HALAMAN UTAMA

Suspek Amuk di LRT Taman Melati

Assalamualaikum, 24/10/2013 satu kejadian amuk atau pun bunuh berlaku di LRT Taman Melati yang dikatakan telah meragut nyawa 2 orang awam dan telah menyebabkan kecederaan kepada 2 orang yang lain. Dikatakan suspek telah menikam 2 orang sehingga maut dan 2 orang lagi cedera.

Saya kongsikan satu laporan polis dan juga video suspek yang ditangkap orang ramai dan sedikit perbualan dengan suspek dan orang ramai yang telah menangkap beliau.

Perkongsian ini bertujuan untuk menyatakan kebimbangan kepada keselamatan kita sama ada semasa menjalankan tugas dan juga semasa berada di tempat awam.


Berikut Video dan laporan polis dan juga video suspek ditangkap. Sumber.



Pada 24/10/2013 jam lebih kurang 1200hrs mangsa satu perempuan cina ( butir2 belum diperolehi ) dan satu perempuan indonesia ( butir2 belum diperolehi ) telah didatangi oleh Saspek satu lelaki melayu.


Butir-butir Saspek : Muhammad Zamri Bin Yusof
870905-23-5875. Kerja : Pemandu van syarikat rokok.
No.114, Blok 4 Felda Pemanis 1, 85009 Segamat Johor.

Kejadian ini berlaku di LRT Gombak. Saspek telah tikam kedua-dua mangsa, walau bagaimanapun mangsa dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital.

Setengah jam kemudiannya , Saspek telah menaiki Van Daihatsu No Pendaftaran WXE 6695 milik syarikat rokok yg dipandunya. Saspek kemudiannya berhenti berhampiran LRT Taman Melati dan terus kejar seorang lagi mangsa satu lelaki cina bernama 

Nama : Lee Kah Ghee KP : 651104-04-5035. Lelaki cina. Alamat : No 18 Jalan 2/46 Taman Segambut Indah. 

Mangsa ini telah mati dibunuh Saspek dengan kesan 3 tikaman dibahagian dada dengan menggunakan senjata pisau rambo.

Selepas menikam mangsa tersebut Saspek menaiki van yg sama dan kejar serta langgar belakang sebuah kereta jenis Toyota Hybrid No WYE 5767, yg dipandu oleh mangsa kedua satu lelaki cina. 

Nama : Kuan Chun Thai KP:880223-14-5767. Lelaki cina. Pelajar TAR Kolej Wangsa Maju.

Sebaik sahaja kereta mangsa kedua dilanggar, mangsa terus keluar dari kereta untuk lihat apa yg berlaku. Saspek kemudiannya keluar dari Van dan kejar mangsa. 

Kejadian kedua ini jarak lebih kurang 200meter dari Stesen LRT Taman Melati. Kejadian kedua berlaku di Jalan Tumbuhan, dimana Mangsa mati ditilam oleh saspek menggunakan pisau rambo yg sama dengan 5 kesan tikaman dibahagian dada.

Orang ramai yg melihat kejadian tersebut dan secara kebetulannya ada seorang anggota polis D7 Dang Wangi telah membuat tangkapan keatas Saspek.

Saspek berjaya ditangkap dan telah hantar ke HKL untuk dapatkan rawatan akibat kecederaan dibahagian kepala. Manakala senjata yg digunakan oleh Saspek iaitu sebilah pisau ramboo berjaya dirampas ditempat kejadian.

Motif kejadian, masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun dipercayai Saspek mengalami masalah "kejiwaan".


Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 
Syukur Malaysia masih aman. Namun, bila-bila masa sahaja keamanan yang kita kecapi ini ditarik semula nikmatnya oleh Allah s.w.t. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Pegawai Bank Ambank Maut Ditembak Pengawal Sendiri?

Assalamualaikum, sedih dengan kejadian yang menyebabkan pegawai bank Ambank yang dikatakan telah ditembak oleh pengawal keselamatan sendiri di USJ 2 Sentral, Subang Jaya. Saya kongsikan berita yang dipetik daripada Facebook pada 23/10/2013 yang kongsikan maklumat ini di link ini.

Difahamkan mangsa seorang pegawai bank wanita yang berumur 37 tahun bersama empat pengawal bank berada di dalam bilik kebal dan dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang pada pukul 6.18 petang. Dan seorang suspek yang dikatakan berusia 37 tahun itu berasal daripada Sabah telah menembak mangsa dengan senjatanya di bahagian kepala dan telah berjaya melarikan diri dengan sejumlah wang menaiki sebuah motosikal.

Perkongsian ini sebagai peringatan kepada semua bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira siapa, bak kata pepatah Melayu, "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi". Inilah dia yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi ini.

Video rakaman CCTV kejadian tembak di dalam bank Ambank USJ dikongsikan:-


"Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib yang ditembak mati semasa rompakan di Ambank siang tadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin. Insya Allah. Sumber dipetik Di SINI."




Berikut adalah maklumat asal yang diberikan sumber:


Berita Asal

Slmt mlm tuan.kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai operation officer ambank nama Norazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yang tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.semasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul. tel saspek no. 01133070204.tk tuan
— bersama Zahid Hamidi dan 2 yang lain di USJ2.

CCTV yang merakamkan gambar suspek di bank Ambank USJ disebarkan.



Berikut juga dikatakan suspek yang telah menembak mati mangsa yang dikongsikan daripada Sumber Di sini:



Innalillahiwainnailaihira'jiun dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga Allah merahmati mangsa yang telah ditembak kejam.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gambar Maut Terjun Dari Tingkat 11 PPR Batu Muda

Assalamualaikum, balik kerja pukul 6:30 petang terkejut apabila melihat ramai orang berkerumun. Apabila mendekati tempat kejadian, didapati seorang lelaki berbangsa India telah ditemui terbaring dan telah pun maut dipercayai terjun dari balkoni dapur tingkat 11 di Blok E PPR Batu Muda.

Dikatakan anak mangsa telah memujuk mangsa, namun gagal. Jiran di tingkat bawah ketika itu telah mendengar anak mangsa menjeritkan sesuatu tetapi di dalam bahasa tamil dan tidak difahami. Beberapa minit kemudian, satu bunyi kuat di balkoni dapur jiran meragui sesuatu telah berlaku. Didapati mangsa telah pun terjun dan terbaring di lokasi kejadian.

Berikut beberapa gambar yang saya ambil untuk kongsikan keadaan di lokasi kejadian yang di sebelahnya tempat yang saya selalu parking motosikal. 









Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gambar Kejadian Tembak di Plaza Tol Duke Sentul

Assalamualaikum, petang ini 9 Oktober 2013 kita dikejutkan sekali lagi satu kejadian tembak di lebuhraya DUKE, di kawasan Plaza Tol Sentul. Saya kebetulan melalui jalan tersebut petang ini mendapati lebuhraya DUKE menghala ke Gombak sesak teruk dan gambar-gambar yang saya ambil ini menggambarkan keadaan di lokasi kejadian. Daripada pemerhatian saya, sebuah kereta hitam mempunyai kesan tembakan di tingkap. Namun, kejadian sebenar saya tidak pasti dan silalah nantikan laporan berita daripada media tempatan nanti. Namun, bak kata satu pepatah, Malaysia masih aman, bangun pagi, tiada perang. Tetapi adakah ianya sebenar-benarnya? Wallahua'lam.


























Saya sekadar berkongsi gambaran daripada lokasi kejadian.
Sekian, terima kasih.

Nuffnang