HALAMAN UTAMA

Zoo Negara Kini (part 6)

Alhamdulillah, hari keempat sebagai volunteer di Zoo Negara. Seperti biasa masuk pukul 8 dan kali ini aku telah memilih untuk membuat di bahagian burung. Seorang pakcik penjaga bahagian beruang diminta untuk membawa aku dan tiga volunteer foreigner perempuan untuk ke rumah burung 'bird house'.

Dalam perjalanan pakcik tu tanya kat aku "Tak nak cuba kat tempat beruang ke?". Aku pun respon "Boleh gak, nak gak try wat kat sana, boleh ker?". Pakcik tu pun kata "Nak buat boleh je, tapi awk dah minta buat kat tempat burung, buatlah kat sana dulu. Try dulu kat situ". Uik, pakcik nie, pelik jer la... Hahahaa.. mest ada sesuatu ni.. aku fikir.. hehe..
.


Sampai la kat Bird House, so ketua kat situ pun bahagilah kat tempat-tempat yang sesuai pagi tu. Aku dapat buat kat tempat sangkar burung-burung yang disimpan untuk dilatih atau pun sakit. Rupa-rupanya ada student UM kat situ, Sains Gunaan Dgn Pengajian Islam Gak rupanya. Ekologi pulak tu... Tapi kemasukkan 2006/2007 kalau tak salah. Dia amik 'JAM' apa tah, aku tak wat research lagi pasal 'JAM' tu apa. Dia kata bawah kerajaan gak. Tapi die skang praktikal 6 bulan kat zoo la sebelum diserapkan.

So, sambil-sambil tu wat la keje membersihkan sangkar situ. Ada burung enggang, hantu, helang, flaminggo sakit dan beberapa jenis lagi. Kenalah bersihkan najis-najis burung yang kat lantai dengan dalam sangkar sekali. Lepas tu kene gak isikan air minum burung sampai penuh. Then, siap cepat sikit la hari tu katanya sebab buat dua orang kan. So, boleh la rehat pagi.

After rehat, sambung buat kerja membersihkan kawasan burung emu. Ada gak kanggaroo jenis kecil kat tempat emu tu. Kat situ, semua volunteer termasuk 2 orang staff skali ada kat situ. Menyapu daun kering si kawasan tu dan mengeluarkan pasir yang ada dalam longkang sekeliling kawasan kandang emu tu. So, siap pun awal gak. Hahaaa.. boleh rehat awal lagi sampai pukul 2 petang.

Sambung petang tu, aku tolong bersihkan beberapa sangkar burung di tempat pameran bird house. Banyak gak sangkar yang kene bersihkan. Ingat sikit jer... haahaaa... masuk satu2 sangkar then basuhkan bekas makanan sambil memberikan sepotong buah betik untuk makan malam kalau tak salah. So, kerja membersihkan sangkar tu sampai petang la dlm pukul 3.30 petang siap aku basuhkan bekas-bekas makanan burung kat dapur bird house tu...

Hahaa... so, petang tu takde ape sangat dah, boleh balik je sebenarnya. Tapi, aku saja je la nak balik lambat sket, borak2 pasal diorang keje kat situ camne kan. Kat situ sebenarnya ada lagi empat orang perempuan student UIA amik bioteknologi buat praktikal kat situ 10 minggu kot. Satu lagi, aku dengar la, brother kat bird house tu kata, ramai student yg buat praktikal bawah 'JAM' tak tahan buat kat zoo sebab kerja teruk. Tak tau la betul ke tak... Daripada 60 orang pengambilan lepas tinggal 12 orang jer... pergh... ramai giler yg tak tahan.

Aku pun tanya-tanya gak, apa kerja yang diorng tak tahan tu. Diorang kata, kadang-kadang suh wat kerja pelik-pelik or berat2 sket la... macam potong rumput, angkat kayu besar, panjat bumbung... apa lagi tah... aku pun tak tahu... diorng kata mmg saja je la... tapi sebenarnya enjoy je kat situ... biasa la, kerja kat situ pun bukannya kena buat tiap2 hari... kadang-kadang seminggu sekali ker... or sebulan sekali ka kan... hahaha... Aku tak tau la... setakat kerja yang aku buat, sume blh lagi la... takde yg teruk sgt... cume mayb diorng byk yg tak biasa kot or tak tahan... hurm..

Oklah... setakat tu dulu, nanti sambung untuk hari kelima atau terakhir sebelum cukup 40 jam buat volunteer di Zoo Negara. Insya-Allah...

Sekian, Terima Kasih.


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang