HALAMAN UTAMA

PRK Universiti Malaya 2011 Mulakan Undi

Assalamualaikum, hari ini bermulalah pembuangan undi untuk pilihanraya kampus di Universiti Malaya. Seperti biasa, setiap tahun pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya  (MPMUM) adalah antara suatu musim yang boleh dikatakan panas dengan pelbagai isu yang dibangkitkan dan diperjuangkan. Kempen untuk pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya telah pun bermula Khamis lalu dengan penamaan calon-calon daripada Penggerak Mahasiswa, Pro-Mahasiswa dan Bebas.  Yang mana masing-masing meletakkan calon-calon mereka untuk merebut kerusi-kerusi yang dipertandingkan di peringkat Fakulti dan Umum. Antara perkara yang menarik untuk kali ini ialah :-

1. Kerusi APIUM kini menjadi rebutan antara Pro-Mahasiswa dan Bebas APIUM yang mana sebelum ini tidak berlaku pertandingan.

Terdapat juga pelbagai isu dan perkara lain telah berlaku sepanjang kempen PRK ini yang menjadikan pilihanraya kampus UM ini sentiasa panas. Namun, hanya mahasiswa UM sahaja yang akan dapat menilai sejauh mana kebenaran dan ketelusan pihak-pihak ini menggunakan isu-isu tersebut sebagai 'umpan' untuk memancing undi. Apa pun isu atau masalah yang dibawakan mereka itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa UM untuk mendapatkan manfaat dan hak-hak yang perlu diperjuangkan. Antara isu yang saya fikir perlulah diperjuangkan dan dibela ialah :-
1. Masalah Bas (Perhentian, jadual)
2. Perpustakaan (Yuran, perkhidmatan seperti surau)
3. Kolej (Yuran, kafe)
4. Keselamatan (CCTV, Pondok guard)
5. Kemudahan (Parking motosikal di fakulti-fakulti dan kolej, harga makanan kafe-kafe)
6. Perkhidmatan (Wireless UM)
7. Kebajikan pelajar luar kampus.
8. Sistem UM (Pendaftaran Online, Zero balance)
9. Masalah-masalah lain yang timbul.

Itu adalah di antara masalah yang perlu diperjuangkan untuk mahasiswa UM yang saban tahun perlu diselesaikan. Sudah menjadi lumrah, setiap tahun ada sahaja isu-isu  baru yang menjadi masalah kepada mahasiswa. Dan menjadi harapan mahasiswa Universiti Malaya semoga calon-calon yang terpilih dengan undian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Insya-Allah. Mana-mana calon yang  telah menang dalam pemilihan kali ini, sememangnya layak untuk menjalankan tugas-tugas tersebut untuk membantu mahasiswa. Kerana itulah mereka dipilih menjadi calon. Jadi jangan hampakan harapan pengundi-pengundi.

Berita-berita sepanjang PRK UM boleh didapati di laman-laman berikut :-
5. Pro-Student UM
6. UM-today

Senarai Calon untuk pilihan raya kampus kali ini boleh dilihat DI SINI.

Jadi untuk menghangatkan lagi PRK UM pada tahun 2011 kali ini, mari dengarkan Lagu Universiti Malaya serta lagu tema bagi Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa.

Lagu Universiti Malaya

Lagu Tema Pro-Mahasiswa

Lagu Tema Penggerak Mahasiswa

Jadi, bagi memastikan pilihanraya kampus Universiti Malaya ini berjalan lancar, semua mahasiswa UM diharapkan dapat turun membuang undi melalui sistem e-undi yang digunakan pihak Universiti Malaya. Semoga pemilihan pada kali ini akan berjalan lancar. Insya-Allah.

SELAMAT MENGUNDI MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Block PC/Laptop Anda Untuk Mengakses Laman Tertentu

Assalamualaikum, sedikit perkongsian mengenai ilmu perkomputeran. Bagaimanakah caranya jika ingin memblock atau membuka block PC/Laptop anda untuk mengakses laman tertentu? Di sini saya ingin berkongsikan cara-caranya :-

Untuk Windows 7, 
1. Anda perlu ke [ : C > Windows > System32 > Drivers > etc ]


2. Kemudian, anda carikan file bernama 'hosts' dan bukakannya.

3. Tambahkan perkataan atau nama laman web tersebut berserta IPnya seperti contoh yang dibawah mengikut keperluan anda. 

4. Sebagai contoh, saya mahu blockkan www.yahoo.com dan letakkan ipnya  127.0.0.1. Kemudian, savekan file tersebut. Insya-Allah, anda tidak boleh buka laman web Yahoo.com di dalam browser anda.



5. Saya nasihatkan, jika perlu sahaja anda lakukan ini. Saya tidak akan menjamin sebarang masalah akibat daripada tindakan anda lakukan. Semoga memberi manfaat bersama. Insya-Allah.


Semoga berjaya dan bermanfaatlah hendaknya.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part Akhir)

Salam saudara sekalian, kali ini saya ingin berkongsikan pengalaman kitar semula yang telah saya jalankan bersama Recycle and Rewards. Oleh itu, sedikit sebanyak saya telah mengumpulkan beberapa kilo barang yang boleh dikitar semula. Untuk pengetahuan anda, saya masih duduk di Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) UM untuk melakukan aktiviti kitar semula sebagai alternatif mengurangkan sampah yang ada. Walaupun begitu, saya juga melakukannya di rumah dengan kerjasama keluarga.

Setakat ini, perkhidmatan yang diberikan adalah sangat baik. Semua barang yang diberikan ditimbang terlebih dahulu mengikut jenis barang tersebut. Berikut adalah jumlah yang barang kitar semula yang telah saya hantar dalam tempoh 3 bulan :-




Barang yang dibuang saya kumpulkan terlebih dahulu dan diasing terus bagi memudahkan urusan penimbangan. Setakat ini, saya lakukannya seorang diri dengan sokongan rakan-rakan yang membantu mengumpulkan dan mengasingkan barangan kitar semula amat saya alu-alukan. Aktiviti atau rutin ini perlu dipupuk seawal mungkin agar menjadi budaya rakyat Malaysia pada masa yang akan datang. Selalu kalau tinggal di kolej-kolej kediaman, pakcik atau makcik tukang sapu yang jalankan aktiviti ini sebab boleh tambah pendapatan sampingan mereka. Itu pun tidak semua barang mereka kutip. Jadi sebagai rakyat yang bertamadun dan bersyukur, saya berpendapat kita perlulah mulakan sekarang.

Tidak sukar wahai pembaca yang budiman. Cuma asingkan sahaja sampah tersebut. Penuh satu plastik kecil sudah boleh dihantar sebagai barang kitar semula. Percayalah ianya tidak sukar dan sangat mudah untuk dipraktikkan. Barang yang dihantar akan dicatatkan sebagai rujukan ahli sebagai contoh, rekod penghantaran barang kitar semula oleh saya :-
Sangat mudah untuk mulakannya. Daftar > Mula asingkan barang kitar semula > Telefon Recycle and Reward > Dapatkan Point. Jadi jangan tunggu lama-lama untuk memelihara Bumi kita. Boleh dibuat di mana sahaja tempat yang anda mahu. Mulakan seperti berikut :

KUMPULKAN BARANG YANG BOLEH DIKITAR SEMULA





TELEFON ATAU BUAT TEMPAHAN AMBIL BARANG (contoh)



BARANG DIAMBIL DAN DITIMBANG


 SALINAN RESIT TIMBANGAN AKAN DIBERI


 


SELESAI PROSES KITAR SEMULA


Mudah bukan proses-proses tersebut. Jadi, jika anda berminat dan ingn memudahkan urusan kitar semula anda, silalah hubungi saya melalui emailfarid88-umum[at]yahoo.com atau tinggalkan komen atau pun YM pun boleh. Saya akan cuba memudahkan urusan anda. Insya-Allah.

Yang paling penting, ini bukanlah tertakluk kepada individu sahaja, persatuan, sekolah, kelab dan mana-mana badan NGO juga boleh mendaftar atas nama wakil anda. Insya-Allah.

Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part 1)
Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part 2)

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Program 3P? Pernah join?

Assalamualaikum semua pembaca, sudah sebulan lebih selesai menyertai Program Pentauliahan Professional (3P). Jadi, saya ingin berkongsikan serba sedikit mengenai program 3P yang saya telah lalui sepanjang 2 minggu 4 hari. Dengan mudah dan ringkasnya ia adalah berkaitan dengan kursus atau bengkel atau pun kelas komputer yang dijalankan dengan latihan oleh trainner yang dilantik oleh syarikat pengeluar software atau pun barangan komputer seperti Adobe, CompTIA, Microsoft dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web 3P yang mana diseliakan oleh Prestariang di Malaysia.

Program ini sebenarnya adalah program yang ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) dengan kerjasama Prestariang Malaysia Systems Sdn Bhd. Oleh yang demikian ianya ditawarkan kepada IPT-IPT terpilih di seluruh Malaysia. Di UM, ianya ditawarkan kepada pelajar tahun akhir yang mana akan tamat pengajian tidak lama lagi. Di dalam program ini, pelajar akan diberikan kesemua keperluan bergantung kepada kursus yang diambil seperti buku yang digunakan sebagai rujukan bersama-sama Cd.

Saya mengambil kursus CompTIA A+ daripada beberapa kursus lain yang ditawarkan seperti Flash, Microsoft dan sebagainya. Kursus ini terdapat 2 modul yang mana mempunyai tempoh masa yang tertentu bagi menghabiskan kesemua silibus yang ada. Antara modulnya ialah CompTIA A+ Certification Course - Essential dan CompTIA A+ Certification Course - IT Technician. Modul ini perlu dihabiskan dalam tempoh 5 hari bagi setiap satu modul. Dan akan ada sehari ulang kaji dan peperiksaan bagi setiap satu modul di akhir tempoh bagi kedua-dua modul. Trainner untuk kelas ini ialah seorang yang berasal daripada Filipina iaitu Michael N. Manasan.

Kelas yang dijalankan untuk kedua-dua modul ini merangkumi teori dan praktikal yang mana setiap orang akan diberi peluang untuk belajar secara teori dan praktikal. Setiap orang juga berpeluang untuk mempelajari dan menyelesaikan pelbagai masalah dengan cara-cara yang diajarkan dengan menggunakan windows XP, Vista dan Windows 7. Juga ada diajarkan menggunakan Ubuntu dan lain-lain di dalam kelas tersebut.

Selain daripada itu, kelasnya juga adalah lebih kecil dengan bilangan di bawah 30 orang. Ini juga memberikan peluang untuk mendapat fokus di dalam kelas. Dengan cara pembelajaran yang menarik, ia memberikan peluang untuk pelajar memahami apa yang diajarkan oleh trainner. Setiap masalah atau pertanyaan sebaiknya diajukan kepada Trainner supaya kita lebih mendapat jawapan yang lebih cepat dan mudah difahami.

Untuk peperiksaannya terdapat 2 jenis peperiksaan mengikut modul yang kita ambil. Peperiksaan ini mengandungi 100 soalan setiapnya dan dijalankan secara dalam talian dengan tempoh masa 2 jam dengan 30 minit untuk persediaan menjawab soalan. Setiap orang akan bermula dengan masa sendiri iaitu tidak dijalankan secara serentak dan hanya perlu masuk ke dalam bilik peperiksaan selepas diarahkan sahaja. Ianya menggunakan syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat yang mana tidak dibenarkan membawa apa-apa barangan lain kecuali kad matrik dan kad pengenalan sahaja. Jika tidak, kita boleh disingkirkan daripada peperiksaan.
Transkrip peperiksaan pertama.

Mengikut syarat untuk mendapatkan sijil yang dikeluarkan CompTIA mestilah lulus kedua-dua peperiksaan yang mana had minimum markah untuk lulus ialah 675 bagi CompTIA A+ Essential dan 700 bagi CompTIA A+ IT Technician yang mana jika gagal bagi salah satu bahagian tersebut, maka anda tidak layak mendapat sijil. Soalannya sebanyak 100 soalan tetapi mempunyai jumlah 1000 markah. Soalanya sememangnya amat sukar untuk dijawab jika tidak studi betul-betul dan lebih baik minta nasihat daripada Trainner bagaimana cara yang mudah untuk lulus kedua-dua peperiksaan tersebut.



Trasnskrip peperiksaan kedua.
Di dalam kelas saya juga terdapat pelajar yang gagal salah satu daripada kedua-dua peperiksaan tersebut dan gagal untuk mendapatkan sijil. Tetapi, pihak Prestariang juga mempertimbangkan untuk memberi peluang yang kedua untuk mengambil semula peperiksaan tersebut. Jadi, bagi peluang kedua, terdapat sebahagian besarnya yang lulus dan memberikan peluang untuk mendapat sijil daripada pihak CompTIA. Termasuklah saya, Alhamdulillah. Susah itu sudah tentulah, tetapi usaha kita menyebabkan kita mendapat apa yang diusahakan. Insya-Allah.

Jadi, saya sarankan supaya sesiapa yang mempunyai peluang untuk menyertai kursus ini, ambillah peluang ini sebagai suatu kelebihan untuk menambah kemahiran dan ilmu mengenai bidan pengkomputeran yang saban tahun perkembangannya amat pesat. Untuk pengetahuan anda, setiap peperiksaan ini kosnya ialah hampir RM750 kalau tidak salah. Jadi, bagi CompTIA peperiksaan sahaja sudah RM1500. Belum ternasuk kelas selama 14 hari yang sudah tentu beribu-ribu ringgit bagi setiap orang. Kesemua urusan anda akan dibantu pihak Prestariang sehingga selesai. Insya-Allah.

Sekadar berkongsi pengalaman dan informasi. Tahniah kepada Mohd Nor Yuzairi Mahat dan Mohd Khairul Anuar Abd Rahman yang juga lulus peperiksaan ini walaupun hampir putus asa. Juga kepada rakan-rakan yang mengambil Flash yang kesemuanya telah lulus dengan cemerlang. Moralnya, jangan berputus asa sebelum selesai kesemua ujian kerana ada yang lebih baik untuk kita yang menanti.

Main Rebana Seronok Juga.

Assalamualaikum, kali ini saya akan kongsikan kepada pembaca mengenai satu lagi tradisi budaya kita yang kian hilang. Saya ke Kampung Titi Gantung untuk bermalam selepas memenuhi jemputan perkahwinan sahabat sambil menziarahi beberapa rumah rakan-rakan di Perak. Kebetulan ketika itu, beberapa orang penduduk kampung sedang bermain rebana di dewan berdekatan. Saya suka juga mendengar orang bermain rebana sejak tahu bermain kompang setahun yang lalu. Apa lagi, terdorong juga mahu bermain dan melihat orang bermain rebana.

Sempat juga saya merakamkan mereka bermain rebana untuk beberapa buah lagu. Nak kata saya tahu mengenai rebana, tidak juga. Ini pun oleh sebab rakan saya, saudara Ruzaini Rabii sudi memberikan penginapan bermalam di rumahnya. Oleh yang demikian, sudah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan orang dulu-dulu kata. Jadi, dengarkan beberapa lagu yang saya rakamkan untuk berkongsi dengan masyarakat.


Sudah tentulah banyak rakaman-rakaman orang bermain rebana boleh dijumpai di dalam Youtube. Tetapi, saya mahu juga kongsikan rakaman yang saya buat bersama pembaca. Tetapi, liriknya tidak begitu jelaslah sebab bukan sebutan baku. Jadi, inilah lagu pertama yang sempat saya rakamkan dipertengahan mereka bermain lagu.


Dan berikut adalah lagu-lagu yang berikutnya yang dimainkan mereka. Saya sempat merakamkan 4 buah lagu yang dimainkan mereka. Jadi dengarkanlah lagu kedua.


Seterusnya rakaman ketiga :-


Seterusnya rakaman keempat :-


Demikianlah lagu-lagu yang sempat saya rakamankan. Warisan yang perlu kita kekalkan. Bak kata seorang pakcik yang saya jumpa di situ. "Orang-orang muda bagus main ni". Ditanya kenapa pakcik tak main, rupa-rupanya kena strok pakcik ni. Betul juga, kalau tak orang-orang muda, siapa lagi mahu kekalkan warisan kita ini.


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

"Cindai" ke China?

Assalam, pagi-pagi dengar radio Hot fm, tiba-tiba terdengarlah lagu Cindai yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza ini telah dinyanyikan semula oleh penyanyi negara China Chien Bai Hui. Saya bukanlah tahu sangat mengenai muzik ini. Tetapi, pada saya ini sesuatu yang membanggakan kita rakyat Malaysia kerana penyanyi luar negara ini bukan sahaja menyanyikan lagu ciptaan Malaysia, malah menggunakan juga bahasa Melayu di akhir lagu yang dinyanyikan itu. Bukan senang lagu kita mahu ke negara lain kalau bukan kerana lirik lagunya yang mempunyai maknanya yang sangat menarik untuk didengari.


Penyanyi ini bukan sahaja menyanyikannya di dalam bahasa cina, malah turut menghasilkan video klip yang dapat ditonton di dalam youtube. Walaupun ianya telah dinyanyikan oleh Datuk Siti lebih 10 tahun lalu, tetapi lagu ini juga mampu mempromosikan Malaysia ke luar negara dengan lirik bahasa Melayu yang masih kekal dan cuba dinyanyikan juga penyanyi ini. Kelebihan kita, pendengar akan mengenali bahasa Melayu di dalam lagu yang mereka dengarkan. Jadi, saya sertakan video klip yang dihasilkan beliau di dalam bahasa Cina.


Jadi, cuba dengarkan pula lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Siti ini. Yang membezakan cuma bahasanya sahaja dan beberapa baris lirik yang masih dikekalkan bahasanya.


Sekadar perkongsian untuk menunjukkan bahawa, kita juga mampu mencipta sesuatu yang boleh dikagumi oleh masyarakat antarabangsa. Sebenarnya banyak perkara juga kita mampu tandingi di peringkat antarabangsa. Namun, kita sahaja mungkin tidak pernah tahu akan perkara ini.

 
Sekian, MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang