Alhamdulillah, Selamat Tahun baru 2013 dan sambutan ambang tahun baru yang diadakan banyak dan marilah bersama masuk ke tahun baru dengan program keilmuan. Kali ini Ustaz Azhar Idrus daripada Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan namanya D'ambang13. Syukur kali ini, rakyat Malaysia sudah ada satu Program alternatif yang berbentuk pengisian ilmu rohaniah untuk menyambut dan membuka lembaran tahun baru dengan satu majlis ilmu.
Beberapa orang penceramah dan selebriti turut memeriahkan program ini seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood), Ustaz Norhisyam, Pierre Andre, Diana Amir, Malek Noor dan ramai lagi.Jom saksikan secara langsung, duduk rumah pun boleh kalau tak suka bersesak-sesak. Yang penting sambutan bermula dengan kebaikkan dan pengisian ilmu yang bermanfaat di tahun baru 2013.
Saksikanlah secara langsung sambutan ambang tahun baru yang disediakan daripada Dataran Kemerdekaan Shaha Alam langsung bermula 8.00 malam 31 Disember 2012.
Jika tidak ok, boleh cuba lihat melalui video LIVE di bawah:-
Boleh juga saksikannya di http://www.ustream.tv/channel/ambang13 Secara langsung bermula pukul 8.00 Malam.
Semoga bermanfaat dan kita dapat mulakan tahun baru ini dengan siaran langsung yang disediakan ini. InshaAllah, bermanfaat dan dirahmati Allah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan