HALAMAN UTAMA

Jika Muallaf Terkapai-kapai, siapa bertanggungjawab?

Asslamualaikum, saya ingin meminta pandangan rakan-rakan Facebook, blogger dan pembaca sekalian, minta pandangan rakan-rakan, Jumaat baru-baru ini, ketika duduk di dalam Masjid UPM, saya telah didatangi seorang cina yang memperkenalkan diri sebagai muallaf dan menceritakan masalahnya yang tiada duit untuk pulang ke rumah di Pulau Pinang.  Beliau memberitahu bahawa dompetnya telah hilang sambil menunjukkan satu surat laporan polis kepada saya bertarikh 24/04/2012 kalau tak salah. Beliau memberitahu bahawa dompetnya telah hilang bersama-sama dengan kad Islamnya. Menurut ceritanya, beliau telah memeluk Islam di Perlis pada tahun 2008 dan keluarganya pun dah tak dapat menerimanya lagi. Umurnya dalam lingkungan 40an yang datang daripada PWTC itu kerana ajakan rakannya memberitahu yang dia pernah ada bekerja dengan sebuah kedai tetapi telah berhenti. Beliau sudah berada di Kuala Lumpur lebih kurang seminggu untuk mencari kerja tetapi tidak dapat kerja. Dan bertekad untuk pulang semula ke Pulau Pinang.

Kemudian, saya bertanya kepadanya bagaimana beliau boleh berada di Masjid UPM, dan menyatakan bahawa dia ke Masjid tersebut kerana diberitahu di situ terdapat kelas-kelas agama yang mana dia boleh belajar agama dan juga terdapat ruangan untuk tidur.  Namun, apabila tiba di Masjid tersebut tidak seperti yang diberitahu kepadanya sebelum ini kerana tidak seperti apa yang diperkatakan kepadanya.

Saya juga bertanya kepadanya sudahkah berjumpa dengan Tok Imam Masjid tersebut, tetapi mengikut katanya Imam tersebut meminta beliau ke Pusat Islam masjid tersebut selepas solat Jumaat dan apabila ke Pusat Islam, beliau hanya diberi RM5. Kemudian, beliau telah mendapat RM10 daripada seorang hamba Allah yang lain. Dengan percakapannya yang berdialek cina, dia mengadu bahawa macam mana dia nak buktikan yang dia sudah masuk Islam sebab kad Islamnya telah hilang. Dia juga berkata, namanya memang ada dalam sistem komputer jika disemak senarai orang yang telah memeluk Islam dengan bersungguh-sungguh sambil berasa ketakutan sedikit dan meminta maaf beberapa kali kerana bimbang dimarahi kerana meminta-minta.

Dia juga memberitahu setiap hari beliau terpaksa meminta makanan di kedai makan untuk mengalas perut berbanding dengan meminta wang. Dia juga berulang kali mengatakan 'Saya pun malulah meminta-minta dengan orang, tapi nak buat macam mana?'. Dalam hati saya terfikir, apa yang boleh dilakukan untuk membantunya? Walaupun kadang-kala timbul keraguan, namun saya menganggap itu adalah benar, jika kita tidak membantu siapa lagi boleh bantu? Jika dia tidak berbohong, sudah tentulah kita akan telah mengabaikan tanggungjawab sesama saudara. Tetapi jika dia berbohong, itu urusannya dengan Allah.


Dia hanya mengharapkan bahawa jika dapat berjumpa dengan sesiapa yang dapat membelikan tiket untuknya pulang ke Pulau Pinang sudah cukup baginya kerana duit itu pun belum tentu mencukupi untuk membeli tiket pulang. Itulah harapannya ke Pusat Islam untuk mendapatkan sedikit bantuan membeli tiket bas. Saya pun mahu kepastian, ke mana dia mahu pergi selepas ini? Dia memberitahu bahawa dia mahu ke Puduraya untuk pulang ke Pulau Pinang. Namun, jika tak dapat tiket pulang, dia akan tidur di situ sehinggalah tidak tahu bila mungkin sehingga dapat membeli tiket pulang ke Pulau Pinang. Beliau menambah sudah ke baitulmal juga untuk meminta bantuan tetapi tidak dapat apa-apa.

Jadi, saya dengan niat untuk membantu beliau saya menawarkan untuk dihantar ke stesen komuter Serdang kerana itu yang saya mampu bantu pada ketika itu. Dia pun tidak menolak dan bersetuju untuk dihantar ke tempat dia datang tadi.  Saya pun menghulurkan beberapa RM untuk meringankan sedikit beban beliau.

 

Ulasan saya:

Saya mendengar kisah muallaf ini dan mengaggap saya perlu bantu sekadar yang mampu. Berbohong atau tidak, persoalan kedua. Saya beranggapan, beliau mungkin tidak tahu mana saluran yang boleh dia minta bantuan sebagai seorang Islam, seperti ke baitulmal, pusat zakat, PERKIM dan lain-lain. Saya juga berfikir, kalau benar-benar muallaf ini telah berjumpa dengan Imam atau orang yang bertanggungjawab tetapi tidak dibantu, bagaimana pula orang yang tidak memegang tanggungjawab menjaga kemaslahatan saudara seIslam mahu membantu? Adakah mereka berani untuk bantu? atau sekurang-kurangnya memberikan jalan atau saluran yang betul kepada dia? Oleh itu, saya bertindak mengikut hati saya yang mahu membantu sakadar yang termampu sahaja kerana saya meletakkan diri saya dalam situasi muallaf tadi. Apa pula yang kita mahu jika dalam situasinya nanti. Wallahua'lam.

 

Pandangan saya:

  1. Jika beliau benar-benar meminta sedekah, pasti beliau duduk di Kuala Lumpur, lebih banyak hasilnya berbanding datang ke Masjid UPM.
  2. Jika dia benar-benar mahukan duit, pasti dia tidak meminta untuk mendapatkan tiket bas pulang ke Pulau Pinang.
  3. Dia juga mengakui susah mahu meminta duit orang, lebih baik dia meminta makanan dan meminta tiket untuk pulang.
  4. Daripada caranya bercakap juga boleh diagak, sama ada dia memang dalam kesusahan ataupun tidak.

 Persoalannya:-

  1. Jika situasi ini benar-benar berlaku kepada muallaf kita, bagaimana tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam?
  2. Adakah mereka yang muallaf tidak mendapat bimbingan yang sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab?
  3. Apakah yang anda lakukan jika berhadapan dengan situasi ini? Mahu membantu? Tidak percaya dengan mereka? dan biarkan sahaja (abaikan)?
  4. Dan ke manakah tempat yang patut merka pergi dan patut kita hubungi untuk membantu mereka ini yang memerlukan bantuan pada ketika itu?
Apakah pandangan rakan-rakan dan saudara pembaca sekalian? Jika ada yang sudi berikan pandangan, silalah kongsikan bersama. Ini kali kedua saya berjumpa dengan muallaf seperti ini. Jika ada apa-apa cadangan tindakan, saya amat alu-alukan, semoga dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. Semoga dapat kongsikan bersama. Insya-Allah.

KISAH 6 BULAN BARU MUALLAF DI MASJID DAMANSARA DAMAI

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 47 (Wordless Wednesday) Bateri Kembung



Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rekreasi: Hutan Lipur Sekayu Terengganu Yang Nyaman?

Assalamualaikum, pada 3 Februari 2012 lalu, saya telah berpeluang ke Hutan Lipur Sekayu yang terkenal dengan Air Terjun Sekayu kerana memenuhi jemputan perkahwinan rakan di Kuala Terengganu. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan satu lokasi rekreasi yang terdapat di Terengganu yang mana mungkin boleh dijadikan satu lokasi pilihan untuk berehat-rehat atau pun menjalankan aktiviti riadah. Mungkin anda yang tinggal di Terengganu sudah biasa dengan tempat ini. Hutan Lipur ini terletak kira-kira 52.6km daripada Kuala Terengganu dan juga kira-kira 18.4km daripada pekan Kuala Berang. Ianya telah menjadi salah satu lokasi air terjun yang boleh dikatakan popular di Terengganu 'zamang-berzamang' bak kata Saleem dalam lagunya.


Saya bersama beberapa orang rakan Mohd Nizaruddin Sumeri, Mu'adz Mohd Fauzi dan Mohd Asri Zulkifli telah ke Sekayu untuk melihat keindahan salah satu kawasan rekreasi yang ada di Terengganu. Sambil berjalan-jalan di kawasan sekitar, saya dapati terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan di kawasan tersebut. Antaranya:-
  • Bermandi-manda
  • Berkhelah
  • Bersantai
  • Jungle Tracking
  • Berkhemah


Saya juga kongsikan beberapa panorama dan gambar yang sempat saya ambil menggunakan Kamera Digital Olympus ketika berkunjung di Hutan Lipur Sekayu ini bersama pembaca sekalian. Mungkin menarik dan mungkin juga tidak. Apa pun selamat melihat.









Selain itu, terdapat beberapa kemudahan yang boleh digunakan pengunjung ketika berada di sana. Namun, pada saya terdapat beberapa yang masih perlu diperbaiki seperti tandas bagi memastikan keselesaan pengunjung dan juga pelancong. Saya kongsikan antara kemudahan yang disediakan :-






Terdapat beberapa bahagian yang menarik untuk pengunjung singgah di sepanjang sungai yang sangat jernih dan sejuk. Saya berpeluang untuk mandi di kawasan tersebut. Namun, batu-batu yang banyak kadang-kala berbahaya untuk kanak-kanak kecil kerana berkemungkinan boleh berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jadi, keselamatan perlu diutamakan.

Pengunjung juga dinasihatkan dan perlu berwaspada kepada bunyi siren yang memberikan amaran kepala air. Amaran ini perlulah diambil perhatian bagi memastikan tiada kemalangan yang boleh meragut nyawa pengunjung seperti beberapa kes yang telah berlaku sebelum ini.


Fenomena Kepala Air
  1. Fenomena aliran arus deras (Kepala Air) secara semulajadi.
  2. Sentiasa berwaspada dengan fenomena ini semasa bermandi-manda.
  3. Tanda-tanda awal fenomena ini ialah:-
    • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (Kawasan Puncak Bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
    • Bunyi dentuman gerakan batu-batan/air dari hulu sungai.
    • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba.
    • Siren amaran berbunyi.
  4. Apabila tanda-tanda ini dikesan, anda perlu memastikan diri dan keluarga anda meninggalkan kawasan sungai dengan serta-merta.
  5. Kejadian arus deras ini (Kepala Air) boleh berlaku bila-bila masa.
  6. Tindakan anda menjamin keselamatan diri dan keluarga anda.
Jika saudara pembaca berminat, saya juga sertakan beberapa maklumat untuk panduan saudara seperti yang di bawah:-



Semoga anda mendapat maklumat dan dapat merancang dengan baik jika ingin bersama keluarga atau pun rakan-rakan berekriasi di Hutan Lipur Sekayu atau pun Air Terjun Sekayu, Terengganu ini. Selamat bercuti-cuti Malaysia di Terengganu.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Review: Novel Umar Abdul Aziz Bayangan Khalifah al-Rasyidin

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai baca satu novel sejarah Islam bertajuk Umar Abdul Aziz bayangan Khalifah al-Rasyidin terbitan PTS Litera Utama yang ditulis Abdul Latip Talib. Tergerak hati ingin membaca novel tersebut bukan sahaja kerana wajah kulit tersebut yang menarik, bahkan disebabkan keinginan untuk mengetahui dan mengenali sejarah Tokoh Islam sewaktu ketika dahulu.

Hasil pembacaan memberikan beberapa pengajaran yang sangat bermakna dan perlu dijadikan panduan dan pengajaran dalam setiap individu yang menggalas dan memegang tanggungjawab sebagai pemimpin terutamanya dalam memimpin negara. Subhanallah, bagaimana kita mahu menjadi seorang yang benar-benar bertakwa kepada Allah? Pada saya, kita perlu rasa bimbang jika tiada perasaan yang gerun apabila mendengar balasan daripada Allah.

Diminta agar dijauhkan daripada kegelapan dan kekerasan hati untuk menerima hidayah Allah. Saya amat bimbang apabila menggunakan dan melihat kerakusan teknologi yang wujud pada masa kini yang sedikit sebanyak telah mendorong kepada kealpaan dan kelupaan kita kepada Allah s.w.t. Namun, kita perlu menghadapi dan melaluinya dengan kesedaran yang tinggi bahawa kealpaan dan kelalaian boleh membawa kepada kehanyutan dan kemaksiatan dalam alam maya. Astagfirullaha a'zim.



Berbalik kepada Novel Sejarah Islam tersebut, saya telah mendapat beberapa manfaat selain mengetahui siapakah Umar Abdul Aziz dalam sejarah Islam. Secara ringkas saya kongsikan apa yang diperolehi melalui pembacaan:-
  • Beliau adalah cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab.
  • Khalifah yang sangat tegas dalam zaman bani Umaiyyah.
  • 3 Tahun menjadi khalifah dan mati diracun.
  • Sangat mengangkat Baitulmal sebagai suatu yang penting untuk manfaat rakyatnya. 
  • Selepas mati, hanya meninggalkan 17 dinar untuk 11 anaknya. (5 dinar untuk kain kapan, 2 dinar untuk tanah perkuburan dan 10 dinar untuk 11 anaknya).
  • Pelbagai kisah yang menarik sepanjang kehidupannya yang boleh dijadikan panduan hidup.



Walaupun novel ini ditulis dengan olahan semula oleh Abdul Latip Talib, namun boleh memberikan satu pengetahuan yang cukup mengenai kisah hidup Umar Abdul Aziz. Apa pun, ianya perlu dijadikan panduan hidup kita. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 46 (Wordless Wednesday) Averrhoa bilimbi









Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Cara Cari Laptop atau HP (Telefon Bimbit) Hilang?

Assalamualaikum, adakah anda pernah kehilangan laptop atau pun telefon bimbit smart phone (HP)? Jika pernah, tahukah anda bahawa anda boleh mengesan laptop dan HP anda walaupun di mana ianya berada? Saya mahu kongsikan aplikasi yang mana boleh dipasang di semua laptop, PC, Smart Phone (yang boleh memasang perisian) dan juga semua produk Apple. Saya telah pun mencuba salah satu perisian yang boleh mengenalpasti siapakah yang telah mengambil barang milik kita.

Aplikasi tersebut ialah Preyproject yang mana boleh didownload di PreyProject. Aplikasi ini memberikan perkhidmatan percuma kepada anda yang memasangnya dalam PC dan HP anda mengikut pakej perkhidmatan percuma yang diberikan. Selain itu, bagi produk Apple anda boleh memasang satu aplikasi khas iaitu ICloud yang mana anda perlu memasukkan beberapa maklumat produk anda.

Apakah kelebihan aplikasi ini? Apa yang telah saya ketahui, ianya mempunyai satu sistem yang mana boleh:-
  • Menjejaki lokasi Laptop atau HP anda yang telah hilang.
  • Mengambil gambar atau pun imej pencuri Laptop ataupun HP anda.
  • Mengambil Screen Shoot Laptop atau HP dan dihantar laporannya terus kepada pemilik.
  • Memberikan bukti kepada anda untuk rujukan dan laporan polis.
  • Memaklumkan kepada pemilik mengenai apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh pencuri.

Kelebihan Preyproject (untuk semua produk)
  • Boleh dipasang di mana-mana PC, Laptop dan SmartPhone atau Hand Phone (HP)
  • Boleh membeli beberapa pakej perkhidmatan yang disediakan.

Kelebihan Icloud (untuk produk APPLE) 
  • Hanya boleh digunakan oleh semua produk APPLE sahaja.
  • Setiap Iphone sudah ada aplikasi ini dan hanya perlu aktifkan sahaja.



Mari saya kongsikan apa yang telah saya dapat melalui percubaan menggunakan aplikasi ini. Saya sendiri telah mencuba aplikasi PreyProject ini pada komputer (PC) saya dan mendapati ianya sangat menarik kerana sememangnya memuaskan hati.

Anda perlu :-
  • Install di Preyproject,
  • Sahkan pendaftaran anda melalui email yang dihantar,
  • Login dan setkan apa yang perlu dan boleh ujinya,
  • *Jika mahu uji, sila klik pada Current Status dan tukarkan kepada 'YES'.
  • Setkan berapa minit anda mahukan laporan daripada PC atau HP anda.
  • Sila lihat email laporan yang dihantar kepada anda.
Ini antara yang saya dapat hasil daripada percubaan tersebut.


Halaman Utama Aplikasi Preyproject:-


  • Gambar di atas, di mana anda perlu menukarkan kepada YES untuk mendapatkan laporan PC dan Handphone anda.
  • Anda boleh setkan berapa kerap laporan anda mahukan.

Dimana laporan untuk akaun percuma hanya dihadkan kepada 10 laporan sahaja:-








  • Gambar di atas menunjukkan tempat report kita disimpan.
  • Klik pada laporan untuk maklumat lebih lanjut seperti di bawah.

Di bawah ini laporan yang anda boleh dapatkan melalui Preyproject:-

  • Laporan ini memberikan maklumat mengenai lokasi, screenshot aktiviti pada PC milik anda dan juga beberapa maklumat lain.
  • Jika anda mempunyai kamera atau pun webcam, imej pengguna PC anda juga akan direkodkan di sini.
Sebenarnya banyak lagi fungsi aplikasi Prey ini kepada kita, tetapi saya kongsikan apa yang dianggap penting untuk mendapatkan maklumat mengenai barangan kita yang telah hilang ketika diperlukan kelak.


Setakat ini dahulu apa yang telah saya cuba dengan menggunakan aplikasi tersebut pada PC saya yang tiada webcam ini. Insya-Allah semoga bermanfaat dan memberikan satu kaedah yang boleh digunakan kepada anda yang mempunyai Laptop, Notebook, Telefon Bimbit, Handphone dan smartphone yang lain untuk mencubanya. Paling tidak pun, kita sudah mempunyai usaha untuk memastikan bahawa hak milik kita dapat dikesan semula akibat kecurian atau pun sewaktu kita kehilangannya nanti.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sebab PTPTN, Anda disenarai hitam?

Assalamualaikum, saudara pembaca sekalian, adakah anda seorang peminjam PTPTN macam saya? Jika ya, adakah anda sudah mula membayar pinjaman tersebut? Jika belum, tahukah anda bahawa peminjam yang gagal membayar semula pinjaman, nama anda akan disenarai hitamkan oleh pihak imegresen Malasia untuk keluar negara. Jadi, jika anda layak memohon untuk mendapatkan ujrah, silalah buat permohonan sekarang. Jika sudah, mahu semak status semak sama ada Ujrah anda berjaya atau pun tidak? Jika tidak berjaya, mungkin anda memohon sebelum anda habis pengajian dan ini akan mengambil sedikit masa untuk menyemak semula permohonan anda. Jika mahu permohonan anda diluluskan segera, silalah isi borang aduan di pejabat PTPTN.

Sila klik pada imej dibawah untuk buat semakan status permohonan Ujrah anda:-



Adakah anda telah disenarai hitamkan untuk keluar negara oleh pihak imegresen Malaysia kerana telah engkar untuk membayar semula pinjaman PTPTN? Sila buat semakan di laman web di bawah:-


Anda mungkin tidak ingat berapakah baki yang anda perlu bayar sekarang? Nak tengok penyata akaun pinjaman PTPTN anda? Kalau nak bayar secara online pun boleh juga. Jadi, sila masukkan No K/P dan No Pinjaman anda di bawah:-


Semoga dengan sedikit maklumat ini, anda dapat membuat sesuatu jika anda seorang peminjam PTPTN macam saya. Jika bukan peminjam, sila ingatkan rakan-rakan anda yang meminjam.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 45 (Wordless Wednesday) Umbut Kelapa








Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gempa Bumi 8.7 Skala 11 April 2012 Amaran Tsunami?

Assalamualaikum, gegaran gempa telah dilaporkan berlaku pada pukul 4.38PM waktu Malaysia dengan kekuatan magnitude 8.7 skala ritcher di 2.35N 93.07E pada kedalaman 22.0km. Saya telah merujuk beberapa sumber memberitahu bahawa terdapat amaran Tsunami telah dikeluarkan. Beberapa negara telah mengeluarkan amaran Tsunami kepada penduduknya yang berdekatan pantai. 28 buah negara merasai gegaran termasuk Malaysia. Di bawah adalah jangkaan tsunami akan tiba di beberapa pantai di seluruh dunia.

Amaran Kuning yang dikeluarkan selepas gempa juga telah ditukar kepada amaran Hijau yang dikeluarkan oleh Earthquake Hazards Program Office sejam selepas gempa bumi berlaku di Pantai Barat di bahagian Utara Sumatra. Di Malaysia, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi beberapa kawasan pantai utama di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak kerana berpotensi berlakunya tsunami.

Mengikut senarai dalam PTWC, ia telah menjangkakan tsunami boleh berlaku dan dijangka akan tiba di lokasi Malaysia antaranya di:-

 MALAYSIA         GEORGETOWN          5.4N 100.1E    2111 11 APR (Waktu Malaysia)
                  PORT_DICKSON        2.5N 101.7E    0210 12 APR (Waktu Malaysia)
*tertakluk kepada keadaan semasa.
  

PTWC pada Jam 2036 tadi telah membatalkan semua amaran tsunami yang dikeluarkan dan semuanya tertakluk kepada amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berautoriti untuk setiap negara yang terlibat.


Lokasi gempa bumi 11 April 2012


Lokasi yang berdekatan yang dijangka akan menerima kesan gempa.





Waktu yang dijangka untuk Tsunami tiba di kawasan pantai seluruh dunia.




 Laporan ke 4 yang dikeluarkan oleh USAID.



Laporan terkini akan dikemaskini mengikut keadaan.

Sumber maklumat:
http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/pager/events/us/c000905e/index.html#summary
http://wcatwc.arh.noaa.gov/
http://ptwc.weather.gov/ptwc/index.php?region=3


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bahaya Memanaskan Enjin Kenderaan Anda?

Assalamualaikum, sering kali kita dengar di Malaysia, sebelum kita gunakan kenderaan seperti kereta atau pun motosikal mesti perlu panaskan enjin sebelum bergerak beberapa minit. Mungkin ini kebiasaan atau kebanyakkan orang telah amalkan kerana menganggap ianya sesuatu yang perlu. Namun, apakah kita tahu kajian yang berkaitan dengan amalan tersebut sama ada memberikan manfaat atau pun tidak.

Perkara ini di Malaysia mungkin dianggap biasa. Tetapi, disebalik amalan ini, terdapat beberapa yang telah dibincangkan mengenai keburukkannya pada enjin kenderaan. Saya ingin kogsikan kepada para pembaca mengenai perkara ini dengan satu artikel yang dipetik dengan sedikit olahan yang saya lakukan.

Memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.


Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?


Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS 

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.


PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.


FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.



Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita kongsikan perkara yang perlu diketahui oleh semua pengguna agar kita tidak menghadapi masalah yang berkaitan dengan enjin kenderaan kita. Itulah juga pentingnya kajian dan pandangan pakar-pakar mengenai cara yang betul dalam penjagaan kenderaan.

Anda juga boleh merujuk di MITOS dan Realiti Membiarkan enjin hidup.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sumber rujukan: 

Nuffnang