Assalamualaikum, satu kempen untuk blogger sedang dijalankan yang mana bertujuan sebagai usaha menjadikan blog sebagai salah satu medium yang dapat memberikan dan menyampaikan maklumat secara beretika. Kempen "Responsible Blogging 2013" adalah kempen menyeru seluruh masyarakat dalam talian di Malaysia untuk perhimpunan dan menyokong suasana yang beretika di blogosphere untuk manfaat kita bersama. Pihak Crowpot.com mengalu-alukan anda untuk menyertai usaha ini sepanjang tahun - dan menunjukkan bahawa anda mengambil berat mengenai etika ini.
Oleh yang demikian anda diminta untuk menulis blog post tentang blog kempen ini untuk menyeru blogger dan rakan-rakan untuk menyertai bagi menunjukkan bahawa kita adalah prihatin terhadap etika tersebut.
Terdapat 9 RUKUN yang perlu kita ambil perhatian kita:-
Elakkan Tiada Jalan Pintas (Avoid Shortcut)
Membina sesebuah blog bukan mudah dan perlukan ketekunan serta perlu berterusan. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan kejayaan dan menjadikan blog kita memberikan pulangan yang berbaloi. Cara jalan pintas ini tidak mampu dikekalkan dan akan dapat dilihat oleh pembaca untuk menilai usaha yang anda lakukan ke atas blog anda.
Jangan Lupa Berikan Kredit (Don't Forget To Give Credits)
Jika anda berkongsikan sesuatu yang diambil daripada sumber lain, perlu diingat sentiasa memberikan kredit kepada pemiliknya. Ianya seolah-olah memberikan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan anda 'Coklat'.
Teliti Kesahihan Maklumat Anda (Do Check The Verity Of Your Information)
Anda dan blog anda adalah sama. Anda menggambarkan blog anda dan blog anda menggambarkan anda. Apa yang anda tulis akan menggambarkan diri anda. Jika data dan fakta diberikan salah, ianya akan mencalarkan kredibiliti anda. Dan tiada lagi orang yang akan membaca blog anda yang memberikan maklumat yang salah. Ianya akan meberi kesan kepada blog anda.
Anda Mesti Tahu Apa Yang Ada Di Blog Anda (Do Know That You Are ANswerable For Your BLog)
Kita biasanya akan memberikan pandangan ataupun mengulas sesuatu isu dalam pelbagai persepsi yang kita rasakan benar, namun jika seandainya kita tersalah memberikan maklumat secara tidak sengaja, perlulah meminta maaf. Tidak memudharatkan jika kita meminta maaf dan itulah yang akan mempertahankan kita nanti.
Menghargai Pendapat Pembaca (Do Regards Your Reader's Opinions)
Tidak kira sejauh mana anda berpegang dengan sesuatu pendapat, perlu diingat ada juga pembaca yang lain yang tidak sehaluan dengan pendapat anda. Jadi anda perlulah menghargai dan menulis dengan pemikiran yang terbuka.
Perlulah Telus Dengan Penulisan Yang Ditaja (Be Transparent With Sponsored Posts)
Anda tidak mahu dilabelkan sengan sesuatu brand kepada sesuatu syarikat kerana anda akan sering dikaitkan dengan syarikat tersebut jika anda bercakap mengenainya dan ini akan menjejaskan kreadibiliti anda. Jadilah blogger yang mudah disesuaikan dengan pelbagai keadaan.
Hendaklah Berwaspada Dengan Undang-undang Negara (Do Be Aware Of The Country's Copyright Law)
Apa pun penulisan anda, pastikan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara agar tidak menyalahi atau melakukan kesalahan. Pastikan anda tidak menyalin dan menggunakan sesuatu yang telah dilindungan dan tidak mencabuli hak orang lain dan mencuri untuk menjadikan ianya sebagai idea anda. Anda mungkin akan disaman atau pun dikenakan tindakan undang-undang.
Nyatakan Penafian (Do Write A Disclaimer)
Kadang-kala kita akan mengenengahkan sesuatu isu dengan pendapat sendiri. Tetapi jika anda sedang berkerja dengan sesuatu syarikat atau pun badan, anda hendaklah menyatakan penafian berkaitan penulisan anda yang tidak mengaitkan dengan tempat yang anda sedang berkerja tersebut. Ini akan menyelamatkan anda dikemudian hari.
Dapat Ganjaran Secara Etika (Get Rewarded/Paid Ethically)
Walaupun blogger sering mendapat ganjaran daripada pelbagai cara, kita hendaklah menyarankan kepada blogger agar sentiada mendapatkan ganjaran dengan cara yang beretika. Crowpot menyediakan pendekatan kepada mana-mana penaja penulisan blog dengan berhemah dan beretika. Ini adalah cara merevolusikan tips dalam talian untuk menjadikan penulisan yang lebih bertanggungjawab untuk pembaca bagi memilih kandungan yang lebih baik berdasarkan apa yang mereka fikirkan baik. Semak semula tips penulisan yang baik.
Kempen yang ditaja Oleh Crowpot.com
Oleh yang demikian, saya juga mahu para blogger dapat bersama-sama menyertai kempen ini bagi memastikan kita semua sedar akan kepentingan dan tanggungjawab dalam penulisan blog kita. Marilah sertainya di sini. Responsible Blogging 2013.
Kempen ini juga dibawakan oleh Crowpot dan juga Ninetology sebagai rakan penaja.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan