Pengguna Linux: Klik Di Sini

Keperluan Komputer Minima:
Windows XP/Vista/7/Server 2003/Server 2008 atau Mac OS X 10.4+
Minima Pentium 4 2.4GHz dan 256MB RAM
Adobe Flash Player 10 (Klik di sini sekiranya anda tiada aplikasi ini atau versi lama)

Keperluan Rangkaian Minima:
Minima jalur lebar berkelajuan 150Kbps atau HSDPA
Fungsi NAT Traversal dibenarkan di Firewall rangkaian anda

Siaran langsung menerusi Internet ini dikuasakan oleh asyik.TV - anytime, anywhere 

BANTUAN PENGGUNAAN

Pastikan ikon Octoshape muncul di System Tray anda (pada sebelah bawah kanan skrin anda):
1. Sekiranya tidak muncul, muat turun aplikasi seperti panduan di atas.
2. Sekiranya muncul, matikan dan hidupkan semula pelayar web anda.

Untuk mendapatkan "playback" yang baik dan lancar, anda memerlukan kelajuan jalur lebar serendah 150kbps. Sekiranya sambungan internet anda tersangat rendah, hasil video yang ditonton juga akan tidak lancar "buffering".

SEKIRANYA "BUFFERING", SISTEM INI AKAN MENDAPATKAN KUALITI VIDEO YANG BERSESUAIAN DENGAN KELAJUAN INTERNET ANDA SECARA AUTOMATIK - LANCAR DALAM TEMPOH MASA 1 HINGGA 3 MINIT.

Kaedah yang diperlukan untuk mengenalpasti kelajuan internet :
Sila buat ujian kelajuan internet dengan melayari http://www.speedtest.net >> click "BEGIN TEST". Pastikan kelajuan internet "download" anda tidak serendah 150kbps ke bawah untuk memastikan video dimainkan adalah lancar.

Sekiranya anda mengalami masalah ketidaklancaran semasa memainkan video, disini kami syorkan beberapa kaedah penyelesaian :
1. Sekiranya anda menggunakan sambungan "Wireless" dan video anda "buffering" , cuba gunakan sambungan talian atau dekatkan computer anda dengan "WIFI Router" untuk mendapat liputan yang lebih baik.
2. Sekiranya anda sedang menggunakan aplikasi yang lain di mana boleh membuatkan penggunaan "bandwidth" yang banyak seperti aplikasi SKYPE atau lebih dari satu "browser", sila tutup aplikasi tersebut semasa menonton aplikasi kami.
3. Sekiranya anda sedang menggunakan sambungan internet yang dikongsi bersama dengan orang-orang lain, pastikan mereka tidak menggunakan aplikasi yang boleh menyebabkan pengunaan "bandwidth" yang tinggi.
4. Sekiranya video masih tidak lancar, sila padamkan aplikasi yang boleh memberatkan penggunaan CPU atau "restart" computer anda. Sebagai tambahan, cuba mainkan aplikasi kami di "browser" yang berlainan atau kemaskinikan "FLASH PLAYER" untuk versi yang baru.
5. Sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah ketidaklancaran video, sila daftar tiket anda dengan mendaftar di http://www.asyik.tv atau email ke support@asyik.tv dan pihak kami akan cuba dapatkan jawapannya secepat mungkin.

Masukkan maklumat seperti di bawah :
1. Sistem Operasi (cthnya : WINDOWS XP) & Pelayar Web (cthnya: Monzila Ver:3.6.13)
2. Lokasi komputer anda (cthnya: UTM-G13-213)
3. Layari http://www.speedtest.net & klik "Begin Test". Selepas selesai bacaannya, sila klik "Copy DirectLink" & tekan butang sebelah kanan tetikus di email & klik "paste" untuk link bacaan kelajuan internet anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi dan perkhidmatan kami, sila layari: http://www.asyik.tv

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

MyKad Baru = MyKad Lama? Fungsinya

Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk mempertingkatkan penggunaan aplikasi MyKad yang ke-50, dengan sokongan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC), aplikasi ini dijangkakan akan dapat digunakan sepenuhnya menjelang 2014. Secara ringkasnya, ianya dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Bagaimana ini dapat dimanfaatkannya? Mudah sahaja hanya perlu mengaktifkan MyKad anda di SINI. Dan anda boleh terus mendapatkan manfaatnya di banyak tempat di seluruh Malaysia dengan menunjukkan MyKad di tempat-tempat yang. 

Apa yang anda dapat selepas mengaktifkan MyKad? Antaranya :-

1. Diskaun sehingga 10% diberikan peniaga/pekedai/perucit.
2. Mata ganjaran boleh tebus (Tidak luput).
Antara tempat yang boleh mendapat diskaun adalah seperti di bawah atau SENARAI PENUH :- 

Laman Web                  :     www.cathayholdings.com.my/cineplexes
Alamat Terlibat            :    1. e@Curve (formerly Cineleisure Damansara)
                                           2. Prangin Mall (Penang)
                                           3. City Square (Johor Bahru)
                                           4. Cathay Cineplex (Kota Kinabalu)  
Diskaun Ahli MyKad  :    20% (Hanya sah untuk beli Voucer - sah sehingga 12 bulan)
Jenis Perniagaan         :    Hiburan
Untuk Pembelian sila ke pejabat I Synergy Universal office di
Unit B-10-1, Northpoint Offices,
Mid Valley City,
No.1, Medan Syed Putra Utara,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Sila hubungi untuk pembelian voucer : 03-2284 0355 atau 03 22845355



Alamat                          :     557 & 558, Bandar Kuah, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah 
Diskaun Ahli MyKad  :    10%
Jenis Perniagaan         :     Hotel, Pelancongan

Alamat                         :     No 79, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya.
Diskaun Ahli MyKad :     5%
Jenis Perniagaan        :     Makanan dan Minuman


Laman Web                 :    www.canadianpizza.com.my
Alamat                         :    TTDI dan Subang Jaya.
Diskaun Ahli MyKad :    10%
Jenis Perniagaan        :     Makanan dan Minuman
Lokasi Kedai              :
TTDI
No. 30G, Persiaran Zaaba, TTDI, 60000, KL
Tel: 03-772 77241

Subang Jaya
No. 16, SS15/4D, Subang Jaya, 47500, Petaling Jaya
Tel: 03-5638 7241

Alamat                         :     Lot 36 D, E, F Batu 3 3/4, Jalan Skudai, Skudai, 80200, Johor Bahru.
Phone                           :     07-751 0130
Diskaun Ahli MyKad :     10%
Jenis Perniagaan        :     Makanan dan Minuman


Alamat                         :     2D, Jalan Tanjung Bungah, 11200, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Diskaun Ahli MyKad :     4% (kecuali Set Lunch)
Jenis Perniagaan        :     Makanan dan Minuman

Alamat                         :   Lot DG-27, Plaza Suria, Jalan PJU 10/4A, Damansara Damai, 47830, Selangor.
Diskaun Ahli MyKad :   5% (Bawah RM50) Dan 10% (Atas RM50)
Jenis Perniagaan        :    Makanan dan Minuman


Laman web                    www.littlejakarta.com
Alamat                         :   GF, No 19, Jalan 4/109F, Taman Danau Desa 2 , 58200, Kuala Lumpur.
Phone                           :   03-7982 6060
Diskaun Ahli MyKad :   4%
Jenis Perniagaan        :    Makanan dan Minuman

 
Alamat                         :   Lot 6276-8, Jalan Bukit Jati, Off Jalan Kota Raja, 41000, Klang, Selangor.
Diskaun Ahli MyKad :   10%
Hubungi                       :   Tel: 03-33717182 / 013-3350619
Waktu Operasi           :    9 pagi sehingga 10 malam (Setiap hari)
Email                           :    sahara_budd@yahoo.com
Jenis Perniagaan        :    Automobil

Untuk senarai tempat yang lebih banyak,  lihat SENARAI PENUH di sini.

Semoga dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Insya-Allah saya boleh membantu anda jika ingin maklumat lanjut mengenai MyKad Smart Shopper.





Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bahana Tak Kunci Atas Jalan?

Assalamualaikum, baru-baru ini, kanak-kanak 2 tahun yang telah dilanggar dua kenderaan, dibiarkan oleh 18 orang yang lalu lalang dan hanya dibantu seorang tukang sapu jalan di kawasan tersebut di khabarkan telah meninggal dunia. Ini berlaku di China. Tetapi, kita boleh ambil pengajarannya walaupun di mana sahaja kita berada. Sama juga dalam video yang saya akan kongsikan di bawah. Juga berlaku di negara China.

Secara ringkasnya, di atas jalan raya, pastikan pintu belakang kita dikunci, jika tidak penumpang yang mungkin anak kecil di belakang boleh tercampak keluar. Kalau tidak bernasib baik, mungkin akan dilanggar kenderaan lain yang tidak sempat memberhentikan kenderaan. 

video


Saya pernah beberapa kali juga melihat pintu kereta tidak dikunci dan ada juga yang tidak ditutup rapat dan terbuka ketika di selekoh dan boleh membahayakan pemandu atau penmpang kenderaan itu sendiri. Tapi eloklah kita saling ingat-mengingati jika ternampak keadaan seperti ini. Insya-Allah, semua selamat. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Cari Tiket Murah Air Asia? Dalam dan Luar

Assalamualaikum, dengar orang kata tiket kapal terbang sekarang murah. Tapi tinggal sikit-sikit je la. Baru tergerak nak tengok-tengok betul ke murah? Haha, murah gak la kalau tengok walaupun tak termasuk cukai. Tapi boleh tengoklah antara tempat-tempat berlepas. Nak pilih pergi balik ada, nak pilih sehala pun ada. Maklumlah, aku tak pernah naik kapal terbang lagi. Tapi tak apa, kongsikan dulu dengan orang. Kalau bagus, boleh cuba jalan-jalan naik kapal terbang. Cepat, pun cepat.

Kalau nak tengok laman web yang carikan tiket untuk ditempah, boleh cuba ke laman web Fleapy.com. Halaman web tu macam di bawah ni :-

Member pun ada ajak jalan-jalan, tapi tak tahulah jadi ke tak. Katanya tak pernah naik kapal terbang lagi. Haha... Aku pun sama juga. Tapi ini contoh kalau nak pergi Tawau, saja aku cuba tengok macam mana nak pilih, tapi semua dah tak banyak dah, rasanya kejap je habis ni :-


Lepas tu boleh mula bayar secara dalam talian di laman web Air Asia macam kat bawah ni :-

Anda juga boleh lihat perbandingan harga PROMOSI dan harga BIASA seperti di bawah :-


Kemudian, bolehlah teruskan sampai selesai. Tunggu masa berlepas je la lepas ni. Aku rasa memang menari macam ni. Ada orang dah tahu cara ni kalau yang biasa naik kapal terbang. Bagi yang tak biasa, mungkin ini sesuatu yang baru. Macam aku pun baru je tengok-tengok macam mana nak tempah tiket kapal terbang dengan mengikut hari atau tarikh yang ada kekosongan.

Semoga memberi input yang berguna kepada yang belum pernah menaiki kapal terbang. Insya-Allah. kita kongsikan bersama.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 20 (Wordless Wednesday) Pepatung



Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.   



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Disebalik Telur Ayam? 21 hari perjalanan...

Assalamualaikum, saudara pembaca sekalian, kita biasa makan telur ayam dan juga ayam. Tetapi, tahukah kita bagaimana telur menjadi seekor ayam? Pernah lihat kejadian yang paling menakjubkan ini di sebalik telur ayam? Jika belum, saya kongsikan bersama anda kejadian di sebalik telur ayam.

Walaupun sebiji telur ayam perlu dieramkan di dalam suhu yang paling sesuai untuk menjadi seekor ayam yang nama saintifiknya Gallus gallus domesticus daripada Famili Phasianidae yang mana dalam tempoh masa tertentu, ianya melalui proses yang amat kompleks dan inilah antara kejadian yang menjadi fitrah kejadian yang telah Allah s.w.t aturkan untuk alam ini. Kebiasaanya, ayam akan mengeramkan telurnya selama 21 hari untuk menetaskan anaknya. Apa pun lihatlah peringkat telur ini menjadi seekor ayam. Kredit kepada Email Menarik atas perkongsian ini.
























Masya-Allah, hebat sungguh kekuasaan Allah. Insya-Allah, semoga kita dapat lebih mengenali kekuasan Allah yang menjadikan alam ini dengan perancangan yang sangat teliti dan sangat teratur.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Laporan Polis Sudah Mansuh pada 2011?

Assalamualaikum, hari ini saya mendapat info mengenai adakah kita perlu membuat laporan polis jika kehilangan barangan tertentu? Mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia September 2011, Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011, Pemasuhan Keperluan Mengemukakan Laporan Polis Yang Tidak Merupakan Suatu Kehendak Undang-undang Dalam Berurusan Dengan Agensi Kerajaan. Ianya tertakluk kepada 6 perkara yang disebutkan di bawah.

Tetapi, mengapa laporan polis ini dimasuhkan? Mengikut pekeliling tersebut, pada tahun 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis telah diterima dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1.1 juta atau 40% adalah termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi' (RLA). Yang mana menunjukkan sebahagian besar laporan yang dibuat tidak memerlukan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan. Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan beban kerja dalam menguruskan urusan pelaporan polis dan juga menambah kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam perkhidmatan PDRM.


Oleh yang demikian, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2/2011 pada 6 April 2011 telah bersetuju bahawa amalan ini tidak perlu diteruskan.

Namun, menurut pekeliling itu juga, orang awam tidak dihalang jika mahu membuat laporan polis, tetapi di dalam urusan rasmi berikut, laporan polis tidak lagi diperlukan. Antaranya :-

1. Penggantian kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran oleh Jabatan Pendaftaran Negara;

2. Penggantian kehilangan dan kerosakan sijil pasport Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia;

3. Penggantian kehilangan dan kerosakan sijil perkahwinan oleh Jabatan pendaftaran Negara ataupun surat nikah oleh Jabatan Agama;

4. Penggantian kehilangan dan kerosakan sijil-sijil akademik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia;

5. Penggantian kehilangan dan kerosakan perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan; dan

6. Penggantian kehilangan dan kerosakan geran tanah oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galia, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.




Oleh yang demikian, pada pandangan peribadi saya, PDRM kini sememangnya dalam usahanya yang berterusan untuk menjadikan badan perkhidmatan awam tersebut lebih efisyen lagi di dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengurangkan perkara yang bukan di dalam bidang kuasa mereka.

Jadi, kepada para pembaca sekalian, sebarkanlah agar kita lebih mudah untuk membuat urusan rasmi kita dengan badan-badan kerajaan dan jabatan-jabatan yang berkaitan. Insya-Allah, kita juga sedang menuju ke arah yang lebih proaktif dan produktif untuk negara.  
Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang