HALAMAN UTAMA

Mahukan bayaran? Ipanel boleh berikan.

Assalamualaikum, saudara pembaca, mahukan bayaran? Ipanel boleh berikan. Saya ingin berkongsikan kepada anda satu laman sensawang yang mana akan memberikan anda bayaran. Di mana? Di laman sensawang Ipanel. Apakah yang perlu dilakukan dan bagaimana boleh mendapatkan bayaran? Baiklah. Mudah sahaja caranya. Saya akan kongsikan dengan anda apakah yang perlu dilakukan dan bagaimana anda boleh mendapatkan bayaran.

Sebelum itu, Siapakah iPanelonline? Menurut petikan daripada laman tersebut, : -

Pertama sekali, anda perlu ke laman tersebut di SINI. Kemudian, anda perlulah mendaftarkan diri di laman tersebut. Isikan butiran diri dan anda akan dapat satu email untuk pengaktifan akaun. Selepas pengaktifan akaun, anda telah menjadi ahli kepada IPanel dan apa yang anda perlu lakukan?


Selepas menjadi ahli, anda perlulah menjawab servei-servei yang disediakan untuk membolehkan anda mendapatkan mata. Apa yang menarik, setiap servei akan diberikan mata walaupun anda tidak layak dengan sekurang-kurangnya 5 mata dengan syarat anda menjawab soalan tersebut. Tetapi, jika anda layak, anda akan diberikan mengikut mata yang ditawarkan seperti 300 mata, 500 mata, 600 mata dan sebagainya.


Yang lebih menarik lagi, anda boleh mendapatkan wang anda dengan menebus sekurang-kurangnya 520 mata dengan RM 5.00. Bagaimana? Apa yang telah saya lakukan sebelum ini untuk mendapatkan atau menebus wang saya. Ia memerlukan akaun Paypal yang mana wang yang ditebus akan dimasukkan ke dalam akuan Paypal anda dengan syarat, anda membuka akaun Paypal anda.

Nama saya tertera di nombor 4 telah dibayar Ipanel.

Saya sendiri telah mencubanya dengan menebus RM5.00 dengan menggunakan akaun Paypal. Dan telah pun dimasukkan jumlah RM4.80 yang mana akan ditolak RM0.20 sebagai cas perkhidmatan ke dalam akaun Paypal saya.

Contoh jumlah yang telah dimasukkan Ipanel kepada saya.

Jadi, jika anda bercadang untuk mengeluarkan secara tunai, anda perlulah membuka akaun bank untuk mendapatkan kad debit atau kad kredit. Saya tidak pernah buat lagi dan belum pernah cuba. Jadi mungkin anda boleh tanyakan pada sesiapa yang pernah buat kad tersebut.

Jadi, saya rasa anda sudah bolehlah rajin-rajinkan diri untuk melihat servei yang diberikan untuk mendapatkan mata. Tetapi perlu diingatkan, anda sebenarnya memerlukan sedikit masa untuk menjawab servei-servei tersebut. Sebab soalannya juga boleh tahan banyak. Jadi semoga berjaya mencuba mendapatkan sedikit duit poket dengan menjawab servei. Contoh servei seperti di bawah :-

 


Jadi, jika anda ingin mencubanya, silalah ke laman tersebut di SINI. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan sedikit bayaran di alam maya.

Untuk maklumat tambahan, saya tidak akan berkongsikan sesuatu yang belum pasti, kecuali dinyatakan. Insya-Allah, apa yang saya kongsikan tidak mempunyai unsur-unsur penipuan, melainkan ianya dapat membantu mempertingkatkan kualiti barangan atau pun produk di dalam pasaran akan datang.

Setakat ini terdapat beberapa syarikat yang menawarkan sevei untuk mengetahui keperluan pengguna pada masa kini yang merangkumi pelbagai produk seperti kenderaan, makanan, peralatan elektronik, komputer, percutian, kewangan, iklan dan sebagainya. Namun, ini adalah satu-satunya yang dijumpai akan memberikan wang kepada ahli dengan serendah RM5. Setakat ini dahulu.
Semoga berjaya. Saya akan berkongsikan lagi nanti maklumat lain bersama anda.
Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

2 ulasan:

Madd berkata...

akaun paypal tu camne?
bleh terangkan ke..

Farid berkata...

@Mohd Ridhuan Akaun Paypal? seyakat ini, saya telah membuka akaun tersebut. Tetapi tidak menggunakan kad kredit atau kad debit lagi. Walaubagaimanapun, duit yang ditransfer ke akaun paypal yang telah kita buka boleh digunakan untuk tujuan pembelian online atau barang-barang yang memerlukan wang yang ditransfer melalui Paypal. Tetapi, jika saudara Mohd Ridhuan ingin mengeluarkan tunai wang tersebut dengan cara melalui pemindahan ke akaun bank, saudara perlu membuka akaun debit setakat yang saya tahu. Jika mahukan kepastian, bolehlah bertanyakan kepada mereka yang lebih arif mengenai Paypal. Adakah jawapan ini membantu? ^_^

Terima kasih.

Nuffnang