HALAMAN UTAMA

Anda Bakhil, Anda Rugi

Assalamualaikum, masyaAllah semakin lama hidup kita semakin mencabar. Wang, duit dan harta menjadi matlamat hidup kebanyakkan manusia. Namun, jangan dilupa peringatan Allah agar memperbanyakkan bersedekah. 

Sebagai mana Allah berfirman dalam Surah Muhammad ayat ke 38 maksudnya:-

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Demikianlah firman Allah yang menunjukkan bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah berbalik kepada diri kita sendiri. Maka, janganlah bakhil dan kedekut. InshaAllah, kita akan sentiasa dimurahkan rezeki di kemudian hari kelak.


Bila hati kita sentiasa memikirkan kekayaan dan takutkan kemiskinan, sudah pasti kehidupan kita akan sentiasa dibelenggu resah dan gelisah dan tidak tenteram. MasyaAllah, kadang-kala kita sendiri tidak menyedari akan keadaan tersebut, melainkan jika kita sentiasa bermuhasabah diri selalu. 



Namun, tidak bermakna kita tidak perlu bekerja dan mencari kekayaan. Hendaklah bekerja seolah-oleh kita akan hidup seribu tahun lagi, dan hendaklah beribadat seolah-olah kita akan mati pada keesokkan harinya.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang