HALAMAN UTAMA

Nak RM30,000.00? Haha... Ini caranya!

Salam sejahtera kepada semua pembaca, Nak RM 30,000.00? Siapa yang tak nak. Betul tak? Semua orang mahu duit. Tapi bagaimana? Macam mana mahu mendapatkannya? Wahai para pembaca sekalian, bukan mudah untuk mendapatkan RM 30,000.00. Hatta, orang yang berkerja setahun pun belum tentu boleh mengumpulkan wang sebanyak itu, walaupun duit hasil gaji itu tidak digunakan langsung.

Tetapi, aku baru je dapat... Nak tahu bagaimana untuk mendapatkan RM30,000.00? Wahai para pembaca sekalian, aku telah menerima satu pesanan ringkas atau SMS daripada satu nombor yang tidak dikenali. Tetapi, aku pasti ramai lagi yang pernah mendapat seperti yang tertera di bawah ini:-














Bagaimana cara aku mendapatkan RM30,000.00?

(p/s: Bacalah, kalau tak mahu dengar rakaman perbualan aku. Kalau malas baca, tengok yang aku hitamkan je...)

Rakaman perbualan penuh aku dengan individu tersebut. Sebanyak 5 panggilan telah dibuat.


 



Siapa yang tidak gembira dengan message itu, dengan penuh perasaan syak wasangka dan keraguan aku pun teruslah menelefon nombor yang dinyatakan tersebut. Maka berlakulah perbualan yang tidak jelas dengan seorang lelaki. (lebih kurang la perbualan itu) Sebelum itu, aku telah bertanyakan mengenai lokasi pejabat tersebut, dan dia menyatakan pejabatnya terletak di Jalan Ampang No 82, Blok B1, KLCC Tower 2, Tingkat 27. (tak jelas sangat). "Hello, saya nak buat pertanyaan berkaitan message yang telah saya terima bahawa saya telah memenangi RM 30,000.00." kataku. "Ya, ada no pin disitu? Apa no pinnya?" tanyanya untuk mendapat kepastian. 




Selepas aku memberitahu no pin tersebut, "No pin yang diberikan betul dan apa nama Encik dan no telefon?" soalnya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku pun memberikan nama dan mengesahkan no telefonku. Justeru dia berkata "Ok, tahniah saya ucapkan kepada Encik 'Sarip' (p/s: nama aku Sarip ke?) sekeluarga, yang mana no encik telah terpilih oleh cabutan bertu ah oleh coca-cola yang mana syarikat coca-cola... (ntah ape die cakap xjelas)… 2010. Yang mana no encik telah nampak berjaya duduk di tempat ketujuh daripada 27 yang berjaya dicabut semalam… 30,000.00 daripada coca-cola. Jadi di sini ada sedikit panduan… Yang mana hanya setiap yang berjaya mesti nak di bank in masuk ke dalam akaun bank simpanan setiap pemenang supaya… tidak kena bayar-bayar lagi. Tuan Sarip mempunyai akaun bank simpanan daripada bank apa supaya nak bank in mesti nak transfer RM 30,000.00 confirm masuk akaun tuan Sarip." Aku pun tanya la lagi, "Bagaimana kalau saya pergi terus ke pejabat?". Dia pun menjawab "Encik boleh datang ke pejabat, tetapi encik tidak boleh angkat hadiah kerana yang mana hadiahnya telah disiapkan dekat bank". Dia sekali lagi mendapatkan kepastian dan aku pun mengatakan bahawa akan ke pejabat. Dia pun memberikan jawapan yang sama "Sebentar ya… Encik cuba datang ke pejabat tapi encik tidak boleh angkat hadiah kat pejabat ye, kerana ianya telah disiapkan dekat bank… Ok selamat petang". Terus diletaknya tanpa sempat aku bertanya lagi.


Kemudian, apa lagi aku pun terus la berfikir sebentar dan membuat keputusan menelefon semula untuk mengesahkan syarikat tersebut. Sebelum itu aku bertanyakan namanya dan meminta nombor talian tetap. Namanya Rosman bin Nor (kalau tak salah dengar) dan dia mengatakan tiada no talian tetap sebabnya "Telefon office untuk sementara dalam perbaikan ya." Aku terus bertanya masa pejabat beroperasi, dan jawapannya "Pukul delapan pagi hingga pukul 9 malam". Aku tanya lagi, adakah ini syarikat atau cawangan?. Dia memberikan jawapan bahawa ini adalah pusat. Aku tanya lagi, "Pusat apa? Pusat coca-cola ke?". "Ya, betul". Aku tanya lagi "Coca-cola Malaysia ke ataupun F&N?". "Putus-putus encik, putus-putus ya, sekarang kami tak berapa nak dengar ya, thank you, selamat petang ya" lantas dia meletakkan telefon.

Aku cuba hubungi semula no tersebut, dan memberitahu bahawa aku tidak jadi pergi ke pejabat dan menanyakan prosedur untuk bank in melalui mesin ATM. Dia pun memberitahu dia nak bank in RM 30,000.00 ke akaun tuan dan bertanya "Encik gunakan akaun simpanan daripada bank apa?." Aku pun mengatakan bank CIMB. Dia pun bertanya "Semasa tuan guna CIMB bank, ada guna tak kad ATM?". "Ada" jawabku. "Ok sekarang ni bagi no akaun daripada CIMB bank supaya nak confirmkan RM 30,000.00 masuk dalam akaun tuan petang ini juga, supaya tuan boleh tengok bukti hari ini boleh dapatkan bila-bila masa encik nak angkat RM 30,000.00 dalam akaun." Aku pun memberikan no akaun 4701 55… (dia pun menyampuk 66, aku pun tambah lagi) iya lah. 


Dia pun ulang 4710 6636 00… ". So, iya la sangat lain aku sebut, lain dia tulis. Dia pun suruh aku ulang, then aku ulang 4701 5566 3600. "Ok, supaya nak confirmkan RM 30,000.00 masuk dalam akaun tuan, tuan kena pergi ke mesin ATM daripada CIMB bank, mesin boleh guna nanti ya, tuan kena call semula ke nombor talian saya supaya saya nak bagi arahan cara-cara pastikan RM 30,000.00 confirm masuk dalam akaun tuan, supaya… tak da silap confirm terima hari ni ya, ok lepas encik bertolak ke mesin ATM agak-agak dalam berapa masa?" katanya panjang. Aku jawab la 5 minit. "5 minit? Ok, lepas encik bertolak ke mesin ATM, hati-hati di jalan, utamakan keselamatan sebab keselamatan itu lebih utama daripada segalanya tuan ya, Ok saya nak tunggu call daripada encik tuan dalam masa 5 minit kalau encik boleh guna mesin ya. Ok, thank you, Selamat petang, bye." Lalu diletaknya.

Beberapa minit kemudian, aku hubungi semula untuk mengetahui apakah caranya apabila di berada mesin ATM. "Masukkan kad, tekan bahasa Melayu, masukkan no pin, lain-lain urus niaga ada?, CIMB Clicks ada?, Pendaftaran CIMB Clicks ditekan," arahnya panjang. "Sekarang cakap apa kat mesin? Sila masukkan nombor pin 123456. Masukkan semula 123456. Sekarang cakap apa kat mesin? Masukkan no pin, 0178316519. Ditekan betul. Apa dia cakap dalam mesin? Ada resit keluar tak? Kad keluar?, Ok bererti proses pertama telah berjaya ya. Ok, masukkan semula kad, tekan Bahasa Melayu, masukkan no pin, perkhidmatan lain-lain ada?, tekan perkhidmatan lain-lain, perkhidmatan online banking ditekan, masukkan no pengesahan 123456, masukkan semula 123456, ada resit keluar? Ok ada nombor? 022 ada?" tanyanya berserta arahan. "Lepas tu?" soalku ringkas. "Mesti cakap nombornya supaya saya nak register kat sini" jelasnya. "022 4431" jawabku. "Encik sudah silap, tengok kat resit ada nombor tu 7 digit angka. Ok bagi nombor berapa?" tanyanya panjang. "022 8734" jawabku ringkas. "Encik kad sudah keluar ke?" tanyanya. "Sudah" jawabku. "Masukkan kad, lepas tu tekan apa?" tanya lagi. "Masukkan no pin" kataku. "Bahasa Melayu dulu," tegurnya. "Ya tadi sudah tekan la tadi," kataku. "Encik guna mesin ke apa? Encik tak guna mesin, tak payah encik…" katanya lalu terputus la talian.

Lantas aku hubungi semula, lelaki itu bertanya "Encik kat mana?" tanyanya untuk kepastian. "Kat mesin, duitnya tak masuk lagi," kataku. "Itukan belum masuk encik kerana belum selesai," katanya. "Takkan saya tak mahu RM 30,000.00" kataku. "Ok, jikalau encik kat mesin, tengok nombor kad ATM, ada nombor belakang kad ATM yang mula 5018, ada tak?"soalnya. "Ada" jawabku. "5018… lepas tu?" tanyanya. "Lepas tu 4432," kataku. "Macam mana 4432? Habis tu apa nombornya? Yang belakang kad ATM yang 16 digit angka. 5018 lepas tu, 4432. Macam mana 4432? Encik guna kad ATM apa?" soalnya kebingunagan. "CIMB" jawabku ringkas. "Macam mana…? Tak payah call kalau encik main-main" katanya kebodohan. "Betul la" kataku. "Cuba cakap semula" mintanya lagi. "5018 4432 7108 3669. Macam mana…? Macam mana ni? Sudah cuba 3 kali tak boleh pun." Jawabku panjang. "Ok, sekarang akaun semasa dalam CIMB sudah nampak RM 30,000.00 dalamnya atau macam mana?" soalnya mengelak. "Belum, tak ada pun" jawabku. "Baki dalam akaun sekarang berapa?" soalnya kepura-puraan. "RM 41,000.00" jawabku tersengih. "Macam mana encik tak guna mesin?" soalnya seperti dipermainkan. "Guna mesin, ini di bank, you datang sini la tolong saya" kataku tersenyum. "Encik main-main, saya tak layan orang main-main" jawabnya lalu diletakkan telefon.

Aku pun dah letih mengorek teknik yang diguna pakai oleh penyagak untuk memperdaya masyarakat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan habuan yang sangat besar walaupun langsung tidak dapat dilihat pada zahirnya. Jadi berhati-hatilah, tanyalah orang lain sebelum membuat keputusan. Secara ringkas, aku simpulkan daripada perbualan di atas. SMS memberitahu anda menang RM30,000.00 dan perlu di bank in ke akaun pemenang. Kemudian, pemenang perlu bagi tahu bank yang sering digunakan dan mengikut arahannya apabila berada di mesin ATM.

AMARAN :-

1. No akaun bank adalah rahsia.
2. No Kad ATM juga adalah rahsia.
3. No pin juga adalah rahsia.

Oleh yang demikian, aku pun terus mencari maklumat mengenai syarikat coca-cola di Malaysia. Aku terus menghubungi talian 0392352288 untuk pengesahan peraduan, lalu aku diminta menghubungi bahagian peraduan di Shah Alam di talian 0351014288. Aku diberitahu oleh pihak coca-cola bahawa mereka tidak pernah memberikan hadiah RM30,000.00. Mereka juga telah banyak menerima banyak panggilan mengenainya dan mengakui tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan nombor yang digunakan adalah status prabayar dan boleh didaftarkan atas nama mana-mana individu yang tidak dikenali. Oleh itu, jelaslah tiada satu pun syarikat yang akan menawarkan hadiah yang begitu lumayan tanpa menggunakan atau memberikan secara jelas maklumat mereka. Antara yang boleh dianggap sesuatu maklumat itu betul adalah berdasarkan :-

1. Nama Syarikat.
2. Alamat syarikat.
3. No telefon.
4. Cara pengumuman pemenang yang jelas dan diwar-warkan.
5. Cara pemberian hadiah yang sah pada zahirnya.
6. Tidak meminta maklumat peribadi melalui talian.

Jadi para pembaca sekalian, apa yang aku dapat? RM30,000.00? Tidak. Yang aku dapat ialah bagaimana taktik atau cara mereka memperdaya kita yang mendapat pesanan tersebut. Nampak remeh, tetapi itulah yang selalu kita terlupa dan kadang-kala terpedaya. Jadi sama-samalah kita sentiasa beringat.

Untuk pengetahuan para pembaca, aku tidak kemana-mana pun, Cuma duduk dalam bilik je membuat panggilan telefon tersebut. Segala maklumat yang aku bagi pun tidak benar sama sekali. Oleh yang demikian, si lelaki itu pula la yang dipermainkan aku. Walaupun begitu, demi ingin merasai bagaimana kita ditipu, aku cuba la untuk rasainya dan berkongsi untuk info kita bersama.

Di sini, saya juga menyeru agar para pembaca dapatlah mengingatkan antara satu sama lain, ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja agar tidak terpengaruh dengan maklumat atau SMS palsu yang ingin merompak kita secara senyap. Mana ada orang nak bagi duit dalam jumlah yang banyak secara senyap tanpa kita ada usaha untuk mendapatkannya atau sebab-sebab yang munasabah. Kalau ada pun, mungkin orang itu perompak, gila ataupun rasuah. Sekian. Terima kasih. =)

MINDA INSAN – "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Bahasa Dalam Chatting Facebook, YM?

Salam semua, di zaman serba canggih ini, sering kali kita chatting, email dan sebagainya. Sedar tidak sedar, kadang-kala kita sendiri menggunakan short form atau simbol-simbol tertentu. Tetapi, pernah atau tidak kita terfikir apakah maksud singkatan atau akronim yang digunakan itu? Mungkin ada di antara kita sekadar mengikut sahaja untuk menggunakannya, tetapi tidak tahu apakah kata panjang bagi akronim tersebut.


Oleh itu, suka la saya untuk berkongsi kepada para pembaca untuk menambah sedikit info yang mungkin sudah tahu atau tidak sebelum ini. Hal ini agar kita tahu apa maksud akronim yang digunakan. Sekurang-kurangnya, ada la ilmu yang berkaitan. Akronim yang biasa digunakan hinggalah yang jarang. Jadi, apa-apa pun, lihatlah ye.


ASAP = As soon as possible
LOL = Laughing out loudBTW = By the way
CUL = See you later
OIC = Oh, I seeF2F = Face to faceC2C = Camera to camera
B4 = BeforeAFK = Away from keyboard
BAK = Back at keyboardBBL = Be back later
BFN = Bye for now
BCNU = Be seeing youCYA = See yaFWIW = For what it's worthFYI = For your information
GMTA = Great minds think alike
IMHO = In my humble opinionIRL = In real life
JIC = Just in case
L8R = Later
LTNS = Long time no see
OTOH = On the other hand
RSN = Real soon now
TIA = Thanks in advance
TPTB = The power that be
TOL = Tons of love
TTYL = Talk to you later
TTFN = Ta Ta for now
WB = Welcome back

Itu je la yang dapat dikongsi, tapi kalau ada sesiapa yang ingin menambah, silakanlah. Anda dialu-alukan juga. Jadi lepas ni, mungkin ada yang gunakan singkatan tersebut. Jadi takde la tak faham apa maksud dia.

MINDA INSAN - INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH.

Rungkaian Hadith Ramadhan...

Assalamualaikum, sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1430 Hijrah, sedikit perkongsian ilmu untuk saudara pembaca sekalian. Seringkali disampaikan kepada kita pelbagai jenis tazkirah, nasihat dan hadith. Di sini ingin dikongsikan sesuatu yang pada saya amat penting untuk diketahui saudara muslimin dan muslimat sekalian. Memetik artikel daripada sebuah forum yang sedikit sebanyak merungkai persoalan dan kemusykilan umat Muslimin sekalian.

Bukan tidak pernah terfikir untuk mencari sumber asal, namun apakan daya, kelemasan dengan urusan dunia menyebabkan kadang-kala diri kita tidak mampu untuk menguraikan simpulan yang dibuat oleh mereka yang sama ada sedar atau tidak telah mendustakan kata-kata Rasulullah s.a.w. Malah kita beri pula kepada orang lain untuk menggunakan simpulan itu yang jelas mereka tidak tahu untuk menguraikannya. Na'uzubillahiminzalik. Oleh itu, silalah fahami huraian simpulan berikut dengan artikel yang dipetik daripada sebuah forum :-




Syeikh Masri/abu usamah dah jawab pjg lebar..juga ade contoh kepelbagaian matan yg mana org ramai x berapa peduli nak amik tau kesahihannya

ana tlg paste kat cni:

Assalammualaikum

Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah warga Friendster sebarkan!!!!

Hadis yang disebarkan berbunyi bergini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]

Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]
Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini...... Wassalam...

(petikan daripada :-http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1077/highlight=puasa.html)

-Minda Insan :- Pointnya jangan kita mendustakan sesuatu itu kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. walaupun ianya difikirkan logik. Namun, pastikanlah sumber asalnya sebelum diberikan atau disampaikan kepada orang lain. Berilah simpulan yang telah diuraikan sama ada kita sendiri yang menguraikannya atau pun yang mahir dan arif (ulama') dengan mengikut kaedah yang betul agar dapat dimanfaatkan bersama. Salam Ramadhan untuk semua. Info ditambah, Minda Bercambah...

Nuffnang