HALAMAN UTAMA

Nak Laptop tak? Utk student jer...

Salam pembaca budiman sekalian, Nak laptop tak? tapi kali nie bukan bisness aku atau pun berkepentingan... hahaha... kali nie bukan main-main ye... tapi untuk student ipt je la... tak kira la politeknik ker, universiti ker, asalkan memenuhi terma dan syarat-syaratnya. Kali nie, bukan artikel la. Cume menulis sebagai rasa tanggungjawab untuk membantu rakan-rakan pelajar di luar sana. Aku harap sangatlah anda semua yang berhak dapat memohon untuk laptop ini.  
 Bajet 2010: PM berkata "Kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar akan diberikan, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk dua tahun,"
Kiranya ni peruntukan masa bajet dulu la kan. Sebelum aku memberikan pandangan mengenainya, diharap dapat menimbangkan faedah dan keperluan anda sendiri sebagai pelajar ye.


Jadi pernah dengar Stremyx Cool Uni Pack? Aku tak tahulah ramai atau pun tidak yang pernah dengar. Yang penting tak sama dengan UniFi. Aku tahu bende nie pun lepas seorang member aku nie Mohd Nizaruddin Sumeri yang cadangkan kat aku. Tapi masa tu dia kata UniFi. Jadi aku pun try la cari-cari info pasal nie. Tapi aku pun tak paham sangat. So, aku pun fikir balik, baik aku terus gi ke TM point. Sebab boleh dapat penjelasan lanjut kalau tak faham kan.

Aku pun gi la ke TM Point menara Telekom. Gi sana aku mintak nak UniFi untuk student... Heheheee... Dia kata mana ada UniFi untuk student, yang ada Uni Pack la untuk student sekali dengan laptop. Aku pun mana la tau kan... mintak la borang permohonan. Then, step-step dia :-

1. Isikan borang permohonan.
2. Dapatkan Cop Pengesahan pada borang permohonan daripada HEP (pejabat Jabatan atau Fakulti boleh)
3. Dapatkan Surat Pengesahan Pelajar daripada Universiti (atau tempat belajar)
4. Dapatkan Salinan I/C dan tanda tangan pemilik nombor talian tetap pada borang permohonan.
    (Tertakluk la pada anda punya talian tetap, sama ada dah ada atau belum-aku dah ada talian tetap)
5. Dapatkan Salinan Kad Pelajar anda.

Itu sahaja, kemudian pergi semula ke TM Point, hantarkan borang. Dia ada 5 pakej. Aku amik yang paling murahlah. RM38 sebulan (tapi boleh upgrade lepas tu) kalau nak la. Kemudian, tunggulah dalam seminggu dua untuk pemasangan streamyx. Aku dalam tiga hari bekerja die dah datang pasang. Cuma sekarang tunggu penghantaran Laptop je la. Jadi sekarang dia dah pasang modem yang boleh aku guna wireless dirumah dan nak guna kabel pun boleh gak. Nanti aku akan updates sepenuhnya sampai dapat laptop tu jenis apa plak ye. Penghantaran laptop lak dalam masa dua ke tiga minggu lepas pemasangan katanya la. Insya-Allah.

Untuk Pengetahuan, yang aku dapat makluman, tiada lagi bayaran sewa dikenakan RM26 sebulan tetapi tiap-tiap bulan akan dikenakan RM38.00 sahaja. Bulan pertama aku tak tahu lagi. Nanti aku infokan kalau dah dapat bil. Jadi, dalam masa dua tahun bayar RM38.00 = RM912.00 kalau tak salahlah kiraan aku. Jadi fikir-fikirkanlah. Daripada membayar sewa talian tetap tanpa dapat apa-apa (broadband dan laptop) sebanyak dua tahun RM624.00. Manfaatkan penggunaan laptop dan internet untuk kemudan diri sebagai pelajar dan keluarga (seperti bayar cukai pendapatan, permohonan online, mengakses email, berhubung dengan kawan-kawan dengan video call dan sebagainya). 

Jadi, seruan aku pada pelajar :-
1. Dapatkan laptop dan broadband di rumah dengan bayaran bulanan sebanyak RM38 sekurang-kurangnya.
2. Milikilah laptop dengan harga yang sangat murah kurang daripada RM1 000.
3. Dapatkan kelajuan internet yang boleh diupgrade mengikut keperluan atau kehendak sendiri.
4. Jika dah ada, bagi tahu kawan-kawan yang tak ada lagi, pakej yang ditawarkan untuk pelajar.
5. Dapatkan permohonan yang sangat mudah.
6. Tambahkan RM288 untuk dua tahun dah dapat sebuah laptop (kalau apply la).

Jadi untuk rujukan dan maklumat lanjut, sila ke laman web Telekom Malaysia bahagian Cool Uni Pack sekarang.


Lihat juga : Jenis Laptop Yang diberi.


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN- Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gerhana lagi pada 26 Jun 2010

Salam sejahtera. Kepada semua pembaca, sebagai informasi mengenai alam semesta yang kita singgah ini, Bumi kita akan mengalami gerhana bulan pada 26 Jun 2010 nanti. Walaubagaimanapun, di Malaysia, kita hanya dapat melihat gerhana separa sahaja. Berikut adalah artikel yang disiarkan pada laman web Portal Falak Online. dan beberapa rujukan laman web yang berkaitan.

Foto kredit: aziz 
[DISKUS] Pada 26 Jun 2010 nanti, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.
Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.



Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.

Circumstances of the Eclipse
Moon enters penumbra: 2010 Jun 26  16:55:22 (4.55 PM)
Moon enters umbra: 2010 Jun 26  18:16:20 (6.16 PM)
Maximum eclipse: 2010 Jun 26  19:38:16 (7.38 PM)
Moon leaves umbra: 2010 Jun 26  21:00:04 (9.00 PM)
Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26  22:21:11 (10.21 PM)

Siap sedia kamera DSLR anda. Fenomena gerhana merupakan satu kejadian langit yang amat mudah untuk dirakam. Poskan foto anda ke forum Falak Online, manalah tahu jika ia cukup menarik, saya akan paparkannya di muka hadapan Falak Online.
Apa lagi, jom teropong!

Nota tambahan:
1. Kiraan dibuat oleh perisian Skymap Pro dari lokasi Kuala Lumpur.
2. Gerhana bulan seterusnya yang boleh dilihat di Malaysia ialah 15 Jun 2011, gerhana bulan penuh.
Sumber : Portal Falak Online.

 Sumber Rajah 1 dan rajah 2 dan Jadual 1 : Siaran Media ANGKASA


Itulah antara informasi yang saya perolehi daripada portal tersebut. Walaubagaiamanapun, anda juga boleh melihat sendiri fenomena ini di Planetarium Negara pada 26 Jun 2010 bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Beberapa teleskop juga disediakan untuk orang ramai yang mengunjunginya. Terdapat juga cenderahati daripada pihak penaja untuk 300 pengunjung terawal.

Anda juga boleh merujuk laman web berikut untuk mendapatkan informasi mengenai fenomena 26 Jun 2010 :-
1. Planetarium Negara
2. Shadow and Substance (masih valid pada 21 Jun 2010)
3. Persatuan Falak Syar'ie Malaysia

Di SUNATkan Juga untuk Solat sunat Khusuf padawaktu tersebut. Cara solatnya boleh rujuk di SINI.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara Kini (part 7 - akhir)

Wow, hari terakhir aku nak wat volunteer target aku dah nak tercapai buat selama 40 jam di Zoo Negara. Lepas seminggu lebih tak datang zoo. Hari ini aku datang buat volunteer teringin nak buat kat akuarium plak. Hahaa.. sebab dah banyak kali, aku mintak la nak wat kat situ kan. So, diorng pun bagi la. Tapi kali ini, aku ditemani dua orang volunteer student medic universiti daripada Hong Kong. Dua-dua perempuan chinese Sorng dari Ampang Malaysia, dan sorng lagi dari Hong Kong.

Tapi orng Hong Kong tu tak paham la bahasa Melayu. So, member die translatekan la... hehee... So pagi tu, gi terus ke pejabat kat Akuarium tu, then terus diorng bagi kerja untuk bersihkan belakang bangunan akuarium. Masa tu, ditugaskan untuk cabut pokok kaduk yang tumbuh kat situ dengan membersihkan juga rumput-rumput yang ada di situ. So, apa lagi, bersihkan la. Katanya takut ada ular datang kat tempat tu... Maklum la zoo ni memang byk ular. Besar-besar plak tu. Masa tu ada lagi dua orang student dari UNIMAS buat praktikal kat situ sedang bersihkan daun untuk buat 'black water'.



Sebelum diorng wat kerja sama-sama bersihkan kawasan tu, diorng dah cari daun kering untuk buat 'black water' guna daun-daun tu. Hoo~ macam tu nak buat air untuk ikan yang hidup dlm air  jenis tu ye... hehee... Then, tak lama tu, diorng kene wat keje kat tempat lain lak... arahan bos katanya... haha... Apa lagi, wat la keje tu dgn dua orang student medic tu. Diorng pun bagi tau, diorng kene buat kerja satu bulan mengenai sesuatu yang takde kaitan dengan Medic. Ho~ patut la diornag datang situ. Hehee~... keje tu kami buat sampai waktu rehat...

Tapi lepas rehat pagi, terus setelkan tempat tu. Then, ketua tempat tu mintak aku dgn 2 lagi tu, ikut die masuk akuarium wat lanskap kat akuarium kecil kat situ. So follow la. Katanya sejuk sikit kat dalam tu.. hehee.. So, tengok la. camne diornag wat lanskap dlm tu. Rupa-rupanya letakkan kayu then lumut-lumut dalam tu. Nak bagi nampak menarik lagi. Katanya, penting gak untuk pastikan ikan yang nk dishow tu dapat dilihat pengunjung.

Pergh, baru aku tau, sume akuarium kecik yang macam takda ikan tu, memang ada ikan yg tersembunyi.. haha.. ye la... selama nie.. aku igtkn asal akuarium tu kecik je, tak de ikan berenang2... aku anggap ikan dah takde.. hahaa... ye la... kot2 tgh underconstruction ke kan.. mana la aku tau... hehee.. rupa-rupanya tidak... :D Sepanjang buat keje tu, dia pon bg taulah, ada diantara ikan-ikan kat situ harganya walaupun saiz kecik, tapi mencecah 20 dollar seekor. Pergh.. mahal tu... Ada yg dapat dijumpai di Malaysia sahaja. Menarik sungguh untuk diketahui bersama sebab akuarium terbesar yang pertama kat Asia rasanya yang ada pelbagai jenis ikan air tawar yang dipamerkan kalau tak salah la. Then, sampai waktu rehat, kami pun balik la pejabat dia kat akuarium tu.

Dalam masa tu, baru aku tahu yang ketua kat bahagian akuarium tu, student UM gak, dulu pernah studi kos ekologi dan biodiversiti gak. Graduate tahun 1997 kalau tak silap la. hehehee... Namanya Herman. Baru aku tau ramai gak orang yang asalnya study dari UM kat Zoo tu. Hehee... Macam-macam kerja yang diorang wat. Kerja En herman nie, katanya, selalu la keluar ke hutan-hutan mencari jenis-jenis ikan sambil mencari spesies-spesies tumbuhan yang sukar dijumpai untuk dibiakkan daripada habitat asal yang semakin hilang.

Menarik pengalamannya yang juga mengatakan bahawa botanist yang betul-betul mahir sukar dijumpai sekarang. Kerana kepakaran dalam mengenal spesies tumbuhan amat penting dalam sesuatu kajian dan sangat membantu pelbagai bidang lain seperti perubatan, bioteknologi, makanan, perkayuan, kesihatan, pertanian dan perindustrian. Namun, begitulah yang aku harapkan, cuba untuk menyahut cabaran tersebut sebagai saintis yang dapat memberi sumbangan. Haha... menarik untuk dikongsi bersama la...

Namun, petang tu sambung balik kerja untuk mengemas rumah yang diletakkan ikan-ikan baru kalau tak salah la. So susun semula tempat tersebut dan bersihkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. Aku pun buat bersama volunteer lain serta seorang staff perempuan kat situ. So, kejap juga la kerjanya siap. Ada masa satu jam la sebelum boleh balik. Hehee.. Tapi rehat la kejap kat pejabat dia sampai pukul 4 petang. Jadi dalam pukul 4.30 petang, aku pun pergi la ke bahagian pendidikan untuk mengambil sijil penghargaan 40jam menjadi volunteer di Zoo Negara. Maka, sasaran aku pun dah tercapai, tetapi masih belum puas sebab tak semua bahagian zoo aku dapat rasa kerja volunteer tu. Apa pun, kalau tiada halangan, aku akan kembali mencari ilmu dan pengalaman di semua bahagian zoo.
Jadi, bahagian tu bagi tau aku, kalau nak buat, cuma perlu :-
1. Kalau tak penah buat langsung kene isi form.
2. Kalau dah pernah buat, cuma maklumkan saja bila nak buat volunteer di pejabat tersebut.
3. Kemudian, pergi la kat mana kita nk buat.

Itu sahaja step2nya. Jadi, sesiapa mahukan cabaran untuk jadi volunteer, silakanlah. Amat dialu-alukan. Sampai di sini sahaja perkongsian pengalaman di zoo selama 40 jam membuat kerja amal. Heheee.. lain masa aku akan kongsi lagi apa-apa yang menarik untuk dikongsi infonya.

Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Baru 6 bulan muallaf?

Sedang membantu Aiman yang berumur 6 tahun dan Abdullah membaca Alfatihah, aku disapa oleh seorang pakcik. "Ustaz, Abdullah ni tak tahu baca alquran lagi, baru 6 bulan masuk Islam" katanya. "Ho~, yeke?" aku mendapatkan kepastian. "Saya pun baru masuk Islam, saya pun selalu ikut tabligh, selalu keluar 40 hari, lepas saya ikut, saya pun balik ke rumah, bagi tahu isteri suruh dia fikir, kenapa kiat sembah patung, patung tu boleh bergerak-gerak ke? kalau tak pun, baik sembah televisyen, ada juga gambar bergerak-gerak, die pun tak boleh tolong kita. Lepas tu, saya panggil anak-anak saya, suruh diorang fikirkan benda ini. Saya pun dapat tahu Islamlah yang agama yang betul-betul benar. Kemudian, saya pun ajak mereka masuk Islam. Alhamdulillah, isteri saya, anak-anak saya, cucu saya terima Islam". Panjang lebar ceritanya.



"Jadi, Abdullah ni memang belum tahu baca AlFatihah ke?" tanyaku ingin tahu. "Dia baca tak boleh, tapi saya pun belajar sikit-sikit masa dalam tabligh, kadang-kadang masa solat saya tak dapat baca apa yang kene baca, cuma ikut saja orang sebelah buat. Orang angkat jari telunjuk, saya pun angkat. Tapi cuma dapat baca, Subhanallah, Subhanallah saja la, sebab tak hafal yang panjang. Tapi sikit-sikit saya belajarlah. Alfatihah pun, saya ikut bacaan ustaz yang ajar kepada saya. Tapi sekarang sudah boleh sikit-sikitlah, Alhamdulillah" jelas pakcik berbangsa India itu. "Takpe pakcik, sikit-sikit pun dah bagus dah, tapi kenelah hafal juga bacaan alfatihah tu" kataku berikan sokongan. "Betullah, tapi sikit-sikit saya pun ajar isteri , cucu baca alfatihah, sekarang isteri saya pun sudah boleh baca sikit-sikit. Tapi, kasi ajar bacaanlah bagi boleh baca" jawab pakcik itu dengan pelahan-lahan.

Tersentuh juga hati, mendengar luahan muallaf tersebut ketika berada di Masjid Damansara Damai. Sesungguhnya nikmat yang diperolehinya pada umur yang sudah lanjut amatlah berharga. Berbanding kita sebagai muslim keturunan pun, sukar untuk mendalami agama itu secara bersungguh kerana beranggapan sudah 'cukup' didikan agama daripada keluarga. Walhal, sudah pastikah kita seorang muslim yang benar-benar mendapat hidayah Allah sepanjang masa (Insya-Allah) atau sekadar pada nama sahaja? (na'uzubillahi min zalik). Sering kali aku merenungkan akan diriku ini.

Pelbagai perkara yang perlu kita sedar. Namun, sejauh mana kita mengambil endah atau berusaha ke arahnya? Astagfirullahal a'zim. Bukan mudah kita mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah jika kita tidak berusaha ke arahnya. Tetapi cukup mudah untuk kita terkeluar daripada landasan akidah yang berpandukan AlQuran Sunnah. Mereka yang dapat petunjuk daripada Allah, lebih beruntung kerana mereka akan lebih berusaha ke arah mendekatkan diri kepada Allah berbanding kita yang sejak kecil lagi dilahirkan sebagi muslim. Masya-Allah.

Walaubagaimanapun, sering kali juga mendengar masalah muallaf ini tidak berapa mendapat perhatian masyarakat. Kesal dan sedih bila mendengarkannya. Kekadang, aku sendiri memikirkan apa yang perlu aku bantu? Bukan mudah kita mahu menarik orang untuk menerima Islam melainkan usaha. Tetapi sejauh mana kita mampu menggalas tanggungjawab membantu mereka memahami Islam, sedangkan kita sendiri tidak mampu membantu saudara kita yang dari kecil lagi telah Islam. Ya-Allah, berilah kekuatan kepadaku agar dapat membantu sekadar yang aku mampu walaupun sekecil-kecil usaha.

Saya juga mempersoalkan, siapakah yang betul-betul boleh membantu mereka secara bersungguh? Jika masalah muallaf ini tidak diberi perhatian, dimanakah tempat untuk mendapatkan bantuan? Kemana aduan perlu dibuat? Bukannya tidak tahu kewujudan badan-badan NGO dan kerajaan yang berperanan. Seperti PERKIM, sangatlah diperlukan masyarakat, namun sokongan dan kerjasama kita juga  amat diperlukan bagi memastikan usaha murni ini dapat terus berjalan. Tetapi sejuah mana mereka bertindak? Aduh~ sangat membimbangkan akan hal ini. Kekadang sebahagian besar masyarakat pun tidak tahu mahu ke mana. Jadi, kepada sesiapa yang tahu atau mempunyai pengalaman membantu atau ada badan-badan yang boleh memberikan bantuan, silalah tinggalkan komen anda di sini ye. Sekadar untuk mencari link sahaja jika berhadapan dengan masalah ini. Semoga usaha ini akan dipermudahkan Allah. Insya-Allah.

Saya sekadar berkongsi cetusan minda saya yang baru sedikit bercambah. :) Semoga info dapat ditambah ye saudara-saudara. Saya akan sentiasa berkongsi jika terdapat percambahan nanti.


Sekian, Terima Kasih. 

MINDA INSAN - Info Bertambah, Minda Bercambah.  

Zoo Negara Kini (part 6)

Alhamdulillah, hari keempat sebagai volunteer di Zoo Negara. Seperti biasa masuk pukul 8 dan kali ini aku telah memilih untuk membuat di bahagian burung. Seorang pakcik penjaga bahagian beruang diminta untuk membawa aku dan tiga volunteer foreigner perempuan untuk ke rumah burung 'bird house'.

Dalam perjalanan pakcik tu tanya kat aku "Tak nak cuba kat tempat beruang ke?". Aku pun respon "Boleh gak, nak gak try wat kat sana, boleh ker?". Pakcik tu pun kata "Nak buat boleh je, tapi awk dah minta buat kat tempat burung, buatlah kat sana dulu. Try dulu kat situ". Uik, pakcik nie, pelik jer la... Hahahaa.. mest ada sesuatu ni.. aku fikir.. hehe..
.


Sampai la kat Bird House, so ketua kat situ pun bahagilah kat tempat-tempat yang sesuai pagi tu. Aku dapat buat kat tempat sangkar burung-burung yang disimpan untuk dilatih atau pun sakit. Rupa-rupanya ada student UM kat situ, Sains Gunaan Dgn Pengajian Islam Gak rupanya. Ekologi pulak tu... Tapi kemasukkan 2006/2007 kalau tak salah. Dia amik 'JAM' apa tah, aku tak wat research lagi pasal 'JAM' tu apa. Dia kata bawah kerajaan gak. Tapi die skang praktikal 6 bulan kat zoo la sebelum diserapkan.

So, sambil-sambil tu wat la keje membersihkan sangkar situ. Ada burung enggang, hantu, helang, flaminggo sakit dan beberapa jenis lagi. Kenalah bersihkan najis-najis burung yang kat lantai dengan dalam sangkar sekali. Lepas tu kene gak isikan air minum burung sampai penuh. Then, siap cepat sikit la hari tu katanya sebab buat dua orang kan. So, boleh la rehat pagi.

After rehat, sambung buat kerja membersihkan kawasan burung emu. Ada gak kanggaroo jenis kecil kat tempat emu tu. Kat situ, semua volunteer termasuk 2 orang staff skali ada kat situ. Menyapu daun kering si kawasan tu dan mengeluarkan pasir yang ada dalam longkang sekeliling kawasan kandang emu tu. So, siap pun awal gak. Hahaaa.. boleh rehat awal lagi sampai pukul 2 petang.

Sambung petang tu, aku tolong bersihkan beberapa sangkar burung di tempat pameran bird house. Banyak gak sangkar yang kene bersihkan. Ingat sikit jer... haahaaa... masuk satu2 sangkar then basuhkan bekas makanan sambil memberikan sepotong buah betik untuk makan malam kalau tak salah. So, kerja membersihkan sangkar tu sampai petang la dlm pukul 3.30 petang siap aku basuhkan bekas-bekas makanan burung kat dapur bird house tu...

Hahaa... so, petang tu takde ape sangat dah, boleh balik je sebenarnya. Tapi, aku saja je la nak balik lambat sket, borak2 pasal diorang keje kat situ camne kan. Kat situ sebenarnya ada lagi empat orang perempuan student UIA amik bioteknologi buat praktikal kat situ 10 minggu kot. Satu lagi, aku dengar la, brother kat bird house tu kata, ramai student yg buat praktikal bawah 'JAM' tak tahan buat kat zoo sebab kerja teruk. Tak tau la betul ke tak... Daripada 60 orang pengambilan lepas tinggal 12 orang jer... pergh... ramai giler yg tak tahan.

Aku pun tanya-tanya gak, apa kerja yang diorng tak tahan tu. Diorang kata, kadang-kadang suh wat kerja pelik-pelik or berat2 sket la... macam potong rumput, angkat kayu besar, panjat bumbung... apa lagi tah... aku pun tak tahu... diorng kata mmg saja je la... tapi sebenarnya enjoy je kat situ... biasa la, kerja kat situ pun bukannya kena buat tiap2 hari... kadang-kadang seminggu sekali ker... or sebulan sekali ka kan... hahaha... Aku tak tau la... setakat kerja yang aku buat, sume blh lagi la... takde yg teruk sgt... cume mayb diorng byk yg tak biasa kot or tak tahan... hurm..

Oklah... setakat tu dulu, nanti sambung untuk hari kelima atau terakhir sebelum cukup 40 jam buat volunteer di Zoo Negara. Insya-Allah...

Sekian, Terima Kasih.


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Khaibar, khaibar Ya Yahud...?

Khaibar-khaibar Ya Yahud~ Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud...
Maksudnya lebih kurang : Khaibar-khaibar (nama tempat) wahai Yahudi, Tentera Muhammad akan kembali (bangkit)...

Khaibar : Suatu daerah berlaku peperangan umat Islam dengan Yahudi, dan Yahudi kalah teruk sehinggakan gerun mendengar nama tempat tersebut iaitu Khaibar.

Masya-allah... Saudara pembaca sekalian, pernah dengar ungkapan seperti itu? Mesti ada yang dah tahu dan ada yang masih belum tahu, dari manakah ungkapan ini datang kan? Yang sudah tahu, silalah betulkan jika ada kesilapan pada informasi yang ingin saya sampaikan kali ini. Beberapa minggu lepas, mendengar tazkirah sebelum Jumaat, telah diberitahu mengenai laungan ini.



Saudara-saudara sekalian, sebenarnya laungan ini datang daripada kejayaan semasa berperang dengan bangsa Yahudi pada suatu masa dahulu di suatu tempat yang bernama khaibar. Yang mana, ketika itu, umat Islam yang berperang dengan Yahudi telah memenagi peperangan tersebut. Bangsa Yahudi ketika itu telah kalah dengan teruknya sehingga mereka sangat takut apabila disebutkan dengan peristiwa tersebut. Sehinggakan, apabila dilaungkan "Khaibar, khaibar", mereka berasa sangat gerun dan takut dengan kekuatan orang Islam pada ketika itu. Untuk kisah peristiwa penuh, akan saya lampirkan nanti. Insya-Allah.

Oleh yang demikian, pada ketika ini, laungan itu dilaung-laungkan semula sebagai pemberi semangat kepada umat Islam untuk bangkit semula menentang kaum Yahudi yang kini telah menindas saudara-saudara muslim kita terutamanya di Palestin. Lihatlah bagaimana mereka merampas tanah umat Islam Palestin dan mendirikan negara haram, Israel. Sehinggakan penduduk Palestin terpaksa keluar daripada negara mereka untuk mendapatkan pelindungan daripada dibunuh zionis laknatullah alaihi.

Namun, apakah kita hanya berdiam diri? Apa pun doa, niat dan  tindakan kita untuk membantu saudara-saudara kita dan mujahidin di sana, perlulah sentiasa dizahirkan. Kita sendiri, kadang kala tidak pernah faham akan aasl usulnya ungkapan-ungkapan yang dilaung-laungkan didalam suatu bantahan atau pun perhimpunan. Oleh itu, sebagai insan yang pernah mendengar maksud ungkapan tersebut, eloklah info ini disampai-sampaikan kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja agar kita tidak terikut-ikut apa yang orang sebut tanpa memahami maksudnya. Insya-Allah. Mungkin banyak lagi ungkapan atau laungan yang kita tidak faham. Tapi tidak mengapa, cuba kita tanya sahabat-sahabat yang tahu. Kadang-kadang mereka pun tak tahu sehingga diberitahu. 

Apa-apa pun, ilmu pengetahuan itu akan sentiasa bertambah dari setiap masa ke masa. Menuntut ilmu biarlah sehingga ke liang lahat. Insya-Allah...

Jadi, sekian dahulu, info untuk kali ini.

"Khaibar, khaibar, Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud" 
Insya-Allah. Allahuakbar. :)
Terima Kasih.

Untuk rujukan Perang khaibar :-


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara Kini (part 5)

Wah, aku dah masuk hari ketiga buat volunteer di zoo. Kali ini aku sorang2 je... Hari ini, aku kene buat di bahagian reptilia lagi. Sebenarnya nak try wat kat gajah, tapi dah ada orang lain nk buat kat situ. Tak mengapalah. Tapi seperti biasa, pagi kenalah menyapu di kawasan sekitar bahagian tersebut, sehinggalah ke bahagian amfibia kat bahagian atas. Sampailah ke rehat pagi. Kerja yg mudah tapi leceh.... hehehe..

Selepas rehat, ada task baru. Heheee... apa dia? membersihkan kolam kura-kura. Pergh... wat sorng2 jer... dh macam pekerja zoo plak... Tapi masa tu, air kolam dah siap dibuangkan. Aku mulakan dengan membersihkan sekitar kawasan kolam kemudian barulah bersihkan dalam kolam. Daun-daun kering yg disapu disuruh dilonggokan untuk permainan kura-kura katanya la.. Sebenarnya kolam kat situ dipisahkan kepada dua bahagian. Tapi aku pun tak tau kenapa. Jadi kenalah bersihkan dari bahagian kanan atas bahagian depan kolam supaya senang air mengalir ke bawah.



Dalam kolam tu ada beberapa ekor kura-kura. Tapi ada berlainan jenis. Satu kura-kura jenis apa pun aku tak pasti. Then, satu lagi tuntung sungai kalau tak salah. Ada sekor yang besar sekali. Tapi agresif gak. Suka main-main kat dengan air. Ada yang nak keluar lak dari ke pintu aku masuk. Tu pasal la.. diorng pesan, kalau masuk sangkar or tempat kurungan haiwan mest kene tutup balik lepas bukak. Tapi pembersihan berjalan lancar sampailah waktu rehat tengah hari, cuma perlu penuhkan kolam dengan air sahaja.

Petang lak, aku diminta membantu seorang bro kat situ untuk membuat reban ayam. Aku dan seorang student yang praktikal Mohd Afiq dari UMS kat situ perlu tolong angkat pasir daripada tempat berdekatan kandang harimau. Sampailah ke petang tugas aku pun selesai. Pukul 4 petang aku pun balik la ke rumah. Dalam kepala aku, esok nak datang lagi untuk hari keempat di zoo negara nak wat kat ne lak nie... Jadi tunggulah esok, apa tugas yang aku nak cuba buat lak ye... Terima kasih sudi membaca. Semoga dapat memberi sedikit info mengenai kerja-kerja volunteer yang boleh dibuat di Zoo Negara...

Makan Lobak tak?

Salam kepada pembaca yang berinformasi. Pernah makan lobak atau carrot? Rasa-rasa anda, apa yang anda makan? Adakah ianya benar-benar lobak? Sudah tentulah lobak kan. Sebelum itu, bagaimana saudara pembaca memilih untuk membeli lobak? Cari yang besar? atau cari yang kecil? Kadang-kadang harga lobak pun berbeza mengikut saiz kan? (tak tau la klau sama jer). Tapi saudara pembaca tahu tak. Jika lagi besar lobak itu, maka lebih banyaklah kayu di dalam lobak tersebut.

Percaya tak? Di sini ingin saya berkongsi kepada anda semua. Sebenarnya bahagian tengah itulah yang membentuk bahagian kayu di dalam lobak. Tapi janganlah risau pula. Lobak yang bersaiz kecil tu mungkin tiada bahagian kayu ataupun sedikit sahaja kayunya. Kerana apa tau tak? Kalau dari segi saintifiknya, bahagian tengah itu akan menjadi sel yang keras dan mati menjadi floem apabila terbentuknya sel baru. Kira ringkasnya jadi kayu la. Kalau tak percaya, cuba tengok lobak yang besar-besar pastu potong.. keras tak berbanding dengan yg saiz kecil. Cubalah ok?




Jadi, untuk memastikan kita mendapat kandungan vitamin pada lobak tersebut yang optimum dengan kandungan kayu yang paling minimum, pilihlah lobak yang tidak terlalu besar kerana bahagian kayu yang terbentuk adalah sedikit. Kira tips membeli lobak la nie kan. Sekadar info sahaja. Tiada masalah untuk beli yang besar-besar pun, bukan tak boleh makan pon, cuma secara saintifik je dipanggil kayu. Tapi still boleh makan, cuma keras sikit la.

Saya mendapat ilmu ini pun daripada Prof. Datin Dr. Lim Ah Lan kerana memberikan informasi mengenainya di dalam kelas struktur dan fungsi tumbuhan.

P/s : Sekadar berkongsi info, jika terdapat info yang salah, harap diperbetulkan. 

Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara Kini (part 4)

Jadi, hari kedua di Zoo Negara bersama seorang member bernama Abu Hanifah Zamberi. Aku datang seperti biasa pukul 8 pagi sampai, then terus pergi ke tempat si Abu nie tunggu di Bahagian Pendidikan yang agak jauh dari pintu masuk. Hari itu aku diberi untuk buat volunteer di bahagian reptilia. So, pagi-pagi En Hafis supervisor kat situ kot, bawa la kat tempat tu dan pertama sekali menyapu kawasan pameran reptilia yang berada di bawah bumbung sahaja. Sampailah ke belakang, tempat bilik tikus dan dapur untuk menyediakan makanan reptilia. Dalam pukul 10pagi, rehat sekejap.



Kerja disambung dengan aku membantu untuk memberikan makanan kepada kura-kura yang ada di kawasan tu. Sebelum tu, kenelah sediakan makanan yang diperoleh daripada sayuran dan buahan yang dicincang kecil supaya senang nak makan. Aku pun bantulah mencincang pisang, lobak merah, salad, betik dan yang macam-macam lagi la aku tak ingat... hehe... Aku start bagi makan kat iguana dalam sangkar. Ada dua sangkar iguana nie. Ganas gak iguana nie.. susah nk bagi makan, sebab bro yang bagi makan kat situ kata iguana nie suka cari gaduh.. tak tau la kan... hehee...

So, lepas tu bagi makan kura-kura yang kedua terbesar di dunia. Lapar gak kura-kura nie rupa-rupanya.. hehee... Then, kura-kura kecil lak... pastu kura-kura yang diletakkan di pulau dekat tasik tu... katanya kura-kura tu biasa bawa gi show... Aku pun try la bagi makan kat kura-kura tu... Lepas tu, selesai la bagi makan kat kura-kura. Sebelum tu kat tempat reptilia tu, staf kat situ bagi makan kat buaya jenjulong (kalau tyak salah nama dia) dalam sangkar die... bagi makan ikan jer... tengok la jap camne diorang bagi buaya jenjulung makan.

Lepas tu, habis da bagi makan... aku terus la sambung wat keje bersihkan sangkar ular lak. Kene sembur sabun pencuci dulu baru lap sampai kering. Lama gak la bershkan sangkar-sangkar ular nie... sebab keje dia banyak kan... so lama gak... sampailah rehat tengah hari. Siaplah keje-keje kat tempat ular tu...

Lepas rehat, sambung keje sikit. Isikan air kat tempat minum tikus-tikus putih di rumah tikus tu.... Macam saiz gak tikus kat sini. Dari yang anak sampai yang dah besar-besar... Hamster pon ada gak rupanya.. tapi tak banyak la... untuk makanan ular la tikus-tikus nie... banyak gak sangkar-sangkar yang letak tikus-tikus nie...

Ada yang mati tu habis kene makan dengan member-member tikus... hehee.. ganas nie tikus-tikus nie.. kalau letak jari memang kene gigit aku rasa la... hehee... mau taknya... letak je bekas yang dah isi air, kerumun tikus-tikus tu minum air... penuh keliling bekas tu... pergh... hehee... first time la tengok tikus putih banyak-banyak...

Habis isi air dalam bekas tu, kira dah habis la keje aku kot petang tu.. hehee... apa lagi... naik la aku ke tempat amfibia, yang terletaknya katak-katak pelbagai spesies... masuk la kejap dengan seorang student UMS Mohd Afiq (kalau tak salah namanya) yang dah start praktikal 2 minggu lebih kat situ. Siap tengok ular sawa diberi makan tikus dan ayam. Ular sawa batik besar gak tu dalam sangkar.

Lepas tu, ada gak ular yang diberi makan tikus yang mana tak boleh diganggu sebab akan menyebabkan ular tersebut memuntahkan semula tikus tersebut dan tak akan makan lagi dan boleh sebabkan kematian... So, setakat tu je la kot hari kedua aku kat 'reptile house' heheee... dah pukul 4.00 petang, boleh balik dah...

INFO : Ular akan sentiasa membesar, dan setiap kali membesar ia akan bersalin kulit untuk membolehkan saiznya bertambah.

Sekian. Terima Kasih... Nantikan hari esok pula..

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kenal buah GMO?

Salam pembaca sekalian. Kepesatan pembangunan dunia kini telah banyak memaksa manusia untuk terus mencari jalan dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dalam kehidupan seharian untuk terus hidup. Begitulah yeng menyebabkan para saintis juga berperanan untuk mencari sesuatu yang dianggap dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah seperti dalam bidang pemakanan. Mereka terus berusaha untuk memastikan sumber makanan yang diperolehi betul-betul berkualiti dan memberikan faedah yang optimum kepada manusia.

Oleh yang demikian, pelbagai cara dilakukan untuk memastikan sumber makanan dapat dihasilkan dengan cepat dan mencukupi. Sehinggakan buah-buahan diubah (modified) untuk mendapatkan buah yang lebih besar atau lebih sedap atau cepat membesar atau sebagainya. Maka, terhasilah buah-buahan GMO yang dipasarkan ke seluruh dunia. Antara yang telah dilakukan GMO adalah seperti Kacang soya, Jagung, Kapas, Tomato, Epal dan sebagainya. Anda oleh juga merujuk buku Jeffrey Smith, Seeds of Deception dan Genetic Roulette untuk mengetahui mengenai GMO ini.



Tetapi sebagai info untuk anda. Tahukah anda bagaimana kita boleh mengenali buah-buhan GMO di pasaran? Di sini terdapat beberapa info yang boleh digunakan :- 

1. Buah jenis konvesional (kebiasaan/yang asli la) 
    - ditulis pada label pelekat buah tersebut 4 digit yang bermula dengan nombor 4.

2. Buah jenis organik
    - ditulis pada label pelekat buah tersebut 5 digit yang bermula dengan nombor 9.

3. Buah jenis diubah genetiknya (GMO)
    - ditulis pada label pelekat buah tersebut bermula dengan nombor 9.

Oleh yang demikian, kita boleh mengetahui sumber asal buah tersebut dengan melihat label yang dilekatkan jika ada. Sekurang-kurangnya kita lebih prihatin dan berhati-hati dengan sumber yang kita makan. Pada kita mungkin tiada apa-apa kesan. Tetapi mungkin akan memberikan kesan pada jangka maas yang panjang. Demikianlah yang kita bimbangi. Lebih baik kita memakan daripada sumber yang semulajadi dan tidak tercemar oleh gen-gen yang telah diubah manusia itu sendiri. Wawlaupun kebaikkannya dapat dilihat, tetapi kesannya kepada tubuh kita mungkin juga kepada generasi kita akan terkesan.

Nasihat saya, fikirkanlah impak pada masa akan datang. Jika kita kurang pasti lebih baik kita hindari. Mungkin pada masa yang akan datang, saya akan cuba untuk memberikan contoh gambar yang menunjukkan kod-kod tersebut secara jelas jika berkesempatan untuk menjumpainya. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.

Rujukan boleh dibuat di :
http://www.bionetonline.org/english/content/ff_cont3.htm

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara Kini (part 3)

Akhirnya tibalah aku pada hari Rabu untuk meneruskan niat menjadi volunteer di Zoo Negara. Sampai je di pintu masuk no 3, aku masuk dan mendapati sudah ramai volunteer yang datang secara berkumpulan daripada sebuah IPTS daripada Klang. Aku menunggu sehingga 8.15pagi apabila taklimat untuk mereka dibuat. Aku menunggu berasingan daripada mereka.

Ketika pembahagian kumpulan untuk membuat volunteer, aku dipilih oleh seorang penjaga bahagian Savana bersama 4 yang lain daripada kolej tersebut. Kami dibawa ke tempat Savana di mana haiwan-haiwan yang berada di kawasan Savana terdapat di situ. Di pintu masuk kami melalui kandang badak sumbu berdekatan pintu masuk.

Kemudian, kandang zirafah dan kandang-kandang lain di situ. Terdapat juga antelop, kuda belang, ostrich dan beberapa haiwan lain. Aku seorang saja memulakan kerja dengan membersihkan kandang badak sumbu bersama seorang staf di situ yang mana sedang mengangkat najis-najis badak sumbu tersebut memasukkan dalam beberapa tong sampah hitam. Kemudian, sisa-sisa makanan dibuang dan dibersihkan. Selepas itu, selesailah tugasan pertama di kandang badak sumbu dan sampai waktu rehat pagi.



Selepas rehat, aku sekali lagi berseorangan membantu En. Musa selaku ketua di situ memotong rumput untuk makanan haiwan-haiwan di situ. Rumput-rumput di tepi jalan di belakang zoo itu rupa-rupanya ditanam sebagai 'back up' untuk makanan haiwan tersebut. Ketika itulah aku terlihat satu kandang lama untuk badak air yang telah tidak digunakan lagi kerana badak air yang diletakkan di situ terlalu agresif sehingga dapat merosakkan kandang sebelum dipindahkan ke kandang yang baru yang mana ia sentiasa berendam.

Selesailah tugasan kedua, dan rehat tengah hari. Petang kerjanya sangat mudah apabila memberi makan kepada haiwan-haiwan di kandang itu dengan sukatan yang diberikan. Rupa-rupanya, haiwan-haiwan kat situ pun makan vitamin gak. Baru aku tau, setiap ekor akan diberikan tiga biji vitamin. Pergh... aku masa tu membantu seorang pelajar praktikal daripada UM yang dipanggil Teh seorang berbangsa Cina.

Kerja-kerja pada petang tu siap dengan cepat la sebab hanya bagi makan je. Tapi tak semuanya ada dalam kandang masa bagi makan sebab belum masuk lagi. Terdapat beberapa haiwan je yang ada dalam kandang macam seekor antelop bersama anaknya. Terdapat juga seekor kuda belang jantan yang tidak dilepaskan atas sebab untuk mengelakkan pergaduhan dengan jantan yang lain. Dan sekumpulan oryx kalau tak salah tidak dilepaskan sebab takut keluar daripada kawasan padang yang terdapat kerosakan pagar.

Dua ekor ostrich pun tak dilepaskan sebab terlalu agresif. Ada juga antelop kalau tak salah agresif gak tidak dikeluarkan. Sempat la aku tengok haiwan-haiwan tu yang berada dalam tu. Tak lupa gak zirafah yang bersama anaknya. Dapat gak aku bagi makan daun-daun yang diambil pagi tadi. Pergh... macam-macam haiwan kat sini makan. Ade roti, sayur, buah, jagung, palet, rumput kering dan ada la lagi yang lain. Ikut sukatan la kan masa nak bagi makan...

So, bagi la kat setiap kandang. Kat situ ada lapan kandang. Antelop, ostrich, kuda belang, ape lagi ek.. x igt aku.. heheee... ade yang sakit, ade yang beranak, ade yang ganas sangat, ada yang tak boleh campur... macam-macam ade... So, petang memang keje sikit je la... bagi makan haiwan jer... So lpas tu blh la relax... jalan-jalan kat sekitar zoo... hahaaa...

Tapi kene la balik lepas 4.30pm... tak boleh la balik awal... So, lepas pukul 4.30pm aku pon balik la... ingat nak gak tgk diorng masukkan haiwan tu dlm kandang balik... tapi tak sempat la... Tapi sempatlah  aku berjalan-jalan dulu kat kawasan zoo yang berdekatan seperti tempat serangga yang dikenakan bayaran RM5 untuk masuk.

So, aku pun balik la. Letih gak wt keje sane... tapi boleh la... macam-macam gak dapat belajar kan... tapi nnt leh la wt lagi... So, aku selitkan la beberapa gambar yang sempat aku amik untuk dikongsikan bersama. Sape2 yang nk buat volunteer tu bagi tau la... leh gi sama-sama... Tak tau la aku, korang rasa ape nanti... takut bosan jer... tp aku bagi tau ape yang aku buat je la... yang aku tak buat aku tak tau... hehe..

Aku akan datang semula ke zoo minggu depan, mungkin hari Selasa. Banyak gak benda baru yang aku dapat kat Bahagian Savana tu yang mungkin sukar dapat di tempat lain. :) Nanti aku cite la sket-sket. Yang menarik tu amik la sebagai info anda.

Sekian, Terima Kasih...
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah



Nuffnang