Khaibar-khaibar Ya Yahud~ Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud...
Maksudnya lebih kurang : Khaibar-khaibar (nama tempat) wahai Yahudi, Tentera Muhammad akan kembali (bangkit)...
Khaibar : Suatu daerah berlaku peperangan umat Islam dengan Yahudi, dan Yahudi kalah teruk sehinggakan gerun mendengar nama tempat tersebut iaitu Khaibar.
Masya-allah... Saudara pembaca sekalian, pernah dengar ungkapan seperti itu? Mesti ada yang dah tahu dan ada yang masih belum tahu, dari manakah ungkapan ini datang kan? Yang sudah tahu, silalah betulkan jika ada kesilapan pada informasi yang ingin saya sampaikan kali ini. Beberapa minggu lepas, mendengar tazkirah sebelum Jumaat, telah diberitahu mengenai laungan ini.
Saudara-saudara sekalian, sebenarnya laungan ini datang daripada kejayaan semasa berperang dengan bangsa Yahudi pada suatu masa dahulu di suatu tempat yang bernama khaibar. Yang mana, ketika itu, umat Islam yang berperang dengan Yahudi telah memenagi peperangan tersebut. Bangsa Yahudi ketika itu telah kalah dengan teruknya sehingga mereka sangat takut apabila disebutkan dengan peristiwa tersebut. Sehinggakan, apabila dilaungkan "Khaibar, khaibar", mereka berasa sangat gerun dan takut dengan kekuatan orang Islam pada ketika itu. Untuk kisah peristiwa penuh, akan saya lampirkan nanti. Insya-Allah.
Oleh yang demikian, pada ketika ini, laungan itu dilaung-laungkan semula sebagai pemberi semangat kepada umat Islam untuk bangkit semula menentang kaum Yahudi yang kini telah menindas saudara-saudara muslim kita terutamanya di Palestin. Lihatlah bagaimana mereka merampas tanah umat Islam Palestin dan mendirikan negara haram, Israel. Sehinggakan penduduk Palestin terpaksa keluar daripada negara mereka untuk mendapatkan pelindungan daripada dibunuh zionis laknatullah alaihi.
Namun, apakah kita hanya berdiam diri? Apa pun doa, niat dan tindakan kita untuk membantu saudara-saudara kita dan mujahidin di sana, perlulah sentiasa dizahirkan. Kita sendiri, kadang kala tidak pernah faham akan aasl usulnya ungkapan-ungkapan yang dilaung-laungkan didalam suatu bantahan atau pun perhimpunan. Oleh itu, sebagai insan yang pernah mendengar maksud ungkapan tersebut, eloklah info ini disampai-sampaikan kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja agar kita tidak terikut-ikut apa yang orang sebut tanpa memahami maksudnya. Insya-Allah. Mungkin banyak lagi ungkapan atau laungan yang kita tidak faham. Tapi tidak mengapa, cuba kita tanya sahabat-sahabat yang tahu. Kadang-kadang mereka pun tak tahu sehingga diberitahu.
Apa-apa pun, ilmu pengetahuan itu akan sentiasa bertambah dari setiap masa ke masa. Menuntut ilmu biarlah sehingga ke liang lahat. Insya-Allah...
Jadi, sekian dahulu, info untuk kali ini.
"Khaibar, khaibar, Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud"
Insya-Allah. Allahuakbar. :)
Terima Kasih.
Untuk rujukan Perang khaibar :-
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan