Wow, hari terakhir aku nak wat volunteer target aku dah nak tercapai buat selama 40 jam di Zoo Negara. Lepas seminggu lebih tak datang zoo. Hari ini aku datang buat volunteer teringin nak buat kat akuarium plak. Hahaa.. sebab dah banyak kali, aku mintak la nak wat kat situ kan. So, diorng pun bagi la. Tapi kali ini, aku ditemani dua orang volunteer student medic universiti daripada Hong Kong. Dua-dua perempuan chinese Sorng dari Ampang Malaysia, dan sorng lagi dari Hong Kong.
Tapi orng Hong Kong tu tak paham la bahasa Melayu. So, member die translatekan la... hehee... So pagi tu, gi terus ke pejabat kat Akuarium tu, then terus diorng bagi kerja untuk bersihkan belakang bangunan akuarium. Masa tu, ditugaskan untuk cabut pokok kaduk yang tumbuh kat situ dengan membersihkan juga rumput-rumput yang ada di situ. So, apa lagi, bersihkan la. Katanya takut ada ular datang kat tempat tu... Maklum la zoo ni memang byk ular. Besar-besar plak tu. Masa tu ada lagi dua orang student dari UNIMAS buat praktikal kat situ sedang bersihkan daun untuk buat 'black water'.
Sebelum diorng wat kerja sama-sama bersihkan kawasan tu, diorng dah cari daun kering untuk buat 'black water' guna daun-daun tu. Hoo~ macam tu nak buat air untuk ikan yang hidup dlm air jenis tu ye... hehee... Then, tak lama tu, diorng kene wat keje kat tempat lain lak... arahan bos katanya... haha... Apa lagi, wat la keje tu dgn dua orang student medic tu. Diorng pun bagi tau, diorng kene buat kerja satu bulan mengenai sesuatu yang takde kaitan dengan Medic. Ho~ patut la diornag datang situ. Hehee~... keje tu kami buat sampai waktu rehat...
Tapi lepas rehat pagi, terus setelkan tempat tu. Then, ketua tempat tu mintak aku dgn 2 lagi tu, ikut die masuk akuarium wat lanskap kat akuarium kecil kat situ. So follow la. Katanya sejuk sikit kat dalam tu.. hehee.. So, tengok la. camne diornag wat lanskap dlm tu. Rupa-rupanya letakkan kayu then lumut-lumut dalam tu. Nak bagi nampak menarik lagi. Katanya, penting gak untuk pastikan ikan yang nk dishow tu dapat dilihat pengunjung.
Pergh, baru aku tau, sume akuarium kecik yang macam takda ikan tu, memang ada ikan yg tersembunyi.. haha.. ye la... selama nie.. aku igtkn asal akuarium tu kecik je, tak de ikan berenang2... aku anggap ikan dah takde.. hahaa... ye la... kot2 tgh underconstruction ke kan.. mana la aku tau... hehee.. rupa-rupanya tidak... :D Sepanjang buat keje tu, dia pon bg taulah, ada diantara ikan-ikan kat situ harganya walaupun saiz kecik, tapi mencecah 20 dollar seekor. Pergh.. mahal tu... Ada yg dapat dijumpai di Malaysia sahaja. Menarik sungguh untuk diketahui bersama sebab akuarium terbesar yang pertama kat Asia rasanya yang ada pelbagai jenis ikan air tawar yang dipamerkan kalau tak salah la. Then, sampai waktu rehat, kami pun balik la pejabat dia kat akuarium tu.
Dalam masa tu, baru aku tahu yang ketua kat bahagian akuarium tu, student UM gak, dulu pernah studi kos ekologi dan biodiversiti gak. Graduate tahun 1997 kalau tak silap la. hehehee... Namanya Herman. Baru aku tau ramai gak orang yang asalnya study dari UM kat Zoo tu. Hehee... Macam-macam kerja yang diorang wat. Kerja En herman nie, katanya, selalu la keluar ke hutan-hutan mencari jenis-jenis ikan sambil mencari spesies-spesies tumbuhan yang sukar dijumpai untuk dibiakkan daripada habitat asal yang semakin hilang.
Menarik pengalamannya yang juga mengatakan bahawa botanist yang betul-betul mahir sukar dijumpai sekarang. Kerana kepakaran dalam mengenal spesies tumbuhan amat penting dalam sesuatu kajian dan sangat membantu pelbagai bidang lain seperti perubatan, bioteknologi, makanan, perkayuan, kesihatan, pertanian dan perindustrian. Namun, begitulah yang aku harapkan, cuba untuk menyahut cabaran tersebut sebagai saintis yang dapat memberi sumbangan. Haha... menarik untuk dikongsi bersama la...
Namun, petang tu sambung balik kerja untuk mengemas rumah yang diletakkan ikan-ikan baru kalau tak salah la. So susun semula tempat tersebut dan bersihkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. Aku pun buat bersama volunteer lain serta seorang staff perempuan kat situ. So, kejap juga la kerjanya siap. Ada masa satu jam la sebelum boleh balik. Hehee.. Tapi rehat la kejap kat pejabat dia sampai pukul 4 petang. Jadi dalam pukul 4.30 petang, aku pun pergi la ke bahagian pendidikan untuk mengambil sijil penghargaan 40jam menjadi volunteer di Zoo Negara. Maka, sasaran aku pun dah tercapai, tetapi masih belum puas sebab tak semua bahagian zoo aku dapat rasa kerja volunteer tu. Apa pun, kalau tiada halangan, aku akan kembali mencari ilmu dan pengalaman di semua bahagian zoo.
Jadi, bahagian tu bagi tau aku, kalau nak buat, cuma perlu :-
1. Kalau tak penah buat langsung kene isi form.
2. Kalau dah pernah buat, cuma maklumkan saja bila nak buat volunteer di pejabat tersebut.
3. Kemudian, pergi la kat mana kita nk buat.
Itu sahaja step2nya. Jadi, sesiapa mahukan cabaran untuk jadi volunteer, silakanlah. Amat dialu-alukan. Sampai di sini sahaja perkongsian pengalaman di zoo selama 40 jam membuat kerja amal. Heheee.. lain masa aku akan kongsi lagi apa-apa yang menarik untuk dikongsi infonya.
Sekian, Terima Kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan