HALAMAN UTAMA

Jihad Melawan Perompak Jika Terbunuh

Salam, akhir-akhir ini jenayah di Malaysia agak membimbangkan. Mungkin atas desakan untuk terus hidup dan memerlukan wang ringgit, segelintir masyarakat sanggup melakukan apa sahaja sehinggalah berani untuk melakukan jenayah.

Keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar, ada yang sanggup untuk merampas, merompak dan mengambil harta sehingga memecah premis perniagaan, rumah-rumah orang lain semata-mata untuk mengambil harta dan wang ringgit dengan jalan yang mudah dan cepat walaupun risiko pertumpahan darah itu tinggi.

Jadi, untuk masyarakat sudah pastilah senantiasa berhati-hati dan sering memastikan harta benda kita dalam keadaan yang selamat. Kita juga mesti tertanya-tanya bagaimanakah jika kita mempertahankan harta kita daripada dirampas oleh perompak dan berlaku pembunuhan? Saya suka berkongsikan sedikit ilmu yang saya pun petik daripada Facebook ini.

Hadith:
113. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. lalu bertanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimanakah pendapat Anda jika seseorang datang hendak merampas hartaku?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan diberikan, pertahankan!" Tanya: "Jika dia hendak membunuhku?" Jawab Rasulullah, "Bunuh pula dia!" Tanya, "Bagaimana kalau aku yang terbunuh?" Jawab: "Engkau mati syahid!"* Tanya: "Bagaimana kalau dia yang terbunuh?" Jawab Nabi saw., "Dia masuk neraka!"

(Sahih Muslim Jilid 1, Hadith 113)




Apa pun, tuan puan boleh merujuk kepada yang alim dalam bab ini untuk penjelasan lanjut dan huraian yang lebih lagi.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

PENJELASAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

Salam, di penghujung tahun ini, kita dikejutkan dengan kejadian di mana seorang remaja berumur 14 tahun yang telah diculik dan dilarikan di Klang, Selangor. Hari ini, Polis Kontinjen Selangor telah mengeluarkan kenyataannya melalui Facebook Polis Selangor. Dipetik daripada sumber adalah seperti berikut:

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.


2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu(pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Perangkap Telefon Dari Luar Negara

Salam, pada 11 November 2015 siaran media daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa no telefon +265882615012 dan +265882615017 adalah no telefon yang digunakan untuk memerangkap penerima panggilan. Mereka yang akan menghubungi semula no tersebut akan dikenakan cas yang amat tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit. 




Pihak polis telah mendapati no telefon yang membuat panggilan daripada Malawi serta telah diklasifikasikan sebagai "Harrassment Call Teror" atau "Scam Call" oleh beberapa laman sensawang antarabangsa.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat panggilan semula ke nombor tersebut bagi mengelakkan kerugian.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

TNB Tawarkan Hadiah RM150,000.00 Kepada 7 Orang Bertuah?

Assalamualaikum, dalam keadaan semasa yang ramai orang yang memerlukan duit, dan ekonomi tak stabil, pantang kebanyakkan orang bila ditawarkan dengan tawaran hadiah wang atau pun duit yang lumayan. Satu email yang dihantar oleh pihak yang mendakwa pegawai daripada 'TNB' yang menawarkan hadiah RM 150,000.00 kepada 7 orang yang terpilih.

Berikut antara email yang dihantarkan secara rawak kepada mereka yang mempunyai email.

Email ini mahu memperdayakan orang ramai dengan cara yang sama seperti email dan sms yang biasa dihantar kepada orang ramai secara rawak.


Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia

Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun  dan kami Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu  daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan, TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR 150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah  MYR150,000.00 akan dikeluarkan kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan segera.


Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel: tnbkl.my@outlook.my

Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama  Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari  tarikh 31 Januari, 2015. Apa-apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepada Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
© Copyright 2015 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.


Berikut pula reaksi daripada pihak TNB apa bila diajukan mengenai email tersebut:


Selamat sejahtera En Farid. Berikut adalah pesanan dari pihak pengurusan TNB mengenai emel palsu dan mohon abaikan emel ini.

Pelanggan yang dihormati Berikut adalah maklumbalas oleh Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) mengenai emel seperti di bawah. PERHATIAN! TNB ingin mengesahkan bahawa pihak kami TIADA menjalankan sebarang aktiviti promosi yang menawarkan wang tunai sebagai ganjaran. Ini merujuk kepada email PALSU bertajuk ‘TNB Ekslusif’ yang sedang diedarkan oleh pihak yang tidak dikenalpasti, dimana ia menyatakan bahawa 7 alamat email para pelanggan bertuah telah dipilih sebagai penerima wang tunai bernilai RM150,000. Para pelanggan dinasihati supaya tidak memberi maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenalpasti. Sekiranya anda ingin mendapatkan pengesahan ataupun maklumat lanjut, sila hubungi TNB ditalian telefon 1 300 88 5454.

Sekian, terima kasih menggunakan perkhidmatan FB TNB CareLine. (Neasa, TNB)




Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang