HALAMAN UTAMA

Telefon Pintar Untuk Belajar? - StudyBlue

Assalamualaikum, anda mempunyai telefon pintar? Sangat menarik satu kajian di luar negara berkenaan dengan penggunaan telefon pintar. Tetapi bagaimana dengan statistik pengguna telefon pintar di Malaysia? Apa pun, mari kita lihat satu kajian yang dibuat StudyBlue

Mengikut kajian StudyBlue, pelajar yang menggunakan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dianggarkan lebih daripada 40 minit setiap minggu berbanding pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar. Data ini diambil berdasarkan kepada hampir sejuta pelajar yang menjadi pengguna aplikasi StudyBlue pada tahun 2011. Menurutnya, pelajar juga lebih suka menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran ketika berkomunikasi atau ketika di tempat kerja dan di sekolah. 

Kajian mennunjukkan hampr separuh pelajar menggunakannya untuk pembelajaran ketika mahu tidur dan selepas bangun tidur ketika online

19% ketika mahu mandi, 17% ketika bersenam, dan lain-lain peratusan boleh lihat di bawah :-

Mobile Studying & Online Flashcards on Smartphones [Infographic]
Via: STUDYBLUE.com


Jadi bagaimana kita di Malaysia? Menggunakan Telefon pintar untum pembelajaran? Sama-samalah kita manfaatkan teknologi yang ada dengan sebaiknya. Contohi amalan yang baik daripada negara-negara barat untuk kebaikkan kita. Insya-Allah. 

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 30 (Wordless Wednesday) Passiflora edulis

Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 29 (Wordless Wednesday) Poster FYP 2011

 
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Hudud? Apakah itu Hudud?

Assalamualaikum, akhir zaman ini, sangat banyak fitnah yang berlaku dan tersebar luas. Oleh yang demikian, Islam juga tidak terlepas daripada perkara ini. Terkadang, kita terlupa apa yang kita katakan itu tidak benar atau tidak tepat dan kadang kala boleh menyebabkan kita menghina Islam itu sendiri. Astagfirullahal a'zim, na'uzubillahiminzalik. Saya juga mengingatkan diri saya serta para blogger dan pembaca sekalian, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Mungkin perbezaan pendapat akan menyebabkan kita berpecah dan mempertahankan pendapat dan fikiran masing-masing dengan mengetepikan akidah kita yang sama itu. Berhati-hatilah kerana sepatutnya kita bersama menyokong dan berusaha ke arah tersebut.

Namun, perlu diingat, jika kita dalam satu akidah yang sama, tidak perlulah kita menperlecehkan peratuaran dan ajaran akidah kita semata-mata mempertahankan undang-undang manusia. Mana lebih HEBAT? komputer atau manusia? Sudah tentulah manusia, jika tidak bagaimana komputer terhasil dan mana lebih HEBAT? Pencipta atau produk? Sudah tentulah jawapannya Pencipta.

Dalam al-Quran juga telah menyatakan tiada paksaan dalam beragama, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya, namun perlu diingat, jika kita sudah Islam, wajib kita patuhi peraturannya bukan? Tiada paksaan dalam agama seperti yang difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256 :-

ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ ﰖ ﰗ ﰘ ﰙ ﰚ

Maksudnya {256} : Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 
Namun, sejauh mana kita beriman dengan kitab Allah? Apakah kita sering saja berbolak-balik dengan ketetapan Allah? Bagaimana kita rasa jika tetamu kita masuk ke rumah kita dan buat sesuka hati seperti di rumah mereka. Buang sampah merata, pakai kasut dalam bilik dan sebagainya. Sudah tentulah ada adabnya dan peraturannya walaupun bagi sesetengah orang, biasa sahaja pakai kasut dalam bilik.
Apa pun, semua orang sering tertanya-tanya mengenai satu perintah Allah iaitu hudud. Apakah itu hudud? Saya amat menyokong usaha kita untuk menerangkan apakah itu hudud mengikut kata mata Islam yang sebenar. Ulama' dan ahli agama Islam perlu lebih proaktif dalam usaha ini. Dalam zaman serba canggih ini, kita perlu mengorak langkah menyampaikan mesej Islam dan penerangan dengan lebih efektif melalui media massa dan elektronik. Mengapa?


Dengan mengikuti perkembangan ini, kebanyakkan mereka yang sering mendapat informasi di alam maya lebih mudah memahami dan mempelajari melalui penyampaian yang lebih kreatif dan efisyen. Saksikan dan cuba kita fahami bagaimana Hudud itu diterangkan menggikut bahasa mudah difahami kita semua. Insya-Allah, ini adalah satu usaha dan permulaan yang baik.



Walaubagaimanapun, untuk lebih memahami, janganlah kita bertanyakan kepada mereka yang tidak arif dan tidak memahami akan agama Islam itu sendiri. Seperti mana kita tanyakan mengenai apakah itu matematik kepada orang yang mahir sejarah. Bukan tidak boleh, tetapi, apakah kita yakin dia boleh memberikan jawapan yang betul?

Apa pun, fahami kemusykilan kita dengan bertanya kepada yang lebih arif. Dan janganlah bertaklid dengan apa yang diperkatakan seseorang melainkan kita memahaminya. Wallauha'lam.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Touch Pad Laptop Tidak Berfungsi?

Assalamualaikum, hari ini bagaimana saya mahu kongsikan cara untuk unlock semula touch pad untuk laptop kita sekiranya terlock secara tidak sengaja? Mungkin sebelum ini kita tak sedar bahawa netbook atau laptop kita mempunyai lock untuk touch pad. Tetapi jika tanpa kita sedar, tertekan butang lock, bagaimana nak unlock semula?

Kebiasaanya, kebanyakkan laptop mempunyai butang lock yang sangat jelas pada atas touchpad atau pada keyboard. Namun, bagaimana jika ianya tiada? Inilah masalahnya bagi yang tidak tahu dimana letaknya butang tersebut.

Saya pun baru jumpa masalah seperti ini, maklumlah, tak ada laptop jenis touchpad seperti ini. Jadi, saya kongsikan masalah tadi dan bagaimana ianya terjadi pada :-

- Mini HP Laptop
- Pengguna tidak perasan bila touchpad tersebut dilock
- Tidak tahu cara nak unlock touchpad tersebut.

Penyelesaiannya seperti di bawah :-

Klik 2 kali pada kawasan atas sebelah kiri iaitu pada lampu untuk lock touch pad.

Klik 2 kali pada lampu merah tersebut untuk unlock semula touch pad tadi.


Semoga ini dapat membantu para pembaca yang mungkin belum pernah alami masalah ini.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 28 (Wordless Wednesday) Kupu-kupu



Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bagaimana Nak Dapatkan Fail Hilang Sebab Virus?

Assalamualaikum, hari ini saya mahu kongsikan bagaimana kita mahu dapatkan semula fail yang sudah hilang dalam PC atau External Hard disk atau pun pendrive. Semua orang mahukan semula fail-fail atau folder mereka semula jika telah hilang akibat daripada serangan virus. Mungkin ianya amat penting dan sangat diperlukan. Jadi, tak perlu risau, cubalah cara yang saya syorkan ini. Seorang rakan yang mengatakan bahawa failnya atau pun dokumen di dalam hard disknya telah hilang selepas menggunakan PC atau pun komputer lain telah diperolehi semula.

Saya dapati, external hard disknya telah diserang virus yang mana telah menduplikasikan fail-fail dalam hard disk tersebut menjadi fail shortcut yang mana akan menyebabkan fail asal disembunyikan dalam hardisk yang sama, tetapi hanya memaparkan fail shortcut sahaja. Jadi, bagaimana mahu kembalikan keadaan ini semula, ikut cara di bawah.

1. Pergi ke "START";
2. Klik "RUN";
3. Taipkan "cmd";
4. Apabila keluar tetingkap "C:\Windows\system32\cmd.exe" (Windows 7)
5. Taipkan "L:" (Mengikut nama kod hard disk anda) dan Enter.
6. Kemudian taipkan "attrib -s -h *.* /S /D" dan Enter.

Seperti ditunjukkan di bawah :-


Insya-Allah, fail-fail yang disorokkan virus tadi akan kembali semula seperti biasa. Jika tidak berjaya, bolehlah kongsikannya kepada saya. Mungkin, ada cara lain boleh kita sama-sama kongsikan.

Sekian, Terima kasih. 



MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Live Gerhana Bulan Penuh Disember 2011 Berlangsung

Assalamualaikum, gerhana bulan penuh untuk kali kedua sedang berlangsung hari ini bermula 7:31pm tadi boleh dilihat di kawasan Asia Tenggara khususnya di Malaysia selepas berlaku gerhana bulan penuh pada Jun 2011 lalu. Namun kali ini ianya berlaku lebih awal iaitu selepas terbenamnya matahari. Mengikut kiraan, bulan akan ditutupi bayangan Bumi sepenuhnya selama 52 minit 16 saat untuk 12 Disember 2011 berbanding selama 100 minit pada 15 Jun 2011.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita mencerap di mana-mana lokasi yang menyediakan peralatan jika berkesempatan. Namun, anda boleh sahaja melihatnya dengan mata kasar dan tidak perlu menggunakan filem hitam untuk melihatnya kerana ianya gerhana bulan, bukan matahari.

Terdapat beberapa siaran langsung yang boleh disaksikan oleh saudara yang tidak berpeluang melihatnya di lokasi sekarang. Saya kongsikan di bawah untuk dikongsikan kepada anda.

Langsung daripada Planeterium Negara, Kuala Lumpur. Bermula pukul 8:30pm sehingga 11.00pm.
(Kredit : Angkasa Malaysia)
(Sumber : Angkasa Malaysia



Di bawah disertakan siaran langsung saluran 1 daripada Ranau Sabah, 
(Kredit to Lingkudau)


Semoga sedikit sebanyak para pembaca sekalian dapat melihat secara langsung daripada beberapa tempat yang menyediakan streaming online.

Sumber lain :
Facebook Malaysia Lunar Eclipse
Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Falak-Online

Saya yang berada di kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur, masih belum dapat melihat bulan pada 7:30pm tadi, namun, pada pukul 8:10, imej berikut dapat saya rakamkan dan kembali cerah beberapa minit kemudian.


PPR Batu Muda, Pukul 8:06pm 12 Disember 2011.
Mungkin saudara pembaca boleh kongsikan gambar-gambar yang dicerap di lokasi anda. Maklumlah sekarang kamera ada pelbagai jenis. Jadi pelbagai kualiti gambarlah boleh diperolehi.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 27 (Wordless Wednesday) Neobalanocarpus heimii


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang