HALAMAN UTAMA

Telefon Pintar Untuk Belajar? - StudyBlue

Assalamualaikum, anda mempunyai telefon pintar? Sangat menarik satu kajian di luar negara berkenaan dengan penggunaan telefon pintar. Tetapi bagaimana dengan statistik pengguna telefon pintar di Malaysia? Apa pun, mari kita lihat satu kajian yang dibuat StudyBlue

Mengikut kajian StudyBlue, pelajar yang menggunakan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dianggarkan lebih daripada 40 minit setiap minggu berbanding pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar. Data ini diambil berdasarkan kepada hampir sejuta pelajar yang menjadi pengguna aplikasi StudyBlue pada tahun 2011. Menurutnya, pelajar juga lebih suka menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran ketika berkomunikasi atau ketika di tempat kerja dan di sekolah. 

Kajian mennunjukkan hampr separuh pelajar menggunakannya untuk pembelajaran ketika mahu tidur dan selepas bangun tidur ketika online

19% ketika mahu mandi, 17% ketika bersenam, dan lain-lain peratusan boleh lihat di bawah :-

Mobile Studying & Online Flashcards on Smartphones [Infographic]
Via: STUDYBLUE.com


Jadi bagaimana kita di Malaysia? Menggunakan Telefon pintar untum pembelajaran? Sama-samalah kita manfaatkan teknologi yang ada dengan sebaiknya. Contohi amalan yang baik daripada negara-negara barat untuk kebaikkan kita. Insya-Allah. 

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 30 (Wordless Wednesday) Passiflora edulis

Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 29 (Wordless Wednesday) Poster FYP 2011

 
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Hudud? Apakah itu Hudud?

Assalamualaikum, akhir zaman ini, sangat banyak fitnah yang berlaku dan tersebar luas. Oleh yang demikian, Islam juga tidak terlepas daripada perkara ini. Terkadang, kita terlupa apa yang kita katakan itu tidak benar atau tidak tepat dan kadang kala boleh menyebabkan kita menghina Islam itu sendiri. Astagfirullahal a'zim, na'uzubillahiminzalik. Saya juga mengingatkan diri saya serta para blogger dan pembaca sekalian, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Mungkin perbezaan pendapat akan menyebabkan kita berpecah dan mempertahankan pendapat dan fikiran masing-masing dengan mengetepikan akidah kita yang sama itu. Berhati-hatilah kerana sepatutnya kita bersama menyokong dan berusaha ke arah tersebut.

Namun, perlu diingat, jika kita dalam satu akidah yang sama, tidak perlulah kita menperlecehkan peratuaran dan ajaran akidah kita semata-mata mempertahankan undang-undang manusia. Mana lebih HEBAT? komputer atau manusia? Sudah tentulah manusia, jika tidak bagaimana komputer terhasil dan mana lebih HEBAT? Pencipta atau produk? Sudah tentulah jawapannya Pencipta.

Dalam al-Quran juga telah menyatakan tiada paksaan dalam beragama, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya, namun perlu diingat, jika kita sudah Islam, wajib kita patuhi peraturannya bukan? Tiada paksaan dalam agama seperti yang difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256 :-

ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ ﰖ ﰗ ﰘ ﰙ ﰚ

Maksudnya {256} : Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 
Namun, sejauh mana kita beriman dengan kitab Allah? Apakah kita sering saja berbolak-balik dengan ketetapan Allah? Bagaimana kita rasa jika tetamu kita masuk ke rumah kita dan buat sesuka hati seperti di rumah mereka. Buang sampah merata, pakai kasut dalam bilik dan sebagainya. Sudah tentulah ada adabnya dan peraturannya walaupun bagi sesetengah orang, biasa sahaja pakai kasut dalam bilik.
Apa pun, semua orang sering tertanya-tanya mengenai satu perintah Allah iaitu hudud. Apakah itu hudud? Saya amat menyokong usaha kita untuk menerangkan apakah itu hudud mengikut kata mata Islam yang sebenar. Ulama' dan ahli agama Islam perlu lebih proaktif dalam usaha ini. Dalam zaman serba canggih ini, kita perlu mengorak langkah menyampaikan mesej Islam dan penerangan dengan lebih efektif melalui media massa dan elektronik. Mengapa?


Dengan mengikuti perkembangan ini, kebanyakkan mereka yang sering mendapat informasi di alam maya lebih mudah memahami dan mempelajari melalui penyampaian yang lebih kreatif dan efisyen. Saksikan dan cuba kita fahami bagaimana Hudud itu diterangkan menggikut bahasa mudah difahami kita semua. Insya-Allah, ini adalah satu usaha dan permulaan yang baik.



Walaubagaimanapun, untuk lebih memahami, janganlah kita bertanyakan kepada mereka yang tidak arif dan tidak memahami akan agama Islam itu sendiri. Seperti mana kita tanyakan mengenai apakah itu matematik kepada orang yang mahir sejarah. Bukan tidak boleh, tetapi, apakah kita yakin dia boleh memberikan jawapan yang betul?

Apa pun, fahami kemusykilan kita dengan bertanya kepada yang lebih arif. Dan janganlah bertaklid dengan apa yang diperkatakan seseorang melainkan kita memahaminya. Wallauha'lam.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Touch Pad Laptop Tidak Berfungsi?

Assalamualaikum, hari ini bagaimana saya mahu kongsikan cara untuk unlock semula touch pad untuk laptop kita sekiranya terlock secara tidak sengaja? Mungkin sebelum ini kita tak sedar bahawa netbook atau laptop kita mempunyai lock untuk touch pad. Tetapi jika tanpa kita sedar, tertekan butang lock, bagaimana nak unlock semula?

Kebiasaanya, kebanyakkan laptop mempunyai butang lock yang sangat jelas pada atas touchpad atau pada keyboard. Namun, bagaimana jika ianya tiada? Inilah masalahnya bagi yang tidak tahu dimana letaknya butang tersebut.

Saya pun baru jumpa masalah seperti ini, maklumlah, tak ada laptop jenis touchpad seperti ini. Jadi, saya kongsikan masalah tadi dan bagaimana ianya terjadi pada :-

- Mini HP Laptop
- Pengguna tidak perasan bila touchpad tersebut dilock
- Tidak tahu cara nak unlock touchpad tersebut.

Penyelesaiannya seperti di bawah :-

Klik 2 kali pada kawasan atas sebelah kiri iaitu pada lampu untuk lock touch pad.

Klik 2 kali pada lampu merah tersebut untuk unlock semula touch pad tadi.


Semoga ini dapat membantu para pembaca yang mungkin belum pernah alami masalah ini.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 28 (Wordless Wednesday) Kupu-kupu



Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bagaimana Nak Dapatkan Fail Hilang Sebab Virus?

Assalamualaikum, hari ini saya mahu kongsikan bagaimana kita mahu dapatkan semula fail yang sudah hilang dalam PC atau External Hard disk atau pun pendrive. Semua orang mahukan semula fail-fail atau folder mereka semula jika telah hilang akibat daripada serangan virus. Mungkin ianya amat penting dan sangat diperlukan. Jadi, tak perlu risau, cubalah cara yang saya syorkan ini. Seorang rakan yang mengatakan bahawa failnya atau pun dokumen di dalam hard disknya telah hilang selepas menggunakan PC atau pun komputer lain telah diperolehi semula.

Saya dapati, external hard disknya telah diserang virus yang mana telah menduplikasikan fail-fail dalam hard disk tersebut menjadi fail shortcut yang mana akan menyebabkan fail asal disembunyikan dalam hardisk yang sama, tetapi hanya memaparkan fail shortcut sahaja. Jadi, bagaimana mahu kembalikan keadaan ini semula, ikut cara di bawah.

1. Pergi ke "START";
2. Klik "RUN";
3. Taipkan "cmd";
4. Apabila keluar tetingkap "C:\Windows\system32\cmd.exe" (Windows 7)
5. Taipkan "L:" (Mengikut nama kod hard disk anda) dan Enter.
6. Kemudian taipkan "attrib -s -h *.* /S /D" dan Enter.

Seperti ditunjukkan di bawah :-


Insya-Allah, fail-fail yang disorokkan virus tadi akan kembali semula seperti biasa. Jika tidak berjaya, bolehlah kongsikannya kepada saya. Mungkin, ada cara lain boleh kita sama-sama kongsikan.

Sekian, Terima kasih. 



MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Live Gerhana Bulan Penuh Disember 2011 Berlangsung

Assalamualaikum, gerhana bulan penuh untuk kali kedua sedang berlangsung hari ini bermula 7:31pm tadi boleh dilihat di kawasan Asia Tenggara khususnya di Malaysia selepas berlaku gerhana bulan penuh pada Jun 2011 lalu. Namun kali ini ianya berlaku lebih awal iaitu selepas terbenamnya matahari. Mengikut kiraan, bulan akan ditutupi bayangan Bumi sepenuhnya selama 52 minit 16 saat untuk 12 Disember 2011 berbanding selama 100 minit pada 15 Jun 2011.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita mencerap di mana-mana lokasi yang menyediakan peralatan jika berkesempatan. Namun, anda boleh sahaja melihatnya dengan mata kasar dan tidak perlu menggunakan filem hitam untuk melihatnya kerana ianya gerhana bulan, bukan matahari.

Terdapat beberapa siaran langsung yang boleh disaksikan oleh saudara yang tidak berpeluang melihatnya di lokasi sekarang. Saya kongsikan di bawah untuk dikongsikan kepada anda.

Langsung daripada Planeterium Negara, Kuala Lumpur. Bermula pukul 8:30pm sehingga 11.00pm.
(Kredit : Angkasa Malaysia)
(Sumber : Angkasa Malaysia



Di bawah disertakan siaran langsung saluran 1 daripada Ranau Sabah, 
(Kredit to Lingkudau)


Semoga sedikit sebanyak para pembaca sekalian dapat melihat secara langsung daripada beberapa tempat yang menyediakan streaming online.

Sumber lain :
Facebook Malaysia Lunar Eclipse
Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Falak-Online

Saya yang berada di kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur, masih belum dapat melihat bulan pada 7:30pm tadi, namun, pada pukul 8:10, imej berikut dapat saya rakamkan dan kembali cerah beberapa minit kemudian.


PPR Batu Muda, Pukul 8:06pm 12 Disember 2011.
Mungkin saudara pembaca boleh kongsikan gambar-gambar yang dicerap di lokasi anda. Maklumlah sekarang kamera ada pelbagai jenis. Jadi pelbagai kualiti gambarlah boleh diperolehi.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 27 (Wordless Wednesday) Neobalanocarpus heimii


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 26 (Wordless Wednesday) Nephelium lappaceum


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Duyung Memang Wujud?

Assalamualaikum, beberapa hari dahulu, saya telah dipertontonkan dengan satu video bagaimana dikatakan duyung itu wujud. Namun, apabila melihatnya sendiri, tahulah saya bahawa Allah itu maha berkuasa dan mampu melakukan dengan apa sahaja kehendakNya. Jadi saya kongsikan mengenai kewujudan duyung ini yang telah pun hidup lebih daripada 10 tahun sebelum kematian pada tahun yang ke sepuluh. Inilah kehidupan sebenarnya yang amat sukar dan sangat jarang boleh berlaku bagi yang dilahirkan seperti ini.

Para pembaca sekalian, perkongsian ini memberikan pelbagai pengajaran kepada kita sebagai manusia biasa untuk hidup di atas bumi Allah ini. Antara pengajaran yang saya dapat apabila melihat kejadian seperti ini :-

  • Hidup ini punyai ujian, dan semuanya ada rahsia di sebalik kejadiannya. (Punca Kejadian)
  • Bagaimana sesorang itu boleh hadapi ujian sebegitu jauh dengan serba kekurangan? (Semangat)
  • Bersyukur dan sentiasa memperbaiki diri. 
  • Tiada yang mustahil bagi Allah.

Jadi, para pembaca bolehlah saksikan sendiri bagaimanakah keadaan sebegitu yang tidak sempurna untuk seorang manusia boleh hidup sehingga 10 tahun. Bayangkan beliau mempunyai satu buah pinggang, tiada organ kemaluan, mempunyai usus yang sangat pendek dan hanya mempunyai satu kaki. Walaubagaimana pun beliau masih mampu untuk bermain dan menyertai aktiviti tarian dalam hidupnya. Tetapi, sejauh mana kita tahu apakah kesan yang bakal dilalui zuriat kita daripada tindakan kita sendiri? Adakah akan menjadi punca menyumbang kepada kelahiran manusia duyung seperti ini?



Tahukah anda, bahawa ini adalah satu penyakit yang dinamakan Senomelia atau pun Sindrom Duyung dimana boleh terjadi dengan nisbah lelaki paling tinggi 2.7 : 1. Dan boleh terjadi di dunia dalam kelahiran dalam nisbah 1.5-4.2 : 100,000 kelahiran. Kebanyakkannya akan meninggal dunia selepas kelahiran selepas mati atau pun sejurus dilahirkan. Dan antara kes yang dilaporkan adalah kerana kesan daripada penggunaan tembakau.

Bagaimana Sindrom ini boleh dipulihkan.

Jadi, saksikanlah bagaimana seorang yang bernama Shiloh Pepin (1999 - 2009) antara yang paling lama hidup dengan terpaksa menghidapi penyakit Sindrom Duyung ini selama 10 tahun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sindrom ini, Sila lihat antara kajian mengenainya di Kajian Sindrom Duyung, Jurnal Sindrom Senomelia, Jurnal Perinatologi, dan Jurnal Medical Case. Boleh juga lihat Dokumentari Mermaid Syndrom.

Contoh kelahiran Sindrom Senomelia.



Saksikanlah antara manusia yang paling lama dengan meghidapi sindrom senomelia iaitu Shiloh Pepin (1999-2009).


Antara video perkongsian kehidupan beliau sebelum kematiannya pada umur ke 10 tahun.


Semoga kita yang sempurna ini dapat menjadikan ini sebagai satu dorongan untuk kita terus berusaha untuk mencapai sesuatu. Ingatlah bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan dan kita mampu pergi lebih jauh dengan usaha yang kita lakukan. Insya-Allah.
Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 25 (Wordless Wednesday) Cynometra cauliflora


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Twitter? Ini Fakta Untuk Anda

Assalamualaikum semua, Apa benda Twitter ni? anda ada? Mungkin ada, atau pun tidak ada. Jika ada pun, mungkin aktif, atau mungkin juga tidak. Saya di sini mahu kongsikan sahaja apakah faktanya si Twitter ni. Nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi, inilah hasilnya. Mungkin juga anda penyumbang atau pun tidak, sekadar informasi sahaja. Sejauh mana statistik pengguna twitter ini menyumbang kepada peratusan berikut? Ini adalah hasil daripada statistik yang diperolehi.





Aktiviti peribadi adalah yang tertinggi 72%.
Aktiviti pekerjaan 62%.
Berkongsi URL/Link 55% 
Berkongsi pandangan umum 54%
Retweet semula 53%.
Pesanan mesej 52%,
Berkongsi gambar 40%
Berkongsi Video 28%
Tweet lokasi 24% 


Apa pun, manfaatkan teknologi yang ada untuk kemudahan hidup kita. Insya-Allah, segalanya akan baik dan memberikan manfaat kepada kita jika kena pada caranya.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sakitkah Aku? : Pulih Sepenuhnya (Part Akhir)

Assalamualaikum, setelah genap setahun aku pertama kali disahkan penyakit Tibi pada Oktober 2010, kini Alhamdulillah aku telah pulih sepenuhnya daripada rawatan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu di PPUM. Selepas beberapa bulan berhenti mengambil ubat, aku perlu ke PPUM untuk kali terakhir membuat X-Ray bagi mengesahkan bahawa aku benar-benar telah sembuh.

Seingat aku, ketika kali terakhir buat X-Ray, tidak perlu ke DOTS klinik dan hanya terus berjumpa dengan doktor sahaja dengan membawa kad temujanji pesakit. Waktu itu agak senang apabila sejurus aku membuat X-Ray, terus berjumpa dengan doktor dan telah disahkan bahawa aku telah sihat sepenuhnya dan tida perlu lagi untuk datang membuat pemeriksaan. Alhamdulillah, semoga kesihatan aku dapat terus berkekalan sehingga akhir hayat dan terhindar daripada jangkitan kali kedua. Insya-Allah.

Namun, seperti apa yang aku ingin kongsikan sebagai bahagian akhir dalam siri "Sakitkah Aku?" :-
1. Elakkan ke tempat awam yang mempunyai ramai warga asing.
2. Sentiasa amalkan kebersihan ketika makan.
3. Pilih gerai yang bersih ketika makan di luar.
4. Segera ke klinik atau hospital jika terdapat simptom-simptom Tibi.


Untuk Pesakit TIBI yang sedang menjalani rawatan :-
1. Elakkan mendekati orang lain dalam 2 minggu pertama selepas disahkan TIBI.
2. Nasihatkan orang yang selalu hampir dengan anda untuk membuat pemeriksaan TIBI.
3. Pastikan anda makan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan doktor.
4. Elakkan anda meninggalkan walaupun sekali waktu memakan ubat.

Borang digunakan untuk pemeriksaan.

Pada saya, itu yang aku dapat kongsikan dan ketahuilah bahawa TIBI ini boleh membawa maut. Nasihat saya :-
1. Anda mesti tahu bahawa TIBI ada penawarnya.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia akan menanggung rawatan peringkat pertama untuk pesakit TIBI.
3. Untuk peringkat kedua dan ke atas, anda perlu membayar sendiri kos rawatan tersebut.
Fail yang merekodkan bilangan ubat mengikut hari yang telah diberikan kepada pesakit sehingga 6 bulan.

Contoh fail saya yang dicatatkan rekod mengambilan ubat di DOTS PPUM setiap kali mengambil ubat.


Apa yang aku ingat daripada kata-kata doktor yang memberikan pesanan :-
1. MESTI ikut nasihat doktor, walaupun dalam 2-3 bulan dah rasa ok, mesti makan ubat sampai 6 bulan.
2. Jika tidak, virus atau bakteria tersebut akan kembali aktif dan boleh menyerang untuk kali kedua.
3. Pada masa itu, antibiotik yang lebih kuat akan digunakan.
4. Virus atau bakteria tersebut boleh menyerang bahagian otak atau pun organ lain.
5. Jadi memerlukan rawatan sehingga 2 tahun mengikut keadaan anda.
6. Jadi, adakah anda mahu ianya berlaku pada anda? Minta jauhlah... Semuanya di tangan anda.
Semoga penghidap TIBI akan terus kuat dan bersabar dalam setiap rawatan yang anda lalui. Aku pun dijangkiti penyakit ini tanpa diketahui puncanya. Jadi, jaga kesihatan dan hidup anda semoga lebih sihat. Insya-Allah, setiap penyakit ada ubatnya.

Terima kasih kepada yang mengikuti 5 siri "Sakitkah Aku?" ini. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberikan sedikit informasi dan panduan kepada anda. Insya-Allah.

 
Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Apakah itu SCAM?

Assalamualaikum, hari ini saya mahu kongsikan sesuatu yang biasa kita dengar mengenainya di internet. Dalam internet ini ada pelbagai manfaat yang jika kita bijak menggunakannya atau mengambil peluang, kita sememangnya bija. Tetapi, terdapat juga banyak penipuan antaranya ialah SCAM. Apakah itu SCAM? Baiklah secara ringkasnya saya ingin kongsikan.

Biasanya kita tidak rajin membaca artikel atau pun rencana panjang untuk mengentahui apakah itu SCAM. Betul? Mungkin tidak bagi sesetengah orang. Tapi mahu tidak mahu, kita perlu untuk mengetahui apakah itu SCAM bagi mengelakkan kita terjebak ataupun terperangkap dalam penipuan ini. 

Lihatlah apakah jawapan yang diberikan Cybersafe Malaysia secara ringkasnya.

Diharapkan, kita faham secara dasarnya apakah itu SCAM. Insya-Allah perkongsian yang sedikit ini akan memberikan kita kefahaman dan sering mencari jawapan untuk sesuatu istilah yang biasa digunakan. Bagi mengelakkan kita tertipu dan terjebak, pastikan anda lihat beberapa butiran mengenai sesuatu perkara tersebut :-

Nama Syarikat, 
Alamat syarikat, 
No Telefon,
Testimonial,
Nama individu yang terlibat,
Siapakah rakan strategik syarikat,
Prestasi syarikat,
Rujukan media (akhbar), 
Memahami apakah yang dilakukan, 
Menghubungi secara terus pihak berkaitan untuk kepastian dan apa-apa yang anda rasakan perlu untuk keyakinan diri anda sendiri seperti melihat pendaftaran syarikat dan sebagainya. Insya-Allah, jika ianya semua lengkap dan telah disahkan pihak yang berwajib, anda bolehlah meneruskan hajat anda untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang berkaitan.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

MyKad Smart Shopper Dalam Aplikasi APPLE

Assalamualaikum, sebelum ini saya telah kongsikan peluang perniagaan program AFFILIATE JUNCTION (AJ) hanya menggunakan Mykad bersama pembaca sekalian. Tetapi pada hari ini, saya ingin kongsikan pula bagaimana Program MyKad Smart Shopper ini telah berada dalam aplikasi produk terkemuka Apple. Percaya atau tidak, inilah sesuatu yang sangat membanggakan dan membuktikan bahawa program ini sememangnya akan menjadi satu fenomena terbaru untuk beberapa tahun lagi.

Namun, ini adalah sesuatu permulaan yang sangat mengagumkan dan bakal berkembang dengan lebih meluas bukan sahaja ke seluruh Asia malah ke seluruh dunia. Jadi, kepada anda sebagai pengguna atau pun pengkedai bolehlah melihat bagaimana potensi anda apabila melihat peluang dalam menggunakan projek ini sebagai satu daripada penjana pendapatan anda secara berterusan.

Anda boleh mendownload aplikasi ini di AFFILATE JUNCTION (AJ) Pertama di ASIA.

Di bawah pula saya tunjukkan antara fungsi dan aplikasi yang boleh digunakan menggunakan Ipad dan Iphone yang ditunjukkan dalam laman web aplikasi Apple.

Halaman AFFILIATE JUNCTION dalam laman aplikasi Apple :-


iPhone dan iPad boleh menggunakan aplikasi ini :-






Cara memasang aplikasi Affiliate Junction (AJ) - This Way Please Apple :-




Aplikasi Tambahan yang akan diperolehi pengguna



Aplikasi yang memberi kelebihan kepada Pengkedai/Merchant/Peruncit



Kedai Terlibat akan dipaparkan mengikut Jenis Perniagaan



Kelebihan menggunakan aplikasi ini



Anda boleh menggunakan GPS ke Kedai, Memberikan Rating dan Berkongsi



Downloadkan Aplikasi Affiliate Junction (AJ) di bawah



Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai Program Mykad Smart Shopper yang mana membolehkan anda menggunakan atau mempromosikan perniagaan anda dalam aplikasi ini secara PERCUMA, silalah emailkan kepada saya pertanyaan tersebut di alamat :

Email : emailfarid88-bisnes [at] yahoo.com  atau
Facebook : Farid Aspar.



Insya-Allah, saya sedia membantu. Terima kasih.

Untuk makluman anda, program ini baru meyambut ulang tahun pertama pada Novermber 2011 baru-baru ini. Bermula dengan penubuhan syarikat I Synergy Universal Sdn Bhd oleh Pengarah Eksekutif (CEO) I-Synergy Universal, Lawrence Teo (1979) yang berasal daripada Keluang, Johor pada 2008 dan telah berkerjasama dengan JPN dan MDeC pada November 2010 untuk memprogramkan satu program usahasama menggunakan MyKad iaitu Program Mykad Smart Shopper.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 24 (Wordless Wednesday) Jubah Konvokesyon

Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Cara buang "Windows is not genuine" Windows 7?

Assalamualaikum, "Alamak! windows aku dah kena detact tak ginuine la. Macam mana ni?" tak sengaja keluar kata-kata tersebut. Apa kan daya, pertama kali guna windows 7 yang tak diaktifkan dikesan cetak rompak. Tapi macam mana nak selesaikan masalah ni? Macam nilah. Saya berikan langkah-langkah mudah yang saya buat selepas merujuk kepada beberapa tutorial atau perkongsian di blog-blog yang ada.

Langkah kedua, installkan software tersebut dan biarkan running,
Jika perlu restart, teruskan saja.
Kemudian, selesai masalah. 
Di bawah apa yang berlaku pada Desktop saya sehingga hasilnya.

Lihat pada sebelah kanan di paling bawah. Tertulis "Windows 7, Build 7601, This copy of Windows is not genuine".

Lihat pada Properties My Computer dan pada bahagian windows activation. Produk belum diaktifkan lagi.


Software yang telah didowload kemudian di runningkan. Klik OK sahaja.

Selepas, komputer direstartkan semula, tidak kelihatan lagi notis di bahagian kanan bawah desktop.

Apabila dilihat semula pada Propeties My COmputer juga sudah tidak kelihatan notis pengaktifan Windows.


Kalau masih belum berjaya, boleh cuba cara lain yang disarankan pakar-pakar. Insya-Allah, selesai masalah anda.

SOFTWARE UNTUK DI DOWNLOAD DI SINI

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 23 (Wordless Wednesday) Tupai Jinak


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Jom Pasang IntenseDebate di Blog

Assalamualaikum, saya sudah hampir beberapa bulan menggunakan IntenseDebate sebagai satu cara untuk mendapatkan backlink daripada pengunjung yang memberikan komen kepada blog kita. Secara tidak langsung, setiap komen yang mereka berikan akan disertakan dengan post entri yang terbaru daripada blog mereka. Oleh yang demikian, secara tidak langsung kita juga akan dapat notis kemaskini dan jika terdapat respon atau pun komen terbaru.

Jadi saya sarankan kepada mana-mana blogger untuk menggunakannya kerana ianya memudahkan kita sama ada pemilik blog atau pun pengomen untuk post entri kita. Jadi, saya kongsikan sedikit bagaimana mahu memasang IntenseDebate dalam blog kita. Insya-Allah seperti yang saya tunjukkan di bawah.

Sebelum memulakan pemasangan, sila buatkan satu akaun IntenseDebate dan boleh mulakan langkah-langkah di bawah. 

LANGKAH 1


LANGKAH 2



LANGKAH 3


LANGKAH 4

LANGKAH 5

LANGKAH 6

Hasil pemasangan IntenseDebate pada blog anda.



Semoga anda berjaya dan kita sesama blogger dapat meninggalkan jejak dengan cara yang lebih baik dan mudah dijejaki. Semuanya automatik jika anda memasang aplikasi ini dan mempunyai satu akaun IntenseDebate ini. Bagi saya, sangat seronok juga menggunakan aplikasi ini.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang