Sedang membantu Aiman yang berumur 6 tahun dan Abdullah membaca Alfatihah, aku disapa oleh seorang pakcik. "Ustaz, Abdullah ni tak tahu baca alquran lagi, baru 6 bulan masuk Islam" katanya. "Ho~, yeke?" aku mendapatkan kepastian. "Saya pun baru masuk Islam, saya pun selalu ikut tabligh, selalu keluar 40 hari, lepas saya ikut, saya pun balik ke rumah, bagi tahu isteri suruh dia fikir, kenapa kiat sembah patung, patung tu boleh bergerak-gerak ke? kalau tak pun, baik sembah televisyen, ada juga gambar bergerak-gerak, die pun tak boleh tolong kita. Lepas tu, saya panggil anak-anak saya, suruh diorang fikirkan benda ini. Saya pun dapat tahu Islamlah yang agama yang betul-betul benar. Kemudian, saya pun ajak mereka masuk Islam. Alhamdulillah, isteri saya, anak-anak saya, cucu saya terima Islam". Panjang lebar ceritanya.
"Jadi, Abdullah ni memang belum tahu baca AlFatihah ke?" tanyaku ingin tahu. "Dia baca tak boleh, tapi saya pun belajar sikit-sikit masa dalam tabligh, kadang-kadang masa solat saya tak dapat baca apa yang kene baca, cuma ikut saja orang sebelah buat. Orang angkat jari telunjuk, saya pun angkat. Tapi cuma dapat baca, Subhanallah, Subhanallah saja la, sebab tak hafal yang panjang. Tapi sikit-sikit saya belajarlah. Alfatihah pun, saya ikut bacaan ustaz yang ajar kepada saya. Tapi sekarang sudah boleh sikit-sikitlah, Alhamdulillah" jelas pakcik berbangsa India itu. "Takpe pakcik, sikit-sikit pun dah bagus dah, tapi kenelah hafal juga bacaan alfatihah tu" kataku berikan sokongan. "Betullah, tapi sikit-sikit saya pun ajar isteri , cucu baca alfatihah, sekarang isteri saya pun sudah boleh baca sikit-sikit. Tapi, kasi ajar bacaanlah bagi boleh baca" jawab pakcik itu dengan pelahan-lahan.
Tersentuh juga hati, mendengar luahan muallaf tersebut ketika berada di Masjid Damansara Damai. Sesungguhnya nikmat yang diperolehinya pada umur yang sudah lanjut amatlah berharga. Berbanding kita sebagai muslim keturunan pun, sukar untuk mendalami agama itu secara bersungguh kerana beranggapan sudah 'cukup' didikan agama daripada keluarga. Walhal, sudah pastikah kita seorang muslim yang benar-benar mendapat hidayah Allah sepanjang masa (Insya-Allah) atau sekadar pada nama sahaja? (na'uzubillahi min zalik). Sering kali aku merenungkan akan diriku ini.
Pelbagai perkara yang perlu kita sedar. Namun, sejauh mana kita mengambil endah atau berusaha ke arahnya? Astagfirullahal a'zim. Bukan mudah kita mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah jika kita tidak berusaha ke arahnya. Tetapi cukup mudah untuk kita terkeluar daripada landasan akidah yang berpandukan AlQuran Sunnah. Mereka yang dapat petunjuk daripada Allah, lebih beruntung kerana mereka akan lebih berusaha ke arah mendekatkan diri kepada Allah berbanding kita yang sejak kecil lagi dilahirkan sebagi muslim. Masya-Allah.
Walaubagaimanapun, sering kali juga mendengar masalah muallaf ini tidak berapa mendapat perhatian masyarakat. Kesal dan sedih bila mendengarkannya. Kekadang, aku sendiri memikirkan apa yang perlu aku bantu? Bukan mudah kita mahu menarik orang untuk menerima Islam melainkan usaha. Tetapi sejauh mana kita mampu menggalas tanggungjawab membantu mereka memahami Islam, sedangkan kita sendiri tidak mampu membantu saudara kita yang dari kecil lagi telah Islam. Ya-Allah, berilah kekuatan kepadaku agar dapat membantu sekadar yang aku mampu walaupun sekecil-kecil usaha.
Saya juga mempersoalkan, siapakah yang betul-betul boleh membantu mereka secara bersungguh? Jika masalah muallaf ini tidak diberi perhatian, dimanakah tempat untuk mendapatkan bantuan? Kemana aduan perlu dibuat? Bukannya tidak tahu kewujudan badan-badan NGO dan kerajaan yang berperanan. Seperti PERKIM, sangatlah diperlukan masyarakat, namun sokongan dan kerjasama kita juga amat diperlukan bagi memastikan usaha murni ini dapat terus berjalan. Tetapi sejuah mana mereka bertindak? Aduh~ sangat membimbangkan akan hal ini. Kekadang sebahagian besar masyarakat pun tidak tahu mahu ke mana. Jadi, kepada sesiapa yang tahu atau mempunyai pengalaman membantu atau ada badan-badan yang boleh memberikan bantuan, silalah tinggalkan komen anda di sini ye. Sekadar untuk mencari link sahaja jika berhadapan dengan masalah ini. Semoga usaha ini akan dipermudahkan Allah. Insya-Allah.
Saya sekadar berkongsi cetusan minda saya yang baru sedikit bercambah. :) Semoga info dapat ditambah ye saudara-saudara. Saya akan sentiasa berkongsi jika terdapat percambahan nanti.
Sekian, Terima Kasih.
MINDA INSAN - Info Bertambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan