Alhamdulillah, Selamat Tahun baru 2013 dan sambutan ambang tahun baru yang diadakan banyak dan marilah bersama masuk ke tahun baru dengan program keilmuan. Kali ini Ustaz Azhar Idrus daripada Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan namanya D'ambang13. Syukur kali ini, rakyat Malaysia sudah ada satu Program alternatif yang berbentuk pengisian ilmu rohaniah untuk menyambut dan membuka lembaran tahun baru dengan satu majlis ilmu.
Beberapa orang penceramah dan selebriti turut memeriahkan program ini seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood), Ustaz Norhisyam, Pierre Andre, Diana Amir, Malek Noor dan ramai lagi.Jom saksikan secara langsung, duduk rumah pun boleh kalau tak suka bersesak-sesak. Yang penting sambutan bermula dengan kebaikkan dan pengisian ilmu yang bermanfaat di tahun baru 2013.
Saksikanlah secara langsung sambutan ambang tahun baru yang disediakan daripada Dataran Kemerdekaan Shaha Alam langsung bermula 8.00 malam 31 Disember 2012.
Jika tidak ok, boleh cuba lihat melalui video LIVE di bawah:-
Assalamualaikum, Alhamdulillah, semalam (28 Disember 2012) pihak CELCOM telah memberikan
penjelasan mengenai Bil CELCOM Postpaid yang tiba-tiba melambung tinggi
pada bulan ketiga langganan. Masalah yang telah hampir dua bulan ini yang mana
pada bil bulan Oktober 2012 tiba-tiba dicas begitu tinggi sehingga mencecah RM250.10 hanya untuk cas penggunaan Data 3G. Itu pun selepas saya adukannya melalui SKMM. Jadi saya kongsikan apa tindakan yang telah saya buat dan hasil serta ulasan bagi setiap respon mereka.
Sememangnya ianya luar biasa jika bulan pertama dan kedua tidak berlaku sedemikian, pasti ada yang tidak kena.
Jadi kronologi yang saya lalui:-
1. Menghubungi pihak pusat perkhidmatan CELCOM, jawapan diberikan pihak saya telah menggunakan lebih kurang 3 kali penggunaannya pada bulan tersebut. Apabila diminta menyatakan mahu melihat secara detail, pihak saya diminta untuk ke service center berdekatan.
Ulasan: CELCOM service center melalui panggilan telefon ni sejujurnya tak boleh pakai sangat.
2. Apa bila ke service center di Selayang, dinyatakan terdapat satu kali penggunaan sehingga dicas sebanyak RM250.10. Jadi apabila pihak saya mahu melihat maklumat lanjut juga tidak dibenarkan. Maka, apa yang dikatakan oleh pusat khidmat pelanggan yang pihak saya boleh melihat maklumat lanjut di service center adalah tidak dibenarkan.
Ulasan: Cakap pandai, masalah kecil pun tak boleh buat pelanggan puas hati. Jawapan yang diberi mahu pelanggan sahaja yang tak betul. Seolah-olah tak ada jalan penyelesaian lain.
3. Saya dengan rasa tidak puas hati, meminta bantuan pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menyelesaikan masalah ini bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak CELCOM. Jadi, selepas menghantar aduan ke PPIM saya dapati pihak CELCOM masih lagi belum memberikan jawapan melalui PPIM sehingga saya menulis perkongsian ini sehingga saya mendapat 2 surat merah.
Ulasan: PPIM amat prihatin untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah, namun belum lagi mampu mendesak pihak syarikat CELCOM agar bertindak segera. Apa pun, saya sangat menghargai bantuan daripada PPIM kerana perkhidmatan yang diberikan untuk membantu saya sangat memuaskan. Panggilan dijawab dengan segera oleh pihak PPIM. Tak sukar untuk menghubungi mereka.
4. Saya cuba menghubungi pihak CFM di talian 1800-88-2222 untuk meminta pandangan dan cadangan apa tindakan yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah saya. Namun, panggilan sudahlah sangat lambat untuk dijawab kerana perlu dicall berkali-kali barulah dijawab. Namun, walaupun dijawab sangat tidak membantu saya. Dan apabila diberitahu masalah, disambungkan kepada pegawai lain yang akhirnya tidak berjawab. Telah berjanji akan menghubungi semula saya selepas saya tinggalkan nombor telefon, sehingga hari ini tidak hubungi kembali saya. Maka, pada saya, fungsi seperti yang tercatat pada laman web ini http://www.cfm.org.my/ms/fungsi-0 , antara petikannya:-
Untuk menyediakan jalan dan saluran untuk mengemukakan aduan, pertikaian dan rungutan.
Untuk mengesyorkan prosedur penyelesaian pertikaian alternatif yang praktikal dan tidak mahal.
Untuk mengesyorkan prosedur menuntut pampasan dan / atau
sebarang bentuk tindakan lain kepada Pengguna dalam kes melanggar
Kod.
Untuk meminta dan mengumpul semak pendapat dan pandangan umum
tentang perkara berkaitan pengguna; untuk menanam dan meningkatkan
kesedaran orang ramai dan industri terhadap Kod dan keperluan
bagi pemegang lesen dan ahli CFM mematuhi Kod; dan untuk menyediakan
saluran bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai dan juga
pendidikan berkaitan hak pengguna, peraturan dan teknologi untuk
Pengguna.
Untuk mengambil tindakan ke atas ahli CFM yang melanggar Kod.
Untuk memantau penyampaian perkhidmatan oleh industri
komunikasi dan multimedia yang membabitkan kepentingan pengguna bagi
memastikan pematuhan kepada Kod.
Saya rasa, pihak CFM perlu lebih prihatin dan membantu pengguna yang memerlukan khidmat dan pandangan yang berkaitan dengan telekomunikasi ini.
Ulasan: Tak guna ada talian khas tetapi, tidak berjawab walaupun pada waktu berkerja. Tunggu lama, tiada pegawai yang membantu. Janji hubungi semula, tetapi JANJI TIDAK DITEPATI. CFM perlu berhati-hati walaupun masalah ini kecil. Kalau rasa-rasa tak boleh hubungi semula, lebih baik jangan minta nombor saya.
5. Saya mula terfikir mahu menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebelum itu, saya mahu menghubungi semula pihak CELCOM. Secara ringkasnya, apa yang berlaku dipermulaan tindakan saya berlaku lagi. Kali ini saya mahukan pihak CELCOM memberitahu bagaimana caranya saya mahu lihat butiran bil yang menyebabkan bil saya melambung tinggi. Selepas saya mendesak, pihak CELCOM BERJANJI mahu mengemailkan maklumat tersebut ke email saya. Namun, seperti biasa, JANJI TINGGAL JANJI, JANJI TIDAK DITEPATI lagi. Saya menunggu daripada jam ke jam, sehari ke sehari, namun, pihak CELCOM yang meminta email saya tidak juga menghantarkan email tersebut. Hati memang panas betul.
Ulasan: Paling pantang kalau pihak CELCOM berjanji untuk email dengan meminta butiran tidak juga menghantarkan apa yang saya perlukan. Saya tidak minta apa-apa yang pihak CELCOM tidak boleh berikan. Dan saya mahu, apa-apa yang mereka tidak dapat laksanakan PERLULAH MAKLUMKAN kepada saya, agar saya faham dan tahu. Tapi kalau kata nak email, tapi tak emailkan juga, memanglah hati panas.
6. Tanpa berlengah lagi, saya hubungi SKMM di talian 1-800-888-030. Mudah sahaja, suruh emailkan aduan ke email mereka. Selepas sehari, SKMM telah pun respon email tersebut. Dan saya diminta untuk menunggu 14 hari daripada aduan dibuat.
Ulasan: Saya rasa berpuas hati dengan SKMM. Talian cepat dijawab. Mesra pelanggan. Email direspon dengan segera. Berharap, agensi atau badan kerajaan lain juga memberikan perkhidmatan seperti ini dan perlu juga meningkatan tahap kualiti yang sedia ada.
7. Hari ini (28 Disember 2012), pegawai daripada pihak CELCOM menghubungi saya dan memberitahu bahawa pihak mereka mendapat aduan melalui SKMM dan membantu saya menyelesaikan masalah tersebut dengan begitu mesra sekali. Katanya ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya:-
Jika saya menukarkan Simkad daripada Smartphone ke Smartphone yang lain atau device yang lain, boleh juga menyebabkan penggunaan akses internet secara automatik berlaku dan saya dicas.
Boleh berlaku juga jika setting smartphone tersebut terganggu.
Boleh juga disebabkan virus dalam smartphone tersebut.
Perlu berhati-hati jika tidak melanggan unlimited internet kerana boleh berlaku cas yang sedemikian rupa.
Perlu memahami terma dan syarat syarikat telekomunikasi dan risiko yang dihadapi jika tidak melanggan unlimited internet tetapi menggunakan Smartphone.
Jadi, beliau menasihati agar memastikan langkah-langkah yang diatas diambil kira bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang lagi. Akhirnya, rebet sekali sahaja diberikan untuk RM250.00 bagi memuaskan hati pelanggan yang kebanyakkan tidak sedia maklum akan perkara-perkara tersebut.
Ulasan: Pada saya, penyelesaian sebegini harus dipuji dan saya amat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan memberikan rebet adalah sesuatu yang perlu diberikan kepada saya sebagai rasa penghargaan kepada pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka jika kita tidak berpuas hati. Jadi, saya perlu membayar bil selebihnya bagi mengaktifkan semula nombor tersebut.
RUMUSAN SAYA:
1. Pihak CELCOM perlulah peka dan memberikan respon yang memuaskan hati pelanggan.
2. Pihak CELCOM jangan berani BERJANJI jika TIDAK MAHU TEPATI.
3. Pihak PPIM badan NGO yang sangat prihatin dengan masalah pengguna. Perkhidmatan memang baik, namun, perlu lebih usaha bagi membantu pengguna. Tetapi, saya tahu banyak kes yang PPIM dapat bantu.
4. Pihak CFM saya tak tahu, apa fungsi mereka, telefon sukar dijawab, jawapan diberikan tidak memuaskan hati. JANJI CFM kepada saya TIDAK DITEPATI.
5. Pihak SKMM amat berfungsi dengan baik dan membantu masalah saya dengan begitu cepat dan mesra.
6. Pegawai CELCOM memberikan penjelasan yang baik dan memuaskan hati pelanggan.
Yang pastinya, JANJI PERLULAH DITEPATI. Kecewa sangat bila pihak CELCOM
berjanji, tapi tak ditepati membuatkan saya rasa tidak puas hati semakin
membara.
Apa pun, terima kasih atas tindakan pantas CELCOM menjawab aduan saya dengan mesra selama 10 minit memberikan penjelasan dan pihak SKMM yang telah membantu menyelesaikan kes ini. Nasihat saya, kepada sesiapa yang ada masalah berkaitan, pastikan anda dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi sehingga selesai. Ini pertama kali masalah saya dengan pihak CELCOM dapat diselesaikan. Alhamdulillah.
Apa yang saya mahu adalah jawapan yang munasabah sahaja dan pekhidmatan yang mesra pelanggan serta tidak MENIPU pelanggan.
Assalamualaikum, Adakah anda tahu Ninetology adalah syarikat teknologi perani mudah alih ASEAN yang mana setanding dengan perkembangan teknologi global dan terkenal dengan piawaian antarabangsa. Produk NINETOLOGY dikuasakan untuk memenuhi keperluan dan menjadikan setiap produknya menjadi fungsinya lebih praktikal.
Syarikat Ninetology ini yang telah dilancarkan di Indonesia awal tahun 2012 juga telah melancarkan Produk Dan Jenama Ninetology. Kini Ninetology mula memasuki Malaysia dengan produk-produk terkininya.
Anda boleh melihat sendiri Laman Web Ninetology seperti yang di bawah:-
Antara produknya yang boleh didapati pada waktu ini:-
Anda juga boleh melayari Facebook Ninology Malaysia di bawah:-
Boleh juga follow Ninetology Malaysia di Twitter:-
Syarikat Ninetology juga mempunyai beberapa rakan niaga antaranya:-
Semoga kita mendapat satu lagi alternatif pilihan bagi mendapatkan peranti mudah alih yang lebih menarik dan memenuhi kehendak kita nanti.
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar
sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin
menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut
Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai
pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog
ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri
kecuali dinyatakan.
Assalamualaikum, masyaAllah semakin lama hidup kita semakin mencabar. Wang, duit dan harta menjadi matlamat hidup kebanyakkan manusia. Namun, jangan dilupa peringatan Allah agar memperbanyakkan bersedekah.
Sebagai mana Allah berfirman dalam Surah Muhammad ayat ke 38 maksudnya:-
"(Ingatlah), kamu ini
adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma
dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka
ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku
bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya
sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada
sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa
berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada
beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum
yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
Demikianlah firman Allah yang menunjukkan bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah berbalik kepada diri kita sendiri. Maka, janganlah bakhil dan kedekut. InshaAllah, kita akan sentiasa dimurahkan rezeki di kemudian hari kelak.
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
( Muhammad 47:38 )
Bila hati kita sentiasa memikirkan kekayaan dan takutkan kemiskinan, sudah pasti kehidupan kita akan sentiasa dibelenggu resah dan gelisah dan tidak tenteram. MasyaAllah, kadang-kala kita sendiri tidak menyedari akan keadaan tersebut, melainkan jika kita sentiasa bermuhasabah diri selalu.
Namun, tidak bermakna kita tidak perlu bekerja dan mencari kekayaan. Hendaklah bekerja seolah-oleh kita akan hidup seribu tahun lagi, dan hendaklah beribadat seolah-olah kita akan mati pada keesokkan harinya.
Assalamualaikum, satu kempen untuk blogger sedang dijalankan yang mana bertujuan sebagai usaha menjadikan blog sebagai salah satu medium yang dapat memberikan dan menyampaikan maklumat secara beretika. Kempen "Responsible Blogging 2013" adalah kempen menyeru seluruh masyarakat dalam talian di Malaysia untuk perhimpunan dan menyokong suasana yang beretika di blogosphere untuk manfaat kita bersama. Pihak Crowpot.com mengalu-alukan anda untuk menyertai usaha ini sepanjang tahun - dan menunjukkan bahawa anda mengambil berat mengenai etika ini.
Oleh yang demikian anda diminta untuk menulis blog post tentang blog kempen ini untuk menyeru blogger dan rakan-rakan untuk menyertai bagi menunjukkan bahawa kita adalah prihatin terhadap etika tersebut.
Terdapat 9 RUKUN yang perlu kita ambil perhatian kita:-
Elakkan Tiada Jalan Pintas (Avoid Shortcut)
Membina sesebuah blog bukan mudah dan perlukan ketekunan serta perlu berterusan. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan kejayaan dan menjadikan blog kita memberikan pulangan yang berbaloi. Cara jalan pintas ini tidak mampu dikekalkan dan akan dapat dilihat oleh pembaca untuk menilai usaha yang anda lakukan ke atas blog anda.
Jangan Lupa Berikan Kredit (Don't Forget To Give Credits)
Jika anda berkongsikan sesuatu yang diambil daripada sumber lain, perlu diingat sentiasa memberikan kredit kepada pemiliknya. Ianya seolah-olah memberikan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan anda 'Coklat'.
Teliti Kesahihan Maklumat Anda (Do Check The Verity Of Your Information)
Anda dan blog anda adalah sama. Anda menggambarkan blog anda dan blog anda menggambarkan anda. Apa yang anda tulis akan menggambarkan diri anda. Jika data dan fakta diberikan salah, ianya akan mencalarkan kredibiliti anda. Dan tiada lagi orang yang akan membaca blog anda yang memberikan maklumat yang salah. Ianya akan meberi kesan kepada blog anda.
Anda Mesti Tahu Apa Yang Ada Di Blog Anda (Do Know That You Are ANswerable For Your BLog)
Kita biasanya akan memberikan pandangan ataupun mengulas sesuatu isu dalam pelbagai persepsi yang kita rasakan benar, namun jika seandainya kita tersalah memberikan maklumat secara tidak sengaja, perlulah meminta maaf. Tidak memudharatkan jika kita meminta maaf dan itulah yang akan mempertahankan kita nanti.
Menghargai Pendapat Pembaca (Do Regards Your Reader's Opinions)
Tidak kira sejauh mana anda berpegang dengan sesuatu pendapat, perlu diingat ada juga pembaca yang lain yang tidak sehaluan dengan pendapat anda. Jadi anda perlulah menghargai dan menulis dengan pemikiran yang terbuka.
Perlulah Telus Dengan Penulisan Yang Ditaja (Be Transparent With Sponsored Posts)
Anda tidak mahu dilabelkan sengan sesuatu brand kepada sesuatu syarikat kerana anda akan sering dikaitkan dengan syarikat tersebut jika anda bercakap mengenainya dan ini akan menjejaskan kreadibiliti anda. Jadilah blogger yang mudah disesuaikan dengan pelbagai keadaan.
Hendaklah Berwaspada Dengan Undang-undang Negara (Do Be Aware Of The Country's Copyright Law)
Apa pun penulisan anda, pastikan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara agar tidak menyalahi atau melakukan kesalahan. Pastikan anda tidak menyalin dan menggunakan sesuatu yang telah dilindungan dan tidak mencabuli hak orang lain dan mencuri untuk menjadikan ianya sebagai idea anda. Anda mungkin akan disaman atau pun dikenakan tindakan undang-undang.
Nyatakan Penafian (Do Write A Disclaimer)
Kadang-kala kita akan mengenengahkan sesuatu isu dengan pendapat sendiri. Tetapi jika anda sedang berkerja dengan sesuatu syarikat atau pun badan, anda hendaklah menyatakan penafian berkaitan penulisan anda yang tidak mengaitkan dengan tempat yang anda sedang berkerja tersebut. Ini akan menyelamatkan anda dikemudian hari.
Dapat Ganjaran Secara Etika (Get Rewarded/Paid Ethically)
Walaupun blogger sering mendapat ganjaran daripada pelbagai cara, kita hendaklah menyarankan kepada blogger agar sentiada mendapatkan ganjaran dengan cara yang beretika. Crowpot menyediakan pendekatan kepada mana-mana penaja penulisan blog dengan berhemah dan beretika. Ini adalah cara merevolusikan tips dalam talian untuk menjadikan penulisan yang lebih bertanggungjawab untuk pembaca bagi memilih kandungan yang lebih baik berdasarkan apa yang mereka fikirkan baik. Semak semula tips penulisan yang baik.
Kempen yang ditaja Oleh Crowpot.com
Oleh yang demikian, saya juga mahu para blogger dapat bersama-sama menyertai kempen ini bagi memastikan kita semua sedar akan kepentingan dan tanggungjawab dalam penulisan blog kita. Marilah sertainya di sini. Responsible Blogging 2013.
Kempen ini juga dibawakan oleh Crowpot dan juga Ninetology sebagai rakan penaja.
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar
sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin
menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut
Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai
pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog
ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri
kecuali dinyatakan.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Assalamualaikum, peperiksaan untuk pelajar darjah 2, 3, 4, 5, dan 6 serta pelajar tingkatan 2, 3, 4, dan 5 sudah pun berjalan dan semuanya menantikan keputusan. Ada juga yang mahu lihat keputusan percubaan SPM dan akhir tahun. Jadi, kini ibu bapa penjaga pelajar sekolah di Malaysia boleh menyemak keputusan peperiksaan anak/jagaan mereka menerusi laman web SAPS NKRA di bawah bidang keberhasilan utama negara untuk bidang pendidikan.
Namun, sistem semakan bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas.
manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas. Dan semakan yang ada adalah daripada tahun 2011 dan ke atas.
Ibu bapa kini boleh memastikan sama ada keputusan yang diberikan anda anda adalah benar atau pun tidak. Hanya masukkan no kad pengenalan atau pun no surat beranak anak anda, keputusan peperiksaan mereka boleh disemak secara dalam talian.
Apa lagi, silalah semak di laman web Sistem Analisis Peeriksaan Sekolah sekarang. Sebagai contoh, berikut adalah keputusan yang telah disemak.
Berikut pula laman web untuk guru-guru:-
Untuk guru-guru pula, sudah tentu semuanya sudah maklum akan sistem ini. Anda boleh ke Halaman ini untuk memasukkan data peperiksaan pelajar. Semoga dengan perkongsian ini, para ibu bapa dan penjaga dapat memantau keputusan peperiksaan anak mereka di sekolah nanti.
Assalamualaikum, dikatakan Bumi kita akan bergelap selama 3 hari pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Jadi, benarkan kenyataan ini. Oleh itu, pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah memberikan penjelasan berkenaan kenyataan ini seperti yang dipetikkan di bawah dan saya juga sertakan pandangan ahli astronomi yang dipetik daripada Falak-Online.net.
Semoga dengan maklumat ini, kita memahami apakah fenomena yang akan berlaku pada ketika itu. Masya-Allah, besar sungguh kejadian ini dan sangat Maha Suci Allah dengan fenomena ini.
PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012"
WE ARE SORRY. THIS ARTICLE IS ONLY APPLICABLE IN MALAY VERSION.
Pihak
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut
sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi
Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.
Maklumat tersebut adalah seperti berikut:
Pada
21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 dan 25
Disember, Bumi, Matahari dan pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan
berada pada kedudukan selari seperti rajah 1.
Berhampiran
pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang
boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.
Rajah 1
Jadi, andaian orang ramai adalah seperti berikut:
"Bila
Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku
penumpuan daya gravity daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi
sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta."Bila Bumi,
Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap
berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap.
Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:
"Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi.
Terdapat juga video You Tube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak
tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012".
Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara
ini, sila hubungi Pegawai Sains ANGKASA, En Zamri Mastor dan En Fairos
Asilam atau Pegawai Penerangan En Balasupramaniam di talian 03-8888
8668.
Namun, mari kita bacakan sedikit huraian penulisan yang dipetik daripada Falak-Online.net untuk menambah pengetahuan kita yang kurang memahami berkaitan fenomena ini.
(Atas: gambar hiasan)
Saya berasa amat berat untuk menulis artikel ini, kerana secara
asasnya memang tidak perlu susah payah pun. Ia hanya satu daripada
berpuluh-puluh artikel 'hentam kromo' yang ditulis di internet dan
disebar menerusi laman sosial samada secara sengaja atau tidak sengaja.
Namun, ramai juga yang bertanya mengenainya, dan
soalan-soalan yang ditanya adalah hampir sama. Saya ada menjawabnya,
mungkin kadang-kadang dalam keadaan yang agak 'emosi', terutama menerusi
wall facebook saya beberapa hari lepas. Jika ada yang terasa hati, saya
mohon maaf.
Oleh itu, bagi memberi sedikit pencerahan terhadap 'isu'
ini, saya sediakan sebuah penerangan yang ringkas beserta dengan sumber
dan nota kaki yang berkaitan. Jika ada yang tidak bersetuju, tidak
mengapa kerana mungkin ada kesilapan dan datang dari kelemahan saya.
Cuma saya harapkan respon atau teguran itu dibuat secara ilmiah dan
dibawa berbincang secara matang, InsyaAllah.
Baiklah, isu ini semuanya bermula dengan artikel yang saya terima di facebook seperti di bawah:
Teks #1
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi
akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012.
Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak
hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta
dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember
2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran
Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis
lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3
ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan
menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark
of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan
amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan
terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu.
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari
tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan
lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah
jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar
terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia
baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.
Secara amnya, bagi mereka yang tidak tahu menahu atau tidak
mempunyai latar belakang pengetahuan tentang ilmu astronomi, pasti akan
terkedu apabila membaca statement di atas. Malah, ada yang mula mengaitkannya dengan isu 'Kiamat 2012' (1)!
Pengolahan serta perincian 'kejadian' itu begitu spesifik hingga 'tidak mungkin atau mustahil ia tidak akan berlaku'!
Ramai yang bertanya, betul atau tidak. Jawapan ringkas yang sering saya jawab ialah "nope".
4 buah huruf itu akan diungkaikan panjang lebar seperti di bawah. Bagi
memudahkan pemahaman, saya akan menjawab berdasarkan perenggan-perenggan
dari artikel asal di atas.
Sebelum itu, suka saya menyalin artikel yang serupa, yang turut muncul di internet di dalam bahasa inggeris. (2)
Teks #2
As posted on Facebook, Aug. 4, 2012:
NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.
It is not the end of the
world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth
will align for the first time. The earth will shift from the current
third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension.
During this transition, the entire Universe will face a big change, and
we will see a entire brand new world.
The 3 days blackout is
predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm
is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3
nights...and those who survive will face a brand new world....for those
not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every
moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk
about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and
don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.
We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talk about
preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic,
stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive
more...every day. Better avoid traveling during December.
Teks #3
As posted on Facebook, Sep. 14, 2012:
NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, please avoid traveling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total
darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end
of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun
and the earth will align for the first time. All planets are expected to
align in a straight line as a result of which there could be some
natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third
dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During
this transition, the entire Universe will face a big change, and we will
see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to
happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the
present enjoy life.
Analisis
Merujuk kembali ke Teks #1.
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku
fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25
Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau
ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Perenggan di atas menyatakan pihak NASA yang mengeluarkan
kenyataan tersebut. Jika kita menggunakan sebuah utiliti di internet
yang dipanggil sebagai Google, dan cuba buat carian, kita akan dapati
rupa-rupanya isu '3 days of darkness' (apabila diterjemah ke
bahasa inggeris) ini dikaitkan dengan sebuah komet bernama Komet Elenin
yang dijangka berlaku pada TAHUN LEPAS…. LAST YEAR…. bukan 2012.
(Foto yang dirakam oleh astronomer amatur, Michael
Mattiazzo dari Castlemaine, Australia yang menunjukkan 2 keadaan Komet
Elenin (19 Ogos dan 6 Sep, 2011), yang jelas menunjukkan kesan-kesan ia
sedang menghancur. CREDIT: Michael Mattiazzo)
Oleh itu, saya sendiri kurang pasti, hujan tak ada ribut tak ada,
tiba-tiba datang pula tarikh 23,24 dan 25 Disember tahun DUA RIBU DUA
BELAS (2012) itu muncul! Apa yang pasti, kebanyakkan artikel di internet
ni, ikut suka dia nak tukar-tukar tahun atau tarikh. Bila
sesuatu 'tarikh keramat' tu dah berlalu tanpa apa-apa berlaku, tiba-tiba
tahun depan keluar lagi cerita yang sama, tapi tahun yang baru. Contoh
terbaik isu Marikh dan Retrograde yang PERNAH SAYA BINCANG PADA TAHUN
2005 dulu . Sila rujuk sini http://www.falak-online.net/komuniti/index.php?topic=99.0
Mungkin ramai yang akan mengatakan, NASA 'sengaja'
menyembunyikan cerita ini, atau jangan percaya dengan apa yang dikatakan
oleh NASA kerana mereka orang barat yang tidak boleh dipercayai.
Ok, kalau tak percaya NASA tak mengapa, tetapi saya
persilakan untuk menguatkan hujah yang 'counter' balik keterangan NASA
itu, menerusi kajian sains atau pemerhatian (observation) dan disokong
dengan data-data yang kukuh dan boleh di-verify kembali oleh komuniti sains sedunia.
Kalau setakat kata NASA menipu, kemudian tak ada hujah
yang konkrit untuk menyokongnya, saya anggap statement itu hanya
'dengar-dengar' saja, cerita kedai kopi.
Kembali ke Teks #1, perenggan kedua.
Para Saintis NASA
menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi
selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya
usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana
matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama
kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu
bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Saya boleh pecahkan ayat di atas mengikut beberapa buah rentetan 'fenomena langit' yang 'akan berlaku', kepada turutan berikut:
i. Bumi dalam kegelapan sepenuhnya
ii. Selama 3 hari bermula 23 Disember 2012
iii. Penyejajaran Alam Semesta, Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus buat kali pertama
iv. Bumi bertukar dimensi (dari dimensi ke-3 pergi ke-0, kemudian ke-4)
Mari kita lihat satu per satu statement di atas:
i. Bumi dalam kegelapan sepenuhnya
Bumi merupakan sebuah planet yang berbentuk 'hampir' bulat
dan berputar di atas paksinya selama 23 jam 56m 4s, atau dalam bahasa
yang lebih senang, 24 jam.
Cahaya yang diterima adalah daripada sebuah sumber cahaya
yang paling dominan sekali, iaitu matahari. Hanya cahaya matahari
sahajalah yang akan menghasilkan siang dan malam.
(Video di bawah menunjukkan keadaan siang dan malam
Bumi, apabila dilihat dari ISS. Jika video tak muncul, sila refresh
kembali page ini)
Perkara ini, kanak-kanak sekolah rendah pun boleh memahaminya.
Jadi adalah mustahil Bumi boleh berada dalam kegelapan
sepenuhnya, kerana sudah pasti separuh berada di dalam suasana terang
benderang, dan separuh lagi di dalam suasana gelap (malam).
Mungkin ramai yang akan bertanya "Tak mustahil matahari akan padam tiba-tiba".
Di sini suka saya nyatakan bahawa jawapan saya di atas itu adalah
berdasarkan ayat yang diambil dari Teks #1 yang tersebar di internet.
Ayat-ayat dalam Teks #1 itu pun tidak spesifik menyatakan sebab mengapa
bumi bergelap. Oleh itu, saya tidak akan membuat andaian demikian.
ii. Selama 3 hari bermula 23 Disember 2012
Kenapa 3 hari? dan kenapa bermula 23 Disember 2012? Apakah
fenomena atau susun atur objek-objek di langit yang boleh menyebabkan 3
hari itu Bumi akan bergelap?
Jika kita merujuk kiraan objek-objek samawi menerusi
perisian-perisian astronomi seperti Skymap, CalSky, SkySafari, SkyChart,
Starry Night, Celestia, Cosmographia, Google Sky dan pelbagai lagi
perisian dan utiliti di internet, tidak ada satu pun yang akan
menunjukkan perubahan yang drastik kepada pergerakan bumi atau matahari
yang boleh menyebabkan 'Bumi bergelap selama 3 hari'.
"Tapi, itu semua perisian dari NASA, kita mana boleh percaya NASA!"
Ok. Jika ada yang masih tidak mempercayai kiraan yang
dibuat oleh perisian itu, boleh guna formula yang digunapakai oleh
ilmuwan falak tanahair yang menentukan waktu solat dan arah kiblat,
seperti buku-buku tulisan Dr. Baharuddin Zainal dari UniSZA. Sila guna
formula yang ada di dalam buku tersebut dan buktikan akan berlaku
fenomena luar biasa pada tarikh-tarikh 23,24,25 Disember 2012 ini nanti. Jika ada, saya alu-alukan untuk sama-sama dikongsi bersama-sama.
Lagipun bukan NASA yang buat perisian-perisan di atas itu
pun. Oleh itu jangan paranoid sangat. Tenangkan hati dan kemukakan hujah
secara sistematik dan jelas.
iii. Penyejajaran Alam Semesta, Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus buat kali pertama
Kalau dirujuk kepada artikel di dalam bahasa inggeris, ia menyatakan 'the alignment of the universe'.
Oleh itu, jika kita baca ayat di atas, seolah-olah membawa
maksud matahari dan bumi SEBELUM INI TIDAK BERADA DI DALAM GARIS LURUS !
.
Ok, cuba terangkan, kita buat 2 titik, Titik A merujuk
kepada Bumi, Titik B merujuk kepada matahari. Agak-agak boleh ke apabila
kita buat garisan antara kedua itu, ia TIDAK BERADA DALAM SATU GARIS
LURUS?
(Rajah di atas menunjukkan Bumi di dalam orbit
mengelilingi matahari. Jika dibuat garisan Bumi-Matahari, akan tetap
dalam satu garis lurus)
Tak tau lah kalau penulis Teks #1 itu merujuk kepada lukisan atau gambarajah Bumi dan Matahari yang dilukis garisan tanpa menggunakan pembaris.
Jika itulah yang dimaksudkan, saya hanya mampu menggaru kepala sahaja.
Adalah TIDAK LOGIK untuk membayangkan bagaimana Bumi dan Matahari, yang
digambarkan sebagai titik-titik tadi, TIDAK BERADA DALAM SATU GARIS
LURUS.
"Tapi ia mungkin merujuk kepada kedudukan matahari, bumi dan galactic centre yang akan sejajar pada tarikh tersebut."
Seperti dalam ulasan untuk poin nombor iii
di atas, saya tidak mahu membuat sebarang andaian, kerana ayat asal
artikel itu tidak menyebut langsung berkenaan dengan galactic center
itu. Oleh itu, lebih baik jangan kaitkannya, kerana isu ini tidak ada
kaitan dengan isu Penjajaran Matahari dengan Pusat Galaksi (3).
iv. Bumi bertukar dimensi (dari dimensi ke-3 pergi ke-0, kemudian ke-4)
Ayat ini langsung tidak masuk akal kerana, saya boleh
bertanya kembali, "Apa beza dimensi ke-3 dengan dimensi 0 tu". "Apa
maksud dimensi tu?", "Apa yang dimaksudkan Bumi bertukar dimensi?"
Saya cuba rujuk ayat dalam bahasa Inggeris seperti di bawah:
The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension.
Itupun tidak masuk akal, malah saya yakin artikel bahasa
melayu itu mencedok dan menterjemah bulat-bulat daripada artikel bahasa
Inggeris, dan penulisnya tak faham 'satu habuk' pun apa yang dimaksudkan di atas.
Teks #1 Perenggan ke-3
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan
menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark
of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Kalau nak tau maksud "Dark of the Earth" tu, rajin-rajin
lah guna Google. Tidak ada satu pautan web pun yang menerangkan dengan
jelas maksud tu. Majoritinya hanya mengulang-ulang sahaja perkataan itu.
Malah ia tiada kaitan langsung dengan apa-apa fenomena cakerawala. Oleh itu, gunalah mata hati dan bijak menilai sesuatu perkara yang mana, sekali imbas pun, kita sudah boleh agak kesahihannya.
Teks #1 Perenggan ke-4
Semasa kejadian ini berlaku,
bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu
sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3
hari tu.
Untuk perenggan, memang ada kebenaran untuk ayat yang terakhir tu "Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu" . Ini adalah kerana tarikh 23, 24 dan 25 Disember itu memang ramai yang akan berehat di rumah kerana CUTI UMUM!
:-D
Teks #1 Perenggan ke-5 dan 6
Banyak perbahasan tentang
apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya.
Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24
Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak
pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan
bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.
Jika kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran
'cerita' ini, maka kenapa perlu menghebahkannya? Mengapa perlu menyemai
ketakutan yang tidak bertempat berasaskan cerita yang tiada asas?
Kisah ini merupakan salah satu daripada puluhan
cerita-cerita 'dongeng' yang kerap berlegar di internet sekarang. Malah,
saya dapat rasakan, akan ada banyak lagi kisah-kisah yang tidak
berasaskan fakta dan sekadar cerita kedai kopi, akan tersebar menjelang
hujung tahun 2012 ini nanti.
Saya menyeru agar pemilik-pemilik blog yang menyalin dan
menyebarkannya kembali agar memadam sahaja cerita yang amat mengelirukan
ini. Malah jika tidak berjaga-jaga, ia akan menyebabkan kekecohan yang
serius di kalangan masyarakat. Statement "kita tunggu dan lihat je lah nanti" merupakan ayat 'lepas tangan' seolah-olah tidah mahu bertanggungjawab terhadap kesan yang berlaku akibat cerita ini.
Renungilah ayat ini.
Surah Yasin, ayat 37-40 yang bermaksud :
(37)- dan suatu tanda
kebesaran Allah bagi mereka ialah malam ; kami tanggalkan siang dari
malam itu, maka seketika itu mereka dalam kegelapan.
(38)-dan matahari berjalan dari tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.
(39)-dan telah kami
tetapkan tempat peredaran bagi bulan setelah sampai ke peredaran
terakhir, kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.
(40) tidaklah mungkin bagi
matahari mengejar bulan dan malam pun tidak mendahului siang.
Masing-masing beredar pada garis edarnya.
Saya berpendapat, ayat itu jelas menunjukkan peredaran dan
pergerakan matahari, bumi, bulan itu semuanya konsisten dan terkawal di
dalam undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sunnatullah.
Maka, apa perlu yang ditakut-takutkan dengan 'fenomena' alam semesta di
dalam artikel di atas? Yang jelas tidak logik dan tidak mengikut
undang-undang alam yang Allah SWT telah sediakan untuk kita di Bumi?
Mungkin juga ada yang akan menyatakan, "tidak mustahil ia akan berlaku kerana Allah SWT Maha berkuasa."
Memang betul lah statement itu, tetapi jika ia
digunakan untuk setiap perkara, wa-aima yang jelas karutnya, maka tidak
perlulah kita bersusah payah mengkaji dan memerhati alam semesta kerana 'apa-apa pun boleh berlaku'. Maka, bagaimana pula dengan ayat dalam surah Al-Imran (190-191),
(190) Sesungguh pada
kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal.
(191) (Iaitu) orang-orang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan
semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab Neraka
Ayat yang jelas menyuruh manusia memerhatikan kejadian cakerawala dengan berfikir, menilai dan mempelajarinya menggunakan AKAL.
Wallahualam.
(1) Isu dan perbincangan 'Kiamat 2012' akan menyusul menerusi artikel-artikel akan datang
Assalamualaikum, Malaysia telah dikalahkan Thailand dengan 0 - 2 katanya berpunca daripada pengadilan yang tidak adil Lee Min Hu daripada Korea. Tapi, apakah puncanya yang telah menyebabkan pengadil Korea ini bertindak memberikan kad merah dalam perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 ini? Saya kongsikan kepada anda, mungkin video ini memberikan jawapannya kepada kita. Haha, saya kata, mungkinlah ini adalah sebabnya.
Video ini memaparkan situasi dimana pengadil Korea ini Lee Min Hu yang suatu ketika dahulu telah di'tackle' oleh pemain Malaysia ketika perlawanan menentang Australia pada tahun 2011 yang lepas. Jadi, saksikanlah kejadian ini yang mungkin menjadi punca kad merah yang dilayangkan beliau...
Apa kata anda? haha. Nanti kita lihat beberapa keputusan perlawanan Malaysia yang telah diadili oleh Lee Min Hu.
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar
sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin
menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut
Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai
pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog
ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri
kecuali dinyatakan.
Assalamualaikum, sedap tak makan kek dan roti atau yang terbaru durian crepe? Tahukah anda, dan benarkah dikatakan bahawa Kedai Kek Four Leaves di SOGO tiada sijil halal yang dikeluarkan Jakim? Saya kongsikan email yang dihantarkan oleh pihak FOUR LEAVES PTE LTD. Jadi, kita pun tak tahu sama ada bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan kek atau pun roti di kedai tersebut adalah halal atau pun tidak. Apa pun, kini produk kedai tersebut adalah termasuk dalam kategori syubhah.
Jadi, semuanya ditangan anda, jika kita mahu mendesak kedai tersebut mengambil sijil HALAL, kita boleh berhenti produk di kedai tersebut dan berkemungkinan cara ini mampu mendesak mereka untuk mendapatkan sijil halal kerana produk mereka juga dibeli oleh pengguna Islam di Malaysia. Kerana mencari yang HALAL itu adalah Fardhu bagi setiap Muslim.
Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.