HALAMAN UTAMA

Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah dan Menengah Boleh Disemak Online

Assalamualaikum, peperiksaan untuk pelajar darjah 2, 3, 4, 5, dan 6 serta pelajar tingkatan 2, 3, 4, dan 5 sudah pun berjalan dan semuanya menantikan keputusan. Ada juga yang mahu lihat keputusan percubaan SPM dan akhir tahun. Jadi, kini ibu bapa penjaga pelajar sekolah di Malaysia boleh menyemak keputusan peperiksaan anak/jagaan mereka menerusi laman web SAPS NKRA di bawah bidang keberhasilan utama negara untuk bidang pendidikan.

Namun, sistem semakan bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas. manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas. Dan semakan yang ada adalah daripada tahun 2011 dan ke atas.


Ibu bapa kini boleh memastikan sama ada keputusan yang diberikan anda anda adalah benar atau pun tidak. Hanya masukkan no kad pengenalan atau pun no surat beranak anak anda, keputusan peperiksaan mereka boleh disemak secara dalam talian.

Apa lagi, silalah semak di laman web Sistem Analisis Peeriksaan Sekolah sekarang. Sebagai contoh, berikut adalah keputusan yang telah disemak.





Berikut pula laman web untuk guru-guru:-



Untuk guru-guru pula, sudah tentu semuanya sudah maklum akan sistem ini. Anda boleh ke Halaman ini untuk memasukkan data peperiksaan pelajar. Semoga dengan perkongsian ini, para ibu bapa dan penjaga dapat memantau keputusan peperiksaan anak mereka di sekolah nanti.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang