Assalamualaikum, dikatakan Bumi kita akan bergelap selama 3 hari pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Jadi, benarkan kenyataan ini. Oleh itu, pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah memberikan penjelasan berkenaan kenyataan ini seperti yang dipetikkan di bawah dan saya juga sertakan pandangan ahli astronomi yang dipetik daripada Falak-Online.net.
Semoga dengan maklumat ini, kita memahami apakah fenomena yang akan berlaku pada ketika itu. Masya-Allah, besar sungguh kejadian ini dan sangat Maha Suci Allah dengan fenomena ini.
PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012" |
WE ARE SORRY. THIS ARTICLE IS ONLY APPLICABLE IN MALAY VERSION.
Pihak
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut
sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi
Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.
Maklumat tersebut adalah seperti berikut:- Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 dan 25 Disember, Bumi, Matahari dan pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari seperti rajah 1.
- Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.
Rajah 1
Jadi, andaian orang ramai adalah seperti berikut:
- "Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta."Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap.
- "Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
- "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi.
Terdapat juga video You Tube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak
tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012".
Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara
ini, sila hubungi Pegawai Sains ANGKASA, En Zamri Mastor dan En Fairos
Asilam atau Pegawai Penerangan En Balasupramaniam di talian 03-8888
8668.
Namun, mari kita bacakan sedikit huraian penulisan yang dipetik daripada Falak-Online.net untuk menambah pengetahuan kita yang kurang memahami berkaitan fenomena ini.
Saya berasa amat berat untuk menulis artikel ini, kerana secara asasnya memang tidak perlu susah payah pun. Ia hanya satu daripada berpuluh-puluh artikel 'hentam kromo' yang ditulis di internet dan disebar menerusi laman sosial samada secara sengaja atau tidak sengaja.
Namun, mari kita bacakan sedikit huraian penulisan yang dipetik daripada Falak-Online.net untuk menambah pengetahuan kita yang kurang memahami berkaitan fenomena ini.
(Atas: gambar hiasan)
|
Saya berasa amat berat untuk menulis artikel ini, kerana secara asasnya memang tidak perlu susah payah pun. Ia hanya satu daripada berpuluh-puluh artikel 'hentam kromo' yang ditulis di internet dan disebar menerusi laman sosial samada secara sengaja atau tidak sengaja.
Namun, ramai juga yang bertanya mengenainya, dan
soalan-soalan yang ditanya adalah hampir sama. Saya ada menjawabnya,
mungkin kadang-kadang dalam keadaan yang agak 'emosi', terutama menerusi
wall facebook saya beberapa hari lepas. Jika ada yang terasa hati, saya
mohon maaf.
Oleh itu, bagi memberi sedikit pencerahan terhadap 'isu'
ini, saya sediakan sebuah penerangan yang ringkas beserta dengan sumber
dan nota kaki yang berkaitan. Jika ada yang tidak bersetuju, tidak
mengapa kerana mungkin ada kesilapan dan datang dari kelemahan saya.
Cuma saya harapkan respon atau teguran itu dibuat secara ilmiah dan
dibawa berbincang secara matang, InsyaAllah.
Baiklah, isu ini semuanya bermula dengan artikel yang saya terima di facebook seperti di bawah:
Teks #1
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu.
|
Secara amnya, bagi mereka yang tidak tahu menahu atau tidak
mempunyai latar belakang pengetahuan tentang ilmu astronomi, pasti akan
terkedu apabila membaca statement di atas. Malah, ada yang mula mengaitkannya dengan isu 'Kiamat 2012' (1)!
Pengolahan serta perincian 'kejadian' itu begitu spesifik hingga 'tidak mungkin atau mustahil ia tidak akan berlaku'!
Ramai yang bertanya, betul atau tidak. Jawapan ringkas yang sering saya jawab ialah "nope".
4 buah huruf itu akan diungkaikan panjang lebar seperti di bawah. Bagi
memudahkan pemahaman, saya akan menjawab berdasarkan perenggan-perenggan
dari artikel asal di atas.
Sebelum itu, suka saya menyalin artikel yang serupa, yang turut muncul di internet di dalam bahasa inggeris. (2)
Teks #2
As posted on Facebook, Aug. 4, 2012:
NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.
It is not the end of the
world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth
will align for the first time. The earth will shift from the current
third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension.
During this transition, the entire Universe will face a big change, and
we will see a entire brand new world.
The 3 days blackout is
predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm
is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3
nights...and those who survive will face a brand new world....for those
not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every
moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk
about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and
don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.
We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talk about
preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic,
stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive
more...every day. Better avoid traveling during December.
Teks #3
As posted on Facebook, Sep. 14, 2012:
NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, please avoid traveling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total
darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end
of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun
and the earth will align for the first time. All planets are expected to
align in a straight line as a result of which there could be some
natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third
dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During
this transition, the entire Universe will face a big change, and we will
see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to
happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the
present enjoy life.
Analisis
Merujuk kembali ke Teks #1.
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku
fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25
Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau
ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Perenggan di atas menyatakan pihak NASA yang mengeluarkan
kenyataan tersebut. Jika kita menggunakan sebuah utiliti di internet
yang dipanggil sebagai Google, dan cuba buat carian, kita akan dapati
rupa-rupanya isu '3 days of darkness' (apabila diterjemah ke
bahasa inggeris) ini dikaitkan dengan sebuah komet bernama Komet Elenin
yang dijangka berlaku pada TAHUN LEPAS…. LAST YEAR…. bukan 2012.
Sila rujuk informasi berkenaan dengan Komet Elenin di sini http://www.space.com/12653-comet-elenin-earth-threat-nasa-answers.html Maknanya, isu ini pernah pun muncul di internet pada tahun 2011 lepas, tetapi dikaitkan dengan kemuncul Komet Elenin.
(Foto yang dirakam oleh astronomer amatur, Michael
Mattiazzo dari Castlemaine, Australia yang menunjukkan 2 keadaan Komet
Elenin (19 Ogos dan 6 Sep, 2011), yang jelas menunjukkan kesan-kesan ia
sedang menghancur. CREDIT: Michael Mattiazzo)
Oleh itu, saya sendiri kurang pasti, hujan tak ada ribut tak ada,
tiba-tiba datang pula tarikh 23,24 dan 25 Disember tahun DUA RIBU DUA
BELAS (2012) itu muncul! Apa yang pasti, kebanyakkan artikel di internet
ni, ikut suka dia nak tukar-tukar tahun atau tarikh. Bila
sesuatu 'tarikh keramat' tu dah berlalu tanpa apa-apa berlaku, tiba-tiba
tahun depan keluar lagi cerita yang sama, tapi tahun yang baru. Contoh
terbaik isu Marikh dan Retrograde yang PERNAH SAYA BINCANG PADA TAHUN
2005 dulu . Sila rujuk sini http://www.falak-online.net/komuniti/index.php?topic=99.0
Mungkin ramai yang akan mengatakan, NASA 'sengaja'
menyembunyikan cerita ini, atau jangan percaya dengan apa yang dikatakan
oleh NASA kerana mereka orang barat yang tidak boleh dipercayai.
Ok, kalau tak percaya NASA tak mengapa, tetapi saya
persilakan untuk menguatkan hujah yang 'counter' balik keterangan NASA
itu, menerusi kajian sains atau pemerhatian (observation) dan disokong
dengan data-data yang kukuh dan boleh di-verify kembali oleh komuniti sains sedunia.
Kalau setakat kata NASA menipu, kemudian tak ada hujah
yang konkrit untuk menyokongnya, saya anggap statement itu hanya
'dengar-dengar' saja, cerita kedai kopi.
Kembali ke Teks #1, perenggan kedua.
Para Saintis NASA
menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi
selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya
usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana
matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama
kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu
bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Saya boleh pecahkan ayat di atas mengikut beberapa buah rentetan 'fenomena langit' yang 'akan berlaku', kepada turutan berikut:
i. Bumi dalam kegelapan sepenuhnya
ii. Selama 3 hari bermula 23 Disember 2012
iii. Penyejajaran Alam Semesta, Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus buat kali pertama
iv. Bumi bertukar dimensi (dari dimensi ke-3 pergi ke-0, kemudian ke-4)
Mari kita lihat satu per satu statement di atas:
i. Bumi dalam kegelapan sepenuhnya
Bumi merupakan sebuah planet yang berbentuk 'hampir' bulat
dan berputar di atas paksinya selama 23 jam 56m 4s, atau dalam bahasa
yang lebih senang, 24 jam.
Cahaya yang diterima adalah daripada sebuah sumber cahaya
yang paling dominan sekali, iaitu matahari. Hanya cahaya matahari
sahajalah yang akan menghasilkan siang dan malam.
(Video di bawah menunjukkan keadaan siang dan malam
Bumi, apabila dilihat dari ISS. Jika video tak muncul, sila refresh
kembali page ini)
Perkara ini, kanak-kanak sekolah rendah pun boleh memahaminya.
Jadi adalah mustahil Bumi boleh berada dalam kegelapan
sepenuhnya, kerana sudah pasti separuh berada di dalam suasana terang
benderang, dan separuh lagi di dalam suasana gelap (malam).
Mungkin ramai yang akan bertanya "Tak mustahil matahari akan padam tiba-tiba".
Di sini suka saya nyatakan bahawa jawapan saya di atas itu adalah
berdasarkan ayat yang diambil dari Teks #1 yang tersebar di internet.
Ayat-ayat dalam Teks #1 itu pun tidak spesifik menyatakan sebab mengapa
bumi bergelap. Oleh itu, saya tidak akan membuat andaian demikian.
ii. Selama 3 hari bermula 23 Disember 2012
Kenapa 3 hari? dan kenapa bermula 23 Disember 2012? Apakah
fenomena atau susun atur objek-objek di langit yang boleh menyebabkan 3
hari itu Bumi akan bergelap?
Jika kita merujuk kiraan objek-objek samawi menerusi
perisian-perisian astronomi seperti Skymap, CalSky, SkySafari, SkyChart,
Starry Night, Celestia, Cosmographia, Google Sky dan pelbagai lagi
perisian dan utiliti di internet, tidak ada satu pun yang akan
menunjukkan perubahan yang drastik kepada pergerakan bumi atau matahari
yang boleh menyebabkan 'Bumi bergelap selama 3 hari'.
"Tapi, itu semua perisian dari NASA, kita mana boleh percaya NASA!"
Ok. Jika ada yang masih tidak mempercayai kiraan yang
dibuat oleh perisian itu, boleh guna formula yang digunapakai oleh
ilmuwan falak tanahair yang menentukan waktu solat dan arah kiblat,
seperti buku-buku tulisan Dr. Baharuddin Zainal dari UniSZA. Sila guna
formula yang ada di dalam buku tersebut dan buktikan akan berlaku
fenomena luar biasa pada tarikh-tarikh 23,24,25 Disember 2012 ini nanti. Jika ada, saya alu-alukan untuk sama-sama dikongsi bersama-sama.
Lagipun bukan NASA yang buat perisian-perisan di atas itu
pun. Oleh itu jangan paranoid sangat. Tenangkan hati dan kemukakan hujah
secara sistematik dan jelas.
iii. Penyejajaran Alam Semesta, Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus buat kali pertama
Kalau dirujuk kepada artikel di dalam bahasa inggeris, ia menyatakan 'the alignment of the universe'.
Alignment atau align, jika dirujuk http://www.thefreedictionary.com/alignment akan membawa maksud
- arrangement in a straight line
- the line or lines formed in this manner
Oleh itu, jika kita baca ayat di atas, seolah-olah membawa
maksud matahari dan bumi SEBELUM INI TIDAK BERADA DI DALAM GARIS LURUS !
.
Ok, cuba terangkan, kita buat 2 titik, Titik A merujuk
kepada Bumi, Titik B merujuk kepada matahari. Agak-agak boleh ke apabila
kita buat garisan antara kedua itu, ia TIDAK BERADA DALAM SATU GARIS
LURUS?
(Rajah di atas menunjukkan Bumi di dalam orbit
mengelilingi matahari. Jika dibuat garisan Bumi-Matahari, akan tetap
dalam satu garis lurus)
Tak tau lah kalau penulis Teks #1 itu merujuk kepada lukisan atau gambarajah Bumi dan Matahari yang dilukis garisan tanpa menggunakan pembaris.
Jika itulah yang dimaksudkan, saya hanya mampu menggaru kepala sahaja.
Adalah TIDAK LOGIK untuk membayangkan bagaimana Bumi dan Matahari, yang
digambarkan sebagai titik-titik tadi, TIDAK BERADA DALAM SATU GARIS
LURUS.
"Tapi ia mungkin merujuk kepada kedudukan matahari, bumi dan galactic centre yang akan sejajar pada tarikh tersebut."
Seperti dalam ulasan untuk poin nombor iii
di atas, saya tidak mahu membuat sebarang andaian, kerana ayat asal
artikel itu tidak menyebut langsung berkenaan dengan galactic center
itu. Oleh itu, lebih baik jangan kaitkannya, kerana isu ini tidak ada
kaitan dengan isu Penjajaran Matahari dengan Pusat Galaksi (3).
iv. Bumi bertukar dimensi (dari dimensi ke-3 pergi ke-0, kemudian ke-4)
Ayat ini langsung tidak masuk akal kerana, saya boleh
bertanya kembali, "Apa beza dimensi ke-3 dengan dimensi 0 tu". "Apa
maksud dimensi tu?", "Apa yang dimaksudkan Bumi bertukar dimensi?"
Saya cuba rujuk ayat dalam bahasa Inggeris seperti di bawah:
The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension.
Itupun tidak masuk akal, malah saya yakin artikel bahasa
melayu itu mencedok dan menterjemah bulat-bulat daripada artikel bahasa
Inggeris, dan penulisnya tak faham 'satu habuk' pun apa yang dimaksudkan di atas.
Teks #1 Perenggan ke-3
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan
menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark
of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Kalau nak tau maksud "Dark of the Earth" tu, rajin-rajin
lah guna Google. Tidak ada satu pautan web pun yang menerangkan dengan
jelas maksud tu. Majoritinya hanya mengulang-ulang sahaja perkataan itu.
Malah ia tiada kaitan langsung dengan apa-apa fenomena cakerawala. Oleh itu, gunalah mata hati dan bijak menilai sesuatu perkara yang mana, sekali imbas pun, kita sudah boleh agak kesahihannya.
Teks #1 Perenggan ke-4
Semasa kejadian ini berlaku,
bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu
sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3
hari tu.
Untuk perenggan, memang ada kebenaran untuk ayat yang terakhir tu "Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu" . Ini adalah kerana tarikh 23, 24 dan 25 Disember itu memang ramai yang akan berehat di rumah kerana CUTI UMUM!
:-D
Teks #1 Perenggan ke-5 dan 6
Banyak perbahasan tentang
apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya.
Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24
Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak
pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan
bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.
Jika kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran
'cerita' ini, maka kenapa perlu menghebahkannya? Mengapa perlu menyemai
ketakutan yang tidak bertempat berasaskan cerita yang tiada asas?
Kisah ini merupakan salah satu daripada puluhan
cerita-cerita 'dongeng' yang kerap berlegar di internet sekarang. Malah,
saya dapat rasakan, akan ada banyak lagi kisah-kisah yang tidak
berasaskan fakta dan sekadar cerita kedai kopi, akan tersebar menjelang
hujung tahun 2012 ini nanti.
Saya menyeru agar pemilik-pemilik blog yang menyalin dan
menyebarkannya kembali agar memadam sahaja cerita yang amat mengelirukan
ini. Malah jika tidak berjaga-jaga, ia akan menyebabkan kekecohan yang
serius di kalangan masyarakat. Statement "kita tunggu dan lihat je lah nanti" merupakan ayat 'lepas tangan' seolah-olah tidah mahu bertanggungjawab terhadap kesan yang berlaku akibat cerita ini.
Renungilah ayat ini.
Surah Yasin, ayat 37-40 yang bermaksud :
(37)- dan suatu tanda
kebesaran Allah bagi mereka ialah malam ; kami tanggalkan siang dari
malam itu, maka seketika itu mereka dalam kegelapan.
(38)-dan matahari berjalan dari tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.
(39)-dan telah kami
tetapkan tempat peredaran bagi bulan setelah sampai ke peredaran
terakhir, kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.
(40) tidaklah mungkin bagi
matahari mengejar bulan dan malam pun tidak mendahului siang.
Masing-masing beredar pada garis edarnya.
Saya berpendapat, ayat itu jelas menunjukkan peredaran dan
pergerakan matahari, bumi, bulan itu semuanya konsisten dan terkawal di
dalam undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sunnatullah.
Maka, apa perlu yang ditakut-takutkan dengan 'fenomena' alam semesta di
dalam artikel di atas? Yang jelas tidak logik dan tidak mengikut
undang-undang alam yang Allah SWT telah sediakan untuk kita di Bumi?
Mungkin juga ada yang akan menyatakan, "tidak mustahil ia akan berlaku kerana Allah SWT Maha berkuasa."
Memang betul lah statement itu, tetapi jika ia
digunakan untuk setiap perkara, wa-aima yang jelas karutnya, maka tidak
perlulah kita bersusah payah mengkaji dan memerhati alam semesta kerana 'apa-apa pun boleh berlaku'. Maka, bagaimana pula dengan ayat dalam surah Al-Imran (190-191),
(190) Sesungguh pada
kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal.
(191) (Iaitu) orang-orang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan
semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab Neraka
Ayat yang jelas menyuruh manusia memerhatikan kejadian cakerawala dengan berfikir, menilai dan mempelajarinya menggunakan AKAL.
Wallahualam.
(1) Isu dan perbincangan 'Kiamat 2012' akan menyusul menerusi artikel-artikel akan datang
(3) Ini merupakan rentetan isu-isu buatan yang berkaitan
dengan isu 'Kiamat 2012'. Akan dibincang dalam artikel-artikel akan
datang.
Sekian, sumber dipetik daripada FALAK-ONLINE.NET untuk hebahan rakan-rakan pembaca yang mencari penjelasan lanjut berkaitan dengan perkara ini.
Sekian, sumber dipetik daripada FALAK-ONLINE.NET untuk hebahan rakan-rakan pembaca yang mencari penjelasan lanjut berkaitan dengan perkara ini.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan